Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak


pengalaman’, maka Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Doktor Burhanuddin,
Taiping telah bercadang untuk mengadakan program Pembelajaran Luar Kajian
Sejarah Padi, Planetarium dan Warisan Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah Darul
Aman dengan menaiki KOMUTER. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga
merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi
pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada pelajar-pelajar PPKI.
Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran
dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat pelajar.

2.0 RASIONAL

Murid-murid di dalam program PPKI ini merupakan sebahagian daripada


masyarakat di negara ini. Murid-murid ini juga memerlukan perhatian dan
bimbingan yang lebih intensif berbanding murid-murid aliran perdana. Murid-murid
ini perlu didedahkan kepada aktiviti pendidikan berbentuk kemahiran, ilmiah dan
sosialisasi. Selain dari itu, program ini dapat memberi pengalaman baru kepada
pelajar PPKI menggunakan antara pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia
iaitu KOMUTER dan seterusnya mendedahkan persekitaran yang ada di negeri
Kedah. Dengan adanya aktiviti ini, murid-murid PPKI akan memasuki ke satu
dimensi baru dalam kehidupan mereka.

3.0 MATLAMAT

Program ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan


yang mendalam tentang persekitaran dunia luar, alam sekitar dan dunia Sains
disamping memberi pengalaman baru kepada pelajar PPKI menaiki KOMUTER.
Pelajar-pelajar yang ditempatkan di sini terdiri daripada para pelajar yang
bermasalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran. Justeru, adalah
diharapkan pendedahan ini akan dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan
diri mereka, menjadi insan yang lebih peka terhadap perkembangan dunia luar dan
dunia Sains serta dapat berdikari dan menyesuaikan diri dengan masyarakat di
luar sana.

1
4.0 OBJEKTIF

1. Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada pelajar - pelajar
pendidikan khas membina keyakinan diri melalui aktiviti sosial yang bersesuaian.

2. Dapat membuka minda pelajar-pelajar pendidikan khas dengan suasana dan


pengalaman yang baru.

3. Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia


luar dan masyarakat.

4. Memberikan inspirasi kepada pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran untuk pendidikan khas.

5.0 KUMPULAN SASARAN

 Murid-murid - 47 orang
 Guru - 19 orang
 Pembantu Pengurusan Murid - 4 orang

Jumlah - 70 orang

6.0 BUTIRAN LAWATAN

Tarikh : 20 September 2017

Hari : Rabu

Masa : 6.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat : Alor Setar, Kedah

2
7.0 TENTATIF PROGRAM

WAKTU AKTIVITI

6.00 pagi Berkumpul di Kaunter Kereta Api Tanah Melayu (KTM)


Taiping

7.07 pagi - Bertolak daripada Taiping ke Alor Setar dengan komuter

- Sarapan Pagi

9.30 pagi - Tiba di Stesen KTMD Alor Setar, Kedah

- Taklimat ringkas daripada guru.

9.45 pagi - Muzium Padi 3D

- Pusat Sains Negara Wilayah Utara/ Galeri Planetarium


Negara Cawangan Kedah

- Menara Alor Setar

- Gua Gunung Keriang

- Ais Krim Bazaar

1.00 tengahari - Makanan tengahari

- Solat di Masjid Zahir dan masjid Al-Bukhary Alor Setar

- Melawat Muzium Warisan Negeri Kedah

- Melawat Pusat Jualan Makanan dan Hasil Tradisional


Negeri Kedah. (Pekan Rabu Ukir Mall Alor Setar)

6.00 petang Bertolak pulang ke Taiping dengan menaiki Komuter

10.00 malam Tiba di Stesen KTMD, Taiping.

