Anda di halaman 1dari 11

Kandungan

Prakata Y.A.B. Ketua Menteri Melaka....................................................... i

Kata-Kata Aluan Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka..................... ii

Tujuan............................................................................................................... 4

Pendahuluan.................................................................................................... 4

Takrif Wang Masjid/Surau............................................................................ 5

Sumber Wang Masjid/Surau......................................................................... 5

Penggunaan Wang Masjid/Surau................................................................. 6

Penutup............................................................................................................ 10
PRA KATA

Y.A.B. Ketua Menteri Melaka

Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka

‫ﺑﺴﻢ ﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﯿﻢ‬

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Tuhan Sekalian Alam, salawat dan salam ke atas Nabi
Muhammad Sallallahu `Alayhi Wasallam, ahli keluarga dan para sahabatnya serta orang-orang yang
mencontohi Baginda hingga hari qiyamat.

Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Mufti Negeri Melaka kerana telah dapat menghasilkan Buku
Garis Panduan Penggunaan Wang Masjid dan Surau Negeri Melaka yang amat berguna kepada
pihak pengurusan masjid dan surau dalam negeri ini untuk mendapatkan panduan hukum yang jelas
berkaitan penggunaan dan pengurusan wang yang diperolehi oleh pihak masjid/surau.

Saya berharap garis paduan ini akan dapat membantu pentadbiran masjid dan surau dalam negeri ini
untuk memanfaatkan wang masjid/surau dengan lebih berkesan demi kemaslahatan umat Islam
khususnya ahli jemaah dan kemajuan masjid/surau itu sendiri.

Saya mendoakan supaya pihak pengurusan masjid/surau dalam negeri Melaka dapat menguruskan
kutipan dan perbelanjaan masjid/surau masing-masing mengikut peraturan yang ditetapkan dan
mematuhi garis panduan yang dinyatakan dalam buku ini demi kamajuan ummah khususnya umat Islam
di negeri ini.

Selamat Maju Jaya.

“MELAWATMELAKABERSEJARAHBERERTIMELAWATMALAYSIA”

“MELAKABANDARAYAWARISANDUNIA,UNESCO”

“MELAKAMAJUNEGERIKUSAYANG,NEGERIBANDARTEKNOLOGIHIJAU”

Y.A.B. DATUK SERI HAJI MOHD. ALI BIN MOHD.RUSTAM

Ketua Menteri Melaka

ii
KATA ALU-ALUAN

Sahibus Samahah Mufti Negeri Melaka

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka

‫ﺑﺴﻢ ﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﯿﻢ‬

Assalamulaikum Warahamatullahi Wabarakatuh

، ‫ واﻟﺼﻼة واﻟﺴﻼم ﻋﻠﻰ أﺷﺮف اﻷﻧﺒﯿﺎء واﻟﻤﺮﺳﻠﯿﻦ‬، ‫ وﺑﮫ ﻧﺴﺘﻌﯿﻦ ﻋﻠﻰ أﻣﻮر اﻟﺪﻧﯿﺎ واﻟﺪﯾﻦ‬، ‫ رب اﻟﻌﺎﻟﻤﯿﻦ‬G ‫اﻟﺤﻤﺪ‬

‫ﺳﯿﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ وﻋﻠﻰ آﻟﮫ وﺻﺤﺒﮫ أﺟﻤﻌﯿﻦ‬

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa`kan ke hadrat Allah subhanahu wata`ala di atas nikmat
limpah kurnia serta taufiq, hidayah dan inayahNya, maka dapatlah pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka
menyusun Buku Garis Panduan Penggunaan Wang Masjid dan Surau Negeri Melaka untuk bacaan
umum dan khususnya sebagai panduan kepada pihak pengurusan masjid/surau di negeri ini.

Sesungguhnya kandungan buku garis panduan ini telah melalui proses penelitian dan perbincangan oleh
ahli-ahli Jawatankuasa Penyemakan, Jawatankuasa Fatwa Neegri Melaka dan seterusnya diperakukan
oleh Majlis Agama Islam Melaka yang telah bersidang pada 16 Ogos 2011.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri
Melaka dan Jawatankuasa Penyemakan di atas sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam penyediaan
garis panduan ini. Ucapan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka
khususnya Bahagian fatwa dan Buhuth selaku urus setia dalam menghasilkan garis panduan ini.

Akhir kalam, saya berharap dan berdoa ke hadrat Allah subhanahu wata`ala semoga garis panduan ini
dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan pengurusan wang
masjid dan surau di negeri ini adalah berdasarkan prinsip dan peraturan yang ditetapkan oleh syariah.
Ke hadrat Allah subhanahu wata`ala dipohonkan semoga usaha yang murni ini mendapat keredhaan-Nya
insyaAllah.

Sekian, wassalam.

