Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PEMANTAUAN SEKOLAH CONTOH

PENGURUSAN RMT SESI 2018/19

PENGENALAN

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT) adalah satu usaha


Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi makanan bagi seseorang
murid sekolah rendah yang berkeperluan. Rancangan ini merupakan satu
usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha- usaha lain yang
berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan sekolah dan masyarakat. Bagi
memastikan program dan usaha ini mencapai matlamat dan dijalankan
secara berkesan,pihak kementerian sentiasa membuat pemantauan ke
sekolah-sekolah yang terlibat dengan RMT.

OBJEKTIF
1. Memastikan program RMT di sekolah dilaksanakan mengikut syarat-
syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian.
2. Memberi input-input positif kepada pihak sekolah supaya pelaksanaan
RMT lebih berkesan.
3. Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah,PPD dan JPN seterusnya
KPM agar jika ada masalah berkaitan RMT,ianya dapat diselesaikan
mengikut saluran yang betul.
4. Menjadi contoh atau rujukan kepada sekolah lain dan saling berkongsi
serta bertukar pandangan agar pengurusan RMT sekolah-sekolah di
Kelantan menjadi lebih berkesan dan cemerlang seiring dengan kehendak
KPM
PEMANTAUAN KALI 1
Tarikh : 21 Oktober 2018
Hari : Isnin
Masa : 6.45 pagi - 11.30 pagi.
Nama pegawai :
1. En Hairulnizad b Haron
( Ketua Unit Bantuan BPSH )
Kementerian Pendidikan Malaysia
2. Pn. Asnat Bt Rashid
( Penyelia Kanan Kebajikan )
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
3. En Ab. Manaf b Hj Yamat
( Penyelia Kanan Kebajikan )
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
4. En Kamaruzaman b Dollah
( Penyelia Pendidikan Kanan (HEM)
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu

PEMANTAUN KALI KE 2
Tarikh : 31 Oktober 2018
Hari : Rabu
Masa : 6.50 pagi - 8.30 pagi
Nama pegawai terlibat :
1. En Nadzman b Radzaly
( Ketua Penolong Pengarah )
Sektor Pengurusan Kesihatan,Intervensi Dan Asrama
Kementerian Pelajaran Malaysia
2.En Ab. Manaf b Hj Yamat
( Penyelia Kanan Kebajikan )
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
2. En Kamaruzaman b Dollah
( Penyelia Pendidikan Kanan (HEM)
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu
PENUTUP
Kerjasama yang erat antara pihak sekolah,PPD dan JPN serta KPM
diharap dapat meningkatkan mutu pelaksanaan RMT di sekolah
seterusnya memberi impak yang baik kepada sekolah dalam mewujudkan
sekolah mesra murid dan melahirkan generasi cemerlang dari segi rohani
jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

---------------------------------------- -------------------------------------------
( NURUL HIDAYAT BT IBRAHIM ) (EN KAMARULZAMAN B MAT)
Setiausaha Jawatankuasa RMTS Pen. Kanan Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan Islah Sekolah Kebangsaan Islah

Disahkan oleh :

….…………………………..
(ZANORIAH BT ISMAIL)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Islah

Tarikh : 20 NOVEMBER 2018

Anda mungkin juga menyukai