Anda di halaman 1dari 2

TOPIK : SUDUT TUNDUK & SUDUT DONGAK

1. Di halaman rumah Pak Abu ada 2 batang pokok kelapa dengan ketinggian yang sama
iaitu 16 m. Walau bagaimanapun sebatang daripada pokok kelapa tersebut dipanah petir
menyebabkan pokok itu tumbang sebahagiannya. Sekiranya sudut dongakan dari puncak
yang tumbang ke pokok yang satu lagi ialah 35 °. Cari tinggi pokok yang dipanah petir
itu.

16 m

15 m

A 3.5 C 8.5
B 5.5 D 10.5

CIRI-CIRI KBAT:
1. Stimulus – Gambar pokok kelapa.
2. Situasi sebenar – Pokok kelapa dipanah petir.
3. Bukan lazim – situasi baru di luar bilik darjah.
4. Item tidak berulang – soalan tiada dalam buku
teks / buku rujukan.
5. Pelbagai aras – Mengaplikasi, Menganalisis
TOPIK : GARIS LURUS

1. Rajah menunjukkan sebuah padang permainan berbentuk segi empat tepat dengan
panjang dan lebarnya masing-masing 120 m dan 50 meter.
S R

P Q

(a) Seorang pelajar telah menolak mesin penggolek membina garisan trek dari bucu
P dan lurus ke hujung garisan padang, 70 meter dari bucu S yang membentuk
satu garisan lurus berwarna hitam seperti ditunjuk di dalam rajah di atas. Hitung
kecerunan garis lurus garisan trek yang dibina oleh pelajar itu.

(b) Kemudian dia menolak mesin penggolek itu di sepanjang tepi padang RS
sehinggalah jaraknya dari bucu R hanya 8 meter sebelum dia menolak mesin itu
masuk semula ke dalam dan membentuk satu garis lurus selari dengan garisan
awal yang dibinanya. Bina satu persamaan garis lurus yang menggambarkan
garisan kedua yang dibina.

(c) Seterusnya, nyatakan jarak, dalam meter, garisan kedua yang menyentuh tepi
padang PQ dari bucu P.

CIRI-CIRI KBAT:
1. Stimulus – gambar padang
2. Situasi sebenar – penggunaan mesin golek
3. Bukan lazim – situasi baru di luar bilik darjah.
4. Item tidak berulang – soalan tiada dalam buku
teks / buku rujukan.
5. Pelbagai aras – Mengaplikasi, Menganalisis,
Menilai

Anda mungkin juga menyukai