Anda di halaman 1dari 2

Kertas Kerja Jom Hidup Sihat

1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini


mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-
agensi terbabit kepada golongan yang disasarkaniaitu pelajar dan warga
sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya
hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya
kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah


diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar
sekolah dan seterusnya dapat mengubahamalan dan cara hidup ke arah
yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT


Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan
masyarakathidup lebih sejahtera. Amalan Jom Hidup Sihat menjurus
kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang
konsisten, mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi
penyalahgunaan dadah.

1.2 TUJUAN PROGRAM


Program Kesihatan dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program
Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi
Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup Sihat. Di samping
itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai
aspek kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar.
Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar
ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda
harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan
dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga
amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat
dimanfaatkan bermula dari rumah.

1.3 RASIONAL PROGRAM


Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk
semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa
tanggungjawab para pelajar, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar
mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah,
kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar akan dapat
memupuk perasaan cintakan kesihatan.

1.4 MATLAMAT PROGRAM


Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang
memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu
menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda
yang cerdas,

1.5 OBJEKTIF PROGRAM

• Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi


meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan
kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
• Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan
dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental
dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman
gejala sosial seperti merokok dan peyalahgunaan dadah.
• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan
masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan
dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar
walau di mana mereka berada.
• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika
di sekolah,
• Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari
anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaandadah dan tabiat merokok.

Anda mungkin juga menyukai