Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

MUHAMMAD AFIQ BIN AZIZ

DI MEGA ELECTRICAL. LOT 1528,TAPANG JALAN HOSPITAL 15200 KOTA BHARU,KELANTAN

Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan Sijil / Diploma Politeknik Kementerian Politeknik Malaysia.

POLITEKNIK UNGKU OMAR JULAI 2012

ii

PERAKUAN

Dengan ini saya memperakui bahawa laporan ini dibuat adalah hasil daripada usaha saya sendiri kecuali pada bahagian lampiran dan segala maklumat yang diambil dari sumber-sumber adalah benar.

Tandatangan

Nama

: Muhammad Afiq Bin Aziz

No. Pendaftaran

: 01DPU10F2012

Kursus

: Diploma Penyamanan Udara Dan Penyejukbekuan

iii

DEDIKASI

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah diberi peluang untuk meneruskan pengajian saya dalam bidang kejuruteraan mekanikal (penyamanan udara & penyejukbekuan) ini dengan dapat melaksanakan latihan industri saya di syarikat Mega Electrical Sdn. Bhd. ini sehingga tamat dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurus dan staff yang terlibat di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan mereka yang begitu berharga kepada saya. Mereka banyak memberi maklumat dan tunjuk ajar dalam setiap tugasan yang diarahkan dan mudah untuk dibicarakan sebarang masalah jika ada. Matlamat utama pelajar mengikuti latihan industri ini iaitu agar memperoleh pengalaman bekerja dan menimba banyak ilmu telah saya dapati kini. Harapan saya agar pihak syarikat dapat menambahbaikan lagi dalam menguruskan pelajar-pelajar yang mengikuti latihan industri ini dengan sebaiknya dan prihatin terhadap keadaan mereka. Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah serta temanteman seperjuangan saya yang banyak membantu ketika dalam latihan dan persiapan laporan akhir latihan industri ini secara langsung mahupun tidak langsung.

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka dapatlah saya menamatkan sesi latihan industri dan menyiapkan laporan ini dengan jayanya. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Latihan Industri Politeknik Ungku Omar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar, Ipoh,Perak. Kepada pensyarah-pensyarah saya yang hormati dan kepada pihak syarikat Mega Electrical Sdn. Bhd. di atas kesudian pihak syarikat mengambil saya sebagai pelajar latihan industri selama lebih kurang lima bulan bermula pada 9 Julai 2012 hingga 9 Disember 2012.

Selain itu, di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf Mega Electrical Sdn. Bhd. yang terdiri dari Pengurus, Penyelia, dan juga Juruteknik di tempat saya bekerja yang sanggup bercerita dan berkongsi ilmu dengan saya. Saya bersyukur dan amat bertuah kerana dapat diberi pendedahan yang meluas di alam situasi kerja yang sebenar. Segala peluang dan manfaat hasil dari latihan industri ini telah mendorong saya ke arah pencapaian serta hala tuju dan tujuan masa depan saya.

Seterusnya, penghargaan ini juga saya tujukan kepada kedua ibubapa saya yang telah banyak memberikan sokongan, dorongan serta bimbingan dari belakang sehingga saya berjaya menamatkan latihan industri ini. Tidak lupa juga kepada teman-teman yang banyak berkongsi masalah serta membantu saya dalam menyiapkan buku laporan ini.

Setiap tunjuk ajar serta nasihat samaada secara peribadi atau sebaliknya amatlah saya hargai. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf atas segala kekurangan serta ketidakupayaan saya semasa menjalankan tugas. Apa yang saya pelajari dalam syarikat ini adalah semangat kerjasama antara satu sama lain dan semangat berpasukan amatlah penting kerana ini menjadikan suasana kerja lebih mesra dan tanggungjawab selain menjadi asas pembangunan modal insan itu sendiri.

Sekian, Terima Kasih.

vi

ABSTRAK

Malaysia telah maju dalam pelbagai bidang terutamanya bidang perindustrian. Bidang penyaman udara dan penyejukbekuan juga tidak ketinggalan didalam mengecapi kemjuan negara ini. Pada zaman dahulu, manusia hanya menggunakan cara manual untuk menyejukkan badan iaitu seperti menggunakan kipas tangan. Namun setelah zaman berubah, kipas yang menggunakan kuasa elektrik dicipta. Penciptaan kipas elektrik juga tidak dapat bertahan lama kerana sikap manusia yang ingin mencuba sesuatu yang baru telah membuahkan hasil dan terciptalah sistem penyaman udara dan penyejukbekuan. Kini sistem penyaman udara dan penyejukbekuan merupakan aksesori terpenting bagi kebanyakan manusia. Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun adalah merupakan faktor dimana kebanyakan rumah-rumah dan bangunan-bangunan memilih sistem penyaman udara bagi keselesaan. Sistem penyaman udara juga telah mengalami banyak perubahan dimana seperti pada awal 80-an, kebanyakan bangunan dan rumah kediaman menggunakan panyaman udara jenis unit tingkap. Namun pada masa kini, kebanyakan telah bertukar kepada sistem unit pisah yang banyak memberi kebaikan dan keselesaan berbanding dengan unit tingkap. Bagi sistem penyaman udara, penyelenggaraan adalah penting untuk memastikan ia sentiasa beroperasi dengan baik. Kajian laporan ini juga berkaitan dengan salah satu sistem yang agak baru iaitu sistem kebakaan yang digunakan dibangunan-bangunan besar untuk memastikan keselamatan perkerja dan penggunanya.

vii

ABSTRAK

Malaysian has became a very succsesful country in all sector especially in indusrial sector paralel with the demand of globalization. One of the industrial sector that contibute toward is manufacturing products which containning semi and finish semiconductors. This is also includes the air-conditionning and refrigiration product. Previous revised, people did tried to coolthemselves manually where they are now using electronic fan to do the same thing are they did before. Unfortunetly the creat something new for themselves. Than, the air-conditioning and refrigiration system is being introduced. Today the system is now becoming more important especially for those in the country that casing a problem of hot wheather like Malaysia. In Malaysian, there is an increasing number of people using this air-conditioning system for thier office lot, shop as well as house. This system is also under going innovation that is from window unit to split unit. There are includes the training in maintaining the unit, repairing as well introduction of the fire prevention system being used. The knowledge and experiance gained is useful future carier development.

viii

ix

Anda mungkin juga menyukai