Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan

Geometri merupakan cabang Matematik yang banyak memberi sumbangan dalam kehidupan
seharian kita, contohnya dalam seni reka bentuk. Aplikasi geometri dalam seni reka bentuk
terbahagi kepada dua cabang iaitu aplikasi transformasi teselasi satah dan aplikasi pepejal
sekata dalam kehidupan harian. Beberapa pepejal wujud dengan cantuman bentuk-bentuk
sekata poligon untuk aplikasi pepejal sekata berdasarkan bentangan yang sesuai. Manakala
poligon adalah rajah pada satah dengan sekurang-kurangnya tiga garis sisi lurus yang
bercantum. Sifat-sifat pepejal yang dihasilkan oleh cantuman poligon-poligon dapat
diaplikasikan dengan jayanya unutk membina kehidupan sempurna dalam pelbagai bidang
pada alaf ini.

Pepejal Platonik adalah pepejal sekata yang berbucu cembung. Contoh pepejal platonic ini
ialah tetrahedron, heksahedron, oktahedron, dodecahedron dan icosahedron. Nama-nama
bagi pepejal ini berasal dari perkataan Greek yang merujuk kepada bilangan permukaan
pepejal.

2.0 Analisis Pepejal Platonik

Rajah 1: Bentangan Pepejal Platonik

1
Pepejal Platonik dikelaskan ke dalam kumpulan polihedra kerana mempunyai permukaan yang
sama. Permukaan-permukaan ini bertemu di sisi, titik pertemuan di mana tiga atau
lebih sisi dipanggil bucu Sebagai contoh, kubus adalah sebuah pepejal platonik kerana
kesemua enam permukaannya adalah sama antara satu sama lain. Setiap permukaan yang
sama akan bertemu di setiap bucu iaitu puncak. Berikut adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh lima
politonik tersebut:

Semua polihedron adalah 3-dimensi di mana permukaan-permukaannya terdiri dari satah


poligon. Dalam bahasa Greek ‘poli’ bermaksud banyak dan ‘hedron’bermaksud permukaan
banyak. Polihedron sekata adalah polihedron yang mempunyai permukaan-permukaan
poligon sekata. Permukaan-permukaan ini hanya terdiri dari satu jenis poligon sahaja.

2
Untuk membentuk objek 3-dimensi, 3 permukaan dicantumkan untuk bertemu di bucu. Untuk
membina pepejal 3-dimensi berbucu cekung,kita boleh guna lebih dari 6 permukaan atau lebih
360° . Bermakna bilangan segitiga yang bertemu pada satu bucu untuk membentuk pepejal 3-
dimensi berbucu cembung ialah 3, 4 atau 5 seperti yang ditunjukkan di bawah:

Tetrahedron

Tiga segitiga pada satu bucu: 3 x 60° = 180°

Okhtahedron:

Empat segitiga pada satu bucu: 4 x 60 °= 240°

Ikosahedron:

Lima segitiga pada satu bucu: 5 x 60°= 300°

Hexahedron:

Tiga segiempat sama pada satu bucu: 3 x 90°= 270°

3
Dodekahedron:

Tiga pentagram sekata pada satubucu: 3 x 108°= 324°

Pada setiap bucu sekurang-kurangnya hanya tiga segi tiga sama sisi yang bertemu pada satu
bucu boleh diwakilkan dengan simbol Schläfli (3,3). Simbol Schlafli (p,q) bermakna poihedron
mempunyai permukaan poligon sekata p-sisi dengan q poligon bertemu pada satu bucu.
Misalnya symbol Schlafli untuk hexahedron ialah (4, 3) dan oktahedron ialah (3,4). Perkaitan
yang rapat di antara kedua-duanya adalah bilangan permukaan untuk hexahedron adalah
sama dengan bilangan bucu oktahedron dan sebaliknya. Maka dikatakan dual untuk
hexahedron adalah oktahedron dan sebaliknya. Begitu juga dengan dodecahedron dan
ikosahedron. Simbol Schlafli (p,q) untuk dodecahedron ialah (5,3) dan icosahedron ialah
(3,5).Bilangan sisi untuk kedua-duanya adalah 30. Maka dodekahedron adalah dual untuk
ikosahedron dan sebaliknya. Untuk tetrahedron, dualnya ialah tetrahedron juga.

Bilangan semua permukaan polihedron ialah 12.Sebagai contoh, dodekahedron mempunyai


12 muka, setiap muka adalah pentagon sekata dengan setiap muka mempunyai 5 sisi. Jadi
jika mengira setiap muka berasingan, maka 5 x 12 = 60 sisi kesemuanya. Tapi setiap sisi pada
dodekahedron mencantumkan dua muka, maka cara kiraan ini akan mengira kesemua sisi
sebanyak dua kali. Jadi bilangan sisi sebenar adalah 60 ÷ 2 = 30.Sekarang setiap sisi bertemu
pada dua bucu. Jadi jika mengira setiap sisi berasingan bilangan bucunya adalah 2 x 30 = 60.
Tapi untuk dodekahedron, tiga sisi bertemu pada setiap bucu jadi, setiap bucu akan dikira
sebanyak tiga kali. Jadi,sekali lagi bilangan bucu adalah 60 ÷ 3 = 20.

4
3.0 Penutup

Kumpulan kami telah berjaya membentuk satu set pameran yang terdiri daripada lima pepejal
platonik dengan menggunakan bentangan bagi pepejal platonik. Kami juga menamakan setiap
pepejal serta membuat analisis dari segi simbol Schlafli, bilangan permukaan, sisi dan bucu
bagi setiap pepejal itu.

5
Rujukan

Tolhah Binti Abdulah dan Raha Binti Yahya (2011): Modul Geometri (WTE3103) – Program
Pensiswazahan Guru (Mod Pendidikan Jarak Jauh), Institut Perguruan Malaysia,
Putrajaya.

Platonic solids Retrieved September from http://www.scribd.com/doc/58809207/Platonic-


Solids Lesson 15 shapes and solids Retrieved September from
http://www.scribd.com/doc/71658934/Lesson-15-Shapes-and-Solids

The platonic solids have been known since antiquity Retrieved September from
http://www.scribd.com/doc/54508551/The-Platonic-Solids-Have-Been-Known-Since-
Antiquity

States of matter and the platonic solids Retrieved September from


http://www.scribd.com/doc/62814943/States-of-Matter-and-the-Platonic-Solids

Platonic solid Retrieved September from http://www.scribd.com/doc/49897233/Platonic-solid

6
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan....................................................................................................................... 1
2.0 Analisis Pepejal Platonik ................................................................................................... 1
3.0 Penutup ............................................................................................................................ 5
Rujukan .................................................................................................................................. 6

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

AMBILAN NOVEMBER 2018


SEMESTER 2 TAHUN 2019

KOD KURSUS: MTES3053

NAMA KURSUS:
APLIKASI MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
TUGASAN 1:
LAPORAN PROJEK PEMBINAAN PEPEJAL PLATONIK

Nama Pelajar : NANCY ANAK KUAK


Angka Giliran : 2018312420189
No. Kad Pengenalan : 910601-13-5932
Kumpulan / unit : MT41118
Nama Pensyarah :EN.ABDUL RAHIM BIN ROLSIE
Tarikh Hantar : 21 SEPTEMBER 2019

Anda mungkin juga menyukai