Anda di halaman 1dari 2

Apakah yang perlu dilakukan sebelum menulis karangan?

1) Murid hendaklah membaca dan memahami soalan yang diberikan.

2) Pastikan kamu memahami kehendak soalan, tajuk dan bentuk karangan yang
hendak ditulis.

3) Kegagalan memahami kehendak soalan, tajuk dan bentuk karangan yang hendak
ditulis menyebabkan karangan murid kekurangan isi dan mungkin akan terkeluar
daripada tajuk.

4) Catatkan isi-isi penting yang hendak kamu tulis berdasarkan tajuk karangan.

5) Susun isi-isi penting tersebut mengikut keutamaanya; isi yang paling penting
ditulis dahulu dikuti dengan isi yang kurang penting.

Apakah yang perlu dilakukan semasa menulis karangan?


Karangan yang baik mestilah ada tiga bahagian utama iaitu pendahuluan, isi dan
penutup

1) Pendahuluan
Karangan hendaklah dimulakan dengan pendahuluan dalam satu perenggan sahaja.
Pendahuluan mestilah berkaitan dengan kehendak soalan dan ada daya penarik.
Perenggan pendahuluan adalah mencukupi dengan dua atau tiga baris ayat sahaja.
Jangan masukkan isi ke dalam perenggan pendahuluan.

2) Isi
Bahagian isi adalah bahagian yang terpenting dalam sesuatu karangan
Menurut kehendak peperiksaan, karangan haruslah mempunyai empat isi utama.
Setiap isi itu hendalah ditulis dalam satu perenggan yang berasingan.
Isi-isi penting haruslah diutamakan.
Kembangkan isi dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat dan cerita yang
menarik.
Isi adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karangan. Oleh sebab itu, isi
karangan mestilah ditulis dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
Isi-isi yang diceritakan haruslah berkaitan dengan soalan.
Jangan ceritakan isi-isi secara meleret-leret dan tidak dapat diterima oleh akal.
Apakah yang perlu dilakukan sesudah menulis karangan?
1) Semak dan baca semula karangan setelah selesai menulisnya.
2) Pastikan tiada isi penting yang tertinggal.
3) Cari kesilapan yang mungkin ada seperti kesalahan tatabahasa, penggunaan
perkataan, ejaan dan tanda baca.
4) Betulkan setiap kesilapan tersebut.
5) Baiki tulisan cakar ayam dan sukar dibaca.

Anda mungkin juga menyukai