Anda di halaman 1dari 13

Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

KERTAS KERJA
‘SAMBUTAN HARI OKU SEDUNIA 2019’

TEMA:
‘Transformasi ke Arah Masyarakat yang Mampan Dan Berdaya Tahan untuk Semua’

TARIKH :
1 DISEMBER 2019

TEMPAT:
DEWAN BUDIMAN
FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN
GGGB 6263: ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN KHAS
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan
daripada pihak Fakulti Pendidikan dan pihak yang berkenaan untuk mengadakan program
‘Sambutan Hari OKU Sedunia’. Sambutan ini diadakan khasnya bagi pelajar dari program
Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan dan pelajar sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program ini diadakan bersempena dengan sambutan ‘International Day of People With
Disability’ yang dijalankan pada 3 Disember setiap tahun.

2.0 PENGENALAN

Program ‘Sambutan Hari OKU Sedunia Peringkat UKM’ telah dirancang bersempena
‘International Day of People With Disability 2019’. Program ini adalah anjuran pelajar
pascasiswazah (Sarjana) kursus GGGB6263 Isu-Isu Dalam Pendidikan Khas.

Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Antarabangsa adalah hari yang telah diperkenalkan sejak
tahun 1992 oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Sejak diperkenalkan, pelbagai program telah
dijalankan. Program yang telah dijalankan adalah berbentuk perbincangan, forum dan kempen
berkaitan dengan ketidakupayaan, bual bicara dan acara persembahan. Sambutan seumpama ini
juga dapat merapatkan jurang antara orang kelainan upaya dan masyarakat setempat sekali gus
mengurangkan diskriminasi terhadap orang kelainan upaya.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang boleh mencapai KRA
universiti yang pertama iaitu mahasiswa yang beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya
saing dan inovatif. Melalui program ini juga dapat membina mahasiswa yang berkebolehan
berfikir secara kritis, kreatif, dan mampu menyelesaikan masalah dan pada masa yang sama
berkeupayaan dalam berkomunikasi dan berfungsi sebagai pemimpin dan ahli yang berkesan
dalam pasukan. Program ini juga dijalankan sebagai platform advokasi untuk orang kelainan
upaya.
Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

4.0 OBJEKTIF

1) Meningkatkan pengetahuan tentang kelebihan berintegrasi dengan OKU dalam setiap


aspek kehidupan dari segi ekonomi, politik, sosial dan budaya.
2) Meningkatkan kemahiran advokasi dalam kalangan mahasiswa pendidikan khas.
3) Melatih mahasiswa dalam berorganisasi serta mempelajari kemahiran kompetensi generik
yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa yang versatil.
4) Mewujudkan wadah pertembungan ilmu dan idea antara OKU dan warga UKM
5) Mengambil bahagian dalam agenda antarabangsa UNITED NATIONS dalam meraikan
The International Day of People with Disabilities 2019.

5.0 TEMA”

‘Transformasi ke arah Masyarakat yang Mampan dan Berdaya Tahan untuk Semua’

6.0 ANJURAN

Anjuran Program dan Modul Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan, UKM


 Pelajar pascasiswazah (sarjana dan doktor falsafah) dan prasiswazah Tahun 1 hingg4
daripada program dan modul Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan UKM.

7.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada :


Tarikh : 1 Disember 2019 ( Ahad )
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari

8.0 TEMPAT

Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

9.0 PUBLISITI

Program ini akan dihebahkan melalui :


 Poster digital
 laman sesawang fakulti
 bunting / banner
 laman sosial

10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah Peserta : 200 orang termasuk warga UKM dan orang awam
Jumlah Urus setia : Semua pelajar GGGB 6263 dan pensyarah kursus

11.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

12.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

13.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

14.0 PERALATAN

1) 1 set Pemancar slaid


2) 1 set Komputer
3) 2 set Mikrofon tanpa wayar
4) 1 set Mikrofon tanpa wayar – jenis klip sepit
Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

15.0 PERINCIAN PROGRAM

15.1 Pertandingan Video Pendek

Konsep :
Sebagai medium perantaraan masyarakat untuk menyampaikan pendapat mahupun cadangan
dalam membentuk transformasi ke arah masyarakat berdaya tahan terhadap golongan OKU
menerusi video.

Tema :
Transformasi ke arah Masyarakat Berdaya Tahan Terhadap Golongan OKU.

