Anda di halaman 1dari 44

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN MENERUSI

PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU


PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

NADIA HARTINI BINTI MOHD ADZMI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19 : 16 : (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL: PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN MENERUSI
PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-
GURU PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

SESI PENGAJIAN : 2013/2014

Saya NADIA HARTINI BINTI MOHD ADZMI


(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di


Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti
berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah


keselamatan atau kepentingan Malaysia
seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang


telah ditentukan oleh organisasi/badan
dimana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PELAJAR) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Dr. Mohd Zolkifli Bin Abdul Hamid


No 14 Lorong Cikgu Suri, Nama Penyelia
Kampung Bakap Baru,
31000 Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan

Tarikh: Tarikh:
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)”

Tandatangan : ..................................................

Nama Penyelia : ..................................................

Tarikh : ...................................................
i

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN MENERUSI


PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

NADIA HARTINI BINTI MOHD ADZMI

Tesis ini dikemukakan sebagai


memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

DISEMBER 2013
ii

PENGAKUAN

“ Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ..............................
Nama Penulis : Nadia Hartini Binti Mohd Adzmi
Tarikh : Disember 2013
iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan
Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, bersyukur ke
hadrat Allah SWT kerana dengan KurniaanNya daku masih lagi teguh berdiri dalam
perjuangan mencari ilmu demi meraih mardhotillahNya.

Buat mama dan abah,


Mohd Adzmi Bin Saidin dan Sarina Binti Mohd Isa
Terima kasih kerana tidak pernah jemu memberi sokongan dan membantu diri ini
dalam menempuh setiap dugaan dengan doa dan restu. Juga teristimewa buat ibu
mertuaku, Jawiah binti Mohamed.

Teristimewa juga ucapan terima kasih kepada suamiku


Ami Hassan Bin Md Din
yang sentiasa berada disisi menyokong dan membantuku.

Tidak lupa buat ketiga-tiga anak ummi yang tercinta


Durratul Arina Batrisya, Muhammad Ahnaf Naufal dan Muhammad Habil Afifi
yang sabar dengan kesibukkan ummi yang kurang meluangkan masa untuk dirimu
sayang dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar.

Seterusnya buat penyelia yang disanjungi


Dr. Mohd Zolkifli Bin Abdul Hamid
yang tidak pernah jemu membantu dan memberi nasihat serta teguran dalam
menyiapkan tesis ini.

Tidak di lupakan teman seperjuangan yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan
membantu di saat diri ini memerlukan pertolongan dalam menyiapkan tesis ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua. Semoga kejayaan ini menjadi
milik kita semua, InsyaAllah. Ameen
iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat saya
menyiapkan penyelidikan ini sebagaimana yang telah dirancangkan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan


jutaan terima kasih kepada Dr. Mohd Zolkifli Bin Abdul Hamid selaku penyelia
kajian ini yang begitu banyak mencurahkan ilmu, tunjuk ajar serta nasihat yang amat
bermanfaat dalam menyempurnakan kajian ini.

Jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa, suami, anak dan semua ahli
keluarga yang banyak memberi sokongan, bantuan dan dorongan sepanjang proses
penyelidikan ini dijalankan.

Sekalung penghargaan saya titipkan buat kesemua partisipan kajian iaitu


guru-guru pendidikan teknik dan vokasional yang sudi memberikan kerjasama
sewaktu kajian ini dijalankan. Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan
seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan kajian ini.

Wassalam, Sekian Terima Kasih


v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana pembangunan profesionalisme


