Anda di halaman 1dari 9

Simpulan Bahasa Bergambar Dan Ayat

1. Ulat Buku
Maksud : Orang yang rajin membaca

Contoh ayat:
Ali digelar ulat buku kerana rajin membaca buku di mana dia pergi.

2.Cahaya Mata
Maksud: Anak

Contoh ayat:
Puan Aminah sungguh gembira kerana mendapat cahaya mata pertama.
3.Makan Angin
Maksud: pergi bersiar-siar untuk berehat.

Contoh ayat:
Pada hujung minggu Encik Salleh selalu membawa keluarganya pergi makan angin.

4.Ringan tulang
Maksud: orang yang rajin berkerja

Contoh ayat
Amir sangat disayangi oleh ayahnya kerana dia seorang yang ringan tulang.

5.itik pulang petang


Maksud: berjalan lambat

Contoh ayat:
Aminah sering digelar sebagai itik pulang petang kerana sering lambat balik ke rumah.
6.cepat tangan
Maksud: suka mencuri

Contoh ayat:
Harun amat ditakuti oleh penduduk di Sungai Buluh kerana dia seorang yang cepat
tangan

7. jantung hati
Maksud: orang yang amat disayangi

Contoh ayat:
Adib dan Alia ialah jantung hati Pak Dolah

8.Banyak mulut
Maksud:suka bercakap banyak atau berleter
Contoh ayat:
Rozi digelar sebagai banyak mulut kerana suka berleter.

9. Bertikam lidah
Maksud: bertengkar atau berdebat

Contoh ayat:
Lim dan Kamal merupakan sahabat yang baik namun mereka selalu bertikam lidah
ketika memberi pendapat.

10. Kaki bangku


Maksud: orang yang tidak tahu bermain bola sepak

Contoh ayat:
Azim seorang kaki bangku kerana dia tidak tahu bermain bola sepak .
11. Mata petai
Maksud: mata yang tidak dapat melihat dengan betul

Contoh ayat:
Zailani menonton televisyen dari jarak dekat kerana dia seorang yang mata petai.

12. Berat tulang


Maksud:pemalas

Contoh ayat:
Zahid sering dimarahi oleh kakaknya kerana dia berat tulang .

13.Cakap besar
Maksud: suka meninggi diri

Contoh ayat:
Firaun seorang pemimpin yang tidak di sukai penduduknya kerana cakap besar dan
kejam.

14. kaki tangan


Maksud: pembantu

Contoh ayat:
Ali dan Sami merupakan kaki tangan harapan Encik Hamid.

15. Isi rumah


Maksud: penghuni dalam sesebuah rumah

Contoh ayat:
Encik Mahime mempunyai enam orang isi rumah

16. rupa paras


Maksud: wajah seseorang
Contoh ayat :
Sofia diminati oleh ramai pemuda kerana memiliki rupa paras yang sangat jelita.

17. Itik mendapat air


Maksud: gembira kerana mendapat apa yang disukai

Contoh ayat:
Raja Sulaiman bagai itik mendapat air kerana dapat memperisterikan Puteri Zulaika.

18. Raja sehari


Maksud: pengatin baru

Contoh ayat:
Hari ini, hari yang paling bahagia untuk Ahmad kerana dia sudah menjadi raja sehari.
19. Kerang busuk
Maksud: asyik tersengih sahaja

Contoh ayat:
Abdullah seperti kerang busuk ketika berjumpa dengan Sarah.

20. Langkah seribu


Maksud: lari dengan pantas

Contoh ayat:
Amir, Razak dan Raju mengangkat langkah seribu apabila dikejar sekumpulan anjing
liar.

21.Mata duitan
Maksud: orang yang tamak
Contoh ayat:
Kamil digelar mata duitan kerana sikapnya yang sangat tamak.

22.Ada hati
Maksud: ada keinginan

Contoh ayat:
Abu Ubaidah ada hati untuk memiliki Siti Mariam.

Anda mungkin juga menyukai