Syarat Pertandingan :
1 ) Durasi video tidak melebihi 5 minit
2) Video menggunakan bahasa Malaysia mengikut tema
3) Penyertaan terbuka kepada individu, berpasangan atau tiga berkumpulan
4) Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas

Tarikh Tutup Penyertaan :


29 November 2017

Hadiah :
Tempat Pertama : RM 150.00
Tempat Kedua : RM 100.00
Tempat Ketiga : RM 50.00

Yuran :
RM 30.00 untuk setiap penyertaan
Pembayaran hendaklah dilakukan kepada Cik Nursyazaliana binti Sazlan melalui akaun Maybank
162385073755.

Cara Penghantaran Video :


Hantarkan video anda menerusi muat naik video anda di laman sesawang Youtube dengan
menggunakan #HariOKUseduniaUKM2017

15.2 Inspirational & Motivational Talk


Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

Konsep :
Beberapa individu akan dijemput untuk menceritakan coretan hidup serta tips dan bimbingan
kejayaan sebagai individu dan komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU). Hadirin juga boleh
mengajukan soalan bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Masa :
15 minit bagi setiap slot

Slot 1 ‘Di Sebalik Tabir Lakonan’


Penyampai : Encik Nazmi b Kamarulzaman
Seorang pelakon kurang upaya fizikal
Pengisian : Menceritakan pengalaman beliau yang menjadi seorang pelakon tanah air yang
sentiasa berhadapan dengan cabaran dan tanggapan masyarakat terhadap kemampuan hasil
seninya serta mendepani dunia glamor.

Slot 1 ‘Melodi Kehidupan’


Penyampai : Shamil Amzar bin Hisham
Seorang pekerja “diplegia of lower limb” yang memakai kerusi roda
Pengisian : Perkongsian masalah yang dihadapi beliau di tempat kerja sama ada dari segi fasiliti
ataupun pandangan rakan sekerja serta majikan. Cadangan – aspek penambahbaikan fasiliti bagi
OKU dan nasihat kepada masyarakat untuk memberi sokongan kepada golongan OKU.

Slot 3 ‘Tongkat ke Menara Gading’


Penyampai : Encik Muhammad Ammar b Ibrahim
Seorang pelajar bermasalah penglihatan yang kini menyambung pengajian Sarjana di Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengisian : Perkongsian dari segi cabaran semasa belajar dari aspek penggunaan peralatan khas
yang membantu kehidupan pembelajarannya dengan sokongan rakan, keluarga dan tenaga
pengajar.

Slot 4 ‘Saya Berusaha’


Penyampai : Encik Alvin Chua
Seorang Ahli Kelainan Upaya Cacat Pendengaran yang mempunyai ahli keluarga yang pekak dan
bekerja sebagai kerani di pusat pelancongan terkemuka.
Pengisian : Menceritakan pengalaman kehidupan sebagai OKU dan membesarkan keluarga yang
turut mengalami kecacatan yang sama serta tips bagi mendedahkan anak-anak dengan kehidupan
di luar.
Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

15.3 Ruang Pameran

Konsep :
Mendedahkan kepada pengunjung dan hadirin tentang tema Hari OKU iaitu Transformasi Ke
Arah Masyarakat Berdaya Tahan Terhadap Golongan OKU serta memberi peluang kepada
pengunjung untuk membuat saringan kesihatan.

Pameran 1 Perkhidmatan Saringan Awal


Kaunter saringan ini akan dikendalikan oleh lima (5) orang pegawai 3PK dari Cawangan Latihan
dan Khidmat Bantu (CLKB), Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia
yang akan menjalankan perkhidmatan dan pameran seperti berikut :

- pameran dengan informasi terkini


- perkhidmatan saringan terapi pertuturan
- perkhidmatan saringan terapi pendengaran
- perkhidmatan cara kerja
- perkhidmatan saringan psikologi
- perkhidmatan peripetatik

Pameran 2 Persembahan Multimedia


Tema untuk Hari Antarabangsa Orang kurang Upaya (IDPD) 3 Disember 2017 yang dipaparkan
di laman web United Nations di bawah bahagian polisi sosial dan pembangunan ketidakupayaan
adalah 'Transformasi ke arah masyarakat mampan dan berdaya tahan untuk semua.' Oleh itu
kempen maklumat akan dipamerkan dalam persembahan slaid yang menerangkan;
• Visi 2030 - 17 matlamat untuk mengubah dunia untuk orang kurang upaya
• Imej yang menunjukkan secara grafik matlamat inklusif untuk OKU dalam
transformasi ke arah masyarakat mampan dan berdaya tahan untuk semua
• Agenda 2030 untuk pembangunan mampan; '5P: People, Planet, Prosperity, Peace,
Partnership'.

