Anda di halaman 1dari 15

Pembangunan Pakej Pembelajaran m-TRUNKING Untuk

Kursus Pemasangan Dan Pendawaian Elektrik


Nurul Atika Binti Amat Badri
Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional,
University Tun Hussein Onn Malaysia.
atikabadri91@gmail.com

Abstrak : Pembelajaran secara mobile adalah suatu konsep pembelajaran yang


memudahkan pelajar kerana ianya boleh digunakan di mana sahaja tanpa terikat masa
dan tempat. Pakej pembelajaran m-TRUNKING dibangunkan bertujuan sebagai bahan
sokongan pembelajaran untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV
20303). Objektif yang digariskan di dalam kajian ini adalah (i) membangunkan pakej
pembelajaran m-TRUNKING untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV
20303), (ii) menilai kesesuaian elemen yang terdapat di dalam pakej pembelajaran m-
TRUNKING untuk kursus Pemasangan Dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) dan (iii)
mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap pakej pembelajaran m-TRUNKING dijadikan
bahan sokongan pembelajaran untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik
(BBV 20303). Model ADDIE digunakan sebagai metodologi dalam pembangunan m-
TRUNKING. Seramai 4 orang pakar daripada bidang yang berbeza iaitu 2 orang pakar
daripada bidang elektrik dan 2 orang pakar daripada bidang multimedia diperlukan.
Bagi pelajar pula, seramai 30 orang diperlukan sebagai responden dan ianya terdiri
daripada pelajar jurusan elektrik dan elektronik yang mengambil kursus Pemasangan
dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303). Borang soal selidik yang digunakan dianalisis
menggunakan statistic packages for the social science (SPSS) versi 21 dan dipaparkan
dalam bentuk graf bar dan dinilai menggunakan peratusan. Dapatan kajian yang
diperolehi menunjukkan nilai Cronbach’s alpha sangat reliable bagi pakar dan pelajar
iaitu 0.928 dan 0.823. Hasil dapatan penilaian juga menunjukkan m-TRUNKING
menggandungi elemen yang bersesuai seperti penggunaan teks, video, animasi dan
grafik serta diterima oleh pelajar sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran.

Katakunci: Pembelajaran secara mobile, m-TRUNKING, elemen multimedia

Pengenalan
Dewasa kini, teknologi berubah dengan sangat pesat. Jika dahulu sistem
pendidikan hanya menggunakan pengajaran secara tradisional iaitu
papan hitam dan kapur tetapi kini pelbagai bahan yang digunakan
untuk menarik minat pelajar di dalam kelas. Antara bahan yang
digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas adalah seperti papan putih, OHP
dan powerpoint. Menurut Lechner & Boli (2000), penggunaan ICT pada
masa kini semakin meningkat naik dalam penggunaannya untuk
menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina
pengetahuan yang baru. Oleh yang demikian pengajaran yang
menggunakan teknologi dapat membantu para pendidikan menjadikan
proses pengajaran lebih bermakna.
Penggunaan bahan berteknologi dalam PdP bukan hanya tertumpu
kepada mata pelajaran tertentu sahaja tetapi boleh digunakan dalam
semua mata pelajaran samada yang melibatkan teori mahupun amali.
Holmes (1999), menyatakan bahawa integrasi teknologi dalam PdP
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan
teknologi bagi menjalankan kaedah pengajaran harian untuk mata
pelajaran yang diajar. Selain itu, mempelajari bagaimana menggunakan
komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan
teknologi dalam PdP. Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada
sikap yang positif di kalangan pelajar.
Seterusnya, menurut Johari Hassan dan Fazliana Rashida (2011),
proses PdP dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan
penyampaiannya melalui kepelbagaian teknik seperti berbantukan
komputer dan perisian, melalui rangkaian (networking), atau melalui
sistem internet. Penggunaan ABBM ini dikaitkan dapat meningkatakan
minat serta merangsang minda pelajar di zaman siber serta dianggap
dan diakui sebagai pemangkin proses PdP. Secara tidak langsung
menyokong penggunaan ICT mampu menjadikan proses pengajaran dan
penyampaian lebih menarik dan bermakna kepada guru dan pelajar.

