Teknik Menghuraikan Isi
Teknik Menghuraikan Isi
TEKNIK IMBaKUP
M = Mengapa - (3 - 4 ayat)
P = Penegas (1 ayat)
Isi:
Mengapa:
1. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang
dibawa masuk melalui tingkap globalisasi
Bagaimana:
1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya
2. memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu mencegah
kemungkaran
Kesan:
Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.”
Penegas:
Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk mengekang
gejala sosial daripada meruncing.
Peranan ibu bapa yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah ibu bapa
perlulah memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian
kerana agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-
anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan adanya didikan agama juga
anak-anak dapat membezakan permata dengan batu kelikir kerana mereka telah menjadikan agama
sebagai panduan hidup yang paling afdal daripada terjerumus ke lembah kehinaan seperti
vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng sekolah dan sebagainya. Tanpa agama, kehidupan
seseorang itu akan menjadi terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda. Oleh itu, ibu bapa
perlulah memberikan didikan agama sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dengan ini, mereka akan sentiasa melakukan amal makruf nahi mungkar. Bukan itu sahaja, ibu bapa
bapa haruslah memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama yang
mampu mencegah kemungkaran. Sebagai kesan, anak-anak yang memiliki didikan agama yang
mantap akan berasa takut akan balasan Tuhan lalu tidak terlibat dalam gejala sosial yang akan
merosakkan masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan untuk modal insan yang
beriman dan berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat ditangani. Benarlah kata
Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.” Izharlah bahawa
didikan agama yang mantap merupakan antara wahana yang berkesan untuk mengekang gejala
sosial daripada meruncing.
PENANDA WACANA ISI DAN PERKEMBANGANNYA
1. Isi pertama:
- Selain itu,
- Jika kita lihat / tinjau / kaji dari sudut / dimensi / perspektif yang berbeza, …
- Seperkara lagi,
- Di samping itu,
- Sementara itu,
- Lebih-lebih lagi,
- Seperkara lagi,
- Tamsilnya,
- Buktinya,
- Misalannya,
- Misalnya,
- Implikasinya / impaknya,
- Kesannya,
- Ringkasnya
- Tegasnya,
- Izharlah bahawa
- Sesungguhnya,
- Pendek kata,
- Jadi,
- Oleh itu,