DATUK WIRA HAJI RASHID REDZA BIN HAJI MD. SALEH

Mufti Kerajaan Negeri Melaka

iii
GARIS PANDUAN

PENGGUNAAN WANG MASJID DAN SURAU

NEGERI MELAKA

، ‫ وﺑﮫ ﻧﺴﺘﻌﯿﻦ ﻋﻠﻰ أﻣﻮر اﻟﺪﻧﯿﺎ واﻟﺪﯾﻦ‬، ‫ رب اﻟﻌﺎﻟﻤﯿﻦ‬9 ‫ اﻟﺤﻤﺪ‬، ‫ﺑﺴﻢ ﷲ اﻟﺮﺣﻤﻦ اﻟﺮﺣﯿﻢ‬
. ‫ ﺳﯿﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ وﻋﻠﻰ آﻟﮫ وﺻﺤﺒﮫ أﺟﻤﻌﯿﻦ‬، ‫واﻟﺼﻼة واﻟﺴﻼم ﻋﻠﻰ أﺷﺮف اﻷﻧﺒﯿﺎء واﻟﻤﺮﺳﻠﯿﻦ‬

1. TUJUAN

Garis panduan ini disediakan untuk membantu pihak pengurusan masjid dan
surau dalam negeri Melaka memperolehi panduan yang jelas dalam penggunaan
wang masjid/surau berdasarkan Hukum Syarak. Panduan ini adalah berdasarkan
Keputusan Mesyuarat Majlis Agama Islam bil. 3/2011 pada 16 Ogos 2011dan
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2011 pada 5 Julai 2011.

2. PENDAHULUAN

2.1 Terdapat sebanyak 187 buah masjid dan 613 buah surau yang berdaftar di
seluruh negeri Melaka pada masa ini. Hampir kesemuanya mempunyai
tabung derma atau menjalankan kutipan derma daripada orang ramai
terutamanya pada hari jumaat disamping menerima sumbangan kewangan
daripada pelbagai pihak.

2.2 Terdapat segelintir masjid/surau di negeri ini mempunyai dana terkumpul


yang besar nilainya dalam bentuk simpanan di dalam bank tetapi tidak
dibelanjakan untuk manfaat para jemaah dan masjid/surau berkenaan.
Situasi ini berlaku antara lain kerana pihak Jawatankuasa masjid/surau

4
merasa ragu-ragu atau bimbang untuk membelanjakannya kerana khuatir
menyalahi hukum syarak disamping kecenderungan pihak masjid/surau
menyimpan sumbangan di bank untuk memperolehi pulangan yang
nominal.

2.3 Terdapat sesetengah masjid/surau yang tidak membelanjakan dana yang


terkumpul kepada aktiviti-aktiviti yang mampu memberikan pulangan yang
menguntungkan kepada masjid/surau dan para jemaah sedangkan pihak
masjid/surau bertanggungjawab memastikan derma orang ramai
dimanfaatkan supaya pahala kebajikannya mengalir sebagaimana yang
diharap dan dihajatkan oleh penderma. Tindakan masjid/surau
membekukan wang derma orang ramai boleh mengundang fitnah dan
menimbulkan pertikaian dalam masyarakat.

3. TAKRIF WANG MASJID/SURAU

Wang masjid/surau dalam garis panduan ini merujuk kepada dana masjid/surau
yang terkumpul hasil dari pelbagai sumber seperti derma individu atau organisasi
ke dalam akaun bank atas nama masjid/surau tertentu, atau derma yang
dimasukkan ke dalam tabung yang disediakan di masjid/surau, tabung jumaat,
wakaf tunai, pungutan derma sempena hari raya, tabung bergerak, sumbangan
kerajaan, hasil sewaan dan sebagainya yang dimasukkan ke dalam akaun
masjid/surau.

4. SUMBER WANG MASJID/SURAU

Secara umumnya, pendapatan wang masjid/surau yang terkumpul diperolehi


daripada sumber-sumber seperti mana berikut :
(i) Wakaf tunai iaitu wakaf orang ramai dalam bentuk cek atau wang tunai
yang dimasukkan ke dalam akaun bank atau tabung wakaf
masjid/surau atau diserahkan kepada pihak masjid/surau yang
diamanahkan atau hasil daripada pembelian tapak masjid/surau dalam
bentuk kaki persegi oleh pewakaf. Dana wakaf tunai yang dikumpul
kemudiannya ditukar kepada harta kekal yang akan dimanfaatkan untuk
kebajikan dan kepentingan masjid/surau berkenaan seperti pembelian

5
tapak masjid/surau, pembinaan bangunan, penyelenggaraan,
membaikpulih, pembesaran dan sebagainya yang bersangkutan dengan
keperluan masjid/surau secara langsung.