Permasalahan Kajian
Permasalahan di dalam kajian ini adalah tidak terdapat satu aplikasi
pembelajaran secara mobile yang pernah dibangunkan untuk memenuhi
keperluan pelajar khususnya pelajar di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan
Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menjadi
penyebab proses pembelajaran pelajar menjadi bosan dan
mengharapkan pensyarah sahaja. Menurut Fleischman (2001),
penggunaan mobile learning atau pembelajaran menggunakan mobile
memberikan persekitaran pembelajaran yang bersesuaian untuk
membantu aktiviti pembelajaran yang dilakukan di dalam atau di luar
kelas.
Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji
mendapati keperluan sokongan pembelajaran atau bahan sokongan
pembelajaran menunjukkan bahawa tuntutan ke atas pakej
pembelajaran berasaskan mobile adalah wajar untuk meningkatkan atau
membantu proses pembelajaran. Mengikut hasil kajian awal yang
diperolehi, bahan sokongan yang digunakan dalam proses pengajaran
untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) adalah
berbentuk model ataupun kit. Bahan sokongan seumpama ini yang
digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar adalah untuk membantu
pelajar supaya dapat melihat dengan lebih jelas proses pendawaian
berlaku sebelum di dedahkan dengan amali yang sebenar serta
membantu memberi kefahaman kepada pelajar yang kadang kala sukar
untuk memahami suatu proses pendawaian yang dijalankan.
Oleh yang demikian, pengkaji melihat terdapat kekurangan bagi
bahan sokongan yang menggunakan konsep m-learning bagi kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) khususnya untuk
topik pendawaian trunking bagi pelajar elektrik dan elektronik di Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Oleh itu, bahan sokongan
berkaitan pendawaian trunking perlu dibangunkan untuk membantu
pelajar. Pengkaji juga ingin menghasilkan pembaharuan dengan
mengaitkan unsur m-learning kerana ianya boleh digunakan dimana
sahaja tanpa mengira masa dan tempat serta tidak terikat di bilik kuliah
atau bengkel sahaja.
Objektif Kajian
Antara objektif yang di gariskan dalam kajian ini ialah:
i. Membangunkan pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303).
ii. Menilai kebolehgunaan pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk
kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303).
iii. Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap pakej pembelajaran
m-TRUNKING dijadikan bahan sokongan pembelajaran untuk
kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303).

Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang perlu di jawab adalah:
i. Bagaimanakah pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) dibangunkan?
ii. Apakah penilaian yang dilakukan ke atas pakej pembelajaran m-
TRUNKING untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik
(BBV 20303)?
iii. Sejauhmanakah penerimaan pakej pembelajaran m-TRUNKING
dijadikan bahan sokongan pembelajran untuk kursus Pemasangan
dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303)?

Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi kepentingan
kepada tiga pihak iaitu pelajar, guru dan TVET.
i. Kepentingan kepada pelajar
 Pakej pembelajaran m-TRUNKING yang di hasilkan dapat
membantu corak PdP yang lebih berkesan kepada pelajar melalui
penggunaan teks, grafik, video, animasi dan simulasi. Selain
daripada itu, dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran
dapat merangsang minat pelajar sekaligus membantu
meningkatkan pencapaian pelajar dalam teori dan amali. Pakej
pembelajaran m-TRUNKING membolehkan pelajar belajar secara
kendiri dan dapat digunakan tanpa mengira masa dan tempat.
Pelajar juga dapat menggunakan pakej pembelajaran m-TRUNKING
secara berulang kali sehingga pemahaman yang diperlukan dapat
dicapai.
ii. Kepentingan kepada guru
 Pembangunan pakej pembelajaran m-TRUNKING ini dapat memberi
kelebihan kepada guru kerana secara tidak langsung membantu
pengajaran yang dijalankan di dalam kelas dan bengkel. Selain itu
juga, pakej pembelajaran m-TRUNKING mampu dijadikan sebagai
bahan sokongan yang dapat membantu proses PdP serta
membantu mengatasi masalah jika nota yang diberikan tidak
lengkap.
iii. Kepentingan kepada TVET
 Pakej pembelajaran m-TRUNKING yang dibangunkan dapat
memberi sumbangan di dalam bidang TVET kerana mampu
menarik minat mereka di luar sana mempelajari bidang kemahiran
ini secara tidak langsung. Melalui pakej pembelajaran m-
TRUNKING yang dibangunkan, ianya dapat membantu
mempermudahkan proses pembelajaran untuk kemahiran berjalan
dengan lancar. Selain itu, ianya dapat memberi kesan baru dalam
penghasilan aplikasi berkaitan pendawaian trunking.