keguruan boleh dicapai menerusi penyeliaan pengajaran dan merungkai lebih lanjut
pendekatan penyeliaan pengajaran yang diamalkan oleh penyelia. Dalam pada itu,
penelitian juga akan dibuat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan
pengajaran yang membawa kepada pembangunan profesionalisme keguruan dalam
kalangan guru-guru Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Ini diikuti dengan
konsekuennya terhadap bantuan yang diberikan oleh penyelia untuk membangunkan
tahap profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru PTV. Unit analisis yang
dikaji adalah guru-guru PTV yang telah mempunyai pengalaman secara langsung
menjalani proses penyeliaan pengajaran. Kajian ini dijalankan secara kualitatif di
mana seramai empat orang patisipan guru-guru PTV dari Kolej Vokasional sekitar
Johor Bahru terlibat dalam kajian ini. Bersandarkan kepada dapatan kajian,
penyeliaan pengajaran merupakan suatu proses yang membantu ke arah
menambahbaik amalan pengajaran guru-guru PTV dan seterusnya membangunkan
tahap profesionalisme keguruan. Melalui proses penyeliaan pengajaran, guru-guru
PTV dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka dalam melaksanakan
pengajaran. Di samping itu, proses ini juga membolehkan guru-guru PTV membuat
penyelesaian masalah, dibimbing untuk merancang dan memperbaiki pengajaran
serta seterusnya meneroka konteks spesifik dalam pengajaran.
vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to explore how teachers' professional development can
be achieved through instructional supervision. The aspects studied include
identifying the approach used by the supervisor and to know the activities of
supervision that led to the development of professionalism among the PTV teachers.
Researcher are also exploring the techniques given by the supervisor to develop a
level of professionalism among the PTV teachers. Unit analysis of this study are
technical and vocational teachers who have had direct experience through the
instructional supervisory process. This study was conducted as a qualitative research
and involving four PTV teachers from vocational college around Johor Bahru. The
results showed supervision is a process that helps to improve the teaching practices
of PTV teachers. Through this process, PTV teachers will know their strengths and
weaknesses in the implementation of teaching. In addition, this process also allows
PTV teachers make problem solving, guided to design and improve the teaching and
further explore the specific context of teaching.
vii

ISI KANDUNGAN

BAB MUKA SURAT


TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi

1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 13
1.4 Objektif Kajian 14
1.5 Persoalan Kajian 15
1.6 Kepentingan Kajian 16
1.6.1 Guru-guru PTV 17
1.6.2 Pentadbir Sekolah 17
1.6.3 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
(BPTV) 18
1.6.4 Penyelidik 18
1.7 Skop dan Batasan Kajian 18
1.8 Definisi Operasional 19
1.8.1 Pembangunan Profesionalisme Keguruan 19
1.8.2 Penyeliaan Pengajaran 21
1.8.3 Penyelia 21
1.8.4 Guru-guru PTV 22
viii

1.8.5 Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) 22


1.9 Kerangka Konsep Kajian 23
1.10 Penutup 25

2 SOROTAN KAJIAN 26
2.1 Pengenalan 26
2.2 Cabaran Terhadap Proses Pengajaran Guru 27
2.2.1 Faktor Kecerdasan Pelbagai 28
2.2.2 Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Ke
Atas Proses Pengajaran Guru 30
2.2.3 Faktor Perbezaan Individu 31
2.2.4 Implikasi Perbezaan Individu Ke Atas
Proses Pengajaran Guru 33
2.2.5 Kepelbagaian Sosio-budaya 34
2.3 Penyeliaan Pengajaran 36
2.3.1 Aktiviti-aktiviti Dalam Penyeliaan Pengajaran 38
2.4 Model Penyeliaan Pengajaran 39
2.4.1 Model Penyeliaan Klinikal 42
2.4.1.1 Konferensi Pra Pemerhatian 43
2.4.1.2 Pemerhatian Pengajaran 44
2.4.1.3 Analisis Pasca Pemerhatian 47
2.4.1.4 Konferensi Pasca Pemerhatian 48
2.4.1.5 Analisis Pasca Konferensi 50
2.4.2 Model Penyeliaan Konseptual 51
2.4.3 Model Penyeliaan Kontekstual 51
2.4.4 Model Penyeliaan Developmental 53
2.4.4.1 Kawalan Langsung (Directive Control) 54
2.4.4.2 Kawalan Bermaklumat (Directive 54
Informational)
2.4.4.3 Kolaborasi (Collaboration) 55
2.4.4.4 Delegasi (Non-directive) 55
2.4.5 Model Penyeliaan Diperbezakan (Differentiated) 56
2.5 Pembelajaran Orang Dewasa 56
2.5.1 Teori Berasaskan Ciri-ciri Orang Dewasa 57
ix