(ii) Derma khairat atau kebajikan iaitu derma orang ramai dalam bentuk cek
atau wang tunai ke dalam akaun bank masjid/surau atau tabung yang
disediakan oleh pihak masjid/surau di mana kegunaannya adalah umum
meliputi pelbagai aktiviti pengimarahan masjid/surau seperti
mengadakan jamuan majlis khatam Al-Qur’an, majlis meraikan jemaah
kariah pergi dan balik haji, bayaran penceramah, guru agama,
pengurusan dan pentadbiran masjid/surau dan sebagainya.

(iii) Derma aktiviti khusus iaitu derma orang ramai dalam bentuk cek atau
wang tunai ke dalam akaun bank atau tabung masjid/surau yang
diwujudkan secara khusus untuk membiayai aktiviti tertentu dan
dimaklumkan kepada orang ramai mengenainya seperti pungutan derma
untuk majlis sambutan Isra’ Mi’raj, Sambutan MaulidurRasul Sallallahu
‘alaihi wasallam, Ihya’ Ramadhan dan sebagainya di mana wang yang
terkumpul hendaklah dibelanjakan kepada aktviti yang ditentukan itu
sahaja.

(iv) Sumbangan kerajaan iaitu sumbangan kewangan oleh pihak kerajaan


yang dimasukkan ke dalam akaun masjid/surau tertentu.

(v) Sumber-sumber lain iaitu wang masjid/surau yang terkumpul hasil


daripada aktiviti jualan, kutipan sewa, keuntungan pelaburan dan
sebagainya yang diusahakan oleh pihak masjid/surau.

5. PENGGUNAAN WANG MASJID/SURAU

5.1 Penggunaan wang wakaf tunai yang dipungut khusus untuk


pembangunan masjid :

Wang wakaf tunai yang dipungut khusus untuk pembangunan masjid


hendaklah dibelanjakan pada pembangunan fizikal masjid yang berkenaan
seperti pembelian tapak masjid, membina, membaikpulih, mengubahsuai,
membesarkan, membeli peralatan, perkakasan, infrastuktur dan

6
kemudahan fizikal yang bersangkutan dengan kepentingan masjid
berkenaan sama ada pada masa sekarang atau pada masa yang akan datang.

5.2 Penggunaan wang atau aset yang diwakafkan untuk masjid/surau


tertentu:

Wang atau aset yang diwakafkan untuk masjid/surau yang tertentu


hendaklah dibelanjakan atau digunakan untuk manfaat dan maslahat
masjid/surau yang ditentukan itu sahaja dan tidaklah boleh dibelanjakan,
dipindahkan atau digunakan kepada masjid/surau lain sebagai
menghormati niat pewakaf berkenaan.

5.3 Penggunaan wang derma khairat orang ramai untuk kemaslahatan jemaah
dan keperluan masjid/surau :

Wang yang didermakan oleh orang ramai sebagai khairat/kebajikan umum


kepada sesebuah masjid/surau bolehlah dibelanjakan untuk aktiviti-aktiviti
yang mendatangkan kemaslahatan ahli jemaah dan keperluan masjid/surau
berkenaan contohnya seperti bayaran saguhati pensyarah dan guru yang
mengajar di masjid /surau itu, mengadakan jamuan atau majlis berbuka
puasa untuk ahli jemaah masjid/surau, membaiki kerosakan, kos
penyelenggaraan, pengurusan, pentadbiran masjid/surau berkenaan dan
sebagainya.

5.4 Penggunaan wang derma yang dipungut khusus bagi menjalankan


aktiviti/majlis tertentu :

Wang yang didermakan oleh orang ramai bagi menjalankan aktiviti


khusus/tertentu seperti Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil, Majlis Khatam al-
Qur’an, Majlis Doa Selamat Pergi/Balik Haji, Majlis Sambutan Hari
Kebesaran Islam dan sebagainya hanya boleh dibelanjakan kepada aktiviti
yang dikhususkan itu sahaja.

7
5.5 Pengurusan baki atau lebihan wang derma masjid/surau yang dipungut
khas bagi menjalankan aktiviti/majlis tertentu :

Baki atau lebihan wang daripada pungutan derma khas yang dibuat bagi
menjalankan aktiviti/majlis tertentu bolehlah disimpan dan dianjakkan
derma tersebut kepada aktiviti/majlis yang serupa di masa yang akan
datang. Jika hendak dibelanjakan baki atau lebihan wang derma tersebut
kepada aktiviti/majlis yang lain, maka hendaklah dihebahkan kepada pihak
yang menderma untuk mendapatkan persetujuan terlebih dahulu. Justeru
itu, bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam perkara ini maka
jawatankuasa atau pentadbir masjid/surau dinasihatkan agar membutirkan
dengan jelas tujuan pungutan derma dilaksanakan atau tabung-tabung
dalam masjid/surau diwujudkan dan ke mana baki pungutan derma
tersebut (jika ada) akan dibelanjakan supaya dapat diketahui dengan jelas
oleh setiap orang yang hendak menderma kepada tabung itu. Ini juga dapat
memudahkan jawatankuasa masjid/surau untuk membelanjakan baki atau
lebihan wang derma itu kepada lain-lain tujuan yang berkaitan dengan
masjid/surau seperti pentakmiran, penyelenggaraan kebersihan dan
sebagainya menurut kebijaksanaan jawatankuasa masjid/surau tanpa perlu
merujukkan atau meminta izin semula kepada pihak penderma.

