Anda di halaman 1dari 7

Contoh.

Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.

“Saya berjanji tidk akan buat lagi,” rayunya.Akan


tetapi, saya tidak memperdulikan kata-kata itu.Saya
terus membawanya ke bilik Guru Besar.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Terlihat Adi mahu ke Blok Aman.
-Adi murid yang nakal.
-Mengekori langkah Adi.

Idea
1)Adi masuk ke tandas.
-Saya juga masuk.
-Adi berkata dari dalam tandas.
2)Asyik dipersalahkan.
-Mahu menjadi murid yang baik.
-Jahat sekali terus jahat.

3)Adi menconteng dinding tandas.


-Memegang bahu Adi.
-Adi terkejut melihat saya.

4)Menegur tidak pernah insaf.


-Bukan kesalahan pertama.
-Bawa kebilik Gur Besar.

Penutup
Buat rayuan.
-Janji tidak buat lagi.
-Rayuan tidak diperdulikan.
Mengarang karangan berdasarkan peta minda di atas.
Tajuk: Bukan Kesalahan Pertama.
Ketika saya hendak kebilik guru, saya telihat Adi menuju
ke Blok Aman. Adi terkenal sebagai murid yang nakal.
Saya berasa tidak sedap hati, lalu mengekori langkah Adi.
Adi masuk ke tandas sambil bersiul-siul. Saya juga
masuk ke tandas.Ketika di dalam tandas, saya terdengar
Adi mengatakan sesuatu.
“Apa-apa sahaja yang saya buat, ada sahaja yang tidak
kena. Saya memang mahu menjadi orang baik, tetapi
guru anggap saya masih nakal. Alang-alang menyeluk
pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.”
Apabila saya keluar dari tandas, saya mendapati
adi sedang menconteng dinding. Saya segera memegang
bahunya.Adi menepis dan agak terkejut apabila
memandang wajah saya.
“Awak memang tak pernah insaf”. Kejadian ini
bukan kesalahan pertama yang awak lakukan. Ikut saya
berjumpa dengan Cikgu Anuar,”pinta saya.
“Saya berjanji tidak akan buat lagi,” rayunya. Akan
tetapi, saya tidak memperdulikan kata-kata itu. Saya
terus membawanya ke bilik Guru Besar.

Maksud peribahasa yang digunakan.


Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan – maksudnya jika ingin melakukan sesuatu
pekerjaan hendaklah dilakukan dengan sepenuh hati.
Tuliskan sebuah karangan yang berakhir dengan
perenggan berikut....
... Budak lelaki itu akhirnya memohon maaf atas
kesalahannya. Aku dengan perasaan terharu
memaafkan kesalahan budak lelaki itu. Sejak
hari itu, aku dan budak lelaki itu menjadi
sahabat baik.

Pendahuluan
rehat - rakan

Isi-isi
a) duit - kelas - ambil
b) beg terbuka- dompet hilang - melaporkan
kepada guru
c) saksi- jumpa- memeriksa

Penutup
mengaku - janji
Karangan

Loceng rehat telah pun berbunyi. Aku dan


Nurul mengemas meja kami lalu turun ke kantin
untuk membeli makanan. Aku berjalan
beriringan dengannya.

Semasa hendak membeli makanan, aku


terlupa bahawa duitku tertinggal di kelas. Aku
mengajak Nurul menemaniku ke kelas. Dia
bersetuju dengan cadanganku.

Setibanya aku di kelas, aku dapati bahawa


beg sekolahku terbuka. Aku juga mendapati duit
sakuku yang bernilai RM5.00 di dalam sebuah
dompet berwarna merah pemberian Nurul telah
hilang. Aku dan Nurul ke bilik guru untuk
melaporkan hal ini kepada guru bertugas.

Tiba-tiba, seorang pengawas telah


memberitahu bahawa dia ternampak seorang
budak lelaki memasuki kelas kami lalu
membuka begku. Setelah mengetahui ciri-
cirinya, aku, Nurul dan guru bertugas pergi
menemuinya. Setelah menanyakan hal tadi, dia
tidak mengaku.

Kami mengambil keputusan untuk memeriksa


poketnya. Nurul telah menjumpai dompet
milikku. Akhirnya, budak lelaki itu mengaku.
Dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai
wang saku. Guru bertugas menasihatinya
dengan lemah lembut. Dia berjanji tidak
melakukan fiil itu lagi.

Budak lelaki itu akhirnya memohon maaf atas


kesalahannya. Aku dengan perasaan terharu
memaafkan kesalahan budak itu. Sejak hari itu,
aku dan budak lelaki itu menjadi sahabat baik.

Anda mungkin juga menyukai