Anda di halaman 1dari 4

Keterangan Dari Masing - masing Bendera

A (Alfa)
"Ada penyelam dalam air; jauhkan diri dan berlayar perlahan."
Dengan tiga angka, azimut atau bearing.

B (Bravo)
"Kami sedang memasukkan, atau mengeluarkan, atau mengangkut bahan
berbahaya." (Asalnya digunakan oleh Tentera Laut Diraja khususnya
untuk bahan letupan tentera.)

C (Charlie)
"Sudah tentu."
Dengan tiga angka, haluan dalam darjah magnetik.

D (Delta)
"Jauhkan diri; kami mengalami kesukaran mengemudi kapal."
Dengan dua, empat atau enam angka, tarikh.

E (Echo)
"Kami mengubah haluan ke kanan."

F (Foxtrot)
"Kapal ini hilang upaya; berhubung dengan kami." (Jika dikibarkan oleh
kapal induk pesawat udara; "Amaran; operasi penerbangan sedang
dijalankan.")

G (Golf)
"Kami memerlukan Pandu."
Apabila dikibarkan oleh kapal perikanan yang dekat dengan kawasan
perikanan, ertinya: "Kami sedang menarik jaring."
Dengan empat atau lima angka, longitud. (Dua angka terakhir menandakan
minit, sebelihnya darjah.)

H (Hotel)
"Ada Pandu dalam kapal."

I (India)
"Kami mengubah haluan ke kiri."

J (Juliet)
"Kapal ini terbakar dan mengangkut barang muatan berbahaya: jauhkan
diri," atau "Kami kebocoran barang muatan berbahaya."

K (Kilo)
"Kami hendak berhubung dengan anda." Dengan satu angka, "Kami hendak
berhubung dengan anda melalui..."; 1) isyarat Morse dengan panji-panji
atau lengan; 2) Pelaung suara; 3) Lampu isyarat Morse; 4) Isyarat bunyi.

L (Lima)
Di pelabuhan: "Kapal ini sedang dikuarantin."
Di laut: "Tolong hentikan kapal dengan segera."
Dengan empat angka, latitud. (Dua angka pertama dalam darjah,
selebihnya dalam m

M (Mike)
"Kapal ini terhenti dan tidak dapat berjalan merentasi air."

N (November)
"Tidak."

O (Oscar)
"Orang jatuh laut."
Jika diterbalikkan, menjadi bendera semafor.

P (Papa)
Blue Peter.
Di pelabuhan: Semua kakitangan mesti melapor diri dalam kapal kerana
kapal akan berlepas ke laut.
Di laut: Boleh digunakan oleh kapal perikanan untuk menyatakan: "Jaring
kami terkena hambatan dalam laut."

Q (Quebec)
"Kapal kami 'sihat' dan kami memohon pratik bebas."

R (Romeo)
"Kapal ini tidak bergerak."
Dengan sekurang-kurangnya satu angka, jarak dalam batu nautika.

S (Sierra)
"Kapal ini sedang bergerak mengundur."
Dengan sekurang-kurangnya satu angka, kelajuan dalam knot.

T (Tango)
"Jauhkan diri; pukat tunda berpasang sedang digunakan."
Dengan empat angka, waktu tempatan. (Dua angka depan ialah jam, dan
selebihnya minit.)

U (Uniform)
"Anda sedang menuju ke kawasan bahaya."
V (Victor)
"Kami memerlukan bantuan."
Dengan sekurang-kurangnya satu angka, kelajuan dalam kilometer sejam.

W (Whiskey)
"Bantuan perubatan diperlukan."

X (Xray)
"Tolong hentikan segala rancangan anda dan nantikan isyarat kami."

Y (Yankee)
"Kami sedang menyeret sauh."

Z (Zulu)
"Kapal tunda diperlukan."
Jika dikibarkan oleh kapal perikanan yang berdekatan dengan kawasan
perikanan, ertinya: "Jaring sedang dilepaskan."
Dengan sekurang-kuragnya satu angka, waktu (UTC).
(Dua angka depan ialah jam, dan selebihnya minit.)

Anda mungkin juga menyukai