Anda di halaman 1dari 10

2.

0 Bongkah Platonik

Pepejal Platonik adalah pepejal sekata yang berbucu cembung (convex


regular solid ). Pepejal Archimedean adalah pepejal separa sekata yang juga berbucu
cembungserta Pepejal Kepler-Pointsot yang berbucu cekung. Contoh pepejal pepejal ini
ialah tetrahedron, kiub (heksahedron), oktahedron, dodecahedron dan ikosahedron.
Semua nama ini berasal dari perkataan Greek yang merujuk kepada bilangan
permukaan pepejal.

Platonik adalah satu-satunya polyhedra yang mempunyai permukaan yang


sama. Setiap permukaan adalah sama dengan permukaan yang lain. Sebagai contoh,
kubus adalah sebuah pepejal platonik kerana kesemua enam permukaannya adalah
sama antara satu sama lain. Setiap permukaan yang sama akan bertemu di setiap bucu
iaitu puncak. Sebagai contoh, tiga segi tiga sama sisi bertemu di setiap puncak suatu
tetrahedron.

Tidak ada polyhedra lain yang memenuhi kedua-dua kondisi tersebut selain
pepejal platonik. Cuba kita lihat prisma pentagonal. Prisma ini hanya memenuhi syarat
yang kedua, iaitu tiga permukaan bertemu di setiap puncak, namun begitu syarat yang
pertama tidak dipenuhi kerana setiap permukaannya tidak sama - ada yang berbentuk
pentagon dan ada pula yang berbentuk segi empat tepat.

Berikut adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh lima politonik tersebut:

1
Pepejal Platonik di atas dikelaskan ke dalam kumpulan polihedra.
Polihedronadalah pepejal yang disempadani poligon satah ( plane poligons ). Poligon-
poligon tersebut membentuk muka (faces ). Permukaan-permukaan ini bertemu di sisi
(edges ),titik pertemuan di mana tiga atau lebih sisi dipanggil bucu ( vertices )

Hubungan pepejal Platonik dengan unsur alam semulajadi

Pepejal Platonik mula ditemui dan diketahui pada zaman Plato (427 –347 S.M).Tapi perlu di
ingatkan pepejal Platonik bukan ditemui oleh Plato. Pepejal-pepejal inidinamakan sedemikian kerana
kajian-kajian yang dibuat oleh beliau dan pengikut-pengikutnya. Plato percaya tentang perkaitan mistikal
antara empat pepejal tersebutdengan empat unsur alam semulajadi seperti berikut
Pepejal Platonik mula ditemui dan diketahui pada zaman Plato (427 – 347 S.M).Tapi perlu di
ingatkan pepejal Platonik bukan ditemui oleh Plato. Pepejal-pepejal inidinamakan sedemikian kerana

2
kajian-kajian yang dibuat oleh beliau dan pengikut-pengikutnya. Plato percaya tentang perkaitan mistikal
antara empat pepejal tersebutdengan empat unsur alam semulajadi seperti berikut:\

Kiub Bumi
Tetratedron Api
Oktahedron Udara
Ikosahedron Air

Dodekahedron menyeliputi keseluruhan alam semesta

Definisi Polihedra

Semua polihedron adalah 3-dimensi di mana permukaan-permukaannya terdiri


dari satah poligon. Dalam bahasa Greek ‘ poly ’ bermaksud banyak dan ‘
hedron ’bermaksud permukaan banyak. Polihedron sekata adalah polihedron yang
mempunyaipermukaan-permukaan poligon sekata. Permukaan-permukaan ini hanya terdiri darisatu jenis
poligon sahaja.
Untuk membentuk objek 3-dimensi, kita mesti cantumkan sekurangnya 3permukaan untuk
bertemu di bucu. Jika anda mencuba dengan 2 poligon sahaja andatidak akan dapat membentuk bucu
pepejal).
Kita tidak dapat membina pepejal 3-dimensi berbucu cembung dengan 6permukaan bertemu
pada satu bucu kerana sudut segitiga sama sisi ialah 60°, maka 6x 60°,= 360°,. Tetapi untuk
membina pepejal 3-dimensi berbucu cekung ( concave 3- dimensional figure ) kita boleh guna lebih

3
dari 6 permukaan atau lebih 360°, . Bermakna bilangan segitiga yang bertemu pada satu bucu untuk
membentuk pepejal 3-dimensi berbucu cembung ialah 3, 4 atau 5 seperti yang ditunjukkan.

