Anda di halaman 1dari 38

2 Amalan Menjemput

Rezeki RM27,000 Ke
Dalam Akaun Bank
... sebuah kisah benar bagaimana sepasang ibu
bapa 'menjemput' RM27,000 ke dalam akaun bank
mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka

Insyirah Azhar
(Pengasas Insyirah Creative Solution)

www.insyirahazhar.com
Kisah Benar Pembaca Insyirah
Azhar

Pada suatu ketika dulu, saya pernah buat kempen Istighfar 1000x.
Barangkali kurang sambutan, ia tidak viral kepada sebegitu ramai
orang.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya dapat testimoni daripada mereka


yang amalkan.

2 Amalan itu adalah solat hajat dan istighfar 1000 kali.


Kalau ikutkan, saya reveal sahaja testimoninya. Namun, saya ingin
berkongsi dapatan saya tentang istighfar. Mengapa perkara di atas
boleh terjadi.

Insya-Allah saya kongsi daripada petikan buku ini.


Semuanya berkaitan

dengan Tenaga

Sesungguhnya istighfar itu akan melahirkan tenaga positif


dalam diri kita. Bahkan tenaga istighfar itu sesungguhnya
dapat melampaui tenaga bunyi dan tenaga cahaya.

Istighfar dapat
melenyapkan kesukaran
Sesiapa yang ditimpa kesukaran atau kesusahan, maka
hendaklah menyebut astagfirullah wa atubu ilahi sebanyak 1000
kali, maka Allah akan menghapuskan segala kesukaran
tersebut.

Akan muncul pertanyaan pada diri kita. Apa hubungan antara


istighfar dengan kesukaran yang sedang kita miliki?

Baik, saya kaitkan persoalan ini dengan situasi testimoni di atas.

Situasi: Perlukan RM27,000 dengan segera. Jika tidak,


anaknya tidak dapat ambil peperiksaan

Beritahu pada hari Ahad, anaknya exam pada hari Isnin.


Kita boleh bayangkan betapa haru birunya andai kita berada
di situasi di atas.

- Resah
- Tertekan
- Buntu mencari penyelesaian

… akan terasa, di saat perlu dapatkan sesuatu dalam masa

yang singkat.

Semua perasaan itu adalah perasaan negatif. Apa maksud


hadis di bawah,

Sesiapa yang ditimpa kesukaran atau kesusahan, maka


hendaklah menyebut astagfirullah wa atubu ilahi sebanyak 1000
kali, maka Allah akan menghapuskan segala kesukaran tersebut.

Sambung perkongsian buku…

Tenaga istighfar akan membawa semua perasaan negatif


kepada kedamaian dan ketenangan batin. Kedamaian dan
ketenangan itulah, sesuatu solusi yang tepat yang diperlukan
oleh seseorang yang mempunyai kesukaran.

Istighfar adalah cara kita memohon keampunan Allah dari dosa


dan kesalahan. Dengan istighfar, hati akan menjadi yakin akan
keampunan Allah.
Dengan istighfar, hati nurani akan hidup dan kesuciannya
memercik ke seluruh tubuh kita. Kita menjadi seorang yang
tenang, damai, indah dan bahagia.

Kesannya segala kesukaran yang kita hadapi tidak akan


membuat kita pening atau sakit kepala. Bahkan, dengan
sendirinya kesukaran tersebut akan musnah, sebagaimana
musnahnya kertas yang dibakar api.

Daripada petikan di atas, perasankah kita apabila pengamal


mengamalkan 1000 kali istighfar, beliau terdetik untuk
menghubungi seseorang yang sekaligus menghapuskan
masalah beliau tentang buntu dapatkan pertolongan.

Begitulah maksud,

Bahkan, dengan sendirinya kesukaran tersebut akan

musnah, sebagaimana musnahnya kertas yang dibakar api.


