Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN

Kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa dan negara amat bergantung kepada
golongan muda yang merupakan tonggak dan pewaris kesinambungan
pembangunan dan kesejahteraan negara. Golongan muda yang cemerlang dalam
pelbagai aspek seperti akademik, kemahiran, sahsiah dan jati diri amat diperlukan
untuk menyumbang secara positif kepada kecemerlangan dan pengukuhkan
ekonomi serta masa depan negara (Fauziah, 2009). Dalam era globalisasi yang
mana manusia harus berhadapan dengan dunia tanpa sempadan, pelbagai cabaran
khasnya yang berkaitan dengan masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam
kalangan generasi muda remaja amat membimbangkan.

1
2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KERUNTUHAN AKHLAK
REMAJA

Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak
sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang
mempunyai akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu
yang tidak mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh
masyarakat sekeliling. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini, mempunyai
akhlak yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Banyak kejadian
seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah
dan sebagainya dilakukan oleh remaja pada hari ini. Faktor-faktor seperti keluarga,
rakan sebaya, pengaruh budaya barat, kekurangan didikan agama, media massa
dan rasa ingin tahu telah menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja pada
masa kini.

Faktor utama yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja adalah


keluarga. Keluarga memainkan peranan yang penting kerana dari institusi
kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu bermula.
Keruntuhan institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan
keharmonian dalam sesuatu masyarakat. Akhlak yang baik dan mulia datangnya
daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Ibu bapa
yang terlalu sibuk mengejar kemewahan dan mementingkan kerjaya sehingga
interaksi di antara ibu bapa dan anak-anak terabai menimbulkan perasaan kecewa
dan tertekan dalam jiwa mereka. Ini membuktikan tanpa kasih sayang yang
sempurna, remaja akan mencari jalan keluar untuk melepaskan emosi mereka
melalui kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah dan tidak bermoral seperti melepak,
aktiviti jenayah, penagihan dan pengedaran dadah, berpeleseran, pelacuran dan
sebagainya.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang utama
dalam menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang. Anak-
anak yang terkeluar daripada pengawasan ibu bapa akan mencari rakan sebaya
untuk meneruskan kehidupan mereka. Remaja yang jauh daripada pengawasan ibu
bapa akan menjadikan rakan sebaya sebagai model ikutan. Kawan-kawan menjadi
orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka
kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka
kepada perkara-perkara yang buruk. Azizi Yahaya et,al, (2009) mendapati bahawa
rakan sebaya memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya kepada

2
perkembangan dan pengekalan tingkah laku buli, sikap antisosial dan salah laku.
Selain itu, Mahmood Nazar Mohamed (2007), mendapati pengaruh rakan sebaya
menyebabkan remaja menghidu gam dan melakukan aktiviti antisosial secara
bersama kerana mereka lebih senang bersama rakan sebaya.Umpamanya, jika
mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan
mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa
bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai
para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.

Selain itu, kewujudan bahan-bahan negatif dari majalah hiburan (dari dalam
atau luar negeri), suratkhabar hiburan, VCD, TV, radio serta internet telah
menimbulkan masalah yang begitu serius kepada perkembangan remaja masa kini.
Hasil dari perkembangan dan kemajuan teknologi dan kemudahan asas yang
sempurna, kesan dan pengaruh media massa bukan sahaja dirasai oleh remaja di
kawasan bandar, malah ianya turut melibatkan golongan remaja dikawasan luar
bandar. Remaja yang dikategorikan sebagai ketagih menonton televisyen
menghadapi berbagai masalah sosiopsikologi yang lebih seperti kesedaran diri
yang rendah, kerisauan dalam hubungan, kurang menerima perhatian dari keluarga,
kurang berminat terhadap kerja sekolah, kurang mantap keyakinan agama dan
lebih percaya kepada perkata tahyul dan masalah dalam gejala sex dan keganasan,
berbanding dengan rakan-rakan mereka yang kurang menonton televisyen. Ini
menunjukkan media khususnya televisyen mempunyai kesan secara langsung atau
tidak langsung dalam perkembangan diri dan akhlak remaja.

Seterusnya, perasaan ingin tahu individu menyumbang kepada keruntuhan


akhlak remaja zaman sekarang. Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke
bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang
tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan
mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja. Secara tidak langsung
membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara
tersebut. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang
menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang
sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi
perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin
dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bersatu hati dan berganding bahu


untuk mengambil tindakan yang konkrit dan proaktif bagi menangani masalah

3
keruntuhan akhlak remaja. Punca ini harus ditangani kerana gejala sosial ini seperti
kanser yang boleh memudaratkan kesejahteraan masyarakat dan Negara.
Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan mudah. Jelaslah
bahawa peranan dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi
mengurangkan keruntuhan akhlak ini.