Model Reka Bentuk yang Digunakan dalam Pembangunan m-


TRUNKING
Dalam kajian yang dijalankan, model ADDIE digunakan sebagai
panduan dalam menyiapkan pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303). Selain itu, model
ADDIE adalah antara model yang sering digunakan sebagai asas kepada
model reka bentuk (Baharuddin et al, 2000). Model ADDIE dipilih kerana
ianya mematuhi beberapa ciri dan keperluan yang diperlukan untuk
membangunkan pakej pembelajaran m-TRUNKING. Selain itu, model
ADDIE digunakan kerana ianya merupakan salah satu model reka
bentuk pengajaran yang sistematik dalam penghasilan bahan
pembelajaran berkomputer yang berkesan dan mesra pengguna
(Baharuddin, Rio Sumarni & Manimegalai, 2002).

Fasa analisis
Fasa analisis merupakan fasa pertama yng perlu dilakukan dalam
proses membangunkan pakej pembelajaran m-TRUNKING. Dalam fasa
ini, latar belakang, pemasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian
dan skop ditentukan. Selain itu, untuk mendapatkan masalah yang
berlaku, tinjauan awal dilakukan. Hasil daripada tinjauan awal yang
dibuat, pengkaji mendapati masalah yang sedia ada seperti kekurangan
alat bahan bantu mengajar (ABBM) atau bahan sokongan pembelajaran
secara mobile di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM.
Alat Bahan bantu mengajar atau bahan sokongan yang sedia ada adalah
berbentuk model dan kit. Pengkaji juga melakukan soal selidik awal
untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar terutama
dalam kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303).
Fasa analisis merupakan perkara yang penting dalam kajian
kerana melalui fasa analisis ini pengkaji dapat melihat masalah yang
timbul dan mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Hasil
daripada borang soal selidik tinjauan awal yang dijalankan, didapati
pelajar menghadapi masalah dalam menghasilkan bentuk trunking yang
diperlukan sebelum melaksanakan pendawaian. Masalah ini berlaku
kerana pelajar sering lupa dan tidak dapat mengambarkan bentuk yang
perlu di hasilkan dan langkah kerja yang perlu dilakukan. Oleh itu,
pengkaji ingin membangunkan satu bahan sokongan pembelajaran yang
dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah berkaitan membentuk
trunking.
Oleh itu, pengkaji ingin membangunkan pakej pembelajaran m-
TRUNKING menggunakan konsep mobile dan menggabungkan elemen
multimedia serta boleh dijadikan sebagai bahan sokongan pembelajaran
untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303).
Secara keseluruhannya, peringkat analisis dilakukan adalah untuk
mendapatkan maklumat dan mengenal pasti masalah yang wujud
dikalangan pelajar dan mencuba mencari penyelesaian kepada masalah
tersebut.

Fasa reka bentuk


Fasa reka bentuk dilaksanakan setelah fasa analisis selesai dijalankan.
Dalam fasa ini, ia melibatkan proses penghasilan gambaran awal bagi
membangunkan pakej pembelajaran m-TRUNKING. Di dalam fasa reka
bentuk ini, ianya melibatkan proses merekabentuk papan cerita, carta
alir, susunan isi kandungan dan susunan butang navigasi. Kesemua
proses ini direka bergantung kepada pengisian topik dalam pakej
pembelajarn m-TRUNKING yang ingin dibangunkan. Bagi menghasilkan
papan cerita, lakaran awal perlu dilakukan untuk dijadikan panduan
mengenai m-TRUNKING yang ingin dibangunkan. Selain itu, carta alir
adalah untuk menunjukkan perjalanan keseluruhan proses yang terlibat
dalam pembangunan. Melalui papan cerita dan carta alir yang
dilakukan, ia dapat dijadikan rujukan dalam membangunkan pakej
pembelajaran m-TRUNKING.
Seterusnya, dalam fasa reka bentuk, penyusunan kandungan
dilakukan supaya setiap kandungan yang diletakkan mempunyai
kesinambungan antara satu sama lain. Kandungan yang dibangunkan
juga perlu dikaitkan dengan teori yang terdapat dalam pembelajaran
seperti teori behaviorisme, konstruktivisme dan kongnitivisme. Isi
kandungan yang digunakan adalah berdasarkan silibus pendawaian
trunking yang di pelajari dalam kursus Pemasangan dan Pendawaian
Elektrik dan juga berpandukan pada kertas amali ke lapan. Kertas amali
ke lapan dalam kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV
20303). Di samping itu juga, reka bentuk animasi dan grafik dilakukan
mengikut kesesuaian supaya tidak menggangu pengguna dan
menghilangkan fokus utama mereka.

