Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM SOLAT BERJEMAAH

PERINGKAT SEKOLAH 2016/1437H

1. Pendahuluan.

Program ini merupakan program sepanjang tahun sebagai salah satu


usaha untuk menyemarakkan penghayatan Islam dalam kalangan
pelajar . Program ini
bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang menghayati kepentingan
solat berjemaah dan mengamalkan sunnah Rasulullah . Mudah-
mudahan program ini dapat memantapkan dan mengukuhkan
sahsiah pelajar SMK Derma.

2. Falsafah Pendidikan Islam.

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan


ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-
Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran ,keperibadian dan
pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggung
jawab untuk membangunkan diri, masyarakat ,alam sekitar dan negara
ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

3. Objektif

3.1 Melahirkan warga SMKDerma yang mahu mengerjakan solat


fardu secara
berjemaah secara tidak langsung dapat membentuk akhlak
mahmudah
seperti istiqamah melakukan kebaikan .

3.2 Melahirkan warga SMKDerma yang menghayati ajaran Islam dan


mengamalkan sunnah-sunnah baginda antaranya solat
berjemaah

3.3 Melahirkan warga SMKDerma yang sentiasa berdisiplin seperti


menepati
masa dan akur dengan peraturan sekolah .

3.4 Melahirkan warga SMKDerma yang sentiasa mematuhi arahan


ketua
disamping mewujudkan sifat bekerjasama

3.5 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok


beramal ibadat
demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang
dalam
mengendalikan urusan duniawi dan ukhrawi..

3.6 Mendedahkan para pelajar dengan sifat-sifat kepimpinan dan


pengurusan
yang baik.

4. Tarikh

Sepanjang Tahun

5. Sasaran

Semua warga Islam SMK Derma

6. AJK Pelaksana

JAWATANKUASA PROGRAM SOLAT BERJEMAAH PERINGKAT SMK


DERMA

TAHUN 2016/1437H

Pengerusi Pn. Aslina bt Yob

Naib Pengerusi 1 En. Norazlina bt Hassan

Naib Pengerusi 2 Pn. Noorihal bt Mohamad

Naib Pengerusi 3 En. Zakaria bin Harun

Naib Pengerusi 4 Pn. Wan Rohaya Bt Wan Osman

Penyelaras Ust Md Nasir B Md Isa

Setiausaha Ustz Noraini Romli

Penyelaras Program Ustzh Maimunah bt. Ishak

AJK Ustzh Suriani Hasim

Pn.Shera Abd. Razak

Ustazah Misnah bt Juraimi

Ustz.Siti Khadijah bt Ahmad

En. Amirul Izham bt. Abu Seman

7. Penutup.

Diharapkan program ini akan mendapat kerjasama yang


sepenuhnya daripada semua pihak yang terlibat demi
memastikan kecemerlangan pelajar dalam pembentukan syahsiah
dan keterampilan diri.. Seterusnya dapat menghayati
Bulan Ramadhan sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan di
samping mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah.Semoga
insan muslim,mukmin dan muttaqin dapat dilahirkan.

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

(USTAZAH MAIMUNAH BT. ISHAK ) ( ASLINA BT


YOB )
Penyelaras Program, Pengetua
Sek. Men. Keb. Derma. Sek.Men. Keb. Derma
Kangar Perlis. Kangar Perlis

Anda mungkin juga menyukai