Anda di halaman 1dari 1

Zakat

Perniagaan
TAKRIF :
Zakat yang dikeluarkan oleh sesuatu Perniagaan Persendirian (tunggal), Perkongsian, Syarikat Berhad,
Syarikat Sendirian Berhad, Koperasi dan persatuan yang genap setahun operasi perniagaan dan cukup haulnya.

DALIL :
Firman Allah s.w.t :

Maksudnya :
" Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-
beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat ; mereka
takutkan hari (kiamat), yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."

(Surah An Nur : 37)


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
" Bahawasanya Rasulullah s.a.w menggesa kami supaya mengeluarkan zakat ke atas barang yang kami
sediakan untuk dijual. "
(Hadis Riwayat Abu Daud dari Jundap r.a)

KIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN


[ (Aset Semasa - Tanggungan Semasa)± Pelarasan x Peratusan Pemilikan Saham Orang Islam (%) x KADAR
ZAKAT (2.5%) ]

Anda mungkin juga menyukai