Fasa pembangunan dan pelaksanaan


DI dalam fasa pembangunan ini, m-TRUNKING dibangunkan mengikut
papan cerita yang telah dihasilkan. Elemen multimedia dimasukkan
mengikut keperluan seperti audio, video, grafik, animasi dan teks
dengan menggunakan perisian yang bersesuaian untuk membangunkan
antaramuka yang telah di reka bentuk pada fasa sebelumnya. Selain itu
juga, di dalam fasa pembangunan ini, ianya dilaksanakan secara
berperingkat. Ia bermaksud pengkaji menggunakan pelbagai perisian
yang sedia ada untuk menghasilkan bahan sokongan yang menarik dan
bersesuaian dengan pelajar. Contohnya seperti mengubahsuai video dan
gambar untuk menjadikannya sesuatu yang lebih menarik ianya
menggunakan Camtasia Studio.
Perisian yang digunakan pada fasa pembangunan ini adalah
Adobe Flash Professional CS6 kerana perisian ini mempunyai pilihan
pembangunan menggunakan platform android. Proses pengkodan juga
dijalankan pada fasa pembangunan ini untuk memberi arahan pada
butang yang diletakkan pada setiap antaramuka. Pengkodan ini
berfungsi untuk mengawal butang yang berfungsi bagi menghubungkan
setiap antaramuka yang terdapat di dalam m-TRUNKING.
Setelah fasa pembangunan selesai dilaksanakan dan m-TRUNKING
boleh berfungsi seperti yang dikehendaki, ianya digabungkan untuk
menjadikannya satu aplikasi yang lengkap. Kemudian, m-TRUNKING
yang telah diterbitkan boleh diuji pada telefon pintar yang dipilih iaitu
Asus Zenpad C. Seterusnya pada fasa pelaksanaan ini, m-TRUNKING
yang telah siap sepenuhnya dan berfungsi tanpa masalah perlu di muat
naik ke dalam Play Store dan boleh diperolehi secara percuma oleh
pengguna.

Antaramuka Halaman Utama

Rajah 1: Antaramuka halaman utama


Bagi antaramuka halaman utama, elemen multimedia yang digunakan
adalah pemilihan latar yang menarik dan tidak terlalu padat. Selain itu
tajuk pakej pembelajaran m-TRUNKING ditulis dengan jelas dan
menggunakan saiz yang sesuai. Elemen animasi juga dimasukkan pada
tajuk iaitu warna tajuk yang dipaparkan akan berubah-berubah.
Seterusnya, butang click here perlu ditekan supaya pengguna boleh pergi
ke menu utama untuk membuat pemilihan topik.
Antaramuka Menu Utama

Rajah 2: Antaramuka menu utama

Antaramuka menu utama menunjukkan 5 pilihan topik yang boleh di


pilih oleh pengguna. Warna tulisan yang kontra digunakan untuk
memudahkan pengguna supaya ianya kelihatan jelas. Sedikit elemen
animasi di masukkan untuk menjadikan antaramuka menu utama
menjadi menarik dan tidak membosankan. Butang navigasi yang
diletakkan berfungsi membawa pengguna ke halaman utama apabila
ditekan. Butang info juga disediakan untuk panduan pengguna.

Antaramuka Sub Topik

Rajah 3: Antaramuka sub topik


Antaramuka sub topik adalah paparan yang muncul setelah pengguna
memilih di topik utama. Dalam membangunkan antaramuka sub topik,
pemilihan tulisan dan saiz tulisan di utamakan. Ianya kerana pada
antaramuka ini penerangan topik pilihan diberikan. Saiz tulisan yang
digunakan tidak terlalu besar atau kecil supaya ianya memudahkan
pengguna untuk membaca penerangan dengan jelas dan selesa.
Pemilihan warna juga tidak keterlaluan dan tidak menggunakan terlalu
banyak warna. Pengkaji memasukan penambahan elemen scrollpane
pada antaramuka ini bagi memudahkan pengguna untuk membaca
penerangan yang panjang. Penambahan scrollpane pada penerangan
yang panjang dapat menjimatkan penggunaan frame. Pengguna boleh
memilih sub topik yang lain pada pilihan di atas tetapi masih berada
pada topik yang sama. Butang yang diletakkan membawa pengguna
pada menu utama apabila ditekan.

Antaramuka Kuiz

Rajah 4: Antaramuka kuiz


Rajah 5: Antaramuka jawapan yang salah

Apabila pengguna memilih kuiz pada menu utama, skrin telefon


memaparkan antaramuka seperti rajah 4 di atas. Elemen multimedia
yang digunakan adalah latar belakang yang cantik dan tulisan yang
jelas. Antaramuka yang dibangunkan tidak terlalu padat supaya
pengguna hanya fokus kepada soalan sahaja dan tidak terganggu
dengan elemen yang lain. Terdapat 4 butang yang digunakan pada
antaramuka ini iaitu butang salah, butang betul, butang menu dan
butang back. Butang salah dan betul digunakan untuk menjawab
soalan. Jika soalan yang diberikan dapat dijawab dengan betul,
pengguna akan bergerak ke soalan yang lain tetapi jika jawapan yang
diberikan salah, pengguna akan ke antaramuka peneguhan jawapan
yang menunjukkan pilihan jawapan yang di pilih adalah salah seperti di
rajah 5 dan perlu kembali semula ke soalan yang asal. Butang back
akan membawa pengguna pergi ke soalan terdahulu manakala butang
menu membawa ke menu utama.

