Anda di halaman 1dari 4

PERANCANGAN AKTIVITI ASAS PERMAINAN BOLA BALING TAHUN 2017

BULAN AKTIVITI TEMPAT

JANUARI 1. Mesyuarat Agung Kelab Bola Baling 2017 Padang


2. Mengetahui sejarah Bola Baling
3. Memanaskan badan dan senaman regangan
4. Kemahiran asas bola Baling
a. Menghantar dan menerima bola dengan betul:

 kedudukan tangan dan bola.

 badan menghadap ke arah bola.

 tumpuan kepada bola.

 pergerakan kaki semasa melontar dan menerima bola yang datang.

 tangan dihalakan ke arah bola.

FEBRUARI 1. Memanaskan badan dan senaman regangan Padang


2. Kemahiran asas bola baling

a. asas posisi anggota badan:


 bagi menerima bola tinggi (paras dada dan ke atas) teknik digunakan.
 bagi menerima bola rendah (paras pinggang dan kebawah) penggunaan tangan
b. teknik menyerap momentum bola:
 tumpuan mata kepada pergerakan bola yang datang.
 kaki bergerak ke arah bola dengan relaks dan sedikit ke belakang atau ke bawah.
MAC 1. Memanaskan badan dan senaman regangan. Padang
2. Peraturan bola baling, posisi pemain di dalam padang dan tugas setiap pemain:
 Cara pemakaian dan kasut yang sesuai.
 Posisi penjaga gol, pertahanan ( bawah- kiri,kanan dan tengah),
perancang(tengah) dan penyerang(atas- kiri,kanan dan tengah(penyerang))
 Penjaga gol(menjaga pintu gol), pertahanan(menjaga di bahagian bawah),
perancang(menerima bola dari pertahanan dan menghantar bola kepada
penyerang), penyerang kiri dan kanan( menghantar bola dari kiri dan kanan
kepada penyerang utama, membuat serangan) dan penyerang(menjaringkan gol).

APRIL 1. Memanaskan badan dan senaman regangan Padang


2. Mengawal bola:
a. Semasa berlari:
 Menyelaraskan kelajuan larian dan pergerakan bola.
 Mengawal bola dengan kedua belah tangan

MEI 1. Menghantar Bola: Padang


a. Hantaran bola tinggi (jarak jauh).
 Cara melontar bola supaya naik tinggi.
 Pergerakan pergelangan tangan
b. Hantaran bola rendah(jarak dekat dan jauh).
 Pergerakan pergelangan tangan
c. Hantaran semasa berlari (1-2)
 Men;ontar bola mengikut kelajuan berlari dan target penerima bola.
 Teknik menerima bola yang laju(momentum).
2. Melontar bola yang keluar padang(out) ke dalam padang dengan betul:
a. Teknik memegang dan melontar dengan kuat dan cepat.
JUN 1. Lontaran percuma, penjuru dan penalti: Padang
a. Lontaran percuma:
 Melontar bola terus ke dalam gol dengan tinggi supaya melepasi halangan.
b. Lontaran penjuru:
 Melontar ke arah target.
c. Lontaran penalti:
 Teknik balingan yang laju.
 Pergerakan tangan supaya tidak mudah dikesan oleh penjaga gol lawan.

JULAI 1. Membaling bola sambil berlari dan statik: Padang


a. Membaling sambil berlari:
 Mengawal bola sambil berlari.
 Pergerakan badan dan kaki.
 Penglihatan dan target bola.
 Hantaran bola tinggi dan rendah mengikut situasi.
b. Melontar bola semasa statik.
 Melontar dengan tepat dan pantas.

OGOS 1. Penjaga gol: Padang


a. Teknik menangkap bola dengan cepat dan kemas:
 Menangkap bola yang tinggi atau rendah.
 Menangkap dan mendakap bola dengan kemas.
b. Teknik menepis bola keluar dari padang(situasi bahaya)
 Menepis bola tinggi yang sukar ditangkap.
 Menumbuk bola ke belakang melepasi palang gol.
c. Teknik membaca pergerakan bola atau badan lawan yang datang menyerang atau semasa
penalti.
d. Teknik menghantar bola dengan cepat dan tepat.

SEPTEMBER 1. Pertahanan: Padang


a. Teknik pertahanan dan menghalang pergerakan lawan dari mendekati garisan D.
b. Perangkap (out site).
c. Menghantar bola kepada perancang atau penyerang dengan cepat dan tepat.
2. Perancang:
a. Mengawal bola di tengah padang dan mengatur strategi permainan.
b. Menerima bola dari bawah dan menghantar kepada penyerang dengan cepat dan tepat.
c. Membantu pertahanan dan penyerang.
3. Penyerang:
a. Teknik menyerang dari tepi(kiri kanan) dan tengah.
b. Melepasi pertahanan lawan.
c. Menyerang dengan cepat.

OKTOBER
1. Pertandingan bola sepak antara rumah sukan – JATI vs BALAU vs KERUING vs MERANTI

Disediakan oleh,

CHRISTOPHER EMMANUEL RAJ A/L VELLAN

Guru Penasihat
Bola Baling
SMK Dato Jaafar, Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai