Anda di halaman 1dari 6

Sekolah Kebangsaan Pusa

D/A Pejabat Pelajaran Daerah Betong


95700, Betong, Sarawak, Malaysia

KERTAS KERJA
PROGRAM
“SERONOKNYA MENGAJI”

TEMPAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN PUSA, BETONG.

TARIKH:
10 Ogos-10 Oktober 2018

Oleh:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB

KERTAS KERJA
MENCERIAKAN BILIK J-QAF
SK PUSA

1. Pengenalan

Program “Seronoknya Mengaji” diwujudkan bertujuan sebagai alternatif ke arah


mengatasi kelemahan pelajar membaca al-quran dengan betul.Program ini akan
dijadikan sebagai mekanisme untuk membasmi gejala buta quran seterusnya
sebagai pemangkin kepada kesedaran membina modal insan yang berkualiti di
samping membendung gejala ponteng solat di kalangan para pelajar kini.

Program ini akan menyediakan satu bilik khas yang tetap untuk melaksanakan
“Seronoknya Mengaji” untuk memastikan keselesaan murid semasa melakukan
proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Keadaan persekitaran yang
cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik murid-murid SK
Pusa untuk datang ke bilik “Seronoknya Mengaji” dengan lebih kerap. Keadaan
bilik yang cantik juga penting untuk menjadikan bilik tersebut sebagai salah satu
tempat santai yang berguna dan berilmiah khususnya kepada murid-murid.
Program “Seronoknya Mengaji” ini juga menyediakan Al-Quran percuma kepada
murid dan keluarga yang tidak mempunyai Al-quran di rumah sebagai bantuan
dan galakan kepada mereka untuk mendekati Islam yang sebenar.

Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu


“Membangunkan Potensi Individu melalui Pendidikan Berkualiti”, maka Panitia
Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sk Pusa mengambil inisiatif untuk
mewujudkan “Seronoknya Mengaji”. Maka wajarlah ia dipertimbangkan dan
mendapat perhatian untuk menjamin kualiti pendidikan anak didik di Sk Pusa
bagi menjamin kecemerlangan pelajarnya pada masa akan datang yang
semakin mencabar.

2. Matlamat

Memastikan Bilik “Seronoknya Mengaji” sentiasa berada dalam keadaan yang


bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran yang berkaitan
dengan Pendidikan Islam terutamanya Al-Quran supaya guru dapat
menggunakan bahan p&p dengan mudah dan murid dapat mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Selain itu, bilik “Seronoknya Mengaji”ini dibuka juga kepada para ibu-bapa
yang ingin belajar mengaji kerana tiada istilah terlewat dalam mengenali Al-
Quran. Hal ini kerana pendekatan bersama ibu-bapa mempunyai pengaruh yang
besar dalam penghayatan kepada murid-murid.

3. Objektif
 Membimbing pelajar dengan kaedah terkini dalam jangka masa yang singkat.
 Mempastikan pelajar dapat menguasai pembacaan dengan betul.
 Menanam minat pelajar ke arah mencintai dan menghayati Al-Qur’an sebaik-
baiknya.
 Membantu ibu bapa menyelesaikan masaalah anak-anak mereka yang buta
quran.
 Meningkatkan pencapaian akademik khususnya matapelajaran pendidikan
Islam.

4. KEISTIMEWAAN KELAS “SERONOKNYA MENGAJI”

 Jumlah pelajar 10 hingga 15 orang sahaja.


 Sesi pembelajaran 2 kali seminggu atau 8 jam sebulan.
 Pembelajaran yang menyeronokan dengan teknik latih tubi, pembacaan dan
penulisan.
 Menampilkan guru-guru berpengalaman berketrampilan dan berkomitmen
tinggi.

5. TARIKH
30 Ogos-30 Oktober 2018

6. LOKASI SASARAN
Bilik Khas
7. SASARAN

Pelajar SK PUSA
Darjah 1-6 yang belum boleh mengenal dan membaca al-quran
8. SUMBER KEWANGAN
Panitia Pendidikan Islam Sk Pusa
(Rujuk Lampiran 1)

9. ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM “SERONOKNYA MENGAJI”

Pengerusi : En. Sulaiman bin Meni


Timbalan Pengerusi 1 : En. Sejili Bin Eton

Timbalan Pengerusi 2 : En. Masnoor bin Ahmad Rais

Timbalan Pengerusi 3 : Puan Hjh Hafsah Bt Lit

Penyelaras : Ustazah Rosnah Bt Omar


Pen Penyelaras : Ustazah Amirah Syafiqah Bt Anuar
Setia usaha : Ustazah Nur Syahirah binti Jarawi
Bendahari : Ustazah Betty Bt Sujang
AJK : Ustaz Mohd Nazari bin Riduan
: Semua Guru Pendidikan Islam

10. PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diharapkan dalam
melahirkan murid yang cemerlang dari semua sudut sama ada dari segi
akademik, akhlak dan sahsiah disamping memberi semangat dan menarik minat
murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Semoga apa jua sumbangan dan
bantuan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar dan diberkati .
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… .........................................
(Ustazah Nur Syahirah Binti Jarawi ) ( Ustazah Rosnah Bt Omar )
Setiausaha Panitia Agama Islam Ketua Panitia Agama Islam

Disahkan oleh,

....................................................
GURU BESAR
SK PUSA, BETONG.
LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS


1
Meja
1. Playwood RM 65 X 4
2. Kayu RM 25 X 4 RM 456
3. Upah RM100

2
Kain
1. Langsir (12 m ) RM 8 X 12 RM 96
2. Skirting meja (5 m) RM 5 X 5 RM 25

3
Cat
1. Cat dinding RM 50 X 4 RM 200

4. Buku Iqra Al-Taisir RM10 X 100 RM1000


5. Al-Quran RM30 X 100 RM 3000

JUMLAH KESELURUHAN RM4777

Anda mungkin juga menyukai