4
3.0 CARA MENGATASI KERUNTHUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN REMAJA

Remaja merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun demikian, isu
masalah kerunthuhan akhlak di kalangan remaja kerap diperkatakan kerana
didapati masalah ini telah bertambah dari setahun ke setahun. Antara
masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya melepak, penagihan dadah dan
pergaulan bebas. Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak-
pihak tertentu untuk menangani keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam menangani gejala


sosial ialah ibu bapa dan keluarga. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa
para remaja banyak dihabiskan di rumah. Oleh itu, ibu bapa harus memantau
perkembangan anak-anak dari segi pelajaran dan aktiviti sosial mereka. Ibu
bapa perlu memastikan bahawa anak-anak mereka pergi ke sekolah dan menuntut
ilmu. Ibu bapa juga harus mengambil berat tentang pencapaian anak-anak di
sekolah. Remaja berkelakuan buruk kerana mereka mengetahui bahawa ibu bapa
mereka tidak mengambil kisah tentang kebajikan mereka. Ibu bapa harus mengikuti
perkembangan remaja di sekolah dan paling penting dengan siapa anak mereka
berkawan. Rakan boleh membawa pengaruh negatif yang mengajak mereka ke
dalam kancah sosial. Selain itu, aktiviti sosial remaja perlu diberi perhatian oleh
ibu bapa, jika remaja melanggar undang-undang, ibu bapa yang terkena kesannya.
Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali, oleh itu, sekali terkena, kita perlu menjaga
mereka dengan baik agar tidak terjebak sekali lagi. Kesimpulannya, ibu bapa
haruslah memantau perkembangan remaja dari semasa ke semasa.

Selain itu, Robiah (2001) dalam tulisannya berkaitan dengan remaja dan
pengurusan diri berpendapat bahawa kepercayaan agama merupakan suatu tenaga
paling unggul untuk mencegah dan menentang segala unsur negatif yang
menyerang emosi dan mental. Pegangan prinsip dan pendirian yang kukuh
berlandaskan ajaran agama dapat mencegah seseorang remaja daripada
dipengaruhi oleh unsur-unsur pergaulan bebas yang tidak sihat dan melampaui
batasan. Pendidikan agama yang disemai sejak zaman kanak-kanak mampu
membentuk perkembangan diri remaja yang positif serta mempunyai nilai-nilai murni
dalam jiwa mereka. Pendidikan agama juga dilihat mampu menolak perlakuan
negatif dan unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran agama. Pandangan ini
mengambarkan bahawa betapa pentingnya pendidikan agama ke arah
pembentukan sahsiah dan akhlak yang sempurna dalam kalangan remaja.

5
Di samping itu, peranan ibu bapa yang paling penting adalah menunjukkan
teladan yang baik kepada anak-anak. Anak-anak yang masih kecil mudah dbentuk
dan diberi nasihat, oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
anak supaya mereka membesar dengan sahsiah yang mulia. Penerapan nilai murni
amat penting kepada remaja kerana amalan-amalan ini sepatutnya dipraktikkan
oleh remaja dalam membantu masyarakat dan menjamin masa depan negara
kerana mereka adalah pemimpin negara pada masa akan datang. Ibu bapa yang
melakukan perkara negatif di hadapan remaja seperti merokok, memukul orang dan
mencuri akan melahirkan warga masyarakat yang lebih teruk. Konkulsinya, ibu bapa
perlu berhati-hati dalam mengajar remaja agar mereka tidak membesar dengan
melakukan gejala sosial.

Peranan guru sebagai pendidik bagi membentuk generasi yang bermoral


pada masa sekarang dan masa akan datang adalah sangat penting dalam proses
mengurangkan keruntuhan akhlak murid. Di mana guru bukan saja menyampaikan
ilmu tetapi membentuk insan yang berketrampilan dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan spiritual. Guru yang memainkan peranan yang berkaitan dengan
memberi bantuan dan semangat, memerhati dan membentuk sahsiah yang murni
dan mendisiplinkan pelajar-pelajar supaya patuh terhadap peraturan-peraturan
sekolah dan norma hidup dalam keluarga dan masyarakat.

Selain itu, guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting.


Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan beliau juga
perlu menjadi contoh kepada pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja
mengajarkan nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi harus menghayati serta
mengamalkannya. Mereka ialah ‘Role Model’ yang merupakan kayu ukur kepada
perkembangan moral pada pandangan pelbagai pihak, khususnya pelajar-pelajar di
sekolah tersebut.

Para guru boleh mengatasi gejala sosial dalam kalangan dengan


menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti
kegiatan ko-kurikulum di sekolah-sekolah. Melalui penglibatan pelajar dengan
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, sikap pelajar akan dibentuk dengan sendirinya.
Umpamanya sikap disiplin pelajar dapat dibentuk dengan aktiviti-aktiviti pasukan
berpakaian seragam seperti berkawad, berkhemah, latihan ikhtiar hidup dan
sebagainya. Nilai-nilai yang diterapkan melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan
dan bekerjasama akan memupuk semangat perpaduan di kalangan para pelajar
tanpa mengira bangsa, keturunan, agama, taraf kekayaan dan sebagainya.

6
Kebanyakan aktiviti ko-kurikulum berteraskan kepada nilai-nilai murni dan
bersandarkan kepada keagamaan serta kepercayaan kepada tuhan. Bagai pelajar-
pelajar yang beragama Islam, aspek keagamaan diterapkan dengan
memperkukuhkan ibadah, akidah dan akhlak bagi setiap pelajar

Pelaksanaan program mentoring juga dapat mengurangkan masalah


keruntuhan akhlak murid. Program mentoring dilihat dapat membantu para pelajar
dalam beberapa perkara penting berkaitan aspek kehidupan mahupun rohani.
Antara peranan yang boleh ditekankan adalah seperti membantu dalam
meningkatkan pencapaian akademik pelajar, membantu pembentukan
pembangunan sahsiah diri serta persiapan dalam penyediaan perancangan kerjaya.
Menurut Oliver (2002), Perlaksanaan program mentoring secara terancang mampu
mendorong menti menguasai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan baru bagi
menambahbaikkan psikososial dan prestasi pengajian. Oleh itu, perlaksanaan
program mentoring menjadi suatu perkara asas untuk mendorong menti dalam
mencapai kemahiran yang diperlukan dan meningkatkan psikososial serta prestatsi
akademik mereka

Selain itu, peranan kaunseling di Malaysia adalah membentuk


pembangunan insan yangsihat dikalangan guru dan pelajar dari segi mental,
rohaniah, emosi dan tingkahlaku. Kaunselor perlu menanam konsep kendiri yang
positifterhadap diri remaja. Konsep kendiri ini mencakupi aspek jasmani dan
psikologi. Amer Shakir (2001) seseorang yang sentiasa mendapat perhatian,
mengalakkanusaha-usaha dan memujinya akan mendorong orang itu membentuk
dirinya kearah konsep kendiri yang positif. Adalah dipercayai golongan remaja dari
segi psikologi dan emosinya merupakan golongan yang sentiasa berubah dari segi
emosi, agresif, bertingkah laku sukar dijangka dan peka terhadap masalah
danperubahan sekeliling. Justeru remaja seperti individu yang lain,mempunyai
kepercayaan, prinsip dan nilai-nilai dalam diri yang tersendiri. Menurut Habibah
(2002) mereka mempunyai hak dankeistimewaan dalam menyatakan pendapat-
pendapat tertentu dan kaunselormempunyai kesan yang bermakna ke atas
pembinaan konsep kendiri mereka .Di sekolah, segala tindak tanduk rakan-rakan
dan guru-guru boleh memberikesan ke atas keyakinan diri remaja, harapan, harga
diri, sikap dan motivasi.Penulis percaya remaja yang sering mendapat perhatian,
diberi pujian dandorongan akan mempunyai konsep kendiri yang positif dalam hidup
khususnyadari segi tingkah laku mereka. Antara ciri-ciri tingkah laku yang
diperlihatkanremaja mempunyai konsep kendiri yang positif ialah berpuas hati

7
dengan dirinya,peramah, mudah berkawan, berpuas hati dengan pencapain, tahu
menghargaisesuatu yang dilakukan dan bersedia untuk memuji orang lain

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja begitu membimbangkan dan


boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak ditangani dengan
bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan
negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskan
seseorang itu ke arah kehancuran. Oleh sebab itu, semua pihak haruslah bersatu
hati dan berganding bahu untuk mengambil tindakan yang konkrit dan proaktif bagi
menangani masalah keruntuhan akhlak remaja.

