Anda di halaman 1dari 1

Encik Asraf Khalid

No. 33, Jalan Budiman 1/1


Taman Desa Budiman,
Bandar Sungai Long
43100, Hulu Langat,
Selangor

Perkara: Penamatan Perjanjian Sewa Rumah No. 33, Jalan Budiman 1/1 Taman Desa
Budiman.

Merujuk kepada perkara diatas, saya Encik Azizul bin Abdul Majid selaku Pemilik
rumah No. 33, Jalan Budiman 1/1 Taman Desa Budiman, merujuk kepada Perjanjian
Penyewaan Rumah Untuk Kediaman yang bertarikh 15 Jun 2012, dibawah tajuk
PERSETUJUAN TUAN RUMAH DAN PENYEWA muka surat 10 dan 11 perkara 3 dan 6 iaitu:

perkara 3: “Sekiranya sewa bulanan tidak dibayar serta menjadi tunggakan ke


bulan berikutnya maka penyewa bertanggungjawab membayar pada tarikh yang
dipersetujui dan dijanjikan dengan Tuan Rumah. Sekiranya tiada bayaran diterima pada
tarikh yang telah dipersetujui, wang cagaran akan digunakan untuk membayar
tunggakan tersebut dan Tuan Rumah berhak untuk menamatkan perjanjian penyewaan
ini”

perkara 6: “ Tuan Rumah berhak untuk menamatkan tempoh penyewaan ini sekiranya
berlaku pelanggaran atau bila mana Tuan Rumah berkehendakkan semula Rumah
tersebut bagi apa-apa tujuan dengan mengemukakan tidak kurang dari satu bulan (1)
notis bertulis kepada penyewa”

Dengan ini saya memberi 1 bulan notis untuk mengosongkan rumah ini mulai 1 Jan
2013dan tuan diminta keluar pada 1 Februari 2013. Tuan juga dikehendaki membayar
sewa yang bertangguh sebanyak rm900 melibat sewa bulan Disember 2012 dan rm900
untuk sewa Jan 2013 pada atau sebelum 31 Jan 2013

Sekian .Terimakasih

………………………
Nama:

Anda mungkin juga menyukai