Istighfar dapat

melenyapkan kesempitan

Rumah yang sempit tidak akan berasa sempit apabila dia yang memiliki

rumah itu telah membuka mata hatinya dengan kekuatan

istighfar.Lorong pada perumahan yang sesak tidak akan merasa

sesak nafas jika kita melaluinya dan melihatnya dengan kekuatan

istighfar. Usaha atau perniagaan yang kita lakukan tidak akan

terasa sempit apabila jika istighfar telah kita serap dan sedut.

Dan jiwa kita tidak akan sesekali terasa sempit, sesak dan

rimas apabila tenaga istighfar telah kita sedut dan hembuskan.

Mengapa?

Sebabnya tenaga istighfar akan membuka mata hati kita,


membuka batin kita dan mengaktifkan hati nurani kita sedemikian
rupa, sehingga kita faham, mengetahui dan menyedari bahawa
dunia berserta isinya ini amatlah luas, sebagai bukti milik Allah.
Ustaz Asraff Ayob ada berkongsi,

JIKA INGIN BISNES KENCANG, ANDA WAJIB IKUTI


TEKNIK MARKETING POWERFUL INI :

Satu soalan yg sering diajukan, 'apakah teknik marketing terbaik


untuk buatkan hati customer sentiasa berpaut dgn kita?'

Jawapan : Kita boleh menggunakan ribuan teknik marketing,


tetapi bagi saya ada satu ASAS yang jika ia dilakukan, semua
teknik marketing selepas itu menjadi iaitu :

Sebelum kita ingin buatkan hati pelanggan 'cair, pastikan kita


'cairkan hati' PENCIPTA PELANGGAN (Allah s.w.t) dahulu.
Kuasai teknik 'marketing' untuk buatkan DIA 'jatuh hati' kepada
kita. Kemudian senanglah kerja anda.

Mengapa? Sebab Dialah yang menggerakkan hati pelanggan untuk


sukakan produk kita. Jika Dia tak gerakkan, anda belanjakanlah
ribuan ringgit, pelanggan tetap 'touch', tapi tak beli then 'go'.

Saya yakin ini prosesnya dan ia tak boleh di'skip' atau di'reverse'.
Maaf teknik ini memang anda tak temui jika ikuti mazhab
marketing barat kerana Tuhan tiada dlm kamus kapitalis mereka.
Bagaimana cara terbaik untuk 'tackle' hati Dia?

Boleh start dgn small effort but powerful impact. Ia digelar :


MULAKAN HARI ANDA DENGAN BERHUTANG.

Maksudnya, wajibkan diri dengan berzikir 'istighfar' at least 100x


dan selawat 100x kerana kedua zikir ini amat besar fadhilatnya
utk menjemput rezeki.

Tetapi saya faham kadang2 kita agak culas. Maka gunakan


teknik ini : Saya setkan minda setiap pagi dengan mindset
'berhutang' kepada Allah. Hutang 100 istighfar dan 100 selawat.
Dan ia wajib dibayar sebelum 12 malam. Tak boleh 'carry
forward'. Dilarang tidur sebelum jelaskan 'hutang' ini. Jika tidak,
saya kena denda 5 kali ganda. Maknanya jika tak dilunaskan hari
ini, esok kena buat 500x istigfar dan selawat.

Memang, zikir ini perlu 'paksarela' sebelum sampai ke tahap 'sukarela'.

Macam bayar kredit kad. Masa swipe suka lah, tapi masa bayar culas.

Jika tiada elemen 'denda', sampai ke kiamat ia tidak dibayar.


Tapi, ia pasti bertukar ke gear sukarela bila anda melihat
rezeki tak putus2 datang nanti. Believe it!

Doakan saya juga ya, dan share posting ini agar kita ramai-ramai
buat 'sistem barter' berdoa each other di fb

Us Asraff Ayob.

Usaha atau perniagaan yang kita lakukan tidak akan terasa


sempit apabila jika istighfar telah kita serap dan sedut.

Justeru, apa perlu lakukan?

