Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN HARI ORIENTASI

PELAJAR BARU TINGKATAN 1 2018

1.0 RASIONAL
Pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang baru melangkah masuk ke Ma’ahad Sultan Ahmad
Shah Ad-Dini ini perlu didedahkan dengan maklumat-maklumat yang asas sejak awal
lagi. Pendedahan ini perlu supaya pelajar-pelajar baru ini dapat menghayati budaya
sekolah dengan baik. Penerapan dan penghayatan budaya sekolah akan memudahkan
pelajar mengasimilasikan diri mereka dan proses pengajaran dan pembelajaran akan
dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Oleh yang demikian, program orientasi ini
perlu dijalankan.

2.0 MATLAMAT
Mewujudkan budaya sekolah yang sihat dan harmoni di kalangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membolehkan pelajar-pelajar baru memahami dan menghayati budaya sekolah
3.2 Membentuk kumpulan pelajar yang benar-benar menghayati dan mengamalkan
nilai-nilai murni.
3.3 Mendidik pelajar untuk mengamalkan peraturan sekolah
3.4 Membentuk disiplin pelajar

4.0 JANGKA MASA PROGRAM


Program ini dijalankan selama 1 hari sahaja iaitu pada 2 Januari 2018 (Selasa)

5.0 TEMPAT
Dewan Sayidina Ali, Ma’ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar Tingkatan 1 tahun 2018

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN


7.1 Taklimat
7.2 Lawatan

8.0 TENTATIF PROGRAM


* Rujuk Lampiran A

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan para pelajar yang telah mengikuti program orientasi ini akan
mendapat pendedahan awal tentang sekolah ini dan warganya seterusnya mempunyai
wawasan untuk mencapai visi dan misi sekolah.

1
Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................... ............................................................
SITI NORMUKARIMAH BT. MOHD EHWAL, ASMANIZAM BT. KAMARZAMAN,
Setiausaha Orientasi Ting. 1, GPK HEM,
Ma’ahad SAS Ma’ahad SAS

Disahkan oleh,

.......................................................
NORAINI BT. ABDUL MANAP
Pengetua,
Ma’ahad SAS

2
ORIENTASI TINGKATAN 1 2018
MA’AHAD AS-SULTAN AHMAD SHAH AD-DINI, BANDAR JENGKA

TARIKH : 2 JANUARI 2018


HARI : SELASA
TEMPAT : DEWAN SAYIDINA ALI, MA’AHAD SAS

JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG : Pn. Noraini binti Abdul Manap (Pengetua)

PENASIHAT : En. Che Aziz bin Che Dollah (GPK Kurikulum)


: Pn. Asmanizam binti Kamarzaman (GPK HEM)
: Pn. Siti Royani binti Ahmad Hafids (GPK Kokurikulum)

SETIAUSAHA : Pn. Siti Normukarimah binti Mohd Ehwal

AHLI JAWATANKUASA

Pn. Wan Salmi binti Abd Aziz (Guru Kelas 1 Al Jazari)


Pn. Suriati binti Kamar (Guru Kelas 1 Al Kindi)
Pn. Tuan Nurul Husna binti Tuan Ramli (Guru Kelas 1 Al Farabi)
Pn. Rohani binti Rauf (Guru Kelas 1 Ibnu Rushd)
Pn. Norzipah binti Harun (Guru Kelas 1 Ibnu Hisyam)
Pn. Hanita binti Abd Hamid (Guru Kelas 1 Ibnu Khaldun)

3
Lampiran A

TENTATIF PROGRAM

7:20 pagi Perhimpunan pagi

8:00 pagi Program Orientasi Tingkatan 1 bermula

Ucapan pengerusi majlis

Ucapan puan pengetua


Disampaikan oleh Pn. Noraini bt. Abdul Manap

Taklimat kepada pelajar:

Taklimat disiplin
Disampaikan oleh Pn. Asmanizam bt. Kamarzaman (GPK HEM)

Taklimat asrama
Disampaikan oleh En. Mohd Safarizan b. Salim (Ketua Warden)

Taklimat buku teks


Disampaikan oleh Penyelaras Buku Teks

10.00 pagi Lawatan ke kawasan-kawasan sekolah

Anda mungkin juga menyukai