Anda di halaman 1dari 3

OBJEKTIF ANEKA PILIHAN

Konteks: 5.1 Kerajaan Alam Melayu


Bab 1 Tingkatan 2 m/s 5
Konstruks : Mengingat
Aras: Rendah

Maklumat berikut berkaitan konsep Alam Melayu dari aspek geografi.

Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan


Nicobar, Filipina dan Kepulauan Soloman hingga Papua New Guena.
Siapakah tokoh yang mengemukakan pandangan diatas?
A. Profesor Dr.Ding Choo Ming
B. Sutan Takdir Alisjahbana
C. Dato’ A.Aziz Deraman
D. Alfred Russel Wallace
SOALAN STRUKTUR
Konteks: 5.1 Kerajaan Alam Melayu
Bab 1 Tingkatan 2
Berikut adalah jadual yang menunjukkan lokasi Kerajaan Alam Melayu
Kerajaan Alam Melayu Lokasi
Kerajaan Funan Lembah Sungai Mekong
Kerajaan Srivijaya X
Kerajaan Majapahit Y
Kerajaan Kedah Tua Sungai Mas dan Sungai Bujang

a) Namakan lokasi X dan Y


X:______________
Y:______________
Jawapan m/s 8
Konstruk : Mengingat
Aras : Rendah
[2 markah]

b) Terangkan faktor yang mendorong perkembangan perdagangan bagi kerajaan X dan Y

Jawapan : m/s 16

Konstruk: Menganalisis
Aras: Sederhana
[4 markah]

c) Pada pandangan anda mengapakah Kerajaan Alam Melayu bertumpu dilembah sungai?

i. Lembah sungai dipilih kerana kesuburan tanah untuk tujuan pertanian


ii. Adanya kemudahan untuk mendapatkan bekalan air untuk keperluan harian
iii. Menangkap ikan sebagai sumber makanan
iv. Kemudahan mengangkut hasil dan berhubungan dengan sesuatu kawasan
(mana-mana yang munasabah)

Konstruk: Menilai
Aras: Tinggi
[4 markah]
SOALAN ESEI

Konteks: 5.1 Kerajaan Alam Melayu

Bab 1 Tingkatan 2

Hubungan diplomatik merupakan hubungan politik antara dua kerajaan

a) Nyatakan kerajaan-kerajaan awal Alam Melayu yang menjalinkan hubungan dengan


kerajaan China

Jawapan : m/s 18
Konstruk: Mengingat
Aras: Rendah
[4 markah
b) Terangkan tujuan hubungan tersebut diwujudkan?

Jawapan : m/s 18
Konstruk : Menganalisis
Aras: Sederhana
[8 markah]

c) Apakah faedah yang diperolehi oleh negara Asia Tenggara melalui hubungan
diplomatik dengan negara-negara antarabangsa yang lain?
i. Memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur asing untuk membasmi
kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peleuang pekerjaan.
ii. Menjamin keselamatan & keamanan dunia ini kerana menjalinkan hubungan
baik antara negara mampu mengelakkan belaku konflik atau peperangan
iii. Ekonomi gobal dapat berkembang melalui perdagangan bebas dijalankan
,pertukaran mata wang dan meningkatkan kegiatan ekonomi negara supaya
mampu bersaing di peringkat global.
iv. Berlakunya perkembangan ekonomi negara ini melalui pemindahan teknologi
melalui projek usaha sama
v. meluaskan pasaran barangan negara Bebas dari ancaman atau campur tangan
kuasa besar dalam urusan pentadbiran dan politik negara.
vi. Malaysia dan negara serantau bekerjasama menyelesaikan masalah
antarabangsa, Contohnya: pemerdagangan orang dan pengedaran dadah
vii. Hubungan baik yang dijalin dengan negara antarabangsa telah memudahkan
bantuan kemanusiaan apabila berlaku bencana
viii. Meningkatkan taraf pendidikan di negara Asia Tenggara melalui kerjasama
akademik telah dijalinkan antara Universiti Tempatan dengan universiti –
universiti antarabangsa yang lain.
Konstruk : Menilai
Aras: Tinggi
[8 markah]

Anda mungkin juga menyukai