“Sentiasa beristighfar.”
Insya-Allah saya (Insyirah Azhar) adalah penulis Inspirasi
KeTuhanan. Kerja saya menginspirasikan manusia mendekati
Tuhan, di samping menjadi mukmin yang celik kewangan dan
betapa pentingnya kewangan dalam hidup seorang mukmin.
Insya-Allah.

Hampir setiap minggu saya baca tentang permasalahan manusia


yang menyapa di dalam emel, pm fb saya. Ada yang isu pelajar,
isu ibu bapa, kerjaya hatta dalam rumahtangga (walau saya belum
berumahtangga).

Majoriti masalah mereka adalah … kewangan.

Apabila saya hadam sendiri pada diri saya, saya boleh rumuskan
kepada perkara di bawah ;
1. Tiada simpanan 10%

Atau … sedikit simpanan

Berikut saya kongsikan artikel siri #IncheHujan yang saya kongsi di


fb, dan blog saya:

Insyirah Azhar (IA) adalah seorang penulis hawa yang muda


yang berada dalam genre Inspirasi KeTuhanan. Dia banyak
menerima emel luahan tentang masalah kewangan.

“Simpan 10% – hok alorh. Benda kecik je?”

Mungkin ada orang akan cakap dialog di atas. Ingat ini,

“Gunung-ganang terdiri daripada kerikil-kerikil batu.”

Bayangkan you ada RM 1 juta simpanan. Adakah you punya,

- Mindset
- Cara kerja
- Idea

Akan sama dengan orang yang ada simpanan RM1? Past tidak kan?
“Mana datangnya RM1 juta?”

Bermula dengan simpanan 10%. Orang yang tiada simpanan,


tidak akan boleh buat pelaburan. Orang yang tidak buat
pelaburan, tidak akan kaya sampai bila-bila.

“Saya gaji kecil, mana boleh simpan 10%. Tak cukup Inche
Hujan. Ada anak lagi.”

Boleh kan kalau saya kata begini,

“You tanya orang yang gaji RM3,000, RM1,000, atau


RM50,000 sekalipun.

Saya boleh sahkan, kalau pendapatan banyak mana pun, tidak


simpan 10%, your life is game over. You tanya orang yang ada
banyak tanggungan, sedikit tanggungan, hatta pelajar sekalipun.

At the end, sampai satu masa, masalah kewangan mereka adalah,

- Tidak cukup duit


- Tiada simpanan

Apa yang saya nak cakapkan adalah, 2 perkara di atas adalah


tahap yang sama, walau pendapatan masing-masing berbeza.
Jadi, boleh kan saya cakap macam ini,

13
“Walau you ada income berbeza, you tetap boleh simpan 10%

daripada tiap income. Hanya displin sahaja yang membezakan.”

Kisah duit RM50 yang haram

Suatu ketika dulu, IA bukan macam sekarang. Dia tidak berbisnes.


Dia suka pada seorang selebriti muslimah bernama Amie Sofia
Ahmad. Ketika kak Amie pergi umrah, IA pergi hantar di KLIA.

IA sanggup spend RM35 sehala untuk ulang-alik naik KLIA


Ekspress. Selepas kak Amie tahu, beliau beri IA sejumlah duit.
Katakan ia RM50. Sampai sekarang, IA tak pernah belanja duit
itu, walau dia terdesak macam mana pun. Sebab apa?

“Sebab IA tekad dan haramkan baginya untuk belanjakan duit itu.”

Jadi kalau IA takde duit pun, dia takkan pakai duit itu. Melainkan
hanya letak dalam dompetnya. Antara sebabnya,

“Artis kot bagi duit. Bukan selalu. Bukan sebab duit sebenarnya,
tetapi sebab value duit itu walau hanya RM50, tetapi ia hadiah
daripada seseorang yang IA kasihi.”

