Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM JALINAN INTERAKTIF DAN

LAWATAN KERJA KE UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


(UUM) DAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

1.0 PENDAHULUAN

Program Jalinan Interaktif dan Lawatan Kerja ke Jabatan Pendaftar UUM dan USM yang telah dirancang
akhirnya dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 3 dan 4 Julai 2013. Lawatan yang julung kalinya diadakan ini
melibatkan 36 orang pegawai dan staf dari Pejabat Pendaftar, Pejabat Bendahari dan Pusat Teknologi
Maklumat (PTM) UMK. Y.Bhg. Prof. Dr. Razli bin Che Razak, Pendaftar UMK, En. Yusri bin Awang, Pemangku
Bendahari dan Ketua Pegawai Teknologi Maklumat, En. Mansor bin Che Din @ Noordin turut sama mengikuti
program lawatan yang diadakan selama dua (2) hari ini. Tujuan program lawatan ini diadakan adalah untuk
mempelajari dan memperlihatkan kepada staf terutama staf dan pegawai dari Pejabat Pendaftar tentang
pengurusan, perkhidmatan dan pengoperasian Jabatan Pendaftar UUM dan USM.
2.0 OBJEKTIF

 Diharapkan supaya semua staf yang mengikuti program ini mendapat pengetahuan yang berguna tentang
pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian di UUM dan USM.

 Mengetahui lebih lanjut tentang fungsi dan tugas bahagian-bahagian yang terdapat di Jabatan Pendaftar,
Bendahari, Keselamatan dan ICT..

 Melihat sistem pengoperasian di UUM dan USM dalam menguruskan pengurusan pentadbiran harian mereka
supaya boleh dipraktikkan di UMK.

 Mempelajari cara - cara USM mengekalkan keunggulan wawasan serta strategi pembangunan tersendiri untuk
terus bersaing diperingkat antarabangsa sehingga dinobatkan sebagai universiti APEX pertama di Malaysia.

 Mempelajari mengenai kepakaran yang dimiliki UUM dan USM khususnya dalam bidang teknologi terutama
yang melibatkan penggunaan sistem.

 Belajar dan melihat amalan pentadbiran dan pengurusan yang baik hingga menjadi salah satu elemen utama
UUM dan USM menjadi universiti terbaik di Malaysia dalam institut dan strategi pengurusan universiti.

 Melihat sistem pengurusan yang diamalkan dan terdapat di UUM dan USM yang membantu mereka meraih
banyak anugerah dan pengiktirafan.
3.0 HASIL YANG DIPEROLEHI DARI LAWATAN

 Lawatan kerja ini adalah usaha Pejabat Pendaftar UMK yang mahu melihat dan mempelajari sistem
pentadbiran, pengurusan dan pengoperasian terutama sekali di bahagian Jabatan Pendaftar UUM dan USM.
Lawatan kerja ini melibatkan sesi taklimat dua hala dan perbincangan mengenai bahagian-bahagian dan
peranan di Jabatan Pendaftar kedua-dua buah universiti.

 Selain mengeratkan hubungan kerjasama antara UMK dengan UUM dan USM, lawatan kerja ini juga diharap
dapat menjadi pemangkin kepada program kerjasama dan pertukaran cara pengurusan pentadbiran di Jabatan
Pendaftar kedua-dua buah universiti serta dapat bertukar-tukar pandangan melalui sesi perbincangan dan soal
jawab antara universiti.

 Seperti lazimnya dalam lawatan kerja seumpama ini, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan,
memperbaharui tali persahabatan yang sedia ada, menjalinkan persahabatan baru dengan pegawai tadbir dan
staf yang terlibat secara langsung dalam lawatan ini. Lawatan seperti ini juga mampu merancang kerjasama
yang baru untuk membawa kedua-dua pihak ke tahap kegemilangan yang lebih baik pada masa akan datang.

 Lawatan ini banyak memberi pengalaman dan info baru kepada delegasi UMK dalam memperkemaskan
pentadbiran dan pengurusan bahagian yang dipertanggungjawabkan.

 Lawatan ini juga telah membuka mata dan minda delegasi UMK tentang perancangan, pengurusan dan
pembangunan yang sepatutnya juga dipraktikkan di UMK bagi memastikan UMK sentiasa menjadi sebuah
universiti terkehadapan selaras dengan hasrat untuk menjadikan UMK sebagai sebuah universiti terkemuka
dalam bidang keusahawanan.

 Hasil daripada lawatan ini juga delegasi UMK telah dapat melihat dan mempelajari pendekatan berkaitan
perancangan dan pengurusan serta pembangunan yang diamalkan di kedua-dua buah universiti yang
terkemuka di rantau ini.

 Selain itu, delegasi UMK juga tidak melepaskan peluang untuk melawat ke bahagian One-Stop Centre atau U-
Assist yang baru ditubuhkan di UUM. U- Assist ini adalah kemudahan terbaru yang disediakan oleh UUM
kepada pelajar supaya urusan yang melibatkan pelajar dan staf UUM lebih mudah dilakukan. Demikian pula di
USM, delegasi UMK di bawa untuk melihat dan mengenali Pusat NADI (National APEX Development
Indicators). Pusat NADI ditubuhkan sebagai salah satu pusat untuk menunjukkan kepada orang luar tentang
kejayaan USM dalam pelbagai bidang termasuk penyelidikan, inovasi, akademik, perihal pelajar, perkhidmatan
yang disediakan, dan perhubungan komuniti yang dijalin oleh USM.
4.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, lawatan ini telah dapat membuka mata dan minda semua peserta rombongan tentang
bagaimana sesebuah universiti harus merancang, membangun dan mengurus pengoperasian harian bagi
memastikan universiti itu menjadi sebuah universiti terkehadapan. Ini juga seiring dengan hasrat Pejabat Pendaftar
UMK untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan dari dalam atau luar universiti.

Anda mungkin juga menyukai