Anda di halaman 1dari 7

ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015 (SOALAN 1 -

MORFOLOGI)
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015

SOALAN 1 - MORFOLOGI 2014


(SATU KESALAHAN BAHASA)
Soalan yang pernah diajukan adalah seperti yang berikut:
(a) kesalahan penggunaan kata sendi nama "di" dengan "pada"
(b) kekeliruan penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kedua, iaitu antara "kita" dengan "kami",
"kamu" dengan "kami", dan "dia" dengan "beliau".
(c) kesalahan penggunaan bahasa istana (mandi - bersiram), (kelahiran - keputeraan), dan (memberikan
- menganugerahkan).
(d) kesalahan frasa kerja pasif diri pertama, kedua, dan ketiga
(e) kesalahan penggunaan frasa sendi nama "di atas" dengan "atas".
(f) kesalahan perimbangan frasa sendi nama "dari masa ke semasa" yang sepatutnya ditulis "dari masa
ke masa" atau " dari semasa ke semasa"

SOALAN 1 - MORFOLOGI 2015


(SATU KESALAHAN BAHASA)
Soalan yang pernah diajukan adalah seperti yang berikut:
(a) kesalahan penggunaan bahasa istana (berucap- bertitah) dan (pergi-berangkat).
(b) kelewahan bahasa (semua mangsa-mangsa), (semua murid-murid), dan (beberapa orang tokoh-
tokoh)
(c) unsur kelewahan kata sendi nama (demi untuk)
(d) kesalahan frasa kerja pasif diri ketiga
(e) kesalahan kata "bila" dengan "apabila"
(f) kekeliruanpenggunaan kata sendi nama "kepada" dengan "akan"

RAMALAN 2016
1. bahasa istana (marah - murka) (bersetuju - berkenan) (anak - putera) (patik - hamba) (beta -
baginda)
2. kesalahan kata hubung / kesilapan kata sendi nama
3. kesalahan penggunaan frasa kerja pasif diri pertama dan kedua
4. unsur kelewahan bahasa
5. kesalahan kata bilangan dan penjodoh bilangan
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015
SOALAN 2 - KESALAHAN EJAAN
Kesalahan ejaan yang biasanya diuji melibatkan 5 jenis, yakni
(a) ejaan yang melibatkan perkataan yang dieja jarak dan dieja rapat
(b) ejaan yang melibatkan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris
(c) ejaan yang melibatkan imbuhan pinjaman
(d) ejaan yang melibatkan kata majmuk
(e) ejaan yang melibatkan penggunaan kata ganti nama diri singkat
RAMALAN 2016
(a) ejaan makanan (serondeng) (martabak) (nasi himpit) (mi goreng) (kuetiau goreng)
(b) ejaan yang melibatkan kata majmuk (isi padu) (ulang kaji) (jawatankuasa) (kadangkala) (sering
kali)
(c) ejaan yang mengelirukan (taasub) (diayah) (menggembleng) (isytihar) (pasar raya)
(d) ejaan yang melibatkan imbuhan pinjaman (pro-Amerika) (prabayar) (pascamerdeka) (antirokok)
(gengsterisme)
(e) imbuhan yang melibatkan pinjaman bahasa asing (stres) (eksperimen) (psikologi) (caj) (Jerman)
(f) imbuhan yang melibatkan 1k dan 2k serta 1g dan 2g (kebanyakan) (kerosakan) (kebaikan)
(ketumbukan) (keburukan) (menggunakan) (menggalakkan) (menggirangkan) (menggulung)
(menggelikan)
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015 SOALAN 3 -
SINTAKSIS
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015
SOALAN 3 - SINTAKSIS
Soalan sintaksis sentiasa menjadi perhatian guru dan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana
persoalan tentang jenis soalan sintaksis yang akan diajukan kepada calon akan menjadi topik
hangat dalam perbualan ilmiah mahupun sembang saran tentang ramalan.
Pada tahun 2014, soalan sintaksis yang dikeluarkan oleh LPM ialah ayat aktif kepada pasif dan
sebaliknya untuk ketiga-tiga set.
Pada tahun 2015, soalan sintaksis yang dikeluarkan oleh LPM ialah transformasi ayat penyata
kepada ayat tanya untuk ketiga-tiga set.
SINTAKSIS RAMALAN 2016
(a) Ayat bersusunan biasa kepada songsang
(b) Ayat bersusunan songsang kepada ayat biasa
(c) PIsahkan ayat atau cerakinkan ayat
(d) Sambungkan ayat atau gabungkan ayat
(e) Transformasi ayat seruan kepada ayat penyata atau transformasi ayat perintah kepada ayat
penyata.
(f) Menukarkan ayat pasif biasa kepada ayat pasif songsang.
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014 – 2015 (SOALAN 4 –
PERIBAHASA)
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014 – 2015 (SOALAN 4 – PERIBAHASA)
Soalan peribahasa menawarkan 4 markah. Soalan pada bahagian peribahasa lazimnya
membimbangkan calon peperiksaan. Guru-guru juga berusaha untuk memperkenalkan dan
mengajarkan peribahasa dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 kepada
murid sebagai persediaan untuk menghadapi soalan peribahasa dalam PT3 selain menggunakan
peribahasa-peribahasa lain.
Pada tahun 2014, soalan peribahasa yang dikeluarkan oleh LPM ialah dua gambar rangsangan
untuk setiap soalan peribahasa. Calon dikehendaki menjawab soalan peribahasa tersebut
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka. Berikut ialah jawapan kepada soalan sebenar
tahun 2014:
Set 1
(a) bagaimana acuan begitulah kuihnya
(b) seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Set 2
(a) seperti murai dicabut ekor
(b) air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Set 3
(a)
- seperti layang-layang putus talinya
-laksana layang-layang putus teraju
-laksana layang-layang salah teraju
(b) sediakan payung sebelum hujan
Pada tahun 2015, soalan peribahasa yang dikeluarkan oleh LPM dalam ketiga-tiga set soalan ialah
gambar tunggal yang membawa tema bekerjasama. Senarai jawapan yang diterima dalam
peperiksaan tersebut ialah:
- Bagai aur dengan tebing
- Seperti aur dengan tebing
- Bagai aur dan tebing
- Seperti aur dan tebing
- Muafakat membawa berkat
- Muafakat mendatangkan berkt
- Muafakat menghasilkan berkat
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
- Bulat air oleh pembetung, bulat manusia oleh muafakat
- Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
- Bulat air oleh pembetung, bulat kata oleh muafakat
- Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
- Bulat air oleh pembentung, bulat manusia oleh muafakat
- Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
- Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
- Bagai lebah menghimpun madu
- Bagai semut menghimpun kelulut

