Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA

MELEWAR

KERTAS CADANGAN
BENGKEL PENYEDIAAN SANDWICH
2019

TARIKH:
19 FEBRUARI 2019

TEMPAT:
PDK BANDAR SEREMBAN
KERTAS KERJA

BENGKEL PENYEDIAAN SANDWICH

1.0 LATAR BELAKANG PROGRAM :

Bengkel penyediaan sandwich dilaksanakan bertujuan untuk melaksanakan amali asas-asas


masakan dan ilmu keusahawanan dalam kalangan pelatih-pelatih PDK Bandar Seremban
sebagai asas pengetahuan dalam pengurusan Kehidupan. Malahan, program ini juga bertujuan
untuk memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan dalam kalangan pelatih PDK. Bengkel ini
dijalankan selaras dengan salah satu peranan PDK iaitu pekerjaan.

2.0 RASIONAL :

 Memperkayakan pelatih PDK dengan kemahiran pengurusan kehidupan


 Menyemai minat pelatih PDK kepada bidang keusahawanan
 Memupuk minat pelatih PDK terhadap bidang masakan .

3.0 OBJEKTIF :

1. Dapat memberi peluang kepada pelatih-pelatih melibatkan diri secara praktikal dalam
penyediaan makanan yang mudah dan boleh mereka melatih di rumah tanpa bantuan.
2. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat melatih disiplin dan sikap positif dalam
kalangan pelatih ke arah mencapai tahap sahsiah yang cemerlang.
3. Dapat melahirkan ciri-ciri keusahawanan dalam diri setiap pelatih yang akan membantu
pada masa hadapan mereka.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN :

19 Mac 2019

5.0 KUMPULAN SASARAN : Semua pelatih PDK Bandar Seremban


6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Cik Norhayaty Binti Ismail

( Pensyarah Pemulihan Dalam Komuniti)

Pengerusi : Cik. Shalini A/P Rajendaren

Setiausaha: Cik. Shalini A/P Hyangarathavan

Bendahari: Cik Vasugi A/P Ravi

AJK : Cik. Archanaa A/P Letchimanan

Cik Kirthanasri A/P Ganesan

En.Cristtopher A/L Yesudass

7.0 TENTATIF PROGRAM :

Masa Aktiviti
8:00 pagi Lapor diri di PDK
8:15 pagi Memberi taklimat
8:30 pagi Penyediaan bahan dan
alatan
9:00 pagi Pelaksanaan bengkel
penyediaan sandwich
10:00 pagi Menjamu selera
10:45 pagi Bersurai
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :

Bil Bahan/ Peralatan Kuantiti Jumlah


(RM)
1. Bahan untuk sandwich
Roti ( 2 buku) 2 x RM 3 RM 6
Tuna ( 3 tin) 3 x RM 6 RM 18
Salad (1 biji) 1 x RM 4 RM 4
2. Pinggan polistirena (1 1 x RM 2 RM 2
paket) 2 x RM 2 RM 4
Sarung tangan plastik (2
paket)
JUMLAH RM 34
Sumber Kewangan : guru pelatih RM 34

9.0 PENUTUP :

Guru pelatih amat berharap agar program yang dirancang khas untuk pelatih-pelatih PDK
sebagai perisian pembelajaran dan pengajaran akan mendapat sokongan daripada pihak
pentadbiran. Objektif yang paling utama ialah agar semua pelatih-pelatih PDK yang terlibat
akan mendapat manfaat yang sewajarnya sebagai perisian menghadapi alam pekerjaan dan
kehidupan seharian nanti. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama pihak pentadbiran,
pensyarah-pensyarah, guru pelatih dan pelatih PDK Bandar Seremban atas sumbangan dan
kerjasama yang dihulurkan dalam usaha menjayakan program yang dirancang ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………. …………………………….. ……………………………

CIK SHALINI A/P HYANGARATHAVAN CIK NORHAYATY BINTI ISMAIL DR HAJI NIZAM BIN ABD LATIB

SETIAUSAHA BENGKEL PENYEDIAAN PENASIHAT BENGKEL PENGARAH


SANDWICH PENYEDIAAN SANDWICH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

Anda mungkin juga menyukai