15.4 Uji Minda Kahoot.it

Konsep :
Para pengunjung berpeluang mengikuti permainan menguji minda yang menggunakan laman
pembelajaran permainan interaktif Kahoot.it. Permainan berkisar tentang pengetahuan dan tahap
kesedaran pengunjung terhadap ciri dan budaya Orang Kelainan Upaya.

Kaedah Permainan :
Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

Pengunjung dengan telefon bimbit mula melayari laman sesawang Kahoot.it dan memulakan
permainan mengikut ketetapan yang diberikan. Pemenang ditentukan dengan pengunjung yang
memperoleh jawapan yang betul dan cepat.

16.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, urusan dan surat menyurat, sila hubungi:
Abdul Manap bin Seriman
Ketua Projek,
Program ‘Sambutan Hari OKU Sedunia 2019’
Email : azrul.stablearm@gmail.com / 012 635 4884

ATAU
Ariff Muazzam Bin Ab Halim (Setiausaha Projek) : 013 2451143
17.0 PENUTUP

Kami berharap permohonan program ini akan mendapat sokongan, kelulusan dan mendapat
bantuan kewangan yang mencukupi. Semoga program ini dapat berjalan dengan jayanya serta
mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan. Perhatian dan pertimbangan serta kerjasama
yang sewajarnya daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

------------------------------------------------ ------------------------------------------------
Ariff Mu’azzam Bin Ab Halim Prof. Madya Dr Manisah Mohd Ali
Setiausaha Projek, Penyelaras,
‘Sambutan Hari OKU Sedunia 2019’ GGGB 6263
Fakulti Pendidikan, Isu-isu Dalam Pendidikan Khas,
Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

Penaung : Prof Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin


Dekan Fakulti Pendidikan

Penasihat : 1. Prof Madya Dr. Manisah Mohd Ali


2. Prof Madya Dr. Rosadah Abd Majid
Pensyarah Kursus GGGB6263 Isu dalam Pendidikan Khas

Ketua Projek : Abdul Manap bin Seriman


Naib Ketua Projek :
Setiausaha :
Bendahari :

JW Jemputan : Abdul Manap bin Seriman


JW Pendaftaran :
JW Juruacara :

JW Sponsor :

JW I&M Talk :

JW Video Pendek :

JW Kahoot.it :
Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

JW Pameran :

JW Publisiti :

JW Persiapan :
Tempat
JW Makanan & :
Cenderahati

JW Fotografi :

LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
SAMBUTAN HARI OKU
Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

‘Transformasi ke Arah Masyarakat yang Mampan Dan Berdaya Tahan untuk Semua’
10 Disember 2017

Masa Perkara TEMPAT

8.30 pagi Pendaftaran Peserta


9.00 pagi Perasmian Majlis
9.10 pagi Persembahan Pelajar Tahun 3 & Tahun 4
9.20 pagi Taklimat Perjalanan Program

9.30 pagi Pameran


Dewan Budiman,
- Universal Design Learning Fakulti Pendidikan
- Etiologi Kelainan Upaya
- Permainan Bocce
- Pemulihan Dalam Komuniti
-
11.30 pagi Inspirational Talk
Bersurai
Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

LAMPIRAN C
BELANJAWAN

Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM
Sumbangan

1.  Sumbangan Fakulti RM 1000.00

 Sumbangan Pusat Zakat UKM RM 300.00

Kutipan

 Pelajar pascasiswazah RM 175.00

JUMLAH RM 1475.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA KOS JUMLAH


1. Goodies Bag
 Air mineral botol kecil
 Roti 100 orang x RM 3.00 RM 300.00

2. Refreshment
 Tetamu
20 orang x RM 5.00
 Ahli Jawatankuasa
30 orang x RM 5.00
 Jemputan
15 orang x RM 5.00
RM 325. 00
Sambutan Hari OKU Sedunia 2019

3. Publisiti
RM 50
 Banner RM 50

4. Sijil Disediakan oleh


RM 30.00 Fakulti
Pendidikan
5. Cenderamati
RM 100.00 x 4 orang
 Penceramah RM 400.00

JUMLAH AKHIR RM 1300.00

Anda mungkin juga menyukai