Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

GUAR NANGKA
02500 MATA AYER, PERLIS

TARIKH : 2 OGOS 2017 (RABU)


MASA : 11.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN PEPERIKSAAN, SMKGN

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERJASAMA DENGAN
MANAGEMENT SCIENCE UNIVERSITY (MSU)
KERTAS KERJA
PROGRAM “FINISHING SCHOOL”
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA
TAHUN 2017

1.0 Pendahuluan

Program “Finishing School” merupakan satu program yang lebih menjurus ke arah
memperlengkapkan diri pelajar dengan kemahiran-kemahiran insaniah khusus untuk pelajar-
pelajar yang akan meninggalkan alam persekolahan dan seterusnya mengorak langkah ke alam
kerjaya. Persaingan sengit antara graduan di pasaran pekerjaan jelas menunjukkan bahawa
hanya graduan yang benar-benar berkualiti terpilih. Berkualiti di sini bukan hanya
disandarkan kepada prestasi akademik sahaja tetapi yang lebih penting penampilan mereka
semasa ditemuduga. Cara gaya mereka menyampaikan maklumat atau pandangan dengan
lancar dan jelas terutama sekali dalam bahasa Inggeris adalah merupakan elemen terpenting
dalam pemilihan.

Berdasarkan maklumbalas borang soal selidik pada 2009, didapati penguasaan bakal lepasan
SPM serta STPM dan seterusnya graduan - graduan dalam beberapa aspek kemahiran ‘soft
skills’ adalah di tahap yang memerlukan tindakan penambahbaikan. Antaranya adalah
melibatkan aspek keyakinan diri, minda kreatif, analitikal dan kritikal, ketahanan mental,
kepimpinan dan kefasihan berbahasa Inggeris.

Justeru itu, program ini dirancang dan diharapkan dapat membantu bakal lepasan SPM
membuat persediaan dan seterusnya menunjukkan prestasi yang lebih baik semasa menjalani
proses memohon dan menghadapi temuduga perkerjaan kelak.

2.0 Objektif

2.1 Memberi kemahiran menghadapi dunia pekerjaan


2.2 Memberi kemahiran mendapatkan pekerjaan
2.2 Membantu pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri dalam dunia pekerjaan
2.3 Memberi latih-tubi kepada pelajar secara intensif kemahiran menghadapi temuduga
pekerjaan.
2.4 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri peserta.
2.5 Meningkatkan kemahiran membuat persembahan (presentation skills)
3.0 Tarikh Perlaksanaan Program

Tarikh : 2 Ogos 2017 (Rabu)


Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang

4.0 Tempat

Dewan Peperiksaan, SMKGN

5.0 Sasaran

Semua pelajar Tingkatan 4 dan 5

6.0 Strategi Pelaksanaan

6.1 Program ini akan diadakan untuk semua pelajar Tingkatan 4 dan 5

6.2 Program ini akan diadakan selama 4 jam

6.3 Tenaga penggerak adalah dari kalangan Kaunselor dan Pensyarah MSU

6.4 Program akan dikendalikan dalam bentuk ceramah dan kerja kumpulan.

6.5 Program akan dilaksanakan di Dewan Peperiksaan SMKGN

6.6 Tarikh perlaksanaan program pada 2 Ogos 2017 (Rabu)

7.0 Ahli Jawatankuasa

Penasihat : Tn. Hj. Mohd Bokeri b. Abu Othman

Pengerusi : En. Mohsin b. Ibrahim

Naib Pengerusi 1 : Pn. Zainiah bt Muhammad

Naib Pengerusi 2 : En. Ruslizan b. Ahmad

Setiausaha : Pn. Norzalina bt Jamaludin

Penyelaras : Semua penyelaras tingkatan 4 dan 5

AJK : Semua guru mata pelajaran Tingkatan 4 dan 5


8.0 Tentatif Program

SCHEDULE FINISHING SCHOOL

2 Ogos 2017 (Rabu)

TIME EVENT VENUE


11.00 pm Session 1 : Branding & Knowing Yourself
Examination Hall, SMKGN
12.00 pm Session 2 : Resume & Job Interview
2.00 pm Finish

9.0 Anggaran perbelanjaan

Bil Perkara Peruntukan Jumlah

1 Cenderamata & sijil RM 30.00 x 3 orang RM 90.00

JUMLAH RM 90.00

10.0 Penutup

Memandangkan program ini amat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar khasnya pelajar-pelajar
Tingkatan 5 diharap program ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan program dapat
berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

Disediakan oleh :

..............................................
NORZALINA JAMALUDIN
Kaunselor
SMK Guar Nangka

Disahkan oleh :

........................................................
MOHD BOKERI BN ABU OTHMAN
Pengetua
SMK Guar Nangka

Anda mungkin juga menyukai