Fasa Penilaian
Penilaian merupakan fasa terakhir dalam membangunkan pakej
pembelajaran m-TRUNKING. Fasa penilaian dilakukan untuk melihat
kesesuaian elemen multimedia yang digunakan dan penerimaan m-
TRUNKING sebagai bahan sokongan pembelajaran untuk kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) sekaligus bagi
menjawab persoalan di dalam kajian yang dijalankan daripada dapatan
kajian yang diperolehi. Penilaian yang dilakukan adalah ke atas pakar
dan pelajar yang mana data yang diterima dianalisis menggunakan
Statistic Packages For The Social Science (SPSS) versi 21. Kaedah
pengumpulan data adalah dengan menggunakan borang soal selidik.
Borang soal selidik untuk kegunaan pakar dan pelajar adalah berbeza.
Tambahan pula, dapatan yang diperolehi daripada penilaian ke atas
pakar dan pelajar dapat menjawab persoalan di dalam kajian yang
dijalankan.
Dapatan Penilaian Pakar Untuk Persoalan Kajian 2
Penilaian yang dilakukan oleh pakar adalah untuk menilai mengenai
kesesuaian elemen yang terdapat di dalam pakej pembelajaran m-
TRUNKING untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV
20303). Secara tidak langsung, melalui penilaian yang dilakukan oleh
pakar, ianya dapat menjawab persoalan kedua yang terdapat di dalam
kajian yang dijalankan. Oleh kerana m-TRUNKING ini menggabungkan 2
elemen yang berbeza iaitu elektrik dan multimedia, maka ianya di nilai
oleh pakar daripada bidang yang berbeza. Penilaian pakar ini dinilai oleh
2 orang pakar dalam bidang elektrik dan 2 orang pakar dalam bidang
multimedia.
Dalam kajian ini, borang soal selidik yang digunakan untuk
penilaian pakar mempunyai 23 soalan iaitu 20 soalan berbentuk skala
likert 5 mata dan 3 soalan berbentuk subjektif. Borang soal selidik yang
digunakan menggunakan skala likert 5 mata. Selain itu juga, di dalam
borang soal selidik pakar terdapat 5 bahagian yang dipecahkan untuk
menilai setiap satunya. Lima bahagian di dalam borang soal selidik
pakar ini adalah:
i. Bahagian A: Aspek isi kandungan
ii. Bahagian B: Aspek reka bentuk antaramuka
iii. Bahagian C: Aspek multimedia
iv. Bahagian D: Aspek interaktiviti
v. Bahagian E: Pandangan
Secara keseluruhannya, berdasarkan hasil dapatan yang
diperolehi daripada penilaian pakar mengenai kesesuaian elemen yang
terdapat di dalam pakej pembelajaran m-TRUNKING, dapat dirumuskan
bahawa elemen yang terdapat di dalamnya sangat bersesuaian. Selain
itu, m-TRUNKING yang telah dinilai oleh pakar juga boleh digunakan
tanpa masalah dan dapat berfungsi seperti yang dikehendaki. Hasil
keseluruhan dapatan penilaian pakar mendapati nilai Cronbach’s Alpha
adalah 0.928. Ini menunjukkan kebolehpercayaan instrumen yang
digunakan adalah tinggi.

Dapatan penilaian pelajar untuk persoalan kajian 3


Penilaian yang dilakukan oleh pelajar adalah untuk menjawab persoalan
ketiga yang terdapat di dalam kajian yang dibangunkan. persoalan
ketiga ini adalah untuk melihat sejauhmanakah penerimaan pelajar
terhadap pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk kursus Pemasangan
dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303). Seramai 30 orang pelajar telah
dipilih sebagai responden dan pelajar tersebut mestilah yang mengambil
kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) khususnya
pelajar elektrik dan elektronik di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan
Vokasional (FPTV) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Borang soal selidik yang digunakan oleh pelajar mempunyai 30
soalan yang berbentuk skala likert 5 mata dan dibahagikan kepada 6
bahagian. Setiap hasil dapatan yang diperolehi bagi setiap aspek
dipersembahkan dalam bentuk graf bar dan purata keseluruhan bagi
setiap aspek. Bahagian yang terdapat di dalam soal selidik pelajar
adalah:

i. Bahagian A: Demografi responden


ii. Bahagian B: Aspek Isi kandungan
iii. Bahagian C: Aspek Reka bentuk antaramuka
iv. Bahagian D: Aspek Multimedia
v. Bahagian E: Aspek Interaktiviti
vi. Bahagian F: Penerimaan m-TRUNKING sebagai bahan sokongan
Di bawah merupakan jadual 1 yang menunjukkan nilai purata
keseluruhan bagi setiap aspek yang terdapat di dalam borang soal
selidik.

