Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Apakah penyalahgunaan dadah?

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang


berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada
kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau
ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.Penyalahgunaan dadah /
bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang
akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan
dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan
dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.

Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan


walaupun:

■Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat


■Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan
dadah

■Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya


Apakah penagihan dadah?

Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.


Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu mula dengan bahan
tersebut. Contohnya:

■Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
■Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya
dihentikan
■Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh
penggunaan yang lebih lama

Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.


Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk
melakukan aktiviti seperti mencari pengedar, membeli dan menggunakan
dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah. Apabila
seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan
psikologi, akan wujud keinginan yang melampau untuk mengambil atau
berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun. Ini akan
mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat
sekeliling.
Tanda dan gejala
Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan
dadah?

■Resah, gelisah
■Prestasi kerja atau akademik yang merosot
■Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di
tempat kerja
■Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan
aktiviti harian
Perubahan emosi secara tiba-tiba

■Bercakap merepek
■Mengabaikan penampilan diri
■Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
■Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik
air atau bilik tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain

■Kelihatan letih, penat dan mamai


Komplikasi
Kesan penyalahgunaan dadah yang berterusan akan merosakkan:

■Kebersihan dan kesihatan diri


■Kesihatan mental
■Prestasi pelajaran
■Hubungan sosial
■Status kewangan
Penyalahgunaan dadah akan lebih merumitkan bila ia melibatkan:

■Penggunaan pelbagai jenis dadah


■Aktiviti jenayah
■Kaum keluarga
■Masalah perubatan
■Masalah psikiatri

■Kanak-kanak dan remaja (umur kurang 18 tahun)

Anda mungkin juga menyukai