Anda di halaman 1dari 2

Cerita Singa dan Tikus.

Kad 1.

Pada suatu ketika dahulu, hidup seorang Singa yang menjadi raja seluruh belantara.

Suatu hari selepas makan, Singa tersebut terlena di bawah sebatang pokok.

Kad 2

Seekor tikus yang ternampak Singa yang kekenyangan dan Tikus merasakan mesti
seronok jika dia bermain di atas Singa itu.

Tikus mula memanjat Singa yang masih lena dan menggunakan ekor Singa sebagai
gelungsur serta meluncur riang.

Kad 3

Tiba-tiba Singa terjaga dan mengaum dengan marah.

Sang Singa menyambar Si Tikus dengan telapaknya yang besar. Si Tikus cuba
melepaskan diri tapi tak berjaya.

Kad 4

Sang Singa membuka mulut dengan luas untuk menelan Si Tikus. Si Tikus sangat takut
mula merayu. “Ampun Tuanku, tolong janganlah makan patik. Ampunkan patik.
Lepaskanlah patik. Patik tidak akan melupakan jasa Tuanku. Suatu hari nanti, patik
harap patik dapat membalas jasa baik Tuanku. Sang Singa tertarik dengan rayuan Si
Tikus.

Kad 5

Sang Singa membuka tapak tangannya dan melepaskan Si Tikus. “Terima kasih Tuanku.
Jasa baik Tuanku tidak akan saya lupakan. “Nasib baik beta baru sahaja menjamu
selera. Pergi main jauh-jauh. Kalau tidak, beta jadikan kamu santapan beta. Beberapa
hari selepas itu,

Kad 6

Sang Singa menjelajah ke belantara. Suatu perangkap telah dipasang oleh pemburu
untuk memerangkap Sang Singa. Para pemburu bersembunyi di belakang pokok
menunggu Sang Singa masuk ke dalam jaring.
Kad 7

Apabila Sang Singa jatuh ke dalam perangkap itu, para pemburu cepat-cepat menarik
tarik dan memerangkap Sang Singa. Sang Singa mengaum dengan kuat dan cuba
melepaskan diri tetapi pemburu menarik jaring dengan lebih ketat. Pemburu kembali ke
desa untuk membawa kenderaan bagi mengangkut Singa. Sang Singa mengaum dengan
kuat dan semua haiwan di seluruh belantara mendengarnya termasuklah Si Tikus. “Oh
baginda Singa dalam bahaya, aku mesti selamatkan dia.

Kad 8

Si Tikus sampai di sisi perangkap tadi. “Jangan bimbang Tuanku, patik akan bebaskan
tuanku. Si Tikus pun melompat ke atas jaring. Dengan menggunakan giginya yang tajam,
Si Tikus mula mengigit jaring tersebut.

Kad 9

Akhirnya Si Tikus berjaya membebaskan Sang Singa. Barulah Sang Singa sedar Si Tikus
yang kecil pun boleh membantu. “Terima kasih, Tikus. Aku tidak akan susahkan kau lagi.
Kau boleh hidup dengan senang di belantara ini. engkau telah selamatkan nyawa raja.
Sekarang, kau putera di belantara ini.” Terima kasih Tuanku, sampai kita berjumpa lagi.”
“Kau nak ke mana? Tak mahu gelungsur di atas ekor aku ni?. Si Tikus mula memanjat
ekor Sang Singa dan mengelungsur dengan riangnya.

Kad 10

Apabila pemburu kembali ke perangkap tadi, Sang Singa dan Si Tikus mula berlari ke
arah mereka. Sang Singa mengaum dengan kuat. Para pemburu ketakutan dan lari
lintang pukang.

Kad 11

sejak dari itu, Sang Singa dan Si Tikus bersahabat baik.

Anda mungkin juga menyukai