Anda di halaman 1dari 5

Cadangan Penyelidikan

Kesan Penggunaan Gajet Dan Hubungannya Dengan Aspek


Sosial Mahasiswa Fakulti Pendidikan Di Universiti Teknologi
Malaysia Johor Bahru.

ROSYANI BINTI YAHAYA


THEEBAH A/P RAJEN

2018
Cadangan Penyelidikan

Oleh :
RosyaniYahaya (MPP171077)
Theebah A/P Rajen
Universiti Teknologi Malaysia
Skudai, Johor

Kesan Penggunaan Gajet Dan Hubungnya Dengan Aspek


Sosial Mahasiswa Fakulti Pendidikan Di Universiti Teknologi
Malaysia Johor Bahru.

BAB I: Pendahuluan
1.1 Pengenalan
 Teknologi Internet hari ini menunjukkan kemajuan yang cepat, dan rangkaian sosial
meningkatkan bilangan pengguna pada setiap hari. (Ali Murat, Ahmet, Mehmet, 2015)
 Ketagihan media sosial semakin meningkat di Malaysia dan seluruh dunia.
 Tapak Rangkaian Sosial (SNS) adalah komuniti maya di mana pengguna boleh
membuat profil awam individu, berinteraksi dengan rakan seumur hidup, dan bertemu
dengan orang lain berdasarkan kepentingan bersama.
 Mereka dilihat sebagai 'fenomena pengguna global' dengan kenaikan eksponen dalam
beberapa tahun kebelakangan.
 Perkembangan teknologi khasnya gajet kian meningkat dalam kepenggunaan
masyarakat tidak mengira umur, bangsa mahupun jantina. Menurut et al (2015), fungsi
gajet dalah bagi mnyedia medium media social untuk dicapai oleh penggunanya dengan
mudah.

1.2 Latar Belakang Masalah


 Media Sosial telah disalahgunakan oleh sesetengah individu sebagai alat yang untuk
menyebarkan isu-isu yang tidak tepat dan berunsur fitnah. (Shamsul, 2017)
 Facebook, Twitter, Whatsapp, Instagram dan lain-lain merupakan platform yang
popular pada masa kini dan sering digunakan oleh masyarakat. (Nadia,2017)
 Ab. Halim Tamuri et. al (2006); Shamsudin A. Rahim (2001) Mohd. Ali Iksan (2010)
membuktikan bahawa bahan media massa berbentuk hiburan yang paling diminati oleh
remaja yang juga dikategorikan dalam kalangan pelajar berdasarkan dapatan hasil
kajian yang dilakukan.

1.3Penyataan Masalah

 Penggunaan gajet sudah menjadi kemestian dan peralatan yang wajib dalamkehidupan
seharian setiapa golongan masyarakat tidak mengira lapisan umur.
 Taraf sosio ekonomi sesebuah keluarga juga banyak menyumbang kepada penggunaan
gajet ini.
 Kos gajet dan mengakses internet yang mampu milik amat menyumbang kepada
peralatan ini senang dimiliki.
 Kemerosotan kehidupan sosial masyarakat masa kini langsung tidak mengendahkan
orang sekeliling disebabkan taksub terhadap gajet, malah tanpa gajet mereka merasa
hidup tak sempurna.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

 Meninjau kesan penggunaan gajet dikalangan Mahasiswa Universiti Teknologi Johor


Bahru.
 Mengenalpasti tujuan sebenar mahasiswa menggunakan internet.
 Mengenalpasti tahap ketagihan penggunaan gajet dalam melayari internet.
 Mengenalpasti masalah sosial kepada Mahasiswa yang menggunakan gajet secara
berlebihan.

1.5 Soalan/Hipotesis
 Bilakah penggunaan gajet dilakukan?
 Berapakah lama anda menggunakan gajet dalam sehari?
 Apakah aktiviti yang anda lakukan bersama gajet?
 Siapakah menyediakan gajet kepada anda?
 Jika data sudah dihabis guna, apa yang anda lakukan?
 Apa manfaat yang diperolehi daripada gajet?
 Apa keburukan yang diperolehi daripada gajet?
 Nyatakan keputusan atau kemajuan peperiksaan anda yang baru-baru ini.
 Nyatakan satu kesan yang paling ketara yang disebabkan kesan penggunaan gajet.
 Bagaimanakah hubungan anda dengan rakan-rakan dan ahli keluarga ?
 Adakah anda berasa ketagihan jika tidak dapat melayari internet?
 Adakah anda berasa kehilangan?
 Adakah anda berasa sangat cepat marah?

1.6 Rasional
 Mengenalpasti kesan penggunaan gajet yang mempengaruhi kehidupan sosial
mahasiswa UTM di Johor Bahru.

1.7 Skop/Kekangan
 Kekangan berikut didapati membataskan kajian ini:
 Dari aspek masa, kajian ini hanya sah untuk data yang diperolehi pada masa kajian
dijalankan. Oleh itu ianya tidak memcerminkan masalah sosial yang dihadapi oleh
mahasiswa UTM.
 Dari aspek penumpuan, kajian ini lebih tertumpu kepada Mahasiswa UTM di Johor
Bahru.
BAB II: Sorotan Penulisan
2.1 Pengenalan

 Kajian ketagihan internet di kalangan remaja sekolah.


 Masalah sosial yang dialami oleh masyarakat sekarang
 Kajian kesan media massa kepada masyarakat.
 Kepentingan aspek sosial dalam kehidupan masyarakat sekarang.

BAB III : Metodologi Penyelidikan

3.1 Reka Bentuk Kajian

 Berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan.


 Maklumat mahasiswa yang terlibat akan dikumpul melalui penggunaan instrument
berbentuk soal selidik.

3.2 Lokasi Kajian/Populasi/Sampel


 Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan yang terdiri mahasiswa.
 Populasi kajian terdiri daripada para mahasiswa Master semester 1/2019 dalam
pengkhususan yang berlainan. Rasional pemilihan responden ini kerana mahasiswa ini
merupakan pelajar baru yang masih belum dapat menyesuaikan diri dengan pesekitaran
yang baru yang belum mempunyai ramai kenalan.
 Pemilihan sampel hanya memlibatkan 2 buah kelas di Fakulti Pendidikan, Hal ini
disebabkan kekangan masa dan sumber kewangan dalam menjalankan penyelidikan ini.
Penyelidikan memerlukan tempoh masa yang lama mengumpul dan mengalisis data –
data responden. Justeru hanya 20 orang mahasiswa yang dijadikan sampel kajian
mewakili populasi mahasiswa UTM di Johor Bahru.

3.3 Instrumen Kajian


 (Soal Selidik)
Ujian ketagihan gajet diukur menggunakan soalan dari “Internet Addiction Test” yang
mengandungi 20 item yang reka oleh DR. Kimberly Young tetapi telah diubahsui dalam
Bahasa Melayu.
 .

3.4 Pengumpulan Maklumat dan Analisis Data


 Data primer akan dikumpul melalui soal selidik kendiri yang diedarkan kepada
mahasiswa UTM sebagai responden kajian.
 Ujian ini dianalisis secara manual menggunakan pengiraan mata terkumpul bagi setiap
responden
 Analisis Data akan memfokuskan kepada peratusan dan min berhubung dengan
penggunaan gajet dalam aspek sosial.

3.5 Perbincangan
 Jenis gajet yang sering digunakan.
 Tujuan menggunakan gajet tersebut
 Punca ketagihan gajet
 Tahap ketagihan Penggunaan gajet
 Kesan penggunaan gajet terhadap aspek sosial

Anda mungkin juga menyukai