Anda di halaman 1dari 1

PROSEDUR PENYERAHAN DATA KUTIPAN SEKOLAH

1. Ralat data yang berkaitan yang dipapar dari aplikasi Utiliti Semak Ralat Data Online
dibersihkan.

2. Pihak sekolah menyerahkan Cetakan Semak Ralat Data Online kepada JU atau Pegawai
Maklumat Daerah yang telah disahkan PGB/PK1.

3. Pihak sekolah perlu mengesahkan data sekolah, catatan/alasan naik/turun (perubahan)


data enrolmen, dan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi
EMIS Online.

SENARAI SEMAK EMIS

Berikut adalah senarai bahan berkaitan EMIS yang perlu ada di sekolah:

1. Fail EMIS sekolah


2. Cetakan Analisa data kutipan Januari, April, Jun dan Oktober tahun semasa.
3. Sistem Utiliti Semak Ralat Data Online terkini
4. Manual Pengguna Utiliti EMIS Online terkini
5. Buku Definisi Variabel EMIS Online terkini
6. Kemaskini data dari masa ke semasa.
7. Muat turun data EMIS Online sekolah setiap akhir bulan.
8. Koleksi disket arkib kutipan-kutipan terdahulu
9. Koleksi Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang terdahulu yang dicetak dari aplikasi
EMIS .

TUGAS GURU DATA SEBAGAI SETIAUSAHA JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT


SEKOLAH (JPMS)

1. Memastikan data dalam bentuk soft copy serta bercetak yang disediakan setelah disemak,
dan ditentu sah bagi menghasilkan data dan maklumat yang berkualiti, sahih dan
menepati masa.

2. Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Maklumat Sekolah (pengantara) dalam


rangkaian maklumat antara sekolah, PPD, JPN dan KPM.

3. Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan peringkat sekolah.

4. Memastikan mesyuarat JMPS dilakukan pada akhir bulan Januari, April, Jun dan Oktober
(kutipan perdana) iaitu sebelum data EMIS Online dimuat turun oleh PPD / JPN / KPM.

Anda mungkin juga menyukai