BENTUK SOALAN PERIBAHASA RAMALAN 2016


Soalan PT3 kali ini saya ramalkan masih berkaitan dengan gambar. Berikut ialah soalan ramalan
saya.
(a) gambar situasi kejayaan murid
(b) gambar tema bahasa jiwa bangsa
(c) gambar tema amalan/nilai yang murni
(d) menyatakan peribahasa yang berkaitan dengan gambar haiwan yang diberikan
(e) soalan situasi dalam gambar bersiri
(f) isi tempat kosong dalam ayat yang diberikan dalam soalan dengan berpandu pada gambar yang
disediakan.
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2012 – 2015 (SOALAN 5
DAN SOALAN 6 – KOMPONEN SASTERA - ANTOLOGI)
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2012 – 2015
(SOALAN 5 DAN SOALAN 6 – KOMPONEN SASTERA - ANTOLOGI)

Dalam penggubalan soalan komponen sastera daripada buku teks antologi, pasangan soalan prosa
tradisional ialah sajak manakala pasangan soalan drama atau cerpen ialah puisi tradisional. Soalan
komsas untuk bahagian antologi menawarkan 20 markah kerana dua petikan berbeza akan dijadikan
item peperiksaan.

ANALISIS TAJUK KOMSAS YANG PERNAH KELUAR:

TAHUN 2012
CERPEN - HEMODIALISIS
PUISI TRADISIONAL - PANTUN EMPAT KERAT (MUHIBAH DAN PERPADUAN)

TAHUN 2013
CERPEN - CAPA RENGAT
SAJAK - KETENANGAN

TAHUN 2014
SET 1
CERPEN - SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA
PUISI TRADISIONAL - PANTUN EMPAT KERAT (BERJIMAT CERMAT)

SET 2
PROSA TRADISIONAL - HIKAYAT SERI KELANTAN
SAJAK - PERSAHABATAN

SET 3
DRAMA - CABARAN
PUISI TRADISIONAL - SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

TAHUN 2015
SET 1
PROSA TRADISIONAL - HIKAYAT PATANI
SAJAK - ASAP

SET 2
CERPEN - WARKAH DARIPADA IBU
PUISI TRADISIONAL - SYAIR BERBUAT JASA

SET 3
DRAMA - DI SINI BAKTI BERSEMADI
PUISI TRADISIONAL - PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)

Soalan berbentuk komsas yang pernah keluar pada tahun 2014 adalah seperti yang berikut:
(a)dua latar masyarakat
(b)dua pengajaran
(c)dua perwatakan
(d)nyatakan nilai-nilai dalam sajak
(e)persoalan-persoalan dalam petikan drama
(f)dua ciri syair

Soalan berbentuk komsas yang pernah keluar pada tahun 2015 pula
SET1
(a)dua perwatakan Encik Tani
(b)dua gaya bahasa berserta contoh

SET2
(c)dua perwatakan ibu Mira
(d)dua gaya bahasa berserta contoh

SET 3
(e)dua perwatakan Tini
(f)dua gaya bahasa berserta contoh

Nota tambahan:
Jika soalan yang mengarahkan calon menulis tema, persoalan, perwatakan, latar, nilai, dan pengajaran
tanpa mengarahkan calon menulis contoh daripada petikan, calon PT3 tidak perlu menulis contoh atau
bukti yang sesuai, sebaliknya memadailah dengan jawapan komsas yang tepat. Hal ini berlainan bagi
soalan yang memerlukan calon PT3 menulis "contoh yang sesuai daripada petikan", maka calon harus
membuktikannya dengan betul dan tepat.

Sebagai langkah "selamat", tulislah contoh atau bukti yang sesuai bagi setiap soalan berbentuk komsas.
Hal ini dikatakan demikian kerana kita tidak tahu skema jawapan atau permintaan semasa oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

SOALAN 3 MARKAH:
3 markah = Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
2 markah = Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis
2 markah =Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah =Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis
0 markah =Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
0 markah =Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.

SOALAN 4 MARKAH:
4 markah=Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis.
3 markah=Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis.
2 markah=Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis.
1 markah=Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis.
0 markah=Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
0 markah=Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.

SOALAN RAMALAN 2016


1. PROSA TRADISIONAL + SAJAK
2. DRAMA + PANTUN
3. CERPEN + SYAIR
4. DRAMA + SYAIR
5. CERPEN + PANTUN

Anda mungkin juga menyukai