Anda di halaman 1dari 5

LAMPIRAN A

JADUAL PROGRAM SERUAN MENARA GADING (PELAJAR SPM)


SMK. KETENGAH JAYA, DUNGUN, TERENGGANU
12 – 14 SEPTEMBER 2019

HARI/WAKTU KHAMIS (12 SEPTEMBER 2019)


5.30 PTG PERJALANAN KE KUALA LUMPUR
10.30 MLM DIJANGKA TIBA DI KUALA LUMPUR
11.00 MLM URUS DIRI & SOLAT,
BERMALAM DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN KG. PANDAN
HARI/WAKTU JUMAAT (13 SEPTEMBER 2019)
6.00 PG SOLAT SUBUH, SARAPAN DAN TAKLIMAT PROGRAM
8.00 PG LAWATAN KE MENARA GADING,
UNIVERSITI KUALA LUMPUR (MIDI)
1.00 TGH SOLAT JUMAAT/ZOHOR
3.00 – 6.30 PTG LAWATAN KE MENARA BERKEMBAR KLCC/MUZIUM NEGARA
6.30 – 9.00 MLM SESI SANTAI DI BERJAYA TIMES SQUARE
9.00 -10.30 MLM SOLAT ISYA/MAKAN MALAM
10.30 MLM BERTOLAK PULANG KE SMK KETENGAH JAYA
HARI/WAKTU SABTU (14 SEPTEMBER 2019)
2.30 PG DIJANGKA TIBA DI SMK KETENGAH JAYA

KERTAS CADANGAN PROGRAM SERUAN MENARA GADING (PELAJAR SPM)

TAHUN 2019

1. PENDAHULUAN
Program Seruan Menara Gading ini merupakan satu program untuk memberi
penghargaan kepada pelajar-pelajar tingkatan lima di SMK Ketengah Jaya yang mendapat
keputusan cemerlang dan juga yang meningkat pencapaiannya dalam peperiksaan percubaan
SPM. Pelajar-pelajar ini merupakan aset yang amat berguna kepada negara. Justeru itu,
golongan remaja ini perlu diberi kesempatan untuk meninjau peluang-peluang pembelajaran
serta mendapatkan pengetahuan dan maklumat yang berguna untuk dijadikan panduan apabila
mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu pelajar juga diharapkan
akan dapat membina ketahanan diri yang tinggi melalui kemahiran daya tindak dari segi fizikal,
emosi, mental dan rohani sepanjang mengikuti Program Seruan Menara Gading ini.

2. RASIONAL

Pelajar-pelajar perlu mendapat pendedahan tentang peluang – peluang kerjaya untuk


menyambung pelajaran serta maklumat-maklumat penting yang dapat membantu mereka
untuk menambahkan pengetahuan tentang hala tuju kerjaya selepas SPM.

3. OBJEKTIF

1. Mewujudkan suasana pembelajaran yang baru di luar bilik darjah kepada calon
terpilih sebagai satu galakan atas segala kerja keras dalam peperiksaan
percubaan yang lalu.

2. Menimba pengetahuan tentang hala tuju dan peluang-peluang menyambung


pelajaran selepas SPM.

3. Memastikan semua calon peperiksaan sentiasa mempunyai semangat jati diri


dan rajin berusaha untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.

4. Mempraktikkan pembelajaran solat jamak dan qasar ketika musafir.

4. TEMA PROGRAM

”Menimba Pengalaman & Pengetahuan Melalui Pengalamian”

5. TARIKH
12 hingga 14 September 2019 (Khamis hingga Sabtu)

6. SASARAN PESERTA

Pelajar = 40 orang Murid Yang Mendapat Keputusan Cemerlang Peperiksaan


Percubaan SPM 2019
Guru = 4 orang

Jumlah = 44 orang

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 KOS KEWANGAN


Bil Perkara Butiran Jumlah
1. Sewa Bas Persiaran RM 2300.00 RM 2300.00
2. Makan Minum Pelajar RM 20 X 40 RM 800.00
3. Makan Minum Guru RM 20 X 4 RM 80.00
4. Penginapan Peserta RM 10 X 40 RM 400.00
5. Penginapan Guru RM 15 X 4 RM 60.00
Jumlah RM 3640.00

7.2 SUMBER KEWANGAN


Bil Perkara Butiran Jumlah
1. Yuran Peserta RM 30 X 40 RM 1200.00
2. Yuran Guru RM 50 X 4 RM 200.00
3. Dana Felda RM 2240 RM 2240.00
Jumlah RM 3640.00

8. TENTATIF PROGRAM

(Rujuk Lampiran A)

9. PENUTUP
Program Seruan Menara Gading ini diharap, akan dapat menambah ilmu pengetahuan
kepada pelajar tentang hala tuju kerjaya selepas SPM dan juga sebagai satu suntikan semangat
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada bulan November nanti.
Suasana pembelajaran di luar bilik darjah yang dirancang ini diharapkan dapat memberi satu
pulangan yang besar terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar yang terpilih ini, sekaligus
dapat meningkatkan lagi gred purata individu dan juga pencapaian gred purata sekolah.
Akhirnya diharapkan program ini akan dapat menjadi titik tolak kepada kesungguhan pelajar-
pelajar yang terpilih untuk meneruskan perjuangan dalam apa sahaja bidang yang bakal mereka
ceburi selepas tamat persekolahan nanti.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………………………..
……………………………………………………….. (HAMEDI ZAIDI BIN MAMAT@ SIDEK)
(LENNY SHAFINAZ BINTI MD. YUSOFF) Pengetua
Kaunselor Pelajar SMK. Ketengah Jaya
SMK. Ketengah Jaya
SMK KETENGAH JAYA
BANDAR KETENGAH JAYA 23300 DUNGUN
TERENGGANU

KERTAS CADANGAN
PROGRAM SERUAN MENARA GADING
(PELAJAR SPM)
TAHUN 2019

TARIKH :
12 HINGGA 14 SEPTEMBER 2019
(KHAMIS – SABTU)

DESTINASI : KUALA LUMPUR

ANJURAN BERSAMA :
UNIT KAUNSELING DAN UNIT KECEMERLANGAN SPM
SMK KETENGAH JAYA

Anda mungkin juga menyukai