Anda di halaman 1dari 2

PENDIDIKAN.

MINAT MEMBACA.

Terdapat segelintir masyarakat yang menyatakan bahawa masyarakat kini tidak perlu
membaca. Kononnya, untuk mendapat pengetahuan memadai dengan mendengar radio dan
menonton televisyen sahaja.

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan itu?

PENGENALAN:-

Media massa penting untuk membentuk masyarakat yang berilmu.


Media massa menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan.
Memang radio dan televisyen penting dalam hal ini.
Belum dapat mengalih kedudukan bahan bacaan.

ISI-ISI:-

Radio dan televisyen merupakan penyampai maklumat penting.


-Radio dan televisyen menyampaikan maklumat dengan berkesan dan menyeluruh.
-Siarannya sampai ke kawasan pedalaman.
-Masyarakat dapat menerima ilmu terkini dengan midah.
-Perkembangan semasa dapat diikuti oleh rakyat.
-Malah, siaran radio membuat laporan berita bagi setiap jam.
-Jadi, radio dan televisyen lebih berkesan daripada bahan bacaan dalam penyampaian
berita terkini.
Radio dan televisyen lebih berkesan dalam penyampaian ilmu.
-Masyarakat tempatan malas membaca buku.
-Sebaliknya, radio dan televisyen pasti diikuti oleh setiap keluarga setiap hari.
-Jadi, radio dan televisyen lebih berfungsi.
-Rancangan seperti “Debat Perdana”, “Beyond 2000”, “Majalah Tiga”, “Forum
Perdana”, dan sebagainya memikat masyarakat.
-Siarannya lebih berjaya dengan adanya satelit MEASAT 1,2, dan 3.
Kebanyakan rancangan bercorak hiburan.
-Kebanyakan rancangan bercorak hiburan daripada penyampaian pendidikan.
-Tujuannya meningkatkan tarikan kepada para penonton dan penaja.
-Amalan asasnya sebagai penyampai maklumat semakin diabaikan.
-Jadi, bahan bacaan masih penting.
Kita memerlukan bahan bacaan dalam bidang tertentu.
-Radio dan televisyen merupakan penyampai ilmu bercorak perkembangan semasa.
-Jadi, bahan bacaan juga penting dalam bidang budaya, akademik, dan rohaniah.
-Misalnya,karya kreatif seperti novel, cerpen, dan sajak dihayati dalam bentuk tulisan.
-Buku teks diperlukan dalam pengajaran di peringkat sekolah.
-Bahan bacaan seperti Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, dan Dewan Sastera masih
penting.
-Bahan ini merupakan pembentuk masyarakat berbudaya yang penting.
Rancangan radio dan televisyen tidak mencakupi semua bidang.
-Laporan dan siarannya tidak meliputi semua bidang.
-Banyak bidang ilmu tidak dilaporkan dengan mendalam.
-Tambahan pula, rancangan sedemikian rata-ratanya dalam bahasa Inggeris.
-Jadi, banyak rakyat kita tidak dapat mengikuti rancangan sedemikian.
-Masyarakat masih digalakkan lebih membaca.
Internet juga merupakan sumber maklumat.
-Maklumatnya tiada batas dan sempadan.
-Maklumatnya lebih komprehensif dan menyeluruh.
-Maklumatnya juga mudah dimuat turun.

KESIMPULAN:-

Keseimbangan dalam penerapan ilmu melalui radio dan televisyen serta bahan bacaan
penting.
Ilmu pengetahuan sentiasa berkembang.
Jadi, bacalah apa-apa sahaja asalkan bahan bacaan itu sihat dan memberikan manfaat.

Anda mungkin juga menyukai