Tetrahedron:
Tiga segitiga pada satu bucu
:3 x 60° = 180°

Okhtahedron:
Empat segitiga pada satu
bucu :4 x 60 °= 240°

Ikosahedron:
Lima segitiga pada satu
bucu :5 x 60°= 300°

Kiub:
Tiga segiempat sama pada
satubucu : 3 x 90°= 270°

Dodekahedron:
Tiga pentagram sekata
pada satubucu : 3 x 108°=
324°

(i) Jumlah sudut semua permukaan yang bertemu pada satu bucu mestikurang dari 360
.(ii) Pada setiap bucu sekurang-kurangnya hanya tiga seg itiga sama sisi yang bertemu pada satu bucu
boleh diwakilkan dengan simbol Schläfli (3,3). SimbolSchlafli (p,q) bermakna poihedron mempunyai
permukaan polygon sekata p-sisi dengan q poligon bertemu pada satu bucu

Simbol Schlafli (p,q)

Poligon sekata p-sisi bilangan polygon yang bertemu pada satu bucu

Dual pepejal Platonik

4
SimbolSchlafli (p,q) untuk setiap pepejal Platonik. Misalnya simbol Schlafliuntuk kiub ialah (4,
3) dan oktahedron ialah (3, 4). Anda akan dapat perhatikan perkaitan yang rapat di antara kedua-duanya
adalah sama iaitu 12. Bilangan permukaan untuk kiub adalah sama dengan bilangan bucu oktahedron
dan sebaliknya. Maka dikatakan dual untuk kiub adalah oktahedron dan sebaliknya. Begitu juga dengan
dodekahedron dan ikosahedron. Simbol Schlafli (p,q) untuk dodekahedron ialah (5,3) dan
ikosahedron ialah (3, 5). Bilangan sisi untukkedua-duanya adalah 30. Maka dodekahedron adalah dual
untuk ikosahedron dan sebaliknya. Untuk tetrahedron, dualnya ialah tetrahedron juga

Bucu, Muka dan Sisi

Bilangan permukaan polihedron ialah 12 kesemuanya.Sebenarnya, mengira bilangan


muka dengan cara ini akan membuat mengenali pepejal dan membantu mengetahui bilangan muka dan
sisi pepejal.Kita ambil contoh untuk dodekahedron. Dodekahedron mempunyai 12 muka, setiap muka
adalah pentagon sekata dengan setiap muka mempunyai 5 sisi.Jadi jika kita mengira setiap muka
berasingan, kita akan dapat 5 X 12 = 60 sisi kesemuanya. Tapi setiap sisi pada dodekahedron
mencantumkan dua muka, maka cara kiraan ini akan mengira kesemua sisi sebanyak dua kali.
Jadi bilangan sisi sebenar adalah 60 ÷ 2 = 30.Sekarang setiap sisi bertemu pada dua bucu. Jadi jika kita
mengira setiap sisi berasingan kita akan dapat 2 X 30 = 60 bucu. Tapi untuk dodekahedron, tiga sisi
bertemu pada setiap bucu jadi kita akan mengira setiap bucu sebanyak tiga kali. Jadi,sekali lagi bilangan
bucu adalah 60 ÷ 3 = 20.

3. 0 Pepejal Arcimedes

Pepejal Archimedean adalah pepejal separa sekata (semi regular solids )


keranabia terbentuk dari dua atau lebih poligon cekung sekata (bregular convex
polygon ).Ciri utama pepejal Archimedean ialah setiap permukaan adalah poligon
sekata dan pada setiap bucu, poligon-poligon berulang dalam susunan yang sama,
misalnya heksagon- heksagon segitiga pada ‘truncated tetrahedron. Terdapat dua atau
lebih poligon sekata
pada pepejal Archimedean dan polihedron tersebut perlulah cembung.Terdapat 13 jenis pepejal
Archimedean (pepejal separa sekata)