Itu yang mahal daripada RM50 tu. Jadi apa boleh kita simpulkan di
sini “Displin.”
Apabila you tekad simpan 10% dengan niat kekayaan bertambah
dari semasa ke semasa, you akan berjaya simpan, dan takkan
guna simpanan itu melainkan untuk pelaburan BUKAN
perbelanjaan ATAU keinginan.

Kalau you antara,

“Ada simpanan adalah.”

“Ada baki adalah.”

• You akan ada masalah simpan 10% sampai bila-bila.


• Hidup you akan kekal malang bertimpa-timpa.
• You akan ada masalah kewangan sampai mati.
• Duit you sampai bila-bila takkan cukup.

Apabila you tiada simpanan 10%, otak you akan buta, hati you
buta. IA pernah dapat emel merayu minta tolong kewangan, nak
minta ah long, minta bagi sebab anak, and so on.

It is not about IA tak tolong, it is about, simpanan 10% akan bina


you punya dalaman. Katakan you ada simpanan RM10K, you
punya dalaman akan berkata,

“Aku ada duit.”


Bagaimana kalau you tiada simpanan hatta 1 sen? You
punya dalaman akan berkata,

“Aku tiada duit.”

“When you focus problems, you will have more problems.


When you focus possibilites, you will have more opputunities.”

Apabila dalaman you fokus perkara-perkara negatif, segala


zarah dalam diri you akan fokus pada perkara-perkara negatif.
And you expect, positive things will happen?

No la.

• You punya pemikiran


• You punya idea
• You punya kata-kata
• Energi you

Semuanya akan jadi negatif. Ia akan jadi magnet yang


menarik perkara-perkara positif dalam diri you.

Sebab itu apabila tak boleh nak berfikir secara rasional,


pemikiran negatif seperti cari ah long, merayu minta tolong
kepada orang lain akan keluar.
Kalau orang bagi solusi 1001 pun, you takkan ambil ia sebagai
solusi, sebab otak you dah lost, buntu, tak tahu nak fikir mana
yang baik dan buruk.

Biasanya kalau you dah fed up, apa you buat? Kalau positif that
is good. Tetapi saya rasalah mesti negatif punya. Antara
perkataan biasa,

“Arrrgggghhhh… malas nak fikir. Lantaklah apa nak jadi, jadilah.”

Biasanya kalau you dah capai takat tu = redha. Time tu you akan

spark up. Sebab you dah serahkan diri you 100% kepada Allah.

1 / 0 = infiniti

1 = Allah
0 = Ego manusia
Infiniti = Miracle yang tidak disangka-sangka

Apabila you dah jadi zero (kosong), saat itu you akan jadi
somebody yang lebih relax dengan izin-Nya.
Mengapa apabila dah

redha = positif?

Kita renung semula. Apabila you fokus problem, zarah-zarah


dalam diri you akan jadi negatif. Time tu you mulalah fikir 101
pemikiran negatif. You sibuk berusaha perihal fizikal.

Apabila manusia mendekatkan diri kepada ibadah, melakukan

amalan yang positif, element diri akan menjadi positif.

Sebab itu apabila you redha, dimensi yang lain = you sedang
dekat dengan Allah. Apabila you fokus usaha luaran (mungkin
akan menjauhkan you dengan kekuatan daripada Allah).

You ikut logik – usaha luaran


You dekatkan diri dengan Allah – usaha spiritual

Ni rahsia. Tapi bila dah cerita tak rahsia lagi.

“Usaha spiritual 90% lebih berkuasa daripada usaha luaran 10%.”

Bukti?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan


dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang
Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab
bilangan kamu yang ramai.

Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah


kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi
yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu
berpaling undur melarikan diri.

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram


kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan
Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya.

Serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang


membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi
orang-orang yang kafir.” (Surat At Taubah: 25 – 26)

Daripada perkara di atas, perhatikan ayat ini,

“Iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan


kamu yang ramai. Maka bilangan yang ramai itu tidak
mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun.”