2.5.2 Teori Berasaskan Situasi Hidup Orang Dewasa 62


2.5.3 Teori Berasaskan Perubahan Kesedaran 64
2.6 Model Pembangunan Profesionalisme Keguruan 67
2.6.1 Model Arahan-Kendiri 68
2.6.2 Model Pemerhatian-Penilaian 70
2.6.3 Model Pembangunan-Penambahbaikan 72
2.6.4 Model Latihan 74
2.6.5 Model Inkuiri 75
2.7 Pengajaran Reflektif dan Perkembangan Profesionalisme
Keguruan 77
2.7.1 Reflektif Sebagai Pengantaraan Tindakan 80
2.7.2 Reflektif Sebagai Membuat Pertimbangan 80
2.7.3 Reflektif Sebagai Pembinaan Semula Pengalaman 81
2.7.4 Model Pengajaran Reflektif 81
2.7.4.1 Dimensi Mencintai Pengajaran 82
2.7.4.2 Dimensi Berasaskan Pengetahuan 82
2.7.4.3 Dimensi Etika Profesional 83
2.7.4.4 Dimensi Pendekatan Konstruktif
Kepada Pembelajaran 83
2.7.4.5 Dimensi Menyelesaikan Masalah Dengan
Kemahiran Seni 84
2.7.4.6 Dimensi Sikap Siasatan Pada Pendidik 84
2.8 Strategi Pengajaran 85
2.8.1 Strategi Pemerhatian 86
2.8.2 Strategi Mediatif 86
2.8.3 Strategi Generatif 86
2.8.4 Strategi Direktif 87
2.8.5 Strategi Konteks Luaran 87
2.8.6 Strategi Kolaboratif 88
2.8.7 Strategi Metakognitif 88
2.9 Penerangan Mengenai Kerangka Konsep Kajian 89
2.10 Penutup 91
x

3 METODOLOGI KAJIAN 92
3.1 Pengenalan 92
3.2 Rekabentuk kajian 93
3.3 Populasi dan Sampel kajian 94
3.4 Kaedah Pengumpulan data 95
3.5 Kajian Rintis 98
3.6 Analisis Data 99
3.6.1 Peringkat Pertama: Membiasakan diri dengan data 101
3.6.2 Peringkat kedua; Menjana kod awal 101
3.6.3 Peringkat ketiga: Mencari tema 102
3.6.4 Peringkat keempat: Mengkaji tema 102
3.6.5 Menentukan dan menamakan tema 103
3.6.6 Menghasilkankan laporan 103
3.7 Kesimpulan 104

4 DAPATAN KAJIAN 105


4.1 Pengenalan 105
4.2 Analisis Demografi 106
4.2.1 Patisipan Guru Pendidikan Teknik dan
Vokasional (GPTV) 106
4.2.2 Penyelidik (PK) 109
4.3 Analisis Data Temubual 110
4.3.1 Membiasakan diri dengan data 110
4.3.2 Menjana kod awal 111
4.3.3 Mencari tema 112
4.3.4 Mengkaji semula tema 113
4.3.5 Menentukan tema dan menamakan tema 114
4.3.6 Menghasilkan laporan 116
4.4 PK (i)(a): Apakah pandangan guru PTV berhubung 118
penyeliaan pengajaran dalam membantu ke arah
pembangunan profesionalisme keguruan?
4.5 PK (i)(b): Apakah kefahaman guru PTV berkenaan 120
pembangunan profesionalisme keguruan?
xi

4.6 PK (i)(c):Bagaimanakah pembangunan profesionalisme 122


keguruan boleh dicapai menerusi penyeliaan pengajaran?
4.7 PK (ii)(a): Apakah bentuk amalan penyeliaan 123
pengajaran yang dilakukan oleh penyelia terhadap
GPTV?
4.8 PK (ii)(b): Apakah pendekatan yang digunakan oleh 126
penyelia dalam mendekati GPTV semasa
melakukan proses penyeliaan pengajaran?
4.9 PK (iii)(a): Apakah aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan 128
pengajaran yang telah dilakukan oleh penyelia
bagi membangunkan tahap profesionalisme GPTV
dalam pengajaran?
4.10 PK (iii)(b): Adakah aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan 129
pengajaran membantu GPTV dalam proses pengajaran?
4.11 PK (iv)(a): Apakah strategi khusus yang digunakan oleh 131
penyelia bagi membantu GPTV membangunkan tahap
profesionalisme mereka dalam pengajaran?
4.12 PK (iv)(b): Adakah GPTV mengaplikasikan strategi 134
khusus tersebut dalam proses pengajaran?
4.13 PK (iv)(c): Adakah strategi lain yang boleh 135
dimanfaatkan oleh GPTV dalam meningkatkan kualiti
pengajaran mereka?
4.14 Rumusan 138
4.15 Penutup 140