1. (3, 4, 3, 4) kuboktahedron

5
2. (3, 5, 3, 5) ikosidodekahedron
3. (3, 6, 6) truncated tetrahedron (truncated merujuk kepada proses di mana bucuyang di potong)
4. (4, 6, 6) truncated oktahedron
5. (3, 8, 8) truncated kiub
6. (5, 6, 6) truncated ikosahedron
7. (3, 10, 10) truncated dodecahedron
8. (3, 4, 4, 4) rhombikuboktahedron, (juga dipanggil rhombikuboktahedron kecil )
9. (4, 6, 8) truncated kuboktahedron, (juga dipanggil rhombikuboktahedron besar)
10. (3, 4, 5, 4) rhombikosidodekahedron,
11. (4, 6, 10) truncated ikosidodekahedron
12. (3, 3, 3, 3, 4) snub kiub,snub kuboktahedron (snub adalah proses mengelilingkan satu-satu
poligon dengan segitiga)
13. (3, 3, 3, 3, 5) snub dodekahedron ( snub ikosidodkahedron )

Pepejal Kepler-Poinsot
Polihedron bukan berbucu cekung sekata ( Regular non-convex polyhedron )
Juga dinamakan polyhedron bintang sekata ( regular star polyhedra )
Kesemua permukaan adalah poligon sekata kongruen ( All the faces are congruent (identical)
regular polygons )
Bilangan permukaan yang bertemu pada kesemua bucu adalah sama.
Terdapat empat jenis pepejal Kepler-Poinsot

(i) Stellated dodekahedron kecil


12 permukaan, 12 bucu, 30 sisi
Dualnya ialah Dodekahedron besar

6
Simbol Schläfli ialah { 5/2 , 5 }
Terdiri dari 12 permukaan pentagram

(ii) Dodekahedron Besar


12 permukaan, 12 bucu, 30 sisi
Permukaan cekung
Simbol Schläflinya ialah { 5, 5/2 }
Merupakan polihedra berbucu cekung sekata (concave regular polyhedral).
Dualnya ialah stellated dodekahedron kecil

(iii) Stellated Dodekahedron Besar


12 permukaan, 20 bucu, 30 sisi
Permukaan adalah cekung.
Simbol Schläflinya ialah { 5/ 2,3 }
Dualnya ialah Ikosahedron Besar

(iv) Ikosahedron besar


20 permukaan, 12 bucu, 30 sisi

7
Simbol Schläflinya ialah { 3, 5/2 }
Dualnya ialah Stellated dodekahedron besar

4.0 Refleksi

Saya telah menerima tugasan daripada pensyarah bagi menyiapkan kerja bagi mata
pelajaran Matematik .Tugasan itu berkenaan dengan subjek yang perlu kami pelajari pada
semester ini iaitu Matematik .

Saya membuat perbincangan bersama rakan mengenai apa yang perlu dilakukan dan
melakukan kerja sedikit demi sedikit. Kami melakukan perbincangan dalam kumpulan untuk
memudahkan lagi kerja supaya lebih cepat dan sempurna.

Kemudian saya bertanya dengan pensyarah untuk mendapatkan bimbingan


bagaimana melakukan tugasan tersebut. Setelah mendapat penerangan daripada pensyarah

8
barulah mudah bagi saya untuk melaksanakan tugasan ini. Saya melaksanakan tugasan ini
dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik justeru memuaskan hati
pensyarah. Setelah membetulkan kesilapan tersebut,saya menghantar tugasan yang telah
diperbetulkan tersebut kepada pensyarah.

Disediakan Oleh :

_____________________

(Mohd Rizuwan Bin Toharudin)

5.0 RUJUKAN

http://www.scribd.com/doc/86610866/Platonic

http://www.scribd.com/doc/85132756/Nota-Platonic-Dan-des

http://www.scribd.com/doc/77915551/Pepejal-Platonik

http://mimieymanjer.blogspot.com/2012/04/proses-penghasilan-bongkah-pepejal.html

http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2010/mac-2010/395-statistik/672-pepejal-platonik

http://www.scribd.com/doc/49255256/Platonik-Archimedes

9
10

Anda mungkin juga menyukai