Andai kita adaptasi,

“Usaha luaran yang banyak pun tidak akan memberi manfaat, tanpa
pertolongan Allah.”

Justeru selari, imbangkan usaha luaran dan spiritual.

“Erkk…macam dah terlajak je ni?”

So nampak kan impak usaha spiritual more than usaha luaran?


Jadi, apa perlu buat? Bina usaha spiritual dengan simpan 10%.

Ingat ya, simpan 10% akan bina you punya spiritual walau
ia nampak macam usaha luaran.

Apabila you simpan 10%, you sedang membina,

- Mindset
- Idea
- Gaya

Diri you yang baru. Sebab you punya dalaman akan mula
berubah ke arah positif insya-Allah.

Syarat ketat: Displin a.k.a haramkan diri daripada


belanjakan simpanan 10% walauapapun terjadi.

Bukanlah bermaksud duit itu haram untuk digunakan. Term


haram hanya sebagai refleksi supaya you displin simpan 10%.
Kecuali dah sampai masa, you dah ada ilmu pelaburan bagaimana

guna duit simpanan untuk melabur, only then baru boleh guna.

99% you berjaya buat simpan 10%, insya-Allah hidup you berubah.

99% gagal simpan 10%, hidup you akan kekal negatif sampai bila-
bila. Nauzubillah.

Kenapa tanpa simpanan 10%,

hati dan otak buta?

Bukankah ia sesuatu yang menyedihkan apabila kita sudah


berniaga selama 5 tahun. Income tiap bulan sekitar RM3K -
RM5K. 'Nampak' macam masyuk.

Satu soalan sahaja yang saya berminat nak tanya,

"Berapa simpanan terkumpul?"

Kita anggarkan tiap bulan boleh simpan RM2K.

RM2K x 12 bulan = RM24,000

RM24K x 5 tahun = RM120,000


"Wow, banyaknya!"

Persoalannya adalah,

"Adakah usahawan yang berniaga 5 tahun dengan income RM3K -


RM5K, mempunyai simpanan sebanyak itu?"

Baik, RM2K daripada RM5K macam banyak sangat, kita ambil


10% sahaja daripada RM5K = RM500

RM500 x 12 bulan = RM6,000

RM6,000 x 5 tahun = RM30,000

Persoalannya adalah,

"Adakah simpanan usahawan itu sudah sebanyak itu?"

Nak lebih dramatik lagi.

Income RM3K - RM5K tiap bulan. Tiap perniagaan perlu bayar cukai
tiap tahun. Bukankah sangat menyedihkan, setelah berniaga, tiada
duit nak bayar cukai perniagaan / zakat perniagaan?

Pepatah biasa kata,

"Nak cari duit ceruk mana...?"


Andai cukai itu bernilai RM10K++, jika tiada simpanan nak bayar
macam mana?

Bukankah ketika itu, usahawan itu akan runsing, bagaimana nak


bayar cukai? Fikir bagaimana nak bayar zakat perniagaan.

Hanya kerana tiada simpanan,

- Tiada duit nak bayar cukai perniagaan


- Tiada duit nak bayar zakat perniagaan
- Fikiran mula rasa resah jika dikejar LHDN

Bukankah ia ibarat malang bertimpa-timpa? (Nauzubillahi min zalik)

Hanya kerana tidak simpan 10%, banyak masalah yang kita tarik
dalam diam. Dan saat masalah itu datang secara pukal, ketika itu,
rasakanlah peritnya, kerana tidak displin simpan daripada sekarang.

Saya kongsi kerana saya pernah rasa. Dan sebab itu, saya mahu
khabarkan pengajaran ini supaya tidak timpa orang lain. Dengan
izin Tuhan.

Bisnes ebook - RM10,000 dalam masa 7 bulan kelihatan hebat.


Namun begitu, apabila ditanya simpanan sudah berapa. Tertunduk
dan terdiam. Tertanya diri sendiri,

"Mana duit itu?"