5 ANALISIS DATA 141


5.1 Pengenalan 141
5.2 Transkrip Temubual 141
5.2.1 Penyelidik Dengan Guru Pendidikan Teknik 142
dan Vokasional
5.2.1.1 Transkrip di bawah memaparkan 142
temubual di antara Penyelidik dengan
GPTV1
5.2.1.2 Transkrip di bawah memaparkan temubual 151
xii

di antara Penyelidik dengan GPTV2


5.2.1.3 Transkrip di bawah memaparkan temubual 161
di antara Penyelidik dengan GPTV3
5.2.1.4 Transkrip di bawah memaparkan temubual 172
di antara Penyelidik dengan GPTV4
5.3 Rumusan 183

6 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 184


6.1 Pengenalan 184
6.2 Perbincangan Dapatan Kajian 185
6.2.1 Mengenalpasti bagaimana pembangunan 185
profesionalisme keguruan boleh dicapai menerusi
penyeliaan pengajaran
6.2.2 Pendekatan yang digunakan oleh penyelia dalam 187
mendekati guru PTV semasa melakukan proses
penyeliaan pengajaran
6.2.3 Aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan pengajaran yang 189
menyumbang ke arah pembangunan profesionalisme
keguruan
6.2.4 Bantuan yang diberikan oleh penyelia 191
untuk membangunkan tahap profesionalisme
keguruan dalam kalangan guru-guru PTV
6.3 Implikasi Kajian 193
6.4 Cadangan Kajian Lanjutan 194
6.5 Kesimpulan 195

RUJUKAN 197
LAMPIRAN 206
xiii

SENARAI JADUAL

No TAJUK M/S
2.1 Transformasi pengarahan penyelia dengan 52
penyeliaan kontektual (Ralph, 1998)
4.1 Latar belakang pendidikan, opsyen, 106
pengalaman mengajar dan kekerapan diselia
guru pendidikan teknik dan vokasional
xiv

SENARAI RAJAH

No TAJUK M/S

1.1 Kerangka Konsep Kajian 24


2.1 Rangka Kerja Bagi “Supervisory options for 42
instructional leaders” (SOIL) Model
(Stephens dan Waters, 2009)
2.2 Kerangka Konseptual Ciri-ciri Orang 61
Dewasa Sebagai Pelajar (Sumber: Cross,
1981 Dalam Amin Senin, 2008)
2.3 Amalan bagi perspektif reflektif 79
2.4 Model Pengajaran reflektif Enam Dimensi 82
3.1 Carta Alir Peringkat Analisis Tematik 100

(Sumber: Braun dan Clarker, 2006)


xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK M/S

LAMPIRAN A Surat pengesahan Status Pelajar 207


Surat kelulusan Bahagian 208
Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan
Surat Kelulusan Jabatan Pelajaran 209
Negeri
LAMPIRAN B Intrumen Temubual 211
LAMPIRAN C Pengekodan dan Interpretasi Kod 213
Data Kajian
xvi

SENARAI SINGKATAN

BPTV : Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional


DVM : Diploma Vokasional Malaysia
ERAS : Educational Research Application System
FPK : Falsafah Pendidikan Kebangsaan
GPTV : Guru Pendidikan Teknik dan Vokasional
IQ : Kecerdasan Intelektual
JPN : Jabatan Pelajaran Negeri
KV : Kolej Vokasional
PK : Penyelidik
PTV : Pendidikan Teknik dan Vokasional
SKM : Sijil Kemahiran Malaysia
SMV : Sekolah Menengah Vokasional
SOIL : Supervisory Options for Instructional Leader
1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Istilah pembangunan profesionalisme keguruan menurut Wood dan