3
8.0 AHLI JAWATAN KUASA

Penasihat : Pn. Hjh Mariam Bt Abu Bakar

Pengerusi : En. Alexander A/L Samy Pillai

Setiausaha : Pn. Nur Azizah Binti Jaafar

Pen. Setiausaha : En. Mohamad Tarmizi B. Nordin

Bendahari : Pn. Vasugi A/P Muniandy

Pn Apizah Bt Taib

Komunikasi dan : En. Muhammad Amin Bin Mat Isa

Pelaporan Sesi En. Mohd Roslan Bin Seol@Sulaiman

Makanan dan : Pn Rosidah Bt Daud

Minuman peserta Pn Aisah Bt Mat Yusof

Cik Loh Poh Yoon

Keselamatan & : En. Muhammad Muizzuddin Bin Jamhari

Disiplin Peserta En. Ahmad Hafizi Bin Kamaruzaman

Pengangkutan dan : En. Kamarul Hadi Bin Jahaya

Kawalan Pelajar Tn. Hj. Mohd Ayob Bin Hamzah

Pn. Nurizziati Munirah Bt Mohd Zulkefli

Hadiah/ Cenderahati : Pn. Annie Thomas A/P M.K Thomas

Pn. Razita Bt. Abdullah

Pn. Hartini Bt, Mohamad Taib Azmi

4
Pn. Noorhaslinda Bt Mohd Ali

Jurugambar dan : Cik Nor Salliza Bt. Zakaria

Dokumentasi Pn. Noor Arizatun Najwa

En. Muhammad Muizzuddin Bin Jamhari

En. Ahmad Hafizi Bin Kamaruzaman

Doa Perjalanan : Tn. Hj. Mohd Ayob Bin Hamzah

En. Muhammad Amin Bin Mat Isa

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Pendapatan RM Perbelanjaan RM

2. Kutipan Pelajar dan Guru 1. Tiket Komuter

70 X RM25.00 1 750.00
- Pelajar = RM 50 X 47 Orang 2 350.00

- Guru/PPM
2. Makanan
=RM 50 X 23 Orang -Sarapan =RM 5.00 X 70 350.00
1 150.00
-Makan t/hari =RM 10.00X 70 700.00
-Makan Petang=RM 10.00X 70 700.00

Jumlah 3 500.00 Jumlah 3 500.00

5
10.0 PESERTA

- Rujuk lampiran 1

11.0 PENGANGKUTAN

Untuk aktiviti ini, kenderaan yang akan digunakan ialah Komuter.

12.0 LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN

12.1 Persetujuan bertulis ibu bapa/pelajar telah diperolehi.

12.2 Pelajar-pelajar, guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang terlibat
telah diberikan taklimat berhubung peraturan dan langkah-langkah
keselamatan.

(Guru-guru dan PPM yang bertanggungjawab ditugaskan melaksanakan semua


langkah keselamatan).

12.3 Alat-alat pertolongan cemas disediakan.

12.4 Hasil lawatan sambil belajar diaplikasikan oleh para pelajar dalam proses P&P.

13.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan
berjaya mencapai objektif yang telah digariskan. Sehubungan itu, kejayaan program
ini amatlah bergantung kepada peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh
semua pihak. Semoga aktiviti ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang
terlibat.

6
Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………… ………………………………….

( NUR AZIZAH BINTI JAAFAR ) ( ALEXANDER A/L SAMY PILLAI )

Setiausaha Program Lawatan, Penolong Kanan Pendidikan Khas


SMK Doktor Burhanuddin, SMK Doktor Burhanuddin,
34000 Taiping, Perak 34000 Taiping, Perak

Kelulusan Pengetua :

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan ini diluluskan / tidak diluluskan oleh pihak
sekolah.

……………………………………. Tarikh : …………………………….

( )

Cop Sekolah :

7
SMK DOKTOR BURHANUDDIN
TAIPING

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBELAJARAN LUAR KAJIAN SEJARAH PADI,


PLANETARIUM, DAN WARISAN PENTADBIRAN KERAJAAN
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

ANJURAN:

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK DOKTOR BURHANUDDIN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

2017

8
9

Anda mungkin juga menyukai