Jadual 1: Purata keseluruhan bagi setiap aspek yang di nilai pelajar


Bil Aspek yang dinilai Purata
keseluruhan
1 Aspek isi kandungan 4.53
2 Aspek reka bentuk 4.49
antaramuka
3 Aspek multimedia 4.43
4 Aspek interaktiviti 4.62
5 Aspek penerimaan m- 4.49
TRUNKING

Perbincangan
Perbincangan dilakukan adalah untuk melihat objektif yang telah
ditetapkan dapat dicapai dan persoalan kajian dapat dijawab melalui
kajian yang telah dijalankan. Keputusan yang diperolehi daripada hasil
perbincangan ini akan menentukan samada objektif kajian yang telah
digariskan dapat dicapai atau tidak.

i. Membangunkan pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk kursus


Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303)
Untuk membangunkan pakej pembelajaran m-TRUNKING, model ADDIE
digunakan sebagai panduan. Fasa pertama yang perlu dilakukan adalah
analisis. Pada fasa analisis ini, pengkaji menjalankan kajian awal untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar. Borang soal selidik
digunakan untuk melakukan kajian awal. Setelah pengkaji dapat
mengenali masalah yang dihadapi oleh pelajar iaitu kesukaran dalam
membentuk trunking, maka pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) berasaskan
pembelajarann secara mobile mula dibangunkan. Setelah fasa analisis
selesai dilakukan, ianya diteruskan kepada fasa reka bentuk.
Pada fasa reka bentuk ini, perancangan awal dilakukan untuk
membangunkan m-TRUNKING. Antaranya ialah mereka bentuk papan
cerita, struktur kandungan, struktur navigasi dan carta alir. Elemen di
dalam fasa reka bentuk ini akan digunakan sebagai rujukan sepanjang
proses pembangunan dijalankan. Elemen multimedia juga diperlukan
untuk membangunkan m-TRUNKING. Contohnya seperti teks, animasi,
video, grafik dan audio. Pakej pembelajaran m-TRUNKING yang
dibangunkan merupakan bahan sokongan pembelajaran untuk kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) berasaskan sistem
android.
Seterusnya, di dalam fasa pembangunan, pengkaji menggunakan
perisian Adobe Flash Professional CS6. Proses pembangunan dimulakan
dengan merakam video pembentukan trunking yang sering digunakan
dalam pendawaian. Bentuk trunking yang sering digunakan adalah
sudut 90 darjah, sudut 135 darjah, sambungan T dan tamatan tepi
trunking. Selepas proses rakaman selesai dijalankan video di ubahsuai
dengan menggunakan perisian Camtasia Studio. Di dalam proses
pembangunan ini pelbagai aspek perlu dilakukan dan antaranya ialah
kesesuaian latar belakang yang digunakan, tulisan yang jelas, butang
navigasi yang berfungsi dan isi kandungan yang bersesuaian dengan
pendawaian trunking. Papan cerita yang telah di reka bentuk akan
digunakan sebagai rujukan untuk membangunkan m-TRUNKING.
Selepas proses pembangunan selesai dijalankan, ianya akan pergi
ke fasa pelaksanaan di mana m-TRUNKING yang telah siap dibangunkan
perlu diterbitkan dan diuji ke telefon pintar pengkaji. Setelah
memastikan m-TRUNKING dapat berfungsi dan tiada masalah, ianya
akan dinilai oleh pakar dan pelajar. Terdapat komen penambahbaikan
yang diberikan semasa penilaian pakar dilakukan. Antaranya ialah latar
belakang yang tidak sesuai, penggunaan ayat terlalu banyak untuk
penerangan, dan tidak menggunakan ruang antaramuka dengan
sepenuhnya. Melalui komen yang diberikan oleh pakar, pengkaji
melakukan penambahbaikan ke atas m-TRUNKING. Untuk proses
penambahbaikan ini, ianya perlu kembali semula kepada fasa reka
bentuk dan pembangunan. Setelah selesai penambahbaikan dan m-
TRUNKING dapat berfungsi seperti yang dikehendaki ianya akan dimuat
naik ke dalam Google Play dan pengguna boleh memuat turun secara
percuma melalui Play Store. Secara keseluruhannya, pakej pembelajaran
m-TRUNKING berjaya dibangunkan dan sekaligus dapat mencapai
obejektif pertama yang telah ditetapkan serta dapat menjawab persoalan
kajian yang pertama.

