Anda di halaman 1dari 2

YBhg Dato' Mohmed Asri Yusof

Ketua Pengarah,
Jabatan Latihan Khidmat Negara,
Aras 2 – 5, Bangunan Zetro,
Jalan 9/27C, Section 5,
Wangsa Maju, 53300,
Kuala Lumpur , Malaysia 23 Sept 2015

YBhg Dato',

Cadangan Pemasangan Mesin Air Tin Layan Diri (drinking vending machine) di Kesemua
Kem Latihan PLKN

1. Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami daripada syarikat Adamo Vending Supply Sdn Bhd, syarikat milik penuh
Bumiputera berhasrat menawarkan pemasangan mesin air tin layan diri atau 'Drinking
Vending Machine' secara percuma di kesemua 82 buah Kem Latihan PLKN di seluruh
Malaysia.

3. Minuman yang bakal kami bekalkan adalah jenis yang sihat, bersih dan berkualiti. Setiap
minuman ini akan dijual pada kadar yang berpatutan, iaitu yang mampu dibeli oleh pelatih
serta jurulatih Kem PLKN.

4. Tujuan cadangan pemasangan mesin air tin layan diri ini adalah untuk memudahkan para
pelatih, jurulatih dan pelawat membeli minuman sejuk dengan cara lebih mudah iaitu di
dalam kawasan Kem Latihan PLKN sendiri.

5. Jika dipersetujui, kami berhasrat untuk memasang sekurang-kurangnya dua mesin di


setiap kem secara percuma. Segala kos urusan memasang mesin, mengisi semula minuman
ke dalam mesin ini serta kos penyelenggaraan adalah di bawah tanggungan syarikat kami
sepenuhnya.

6. Kami juga bersedia menanggung sebarang kos bil air dan elektrik yang digunakan oleh
mesin-mesin tersebut kepada pihak kem PLKN.

7. Untuk makluman YBhg Dato', syarikat kami pada masa ini telah memasang sebanyak 400
buah mesin air di sekolah-sekolah dan bangunan awam di sekitar semenanjung Malaysia.
8. Adalah diharapkan, cadangan kami ini akan mendapat pertimbangan sewajarnya
daripada pihak YBhg Dato'. Kami bersedia memberikan penjelasan selanjutnya jika
dikehendaki mengikut kesesuaian masa YBhg Dato'.

9. Segala pertimbangan dan keprihatinan YBhg Dato', kami dahului dengan ribuan Terima
Kasih.

Sekian.

Yang Benar,

(Ahmad Abul Khir bin Idris)


Pengarah,
Adamo Vending Supply Sdn Bhd.
03-55697002/03-55697004/013-34076796

Anda mungkin juga menyukai