Anda di halaman 1dari 2

Memorandum

Kepada : Pengurusan SMK Kuala Telemong

Daripada : Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti SMK Kuala Telemong

Memorandum mebantah Larangan Penjualan Roti di Koperasi Sekolah.

1. Pendahuluan

Pada awal tahun 2019 pihak sekolah telah mewujudkan larangan bagi koperasi sekolah
melaksanakan penjualan roti kepada seluruh warga sekolah dengan alasan penjualan roti
akan diambil alih oleh pengusaha kantin. Namun usaha itu dilihat tidak releven dan
membebankan berdasarkan keluhan dan rungutan warga sekolah. Menyedari hal itu, Majlis
Perwakilah Pelajar Pra Universiti menghantar memorendum ini bagi menggesa pihak sekolah
menarik balik larangan yang telah dikeluarkan.

2. Pernyataan Masalah

2.1 Kekangan Masa


Kami telah menyoal selidik warga sekolah SMK Kuala Telemong yang terdiri dari pekerja,
guru-guru, dan pelajar-pelajar. Pemasalahan utama yang timbul ialah kekangan masa, ini
sebahagian besarnya melibatkan pelajar-pelajar Pra Universiti, pekerja dan guru-guru
disebabkan kan oleh kesibukan. Membeli roti di koperasi merupakan alternatif yang terbaik
bagi mengelak pembaziran masa. Tidak terkecuali juga bagi pelajar-pelajar lain, disebabkan
jadual waktu rehat yang serentak bagi semua tingkatan, kesasakan menyebabkan ada pelajar
yang lambat dapat membeli di kantin. Jadi membeli roti di koperasi juga merupakan alternatif
terbaik dari mengelak kesesakan dan mengurangkan masalah lewat ke kelas selepas rehat.

2.2 Masalah Kewangan


Seperti yang diketahui umum rata-rata pelajar di SMK Kuala Telemong bukanlah dari
golongan yang berada malahan sebahagian besarkan berada dalam kategori pelajar miskin
yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM3000, dan ada yang kurang dari itu. Oleh itu
membeli roti di koperasi yang dilihat lebih murah dan dapat mengisi keperluan tenaga untuk
belajar sangat membantu.

2.3 Makanan Luar


Dapatan kami, telah timbul segelintir pelajar yang mula membawa makanan dari luar untuk
dijual kepada rakan-rakan didalam kelas. Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak
sekolah. Risiko berlakunya gejala keracunan makanan menjadi lebih tinggi dan boleh
menyukarkan pihak sekolah menyiasat puncanya apabila perkara ini terjadi. Jika koperasi
dibenarkan menjual roti perkara ini mungkin dapat dikurangkan atau dielakkan.

2.4 Waktu Tambahan


Waktu tambahan seperti hari ko-kurikulum, hari sukan dan kelas tambahan mewajibkan
pelajar pulang lambat. Maka guru-guru dan pelajar-pelajar memerlukan alternatif lain bagi
mengisi perut sementara menunggu waktu tambahan bermula memandangkan waktu
tersebut kantin sudah pun ditutup. Maka alternatif terbaik adalah membenarkan koperasi
menjual roti bagi memenuhi keperluan tersebut.
3.Usul

3.1 Membenarkan Koperasi Menjual Roti


Bagi menangani permasalahan-permasalahan yang telah disebutkan, kami Majlis Perwakilan
Pelajar Pra Universiti SMK Kuala Telemong mewakili suara seluruh warga sekolah SMK Kuala
Telemong, mengusulkan supaya larangan penjualan roti di Koperasi SMK Kuala Telemong
ditarik balik.

3.2 Menyediakan Garis Panduan


Selain itu pihak sekolah juga boleh menyediakan garis panduan yang lebih bersifat menang-
menang antara koperasi dan pengusaha kantin. Seperti yang telah kami maklum pihak
sekolah telah pun menhadkan waktu penjualan makanan bagi pihak koperasi bagi memberi
ruang kepada pengusaha kantin dan ini dilihat lebih bertoleransi berbanding dengan
keputusan pihak sekolah melarang terus koperasi menjual roti.

4. Penutup
Tujuan kami pihak Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti membankitkan isu ini bukanlah
bagi membebankan mana-mana pihak. Tetapi memandangkan perkara ini dilihat memberi
kesan dan menimbulkan rungutan berpanjangan dari warga SMK Kuala Telemong maka kami
sebagai pihak yang dipertangungjawabkan terpanggil menyampaikan suara-suara dari semua
warga SMK Kuala Telemong supaya tidak timbul isu-isu yang lebih merungsingkan.
Diharapkan pihak sekolah tidak mengambil remeh rugutan dan permasalahan yang dihadapi
oleh seluruh warga sekolah. Kerana ini adalah penting bagi kelangsungan suasana yang lebih
aman dan kesan yang lebih positif kepada perkembangan pembelajaran di sekolah. Diharap
pihak sekolah dapat menkaji permasalahan yang telah ditimbulkan dan mengambil tindakan
sewajarnya ke atas isu-isu yang telah diutarakan. Semoga dengan selesainya isu ini dapat
memperlihatkan kesan positif kepada pengurusan dan seluruh warga SMK Kuala telemong.

............................................................ 25 Februari 2019


( )
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti
SMK Kuala Telemong.

Anda mungkin juga menyukai