Sifu saya kata,

"Jangan berdisplin hanya setelah malapetaka datang."

Seperti kisah kerana tidak simpan 10%,

- Tiada duit nak bayar cukai perniagaan


- Tiada duit nak bayar zakat perniagaan
- Fikiran mula rasa resah jika dikejar LHDN

Bersedia untuk berubah? Teruskan bacaan jika mahu.

Jadi, macam mana nak selesaikan (counter)?


Berikut adalah petikan daripada ebook Sistem Menjemput
Rezeki bab 2 mukasurat 71:
2. Niat simpan 10%

Kebanyakan daripada kita akan niat simpan untuk kecemasan,

“Apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah doa.” - #DAO

Oleh sebab itu, tukar niat ‘simpan untuk kecemasan’ kepada

‘simpan supaya kekayaan saya semakin meningkat setiap hari’.

Petikan ebook Sistem Menjemput Rezeki:

“Jika berterusan berfikir untuk kegunaan waktu sesak /


emergency = itulah yang akan berlaku. (Nauzubillahi min zalik)

Jika berterusan berfikir untuk kekayaan dan kejayaan = itulah


yang akan berlaku.

Jika berterusan berfikir untuk ibadah = itulah yang akan berlaku.”

Lepas simpan, apa nak buat? Baik, saya berikan formula Azizi
Ali, seorang jutawan.

1. Dapatkan ilmu
2. Simpan wang
3. Laburkan wang
4. Tambah masuk
5. Ulang

Jadi, langkah pertama kita sekarang adalah dapatkan ilmu.


Kini, anda telah masuk fasa dapatkan ilmu. Ilmu tentang
betapa pentingnya simpan 10%.
3. Kenali sifat wang

Saya petik daripada buku Paip Wang oleh Kamaruddin Haji


Mamat. Pada saya, ia sesuatu yang penting untuk menukar cara
pemikiran kita, insya-Allah.

“Wang memang berkuasa. Tetapi anda boleh menguasainya jika tahu

caranya. Wang boleh berkembang dan menokok jika fahami sifatnya.

Wang akan terbantut jika anda bakhil. Tetapi ia aka cepat


berkembang jika anda murah hati.”

Perasankah kita, apabila kita tidak bersyukur, kita rasa kita


statik. Tetapi apabila kita bersyukur kita rasa kita berkembang.

- Mood
- Senyuman
- Jiwa

Rasa kaya dan perasaannya lebih baik apabila kita


bersyukur. Sambung…

“Itu sebab, mengikut buku The Riches Man in Babylon karya


George S. Clason dan lain-lain penulis seperti Robert Kiyosaki,
Anthony Robbins telah mendedahkan perlunya kita menderma
setiap hari, walaupun sedikit agar wang kita mahu berkembang.
Mungkin dahulu kita pernah mendengarnya dari guru kita yang
menceritakan kelebihan perkara ini, tetapi kita tidak begitu
peduli, sehinggalah penulis-penulis Barat mengakuinya dalam
tulisan-tulisan mereka, maka manusia yang lain termasuk orang
muslim menyakininya.

Sepatutnya sebagai muslim, kita mesti yakin bahawa Allah sudah


menjanjikan, setiap satu kebajikan yang kita buat akan diganjari
10 hingga 700 kali ganda seumpama satu biji benih yang tumbuh
menjadi pokok gandum yang tumbuh 7 tangkai, yang setiap
tangkai ada 100 biji.”

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya


pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan 7 tangkai.

Tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah),


Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi
Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Surah Al Baqarah: 261)

“Jika anda abai kuasa wang atau jahil tentangnya, ia akan


berkuasa ke atas anda dan ia mampu menjadikan anda
pekerjanya malah menjadi hambanya.

Ia cukup berkuasa menentukan apa yang patut kena buat


dengan memenuhi nafsu anda. Apabila anda sudah dikuasai oleh
wang,
semua benda jadi buruk dan teruk, bukan sahaja pada diri,
malah pada masyarakat sekeliling anda.