ii. Kesesuaian elemen yang terdapat di dalam pakej pembelajaran m-


TRUNKING untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV
20303).
Dalam melakukan penilaian ke atas m-TRUNKING, penilaian yang
dilakukan adalah mengenai kesesuaian elemen yang terdapat di dalam
m-TRUNKING. Penilaian pada objektif kedua ini dilakukan oleh pakar.
Selain itu, pakej pembelajaran m-TRUNKING ini dinilai daripada aspek isi
kandungan, reka bentuk antaramuka, multimedia dan interaktiviti.
Segala elemen seperti di atas dinilai untuk melihat samada ianya sesuai
untuk digunakan dalam m-TRUNKING ataupun tidak.
Selain itu juga, penggunaan elemen yang di masukkan ke dalam
m-TRUNKING adalah berdasarkan teori pembelajaran yang dijadikan
rujukan dalam mereka bentuk m-TRUNKING. Teori pembelajaran yang
digunakan adalah teori behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme.
Setiap teori diterapkan di dalam m-TRUNKING mengikut kesesuaian yang
diperlukan.seperti teori behaviorisme iaitu mengenai tingkah laku dan
rangsang terhadap sesuatu perkara serta perlu diberikan peneguhan
secara terus. Di dalam m-TRUNKING, teori behaviosrisme diterapkan
melalui kuiz yang terdapat dalam menu utama. Kuiz dianggap sebagai
teori behaviorisme kerana kuiz dapat merangsang pelajar serta
peneguhan diberikan secara berterusan selepas menjawab soalan yang
dberikan.
Seterusnya, teori kongnitivisme pula diterapkan pada bahagian
penerangan dan gambar yang disertakan dalam m-TRUNKING untuk
membantu pemprosesan maklumat samada perlu di ingat atau
dilupakan. Teori konstruktivisme adalah berkaiatan pengetahuan yang
telah sedia ada untuk mendapatkan maklumat yang baru dan
bermakna. Teori ini diterapkan pada butang navigasi yang diletakkan di
dalam m-TRUNKING. Ianya kerana pengguna sudah mempunyai
pengetahui dalam menggunakan telefon pintar dan melalui butang yang
ditekan mereka memperolehi dan mengetahui sesuatu yang baru.
Elemen multimedia juga digabungkan ke dalam m-TRUNKING untuk
menjadikannya lebih menarik. Elemen multimedia yang digunakan
adalah teks, video, grafik, animasi dan audio.
Tambahan pula, semasa penilaian pakar dilakukan ke atas m-
TRUNKING terdapat beberapa komen berkaitan kesesuaian elemen yang
digunakan. Antara komen yang diberikan oleh pakar adalah latar
belakang yang digunakan kurang bersesuaian dengan topik yang
disampaikan, penerangan yang membosankan kerana penggunaan ayat
yang terlalu banyak dan tidak menggunakan antaramuka secara efisyen.
Oleh itu, pengkaji mengambil komen yang diberikan oleh pakar sebagai
penambahbaikan dalam proses membangunkan m-TRUNKING supaya
hasil yang diperolehi lebih baik.
Selain daripada itu, isi kandungan yang digunakan juga di nilai
untuk memastikan ianya bersesuaian dengan topik pendawaian trunking
untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303). Isi
kandungan yang digunakan adalah berpandukan pada teori pendawaian
trunking dan kertas amali ke lapan dalam kursus Pemasangan dan
Pendawaian Elektrik (BBV 20303). Hasil dapatan bagi penilaian pakar
mengenai kesesuaian elemen yang terdapat di dalam m-TRUNKING
menunjukkan perlunya elemen multimedia seperti video, teks, grafik dan
animasi dalam membangunkan bahan sokongan pembelajaran secara
mobile supaya ianya menjadi lebih menarik.
Rajah 6 di bawah menunjukkan secara ringkas hasil dapatan yang
diperolehi daripada penilaian pakar mengenai kesesuaian elemen yang
digunakan di dalam m-TRUNKING dan ditunjukkan melalui graf bar serta
dikira secara peratusan. Secara keseluruhannya, 4 aspek yang dinilai
iaitu aspek isi kandungan, reka bentuk antaramuka, multimedia dan
interaktivi mempunyai nilai 100% tetapi apabila dipecahkan kepada
setiap aspek, ianya hanya bernilai 25% bagi setiap satu. Oleh itu, dapat
dilihat bahawa setiap pakar menyatakan elemen yang terdapat di dalam
m-TRUNKING bersesuaian dan secara tidak langsung dapat di simpulkan
bahawa objektif kedua dapat dicapai dan persoalan kedua juga dapat
dijawab dengan jelas dan terperinci.

