Anda di halaman 1dari 8

NAMA SYARIKAT ALAMAT SYARIKAT

: :

MALAYSIA AIRPORT BERHAD PETI SURAT 1719 90719 SANDAKAN, SABAH.

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. PENDAFTARAN JABATAN KURSUS TEMPOH L.I : ANNA SALBEEAH SPALI : 07DEM09F1012 : JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM) : DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKATRONIK (DEM) : 29 NOVEMBER 2010 HINGGA 29 APRIL 2011

LAPORAN LATIHANN INDUSTRI OLEH ANNA SALBEEAH BINTI SAPLI

MALAYSIA AIRPORT BERHAD PETI SURAT 1719 90719 SANDAKAN SABAH

Buku laporan ini dikemukan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat Penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekatronik

POLITEKNIK KOTA KINABALU NOVEMBER 2010

POLITEKNIK KOTA KINABALU JANUARI 2009

Abstrak Latihan industry ini bermatlamat untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar berkaitan dengan alam pekerjaan yang sebenar. Di mana, melalui latihan industry pelatih akan ditempatkan di dalam sebuah firma yang bersistematik, membaikpulih mesin , berdisiplin, inovatif dan progresif. Selain itu, pihak firma akan mendidik pelajar cara-cara membaikpulih mesin,menukar lampu di landasan, dan sebagainya. Sepanjang tempoh lima bulan pelajar diberikan buku laporan harian untuk memudahkan pelajar menulis atau merekodkan laporan serta kerja atau tugasan yang dilakukan setiap hari dan perlu disemak oleh penyelia firma. Terdapat pelbagai kerja yang diberikan sepanjang latihan tersebut antaranya membersihkan penapis penghawa dingin,menukar lampu di landasan dan banyak lagi. Kesimpulan, pelajar hendaklah memahami dan menggunakan peluang yang diberikan untuk meningkatkan pemahaman tentang tugasan yang diamanatkan serta meningkatkan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan.

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Malaysia Airports Sdn Bhd Sandakan kerana telah memberi peluang kepada saya menjalankan latihan industri di Unit Kejuruteraan selama lima bulan dan mempelajari banyak perkara sama ada tentang membaikpulih mesin dan peralatan dan belajar serba sedikit tentang bahagian pengurusan dan hal-hal lain khususnya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kep da pegawai teknikal , En.Samat B. Sampak kerana banyak membantu saya dalam menghasilkan buku laporan ini secara langsung atau tidak langsung. Pantauan yang diberikan oleh En Samat B. Sampak semasa menjalankan latihan industri juga amat penting bagi melihat prestasi saya dan melihat sendiri keadaan saya menjalankan tugas.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana memahami situasi suka duka yang terpaksa dilalui semasa menjalankan latihan industri selama lima bulan dan membantu memberikan semangat dan kekuatan untuk sentiasa berhadapan dengan dunia realiti pekerjaan. Terima kasih tidak terhingga kepada ibubapa saya kerana sudi mendengar keluhan seorang anak.

Setinggi penghargaan juga saya ingin ucapkan terima kasih kepada Unit kejuruteraan kerana banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang amat penting kepada saya. Selain itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap unit kerana memberi layanan yang baik dan memberi kerjasama semasa saya menjalani latihan industri.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang sama-sama menjalani latihan industri di Unit kejuruteraan iaitu Noor Asrio, Mohd Shahfiezan , Harfidiana , dan Nur Fatiha kerana telah memberi semangat dan idea-idea dalam menghasilkan buku laporan melalui perbincangan untuk menghasilkan sebuah buku laporan yang terbaik. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas semangat setiakawan yang diberikan selama mereka dengan saya menempuhi latihan yang seolah di alam pekerjaan sebenar. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf Unit Pentadbiran iaitu Puan Nur Aisyah Hussin,Pembantu Tadbir dan Puan Rozzainah Saaif,Pembantu akaun serta Puan Faridah yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan semasa menjalani latihan industri.

Buku laporan ini disediakan berdasarkan kepada nota-nota harian semasa dalam latihan industry. Buku laporan ini adalah bertujuan untuk rujukan pada masa akan datang. Terima Kasih

SENARAI SINGKATAN MAB SESB d,g,e PKK CCR LI AGL CUB CCR AHU Malaysia Airport Berhad Sabah Electricity Sdn Bhd Daya Gerak Elektrik Politeknik Kota Kinabalu Constantd Current Regulator Latihan Industri Aeronautical Ground Lighting Control Utility Building Constan Current Regulator Air Handling Unit

Anda mungkin juga menyukai