Anda di halaman 1dari 6

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2014

ANJURAN:

PEJABAT PERGIGIAN DAERAH JASIN

PENCERAMAH:

PENCERAMAH DARI BAHAGIAN DAKWAH PEJABAT AGAMA DAERAH MELAKA

TENGAH TARIKH:

11 OGOS 2014 (ISNIN)

TEMPAT:
DEWAN MERAK KAYANGAN,
HOSPITAL JASIN

KERTAS KERJA DASAR


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

1.0 PENGENALAN

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia
merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang
soleh dan bertaqwa yang akan memperoleh kejayaan di akhirat dan mendapat darjat
istimewa di sisi Tuhannya kelak. Menguruskan jenazah merupakan fardhu kifayah ke atas
umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah
tanggungjawab tersebut. Dalil mengenai pengurusan jenazah diambil secara umum
berdasarkan hadith Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda
maksudnya:

“Bersegeralah kamu dengan (pengurusan) jenazah.” (Riwayat Muslim)

Mengenai solat jenazah pula, perkara ini dapat dijelaskan berdasarkan hadith daripada
Aisyah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya:

“Tidak ada satu mayat yang disembahyangkan ke atasnya oleh sekumpulan


muslimin yang mencapai bilangannya seratus orang, kesemuanya memohon syafaat
baginya (mayat) melainkan diterima syafaat mereka itu pada mayat tersebut.”
(Riwayat Muslim)
Dalil- dalil ini telah menyokong bahawa pengurusan jenazah haruslah dipercepatkan
dan harus mengikut syarat-syarat dan lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
Sejajar dengan itu, kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan
pengetahuan kepada kepada para peserta tentang tatacara menguruskan jenazah dari
selepas kematian sehingga saat jenazah ditalqinkan mengikut kaedah yang telah
ditetapkan oleh syarak.
Di samping menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang
masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya kursus
ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para peserta jika
berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya kelak.

2.0 OBJEKTIF

1. Memantapkan tahap kefahaman para peserta terhadap konsep pengurusan jenazah sebagai
satu tuntutan fardhu kifayah

2. Memberi pendedahan secara teori & praktikal secara langsung kepada para peserta tentang
tatacara, adab-adab dan kaedah samada menguruskan jenazah (samada lelaki atau perempuan)
yang tepat dan seiring dengan syariat Islam

3. Mempraktikkan ajaran yang telah diterima di dalam keluarga & masyarakat

4. Menerapkan semangat ingin tahu kepada para peserta untuk mempelajari dan menginsafi
perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian

3.0 NAMA PROGRAM

“KURSUS PENGURUSAN JENAZAH”

4.0 ANJURAN

PEJABAT PERGIGIAN DAERAH JASIN


5.0 PENCERAMAH

BAHAGIAN DAKWAH PEJABAT AGAMA DAERAH MELAKA TENGAH

6.0 TEMPAT

DEWAN MERAK KAYANGAN, HOSPITAL JASIN

7.0 TARIKH

11 OGOS 2014

8.0 SASARAN

Semua kategori anggota kakitangan Pergigian Daerah Jasin :


-Pegawai Pergigian (5 orang)
-Pembantu Pembedahan Pergigian (8 orang)
-Penyelia Jururawat Pergigian (1 orang)
-Ketua Jururawat Pergigan (2 orang)
-Jururawat Pergigian (7 orang)
-Pembantu Tadbir (2 orang)
-Pembantu Perawatan Kesihatan (3 orang)
-Pemandu (2 orang)

Keseluruhannya berjumlah 30 orang.


9.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

PENASIHAT

Dr Rohana bt Abu Kassim

PENYELARAS

Dr Norazreen bt Abdul Jalil

10.0 TENTATIF/ ATUR CARA PROGRAM

Masa Aktiviti Penceramah


8.30 – 9.00 pg Pendaftaran peserta

9.00 – 9.10 pg Bacaan Doa

9.10 – 10.10 pg Ceramah 1 Ustaz Norazlan Abdul Karim


HAKIKAT KEMATIAN & ALAM KUBUR (Bahagian Dakwah JAIM)

10.10 – 10.40 pg Minum pagi

10.40 – 11.40 pg Ceramah 2 Ustaz Norazlan Abdul Karim


PENGURUSAN JENAZAH SELEPAS (Bahagian Dakwah JAIM)
MENINGGAL DUNIA, MEMANDIKAN &
MENGKAFANKAN

11.40 – 1.00 tghari Ceramah 3 Ustaz Norazlan Abdul Karim


SOLAT JENAZAH & MENGKEBUMIKAN
JENAZAH (Bahagian Dakwah JAIM)

1.00 – 2.00 ptg Makan tengahari, Rehat & Solat Zuhur

2.00 – 3.00 ptg Amali Pengurusan Jenazah Ustaz Norazlan Abdul Karim

(Bahagian Dakwah JAIM)

3.00 – 4.00 ptg Amali Solat Jenazah Ustaz Norazlan Abdul Karim

(Bahagian Dakwah JAIM)

4.00 – 4.30 ptg Penutup

4.30 – 5.00 ptg Minum petang


11.0 BELANJAWAN

Makan Pagi : RM 4.00 X 35 = RM 140.00


Makan Tengahari : RM 8.00 X 35 = RM 280.00
Minum Petang RM 3.00 X 35 = RM 105.00
Peralatan : RM 170.00 = RM 170.00
Penceramah : RM 80.00 / 5 jam = RM 400.00

Jumlah = RM 1095.00
Jumlah keseluruhan : RM 1095.00

12.0 PENUTUP

Adalah diharap program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah
digariskan serta dapat diaplikasi di dalam perkhidmatan.

Disediakan oleh:

(DR NORAZREEN ABDUL JALIL - MDC 5096)


Penyelaras,
Kursus Pengurusan Jenazah
Pejabat Pergigian Daerah Jasin

Disemak oleh:

(DR ROHANA BT ABU KASSIM)


Pegawai Pergigian Daerah Jasin
Pejabat Pergigian Daerah Jasin
Jasin, Melaka
11.0 BELANJAWAN

Makan Pagi : RM 4.00 X 35 = RM 140.00


Makan Tengahari : RM 8.00 X 35 = RM 280.00
Minum Petang RM 3.00 X 35 = RM 105.00
Peralatan : RM 170.00 = RM 170.00
Penceramah : RM 80.00 / 5 jam = RM 400.00

Jumlah = RM 1095.00
Jumlah keseluruhan : RM 1095.00

12.0 PENUTUP

Adalah diharap program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah
digariskan serta dapat diaplikasi di dalam perkhidmatan.

Disediakan oleh:

(DR NORAZREEN ABDUL JALIL - MDC 5096)


Penyelaras,
Kursus Pengurusan Jenazah
Pejabat Pergigian Daerah Jasin

Disemak oleh:

(DR ROHANA BT ABU KASSIM)


Pegawai Pergigian Daerah Jasin
Pejabat Pergigian Daerah Jasin
Jasin, Melaka

Anda mungkin juga menyukai