Anda di halaman 1dari 2

SETAN DAN TUGASNYA

1. ZALITUN
Menyuruh manusia gemar boros dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan.

2. WATIN
Mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada ALLAH Taala.

3. A’AWAR
Menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jabatan, membiarkan rakyat tanpa
dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda
dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik.

4. HAFFAF
Mengajak manusia berbuat maksiat dan berfoya-foya.

5. MURRAH
Mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka, dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga
mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan
banyak air untuk berwuduk.

6. MASUD
Menyuruh manusia selalu mengumpat, fitnah dan adu domba, suka berdendam sesama manusia.

7. DASIM
Memecahkan suami isteri agar suka bergaduh dan bercerai. Suka marah bukan pada tempatnya
dan kepada marah yang membawa dosa. Juga menampakkan cela adik-beradik sehingga mudah
bertengkar dan bermasam muka.

8. WALAHAN
Menimbulkan rasa waswas dalam beribadat, khasnya ketika orang itu sedang mengambil wuduk.

9. LAKHUS
Mengajak manusia agar menyembah selain daripada ALLAH SWT.

10. SABRUM
Mengajak manusia ke jalan yang jahat dan tidak sabar dengan ujian yang di terimanya.

11. MISWAT / MASWAT


Mempercepatkan manusia untuk berbuat maksiat dan suka kepada setiap perkara maksiat, di
samping melengah-lengahkan berbuat taat dan amal salih. Ia gemar membawa berita dusta dan
gosip liar.

12. ZAKTABUR / ZAKNABUR / ZALANBUR


Menimbulkan raja ujub dan takbur dengan segala kelebihan yang ada pada dirinya.
13. KHINZAB
Mengganggu orang yang beribadat, khasnya yang bersembahyang, dengan membuatkan manusia
berasa waswas dengan amalan baik yang dilakukannya dan sentiasa cuba meruntuhkan
keyakinan terhadap agama Islam yang dianutinya.

14. LAQNIS, tugasnya mengganggu orang yang bersuci dan berwuduk sehingga jadi ragu dan
tidak sempurna.

15. ABYADH, inilah jenis syaitan yang paling berat godaannya, paling buruk sikapnya, kerana
tugasnya ialah menggoda para nabi dan rasul yang diutuskan kepada manusia.

16. KHANNAS, inilah syaitan yang menimbulkan waswas hati terhadap adanya ALLAH Taala,
adanya perkara-perkara sam’iyat dan melalaikan hati manusia daripada mengingat Tuhannya
sepanjang masa. Semuanya adalah untuk menyesatkan umat manusia, khususnya yang Islam dan
beriman kepada ALLAH SWT.

Anda mungkin juga menyukai