Thompson (1993) ditafsirkan sebagai produk berbentuk peningkatan personal dengan
matlamat untuk mengembangkan serta meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
baru yang memberi penekanan terhadap kesediaan, latihan dalaman, perancangan,
perlaksanaan dan pemantapan. Guskey (2000) pula melihat aspek pembangunan
profesionalisme keguruan sebagai produk dan juga proses bagi memperkembangkan
lagi pengetahuan profesional, kemahiran serta tingkah laku pendidik agar mereka
berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar. Sementara itu, Glatthorn (1995)
mendefinisikan pembangunan profesionalisme keguruan sebagai hasil yang tercapai
melalui pertambahan pengalaman serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan secara sistematik. Menurut Hoyle (1982), pembangunan profesionalisme
keguruan adalah satu proses di mana guru-guru secara berterusan memperdalamkan
lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan
keberkesanan proses pencerapan pembelajaran oleh pelajar.
2

Umumnya, guru adalah individu yang sentiasa berkembang pada pelbagai


tahap. Perkembangan ini merujuk kepada pembangunan guru dalam aspek kognitif,
afektif, emosi dan jasmani. Pada asasnya, keberkesanan proses pengajaran guru
bukan hanya bergantung terhadap kepakaran guru dalam pengetahuan kurikulum
semata-mata, malah guru juga sewajarnya mempunyai kemahiran pedagogi,
kecekapan mengurus, empati serta refleksi terhadap pelajar. Maka, agenda
pembangunan profesionalisme keguruan dilihat merupakan elemen yang amat
penting untuk dijana bagi memastikan keberhasilan pembelajaran pelajar. Hal ini
didokong lantaran pelajar yang berkualiti lahir daripada guru yang berkualiti.
Tambahan pula, keberkesanan proses pembelajaran pelajar secara amnya banyak
bergantung kepada faktor guru. Ini kerana, guru bertindak sebagai pemangkin utama
kecemerlangan pelajar kerana mereka merupakan agen penyebaran kemahiran dan
pengetahuan tertentu. Lanjutan daripada itu, kejayaan proses pengajaran turut
dipengaruhi oleh kebijaksanaan guru dalam mempraktikkan teknik atau kaedah yang
berkesan serta berupaya memilih bahan bantu mengajar yang dapat merangsang
pelajar untuk berinteraksi dan berfikir.

Menurut Abdul Ghani (2009), pertumbuhan dan pembangunan


profesionalisme keguruan didefinisikan sebagai semua pengalaman pembelajaran
formal dan informal guru, menyokong keberkesanan pengajaran secara berterusan
sambil melaraskan ciri dinamik persekitaran sekolah. Pertumbuhan ini merangkumi
aktiviti:

I. Ditujukan kepada semua guru tanpa mengira tahap perkembangan dan tahap
profesional mereka.

II. Bersifat jangka panjang, sistematik dan tersusun serta berorientasikan


penambahbaikan pencapaian pelajar.

III. Menerapkan penjelajahan kemahiran, pengetahuan serta sikap keintelektualan


kekal aktif.
3

IV. Menggalakkan usaha bagi mencapai matlamat kecemerlangan profesional dan


personal.

V. Memberikan bantuan kepada guru untuk berada pada tahap terkini berhubung
perkembangan kurikulum.

Menurut Abdul Ghani (2009), proses pembangunan profesionalisme


keguruan mempunyai kesan positif yang penting pada amalan dan kepercayaan guru,
pembelajaran pelajar serta perlaksanaan reformasi pendidikan. Maka, antara objektif
utama pembangunan profesionalisme keguruan adalah bertujuan untuk meningkatkan
kualiti serta mutu pengajaran dan pembelajaran ke atas pelajar. Justeru itu, aspek
pembangunan profesional guru perlu diberikan perhatian sewajarnya merangkumi
perkembangan guru sebagai saluran maklumat, pengetahuan serta kemahiran,
perkembangan guru dalam aspek pembangunan kendiri yang berfokus kepada guru
dalam memahami diri sendiri, dan perkembangan guru dalam konteks perubahan
ekologi di mana suasana persekitaran kerja diberikan penekanan.