4.0 RUMUSAN

Akhlak merupakan cermin dan peribadi seseorang individu. Oleh itu akhlak sangat
penting dalam kehidupan seharian seseorang individu. Individu yang mempunyai
akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, manakala individu yang tidak
mempunyai akhlak yag baik akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat
sekeliling. Namun begitu kebanyakan remaja pada hari ini, mempunyai akhlak
yang begitu memalukan agama, bangsa dan negara. Faktor-faktor seperti keluarga,
rakan sebaya, pengaruh budaya barat, kekurangan didikan agama, media massa
dan rasa ingin tahu telah menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja pada
masa kini. Antara masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya melepak,
penagihan dadah dan pergaulan bebas. . Oleh sebab itu, semua pihak haruslah
bersatu hati dan berganding bahu untuk mengambil tindakan yang konkrit dan
proaktif bagi menangani masalah keruntuhan akhlak remaja.

8
5.0 REFLEKSI

Saya Jamunah a/p Balakrishnan, guru pelathi semester 8, unit Bimbingan


dan Kaunseling. Melalui tugasan ini saya telah belajar banyak ilmu pengetahuan
yang saya tidak pernah belajar semasa saya berada di sekolah menengah. Saya
berasa sangat bersyukur kerana dengan izin Tuhan saya telah diberi ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja
kursus ini ialah Membincangkan faktor-faktor keruntuhan akhlak remaja dan
penyelesaian bagi masalah ini. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini,
pelbagai rintangan dan cabaran telah saya harungi untuk menyiapkan tugasan ini
dengan sempurnanya.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan pertama yang timbul dan
muncul dalam kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja
kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat juga beberapa tugasan
yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Situasi ini sedikit
sebanyak telah memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk
melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan tersebut. Walau bagaimanapun,
saya tetap tidak pernah berputus asa dan memberi banyak alasan serta helah untuk
menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan, seperti bak kata
pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini


mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini demikian kerana, saya memikirkan
bahawa soalah tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk
yang dibincangkan bukanlah suatu tajuk yang asing bagi saya. Malah, terdapat
pelbagai medium untuk saya mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan
yang diberikan iaitu melalui internet, buku-buku di pusat sumber, dan sebagainya.

Di samping itu, semasa dalam proses untuk menyiapkan tugasan yang


diberikan oleh pensyarah pembimbing, saya juga mengalami masalah untuk
mencari buku-buku rujukan yang bersesuaian berkaitan dengan tajuk tugasan. Hal
ini demikian kerana, buku-buku yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang terdapat
di pusat sumber adalah terhad tambahan pula kekangan dari segi masa juga
menyukarkan saya untuk bertandang ke perpustakaan. Selain itu, semasa mencari
bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan di laman internet juga
merupakan satu cabaran kepada saya. Hal ini demikian kerana, bukanlah mudah
untuk mencari sesuatu bahan yang betul-betul sahih di dalam laman sesawang

9
kerana terdapat sesetengah laman telah ditokok tambah isu kandungannya dengan
kandungan-kandungan yang negatif.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang telah saya nyatakan di atas,
saya telah berusaha untuk mengambil inisiatif untuk berbincang dan berkolaborasi
dengan rakan-rakan sekelas dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan
kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan
pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan dan apabila terdapat
kekeliruan terhadap tajuk tugasan. Selain itu, saya juga meluangkan masa untuk
bersama-sama rakan memilih bahan-bahan yang tepat, berkongsi idea dan
pendapat, pengetahuan serta kemahiran. Kolaborasi sebegini telah banyak
membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik.

Di samping itu, dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya telah


memperoleh banyak ilmu yang berkaitan dengan masalah sosial yang berlaku di
negara kita khususnya dalam kalangan remaja. Masalah sosial di negara kita
sememangnya meningkat dari tahun ke tahun dan ianya telah banyak memberikan
impak negatif terhadap negara kita. Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal
guru bimbingan dan kaunseling saya perlu mempelbagaikan strategi dan aktiviti
untuk membendung masalah sosial di negara kita ini daripada terus berleluasa.

Dengan melaksanakan tugasan ini, saya turut mempelajari banyak


pengetahuan yang baru. Tugasan ini telah meningkatkan daya pemikiran saya
untuk menganalisis dan menilai sesuatu peristiwa mahupun perkara yang
dibicangkan. Saya semakin memahami apa keperluan yang diingini oleh remaja
pada masa sekarang serta sebab-sebab mereka menglibatkan diri dalam kancah
sosial. Dengan ilmu inilah, saya berharap saya mampu untuk mengubah remaja kita
apabila saya melangkah ke alam perkerjaan sebagai seorang guru bimbingan dan
kaunseling nanti.

10

Anda mungkin juga menyukai