Anda di halaman 1dari 6

Kata Adjektif

Bulatkan kata adjektif dalam ayat-ayat yang berikut :


1. Khairul sangat marah apabila bajunya yang mahal itu koyak.

2. Abang gemar akan masakan asam pedas yang dimasak oleh emak.

3. Yusniza mendapat markah yang paling tinggi dalam ujian bulanan itu.

4. Pemandu itu ditahan oleh polis kerana memandu laju di kawasan

sekolah.

5. Wajah kakak muram kerana gagal mengikuti kursus yang dipohonnya.

6. Bangunan itu masih baru tetapi sudah ada kesan retak.

7. Bandar Kuantan semakin sibuk sejak adanya lebuh raya.

8. Kami seronok melihat persembahan ikan lumba-lumba di zoo tadi.

9. Dua buah rumah rosak sebagai akibat dilanda angin kencang

semalam.

10. Hang Tuah merupakan pahlawan Melayu yang gagah berani.

11. Pasar raya itu menjadi tumpuan orang ramai kerana harga barangan

yang ditawarkan agak murah.

12. Enak sungguh masakan pembantu rumah Puan Nora.

13. Budak-budak itu mandi-manda di sungai yang cetek itu.

14. Berat badannya semakin susut kerana dia tiada selera untuk makan.

15. Nazli memakai baju tebal kerana cuaca pada malam itu agak sejuk.

16. “Amboi, mahalnya motosikal ini !" kata Pak Cik Kamarulzaman.

17. Menara Berkembar Petronas itu sangat tinggi.

18. “Kurus benar kamu sekarang," kata Saiful kepada Darshan.


19. Kuku jarinya yang panjang itu telah dipotong oleh Hafizuddin.

20. Beg pakaian yang berwarna biru itu sangat berat.

21. Azean berasa sedih apabila mengenangkan nasibnya yang

sentaniasa dirundung malang.

22. Mereka bersorak dengan gembira apabila Rumah Kuning diumumkan

sebagai johan.

23. Keadaan di kawasan perumahan itu sangat busuk disebabkan

kawasan penternakan ayam yang berhampiran.

24. Buah-buahan yang dijual di pasar malam itu segar dan murah.

25. Air sungai menjadi keruh setelah hujan lebat.

26. Anjing itu segera menyalak dengan kuat apabila pemuda yang

berambut panjang itu mula melangkah masuk ke kawasan berpagar.

27. Pemandangan di kampung ini sungguh indah.

28. Kereta Myvi kuning itu milik kakak saya.

29. Seluar yang bam saya beli itu sudah ketat.

30. Paku ini tidak dapat digunakan kerana sudah bengkok.


Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1. Sambal tumis udang yang dimasak oleh ibu sangat ______________.

2. Perlawanan bola keranjang tadi sangat ______________ sekali

3. Kamal berasa _________ dengan guru kelasnya. apabila terlihat kawan

baiknya begitu mesra.

4. Penyanyi pujaan ramai itu ___________ membuat persembahan di

seluruh negeri untuk mempromosikan album baharunya.

5. Masalah itu hendaklah diselesaikan dengan seberapa ______________

tidak berlarutan.

6. Kanak-kanak itu memegang cakera padat yang berbentuk

_____________ .

7. Rakyat bersepakat untuk menggulingkan pemerintah yang

_____________ itu.

8. Semua jemaah haji diwajibkan berpakaian serba _______________

sebelum berangkat ke tanah suci Mekah.

9. Nek Kalsum mengait buah rambutan di dusunnya dengan

menggunakan sebatang galah yang ______________ .

10. Watak naga dan gergasi selalu terdapat dalam cerita ____________

pada zaman dahulu.

11. Sikap yang _____________ akan menyebabkan kita kehilangan kawan.

12. Adik tidak terangkat buku panduan telefon yang ______________ itu.

13. Kakak kelihatan ____________ apabila memakai selendang biru itu.

14. Hasil sulaman wanita itu sungguh _____________ dan halus.


15. Bunyi ____________ kenderaan yang lalu-lalang di jalan raya di

hadapan rumah kami menyebabkan adik sukar tidur.

16. Borang penyertaan ini perlu dipos dengan ____________ kerana tarikh

tutup penyertaan tersebut tinggal dua hari lagi.

17. Rancangan televisyen tergendala__________kerana ada masalah

teknikal.

18. Aidil geram dan__________melihat sikap pemuda yang menjadi

pengemis itu.

19. Kemalangan jalan raya_________berlaku kerana sikap segelintir

pengguna yang melanggar peraturan dengan sewenang-

wenangnya.

20. Rosmah sungguh _________kerana belum ada berita tentang suami

yang hilang di laut.


Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Anis tidak menyangka bahawa seorang daripada kawannya _____ di


kaca televisyen.
A. terbit
B. muncul
C. tampil
D. timbul

2. Razak tidak dapat tidur _____ kerana asyik berfikir tentang bapanya
yang sakit tenat.
A. lena
B. ayam
C. mati
D. selesa

3. Dialah murid yang paling _____ tuba di kelas hari ini.


A. baru
B. awal
C. segera
D. kini

4. Banyak pemuda yang terpikat akan gadis yang _____ itu.


A. indah
B. ayu
C. moden
D. tampan

5. Lori yang dipandu oleh Azaidi _____ terlanggar tiang lampu di tepi
jalan.
A. dekat
B. mirip
C. hampir
D. mungkin

6. Muka Nuni kelihatan _____ selepas terkena kejutan elektrik.


A. pudar
B. lenguh
C. pucat
D. lemah

7. Pak Mat meminta cucu lelakinya mengurut betisnya yang _____.


A. keras
B. kejang
C. tegang
D. tegar

8. Badan ikan pari yang _____ membolehkannya bersembunyi


permukaan pasir di dasar laut.
A. lekuk
B. pipih
C. bujur
D. rata

9. Dawai elektrik menjadi _____ dalam cuaca yang panas.


A. basah
B. keras
C. cair
D. tegang

10. Kita dapat melihat banyak binatang _____ di dalam zoo.


A. jinak
B. jahat
C. liat
D. liar

Anda mungkin juga menyukai