Sehubungan dengan itu, untuk membangunkan profesionalisme keguruan,


beberapa pendekatan boleh digunakan di antaranya menerusi penyeliaan pengajaran.
Penyeliaan pengajaran ke atas guru-guru dilihat amat penting khususnya dalam
memberi maklum balas terhadap kekuatan dan kelemahan seseorang guru ketika
menjalankan tugas. Lovell dan Wiles (1983) menyatakan, penyeliaan pengajaran
mencetuskan komunikasi dua hala di antara guru dan penyelia di mana penyelia
membantu guru menjadi lebih berkesan dan secara tidak langsung penyelia menjadi
lebih efisyen melalui perundingan dengan guru serta penambahbaikan personal.
Pernyataan ini disokong oleh Abdul Rahman (2011) yang menyatakan
perkembangan profesional berlaku kepada kumpulan guru yang berkembang secara
profesional serta bekerjasama bagi memastikan sekolah berfungsi dengan berkesan
dan pelajaranya belajar dengan baik.

Secara khususnya, pembangunan profesionalisme keguruan menerusi


penyeliaan pengajaran yang berkesan mampu untuk dicapai. Dalam konteks ini,
penyelia berperanan untuk membentuk serta meneroka kemahiran berfikir dalam
4

kalangan guru di mana penyelia membantu guru membuat analisis pengajaran di


dalam kelas dan memberi kesedaran memilih untuk melakukan perubahan. Abdul
Ghani (2009) menyatakan perubahan bermaksud memudahkan persekitaran di dalam
kelas sambil mengiktiraf perbezaan pelajar, namun pada masa yang sama masih
mengekalkan peranan rutin. Dalam proses ini, bagi memastikan keberhasilan
pengajaran memerlukan guru sedikit autonomi serta pemikiran fleksibel yang boleh
dibentuk menerusi proses penyeliaan pengajaran yang berkesan. Hal ini turut
disokong oleh Abdul Rahman (2011) yang menyifatkan penyelia bukan sahaja
memberi maklum balas kepada prestasi semasa guru, bahkan perlu menggalakkan
penglibatan lebih luas berkenaan pemikiran profesional berautonomi dan tindakan
kolektif guru, agar budaya kebersamaan profesional boleh dicapai.

Sementara itu Amin Senin (2008) menyatakan pembangunan profesional guru


telah diakui sebagai komponen teras sebarang perubahan dalam pendidikan
khususnya usaha-usaha meningkatkan prestasi sekolah. Malah, Wideen (1992) juga
menyatakan pelan perubahan dalaman sekolah mestilah didukung dengan pelan
pembangunan profesional. Justeru itu, penyelia boleh membantu guru dalam bentuk
penerangan dan kenyataan mudah, maklum balas yang tetap, memberikan bimbingan
secara berulang kali dan berterusan semasa sesi perbincangan serta memberikan
sokongan dalam pembentukan kemahiran mengajar secara berturutan. Lanjutan itu,
penyelia boleh mempromosikan kesedaran, stimulasi, keyakinan, sikap dan
keprihatinan guru dengan berasaskan pelbagai bahan rujukan bagi meningkatkan
kualiti pengajaran ke atas pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan adalah bidang profesional yang dinamik. Maka, guru perlu


sentiasa memperbaharuhi dan membentuk kefahaman tentang bagaimana seseorang
itu belajar, tentang struktur dan prosedur yang menyumbang terhadap keberkesanan
5

persekitaran pembelajaran (Amin Senin, 2008). Oleh itu, usaha ke arah


pembangunan profesionalisme keguruan dilihat merupakan elemen yang amat
penting dalam melonjakkan prestasi dan kompetensi guru Pendidikan Teknik dan
Vokasional (PTV) selaku tenaga pengajar yang berkaliber dan berwibawa. Hal ini
berikutan, tahap profesionalisme seseorang guru itu merupakan indikator dalam
menentukan dan menilai sejauh mana kemampuan mereka mengendalikan
pengajaran secara berkesan. Mohd Rom dan Johan (2012) menyatakan, kebanyakan
guru-guru kini tidak dapat memainkan peranan mereka selaku penyampai maklumat
dan sumber pengetahuan yang baik ke atas pelajar. Menurut Mohd Rom dan Johan
(2012) lagi, faktor ini terjadi ekoran kebanyakan guru-guru beranggapan peranan
mereka hanya tertumpu secara teknikalnya untuk memastikan silibus matapelajaran
berjaya dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa mengambil kira tahap
pemahaman dan keperluan setiap pelajar.