Oleh itu, kenalilah wang dan kawal dirinya, jika tidak, dia
akan mengawal anda.

Wang memang satu bentuk kuasa. Tetapi suatu yang


lebih berkuasa ialah pendidikan kewangan.

Wang boleh datang dan pergi, tetapi jika anda mempunyai


pendidikan tentang cara wang bekerja, anda mendapat
kekuasaan ke atasnya, dan boleh mulai membangunkan
kekayaan.”
4. Cara mengatasi

penguasaan wang

Saya terkesan dengan sambungan dalam topik ‘Cara


Mengatasinya’ dalam buku Paip Wang. Oleh sebab saya terfikir,
tentang bagaimana pada masa hadapan tentang keturunan saya.

Tambahan lagi, saya berumur 20-an. Berikut saya kongsikan:

“Jika anda tersedar permainan wang ini ketika anda sudah


berumur 50 tahun, maka tidak banyak yang boleh anda buat
kecuali masuk ‘Skim Pak Man Telo’.

Kalau nasib baik, anda untung. Kalau tidak, anda jatuh lagi,
malah ditimpa dengan tangga yang lebih besar lagi pada usia
lanjut. Tentulah lebih parah! (nauzubillahi min zalik).

Tetapi jika anda masih muda, berumur 20-an. Inilah masa yang
sesuatu untuk merancang kewangan anda. Namun masa yang
paling baik adalah merancang semasa anda kecil lagi.

Yang merancang ketika itu sebenarnya ialah ibu bapa anda jika mereka

celik kewangan. Saya sendiri melabur untuk 3 orang anak saya sejak

mereka kecil dan dalam perut lagi kira-kira 9 tahun yang lalu.
Apabila anda sudahpun membaca dan faham apa
itu wang dan sifatnya. Anda mesti ubah sikap
anda. Jangan melakukan lagi kesalahan yang
sama.

Akhirnya, sentiasa perbaharui ilmu wang dan ilmu agama.


Melaburkan untuk akal budi anda iaitu dengan membaca
buku-buku, ebooks, majalah, kaset, CD termasuklah
seminar atau ambil kursus sijil tentang kewangan mahupun
agama, walaupun kosnya mahal.

Inilah pelaburan awal anda yang terbaik, kerana ia lebih


kecil, sebelum anda terpaksa menanggung kerugian
yang lebih besar kelak akibat buta kewangan.

Fuhhh… alhamdulillah, saya mendoakan tuan dan cikpuan


mendapat manfaat atau sesuatu setelah khatam ebook ini.
- Insyirah Azhar Berapa nilai ebook ini

yang sanggup anda bayar?

Ia ditulis khas untuk membantu anda:

1. Konsisten beristighfar
2. Merombak cara pemikiran anda terhadap wang
3. Celik kepentingan simpan 10% dan pengurusan
kewangan

Jika ebook ini bermanfaat, dan anda mahu menghargai tim


Insyirah Creative Solution menghasilkan ebook ini, insya-Allah
boleh lakukan perkara di bawah,

Lakukan pembayaran RM30 ke akaun

Maybank
5551 2650 8246
Insyirah Creative Solution

payment2ics@gmail.com (online banking)

Tolong JANGAN bayar jika tidak mahu. Tiada paksaan ;)


Mahu lagi?

Adakah anda suka pada ilmu yang saya beri dalam ebook ini? Dan
… mahu lagi?

Amalan istighfar adalah antara amalan dalam ebook saya bertajuk


Sistem Menjemput Rezeki dan 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

Anda Boleh dapatkannya di www.sistemmenjemputrezeki.com


Berikut, saya lampirkan testimoni-testimoni TERBARU bulan 5
dan 6 tahun 2014, daripada pembaca yang amalkan amalan
dalam ebook ini.

Anda mungkin juga menyukai