Anda di halaman 1dari 1

PETUA BILA MENULIS KARANGAN

· Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.

Tip Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu.
Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.

· Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting.

· Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.

· Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.

· Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap
perenggan mengandungi satu isi.

· Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

Menulis karangan

- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan.

- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. ( Bahagian-bahagian
karangan yang ideal )

Perenggan Pendahuluan

Perenggan isi pertama

Perenggan isi kedua

Perenggan isi ketiga

Perenggan isi keempat

Perenggan Penutup

- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

Menyemak karangan

- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas,
kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. -
baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan

a. 4 minit mencari isi

b. 24 minit menulis karangan

c. 2 minit menyemak semula karangan

Jumlah = 30 minit

Anda mungkin juga menyukai