Anda di halaman 1dari 3

FOKUS 2018/2019 SOALAN BAHAGIAN C – ESEI

( 10 MARKAH )
1 Kaji pernyataan berikut :

Tenaga elektrik boleh diperoleh daripada buah – buahan


a
Nyatakan hipotesis berdasarkan pernyataan di atas.

b Anda dibekalkan dengan buah nanas , oren, manga, kepingan besi, kepingan kuprum, wayar
penyambung dank lip buaya.
Huraikan satu eksperimen.

2 Kaji situasi berikut :

Kebanyakan peralatan memasak seperti kuali dan periuk dibuat daripada bahan logam
manakala pemegang kuali dan periuk daripada bahan bukan logam. Bahan logam mengambil
masa lebih cepat untuk panas berbanding bahan bukan logam. Siuasi ini menunjukkan masa
yang diambil oleh bahagian peralatan memasak untuk panas bergantung kepada jenis bahan.
a
Cadangkan satu hipotesis untuk pernyataan di atas.
b Menggunakan rod kuprum, rod kaca, satu paku tekan, lilin, kaki retort, penunu Bunsen dan
radas lain, huraikan satu eksperimen.

3 Kaji pernyataan berikut :

Marina menggunakan kanta pembesar untu membaca tulisan kecil. Dia mendapati bahawa
untuk mendapatkan tulisan yang jelas semasa menggunakan kanta nipis, dia perlu menjauhkan
sedikit kanta itu daripada buku. Sebaliknya sekiranya menggunakan kanta tebal, dia perlu
mendekatkan kanta itu dengan buku. Situasi ini menunjukkan bahawa ketebalan kanta
mempengaruhi jarak fokus kanta.

a Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.


b Anda dibekalan satu kanta cembung tebal, satu kanta cembung nipis, pemegang kanta, skrin
putih dan radas lain, huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda

4 Kaji pernyataan berikut :


Aloi dan logam tulen mempunyai sifat tahan kakisan yang berbeza

Anda diberikan sebatang paku besi, sebatang paku keluli, larutan natrium klorida, rak tabung
uji dan radas lain
a Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas
b Huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda
5 Kaji situsi berikut :
Azmi mendapati roti dibeli oleh ibunya lebih cepat berkulat jika dibiarkan di suhu bilik
berbanding di dalam peti sejuk.

Anda diberi dengan 2 keping roti, pita selofan, plastic, peti sejuk dan radas lain.
a Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.
b Huraikan satu eksperimen

6 Kaji situasi berikut :


Nasihat doctor.. “ Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demaam tinggi dan
selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotic yang paling rendah. Antibiotik mesti
dihabiskan.
Perlu diberitahu di sini… Ubat antibiotik bukanlah ubat demam atau selsema atau ubat sakit
perut. Antibiotic adalah untuk membunuh bakteria. Kalau demaam, makan ubat demam dan
kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan
bakteria.

Anda dibekalkan dengan dua ceper kertas turas, agar-agar nutrient steril, bakteria Basilus
subtilis , forsep steril, picagari, dua piring petri steril, pita selofan, pen penanda, larutan
penisilin dan bahan lain.
a Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas
b Huraikan satu eksperimen

7 Kaji pernyataan berikut :


Tumbuhan memerlukan nutrient yang mencukupi untuk pertumbuhan yang sihat.

a Cadang satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas


b Dengan menggunakan dua anak benih jagung, larutan kultur Knop, larutan kultur tanpa
nitrogen dan radas lain, huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda.

8 Kaji pernyataan di atas :


Asid etanoik dan larutan ammonia mempunyai kesan yang berbeza apabila ditambahkan
kepada lateks

a Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat penyataan di atas


b Anda diberikan lateks, asid etanoik, larutan ammonia, sebuah silinder penyukat dan sebatang
rod kaca.
Huraikan satu eksperimen.

9 Kaji pernyataan berikut :


Syarikat pengeluar tayar kenderaan cenderung menggunakan getah tervulkan untuk
menghasilkan tayar, bukan sahajaa kerana kosnya yang lebih murah, tetapi juga kerana
beberapa sifatnya yang lebih baik berbanding dengan getah asli.
Berdasarkan pernyataan di atas, anda perlu merancang satu eksperimen untuk menyiasat
perbezaan antara kedua-duaa jenis getah dari segi kekenyalan.

a Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas


b Anda dibekalkan dengan satu jalur getah tervulkan 10cm, satu jalur getah asli 10cm, pemberat
200g, dua klip, satu jam randik, satu kaki retort dan radas lain.
Huraikan satu eksperimen.
10 Kaji situsi berikut :
Farhan mendapati roti dibeli oleh ibunya lebih cepat berkulat jika dibiarkan di kawasan lembap
berbanding roti yang dibiarkan di tempat yang kering

Anda diberi dengan 2 keping roti, pita selofan, beg plastic, air paip dan radas lain.
a Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.
b Huraikan satu eksperimen

11 Kaji pernyataan berikut :


Aminah sedang berjalan di pantai memakai kasut tumit tinggi. Dia mendapati pasir yg dilalui
berlubang.

a Cadangkan satu hipotesis yang boleh dibuat


b Anda diberi blok kayu 2 m2 dan 7 m2 , plastisin, pemberat 200 g dan radas lain.
Huraikan satu eksperimen

Anda mungkin juga menyukai