5.6 Penggunaan wang derma masjid/surau yang diperolehi atau dipungut


daripada penderma yang tidak diketahui niat atau tujuannya dengan jelas:

Jika tidak diketahui niat dan tujuan orang yang berderma itu dengan jelas,
maka hendaklah dilihat dari segi adat kebiasaan (‘uruf) sesebuah
masjid/surau dalam membelanjakan wang derma itu. Jika sekiranya derma
itu pada kebiasaannya dibelanjakan kepada kemaslahatan masjid/surau
seperti membeli keperluan perkakasan atau untuk maslahat para jemaah
seperti membuat jamuan sempena majlis-majlis pengajian ilmu, hari-hari
kebesaran Islam dan sebagainya, maka bolehlah dibelanjakan derma itu ke
arah tujuan tersebut.

8
5.7 Penggunaan wang masjid/surau sebagai modal pelaburan untuk menjana
pendapatan :

Harus mengunakan dana masjid/surau sebagai modal pelaburan dan


perniagaan bagi tujuan menjana pendapatan tetapi hendaklah tertakluk
kepada syarat-syarat sepertimana berikut :

(i) Pihak Jawatankuasa masjid/surau berkenaan dapat memberi


jaminan bertulis bahawa wang masjid/surau yang dilaburkan
atau diperniagakan itu dan keuntungannya hendaklah
dikembalikan semula kepada akaun masjid/surau berkenaan
setelah ditolak kos pengurusan yang munasabah;

(ii) Ada jaminan bertulis bahawa pihak Jawatankuasa masjid/surau


berkenaan bersedia untuk membayar balik kesemua jumlah
wang masjid/surau yang dilaburkan atau diperniagakan itu
kepada akaun masjid/surau jika berlaku kerugian dalam
pelaburan atau perniagaan;

(iii) Ada jaminan bertulis bahawa wang masjid/surau yang dijadikan


modal pelaburan itu boleh dicairkan pada bila-bila masa apabila
ada keperluan mendesak;

(iv) Pelaburan atau perniagaan tersebut hendaklah dilakukan dengan


teratur dan ianya mestilah berlandaskan syariat;

(v) Hendaklah dibuat kajian terperinci berkenaan dengan satu-satu


pelaburan atau perniagaan yang hendak diusahakan
menggunakan wang masjid/surau dan perlu dipastikan ianya
terjamin selamat;

(vi) Pelaburan atau perniagaan tersebut hendaklah dikendalikan oleh


satu badan ataupun jawatankuasa khas yang terdiri daripada

9
mereka yang berpengalaman dalam bidang pelaburan dan
bersifat amanah; dan

(vii) Hendaklah mendapatkan kebenaran atau kelulusan daripada


pihak berkuasa agama negeri Melaka terlebih dahulu.

5.8 Hukum menggerakkan tabung derma masjid antara jemaah ketika imam
sedang berkhutbah :

Perbuatan menggerakkan tabung derma masjid semasa khatib sedang


membaca khutbah sekiranya menyebabkan ahli jumaat terganggu atau
memalingkan mereka daripada mendengar khutbah maka ia termasuk
perbuatan yang tidak digalakkan dan menghilangkan fadhilat jumaat.
Justeru itu, amalan tersebut walaupun mempunyai tujuan yang baik tetapi
tidak digalakkan kerana pelaksanaannya boleh menimbulkan gangguan
kepada jemaah. Jawatankuasa masjid dinasihatkan agar mencari kaedah lain
umpamanya mengedarkan tabung sebelum khutbah dimulakan, meletakkan
tabung di setiap pintu masuk masjid, memperbanyakkan tabung untuk
memudahkan jemaah menderma dan membuat pengumuman kepada
jemaah agar menderma.

6. PENUTUP

Semoga garis panduan yang disediakan ini sedikit sebanyak dapat membantu
pihak pengurusan masjid/surau dalam negeri Melaka memperolehi panduan yang
lebih jelas berhubung penggunaan wang masjid/surau berdasarkan Hukum
Syarak dan seterusnya dapat memanfaatkan penggunaan wang masjid/surau
dengan lebih cekap dan teratur untuk kemaslahatan ummah.

10

Anda mungkin juga menyukai