Rajah 6: Graf bar dan peratusan bagi penilaian pakar terhadap


kesesuaian elemen di dalam m-TRUNKING

iii. Penerimaan pelajar terhadap pakej pembelajaran m-TRUNKING


dijadikan bahan sokongan pembelajaran untuk kursus Pemasangan
dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303)
Untuk mengenalpasti penerimaan pakej pembelajaran m-TRUNKING
sebagai bahan sokongan pembelajaran, penilaian perlu dilakukan ke
atasnya. Penilaian dijalankan ke atas pelajar untuk menilai samada m-
TRUNKING sesuai dijadikan sebagai bahan sokongan pembelajaran
ataupun tidak. Ianya juga mendedahkan kepada pelajar tentang
pembelajaran secara mobile. Pembelajaran secara mobile adalah suatu
konsep yang diguna pakai untuk memudahkan pelajar menggunakannya
tanpa terikat pada sesuatu keadaaan dan masa.
Pakej pembelajaran m-TRUNKING yang dibangunkan ini
menggandungi nota teori dan langkah kerja amali untuk membentuk
trunking. Ianya mendapat penerimaan positif daripada pelajar kerana
suatu aplikasi yang lengkap untuk digunakan sebagai bahan sokongan
dan rujukan dalam pendawaian trunking. Untuk melihat secara
terperinci, jadual 6.1 di bawah menunjukkan rumusan hasil dapatan
daripada pelajar mengenai penerimaan m-TRUNKING untuk dijadikan
sebagai bahan sokongan pembelajaran untuk kursus Pemasangan dan
Pendawaian Elektrik (BBV 20303) yang ditunjukkan dalam peratusan.
Jadual 2: Peratusan penerimaan pelajar terhadap m-TRUNKING sebagai
bahan sokongan.
Aspek Penilaian Penerimaan M- SEDERHANA SETUJU SANGAT
TRUNKING Sebagai Bahan SETUJU SETUJU
Sokongan Pembelajaran
m-TRUNKING sesuai digunakan 3.3% 53.3% 43.3%
sebagai bahan sokongan dalam
pembelajran
m-TRUNKING mudah untuk 33.3% 66.7%
digunakan
m-TRUNKING nudah difahami 50% 50%
pengguna
Dapat membantu pelajar yang 6.7% 46.7% 46.7%
kurang fahami asas membentuk
trunking
m-TRUNKING sesuai dijadikan 50% 50%
bahan persediaan awal sebelum
ke kelas

Jadual 2 di atas menunjukkan peratusan bagi penerimaan m-


TRUNKING dijadikan bahan sokongan pembelajaran untuk kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303). Melalui analisis
dapatan kajian menunjukkan maklum balas positif mengenai
penerimaan m-TRUNKING dijadikan sebagai bahan sokongan
pembelajaran. Keadaan ini berasaskan kepada keputusan daripada item
soal selidik yang telah dibuat menggunakan skala likert 5 mata dan data
yang diperolehi menunjukkan keseluruhan pelajar memilih setuju dalam
menilai mengenai penerimaan m-TRUNKING dijadikan sebagai bahan
sokongan pembelajaran.
Oleh itu berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah diperolehi
dapat membuktikan bahawa m-TRUNKING diterima untuk dijadikan
sebagai bahan sokongan dalam pembelajaran. Secara tidak langsung
objektif ketiga yang telah ditetapkan dapat dicapai dan persoalan ketiga
juga dapat dijawab.

Rujukan
Lechner, F. J. & Boli, J. (2000). The Globalization Reader. Oxford:
Blackwell Publisher.
Holmes, W. (1991). The Transforming Power Of Information Technology.
Community College Journal, 70 (2), P.P. 10-15.
Johari Hassan & F. R. (2011). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Journal Of
Technical, Vocational & Engineering Education, Vol 4, 22-37.
Baharudin, Aris, Noraffandy Yahya, Jamalludin Hj Harun & Tasir, Z.
(2000). Siri Modul Pembelajaran Teknologi Pendidikan, Johor.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 5-3, 36-50.

Anda mungkin juga menyukai