Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM AMALAN MENABUNG

1.0 NAMA AKTIVITI : Program Amalan Menabung


2.0 PENYELARAS PROGRAM : Pn. Noor Syamiza Binti Wahid
3.0 PENYELARAS AKTIVITI : Pn. Atiqah Rashidah Binti Abu Samah
4.0 TARIKH : 8 Mac 2019 (Perasmian)
Mac-November 2019 (Pelaksanaan)
5.0 TEMPAT : Kelas Pendidikan Khas
6.0 PENGLIBATAN : a. 19 orang murid
b. 10 orang guru
c. 2 orang pembantu pengurusan murid

Jumlah : 31 orang

8.0 PELAKSANAAN AKTIVITI :


Masa Perkara

10.00 pagi -10.15 pagi Ketibaan jemputan

10.15 pagi -10.30 pagi Ucapan GPK P.Khas (Pn. Siti Hawa Binti
Boharim)

10.30 pagi – 11.00 pagi Ucapan Guru Besar ( En. Imran Bin Lamin)

11.00 pagi-11.30 pagi Gimik perasmian dan penyerahan tabung


kepada murid

11.30 pagi Majlis bersurai

1. Setiap murid dibekalkan dengan tabung peribadi.


2. Tabung murid akan disimpan di sekolah oleh guru kelas masing-masing.
3. Guru akan mencatatkan simpanan murid setiap hari.
4. Murid digalakkan menyimpan wang tersebut di dalam akaun BSN.
5. Kutipan akan dilakukan oleh guru kelas masing-masing dan akan
diserahkan kepada penyelaras program menabung untuk simpanan di
akaun BSN murid tersebut.

9.0 PERBELANJAAN

9.1 Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Jumlah


1. Tabung simpanan RM2.00 x 19 orang RM 38.00
Jumlah Perbelanjaan RM 38.00
10.0 LAMPIRAN

Ucapan perasmian Program Amalan Menabung

oleh En. Imran Bin Lamin (Guru Besar)

Gimik perasmian Program Amalan Menabung


Pemyerahan tabung dan RM 1 kepada murid-murid Pendidikan Khas
Sesi bergambar bersama murid, guru dan Guru Besar
11.0 Permasalahan

11.1 Masa

Program terpaksa diawalkan kerana bertembung dengan Mesyuarat


Research Based Learning. Guru Besar perlu menghadiri kedua-dua majlis dan
aturcara menjadi agak kelam kabut kerana diawalkan.

12.0 Cadangan penambahbaikan dan kekuatan

12.1 Kekuatan

Antara kekuatan program amalan menabung ini ialah murid dapat


didedahkan tentang cara menabung yang berkesan dan berbelanja dengan
bijak. Murid juga dapat memupuk budaya menabung dalam diri masing-masing.

12.2 Cadangan penambahbaikan

Penyelaras program amalan menabung perlu lebih peka dengan jadual


pihak pentadbir supaya dapat memastikan program berjalan dengan lancar. Tugas
setiap ahli jawatankuasa juga perlu diberitahu lebih awal bagi memudahkan setiap
ahli jawatankuasa melaksanakan kerja masing-masing.

Kesimpulannya program amalam menabung 2019 ini telah dapat


dilaksanakan dengan jayanya. Program ini juga berjaya menggalakkan sikap
berjimat cermat dalam kalangan murid dan memberi kesedaran kepada murid
tentang kepentingan menabung.

Disediakan oleh Disemak oleh

_________________ ___________________

(PN. ATIQAH RASHIDAH BT ABU SAMAH)

PENYELARAS PROGRAM

Anda mungkin juga menyukai