Rentetan daripada itu, Abdul Ghani (2009) pula berpendapat pelajar-pelajar


hari ini dilihat seolah-olah menerima desakan dan asakan guru bagi mencapai
kecemerlangan dalam akademik. Beliau turut menyatakan guru sentiasa
berkomunikasi mengenai jangkaan terhadap pelajarnya di mana kajian menunjukkan
jangkaan guru selalunya berkisar kepada faktor-faktor seperti pencapaian lepas, rupa
paras, status ekonomi sosial dan bangsa. Sehubungan itu, didapati jangkaan guru
kerap kali mempengaruhi perlakuan guru di mana pelajar yang dianggap berpotensi
diberikan lebih perhatian berbanding pelajar yang lemah (Abdul Rahman, 2011).
Terdapat juga keadaan di mana guru-guru menunjukkan dan mempamerkan perasaan
kecewa kepada pelajar-pelajarnya yang berprestasi rendah dan mempunyai masalah
disiplin (Abdul Ghani, 2009). Tambah beliau lagi, keadaan ini akan mengakibatkan
pelajar yang lemah berasa tidak dihargai dan akhirnya percaya sememangnya tiada
harapan untuk berjaya dan tiada gunanya berusaha.

Dalam dunia pendidikan yang kian mencabar dan kompleks, guru-guru


pendidikan teknikal dan vokasional (PTV) juga tidak terkecuali daripada menghadapi
pelbagai cabaran dalam melaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran ke atas
pelajar. Sebagaimana yang diwar-warkan, mulai tahun 2013, transformasi pendidikan
vokasional telah dilancarkan di mana sekolah menengah vokasional (SMV) telah
6

dinaik taraf menjadi kolej vokasional (KV). Maka, sudah pasti wujudnya cabaran ke
atas guru-guru PTV terhadap perlaksanaan program KV. Menurut Siti Syahirah
(2011), tidak semua guru-guru PTV khususnya di sekolah vokasional mempunyai
pengalaman secara langsung dalam bidang kemahiran ekoran memiliki sejarah latar
belakang akademik yang berbeza di mana terdapat di antara mereka yang
sememangnya berasal dari sekolah vokasional dan ada juga yang bermula dari
sekolah harian biasa. Tambah beliau lagi, sekiranya guru-guru yang kurang
berpengalaman ini diserap ke dalam KV, berkemungkinan akan menimbulkan
banyak masalah khususnya dalam mengendalikan proses pengajaran secara berkesan
ke atas pelajar.

Sementara itu, Othman et al. (2011) berpendapat, natijah daripada proses


penstrukturan semula sistem pendidikan akan mengakibatkan berlakunya
perlaksanaan pelbagai perubahan dan paradigma baru khususnya dalam sistem PTV
di negara ini. Hal ini sedikit sebanyak telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan
guru-guru PTV ekoran ketidakjelasan berhubung perlaksanaan KV ditambah pula
guru-guru kurang berkeyakinan dengan kemahiran yang sedia ada (Siti Syahirah,
2011). Selain itu, wujud juga keadaan di mana guru-guru matapelajaran teras seperti
matematik, sejarah dan bahasa Inggeris yang sebelum ini berkhidmat di SMV
dikerah untuk mengajar subjek-subjek vokasional seperti jahitan dan rekaan fesyen,
permesinan industri dan sebagainya. Keadaan ini begitu menggusarkan kerana
bagaimana mungkin guru-guru yang kurang terlatih ini dapat menghasilkan graduan
KV yang berkualiti dan memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM) apabila
dalam masa yang sama, guru-guru juga perlu belajar kemahiran tersebut bermula
daripada asas lagi.

Di samping itu, pihak kerajaan pula sememangnya menaruh harapan yang


tinggi terhadap lepasan pelajar lulusan KV. Menurut Fariza (2013), 10 peratus
graduan KV disasarkan untuk menjadi usahawan, 70 peratus daripadanya memasuki
lapangan pekerjaan dan selebihnya dijangkakan akan melanjutkan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya kini, sekiranya guru-guru masih lagi
kurang berkeyakinan serta tidak memiliki kepakaran yang mencukupi, maka sudah
pastilah wujudnya kekangan dan halangan untuk mencapai sasaran tersebut.
7

Fenomena ini secara tidak langsung bakal memberikan tekanan ke atas guru-guru
khususnya dalam melakukan pengajaran ke atas pelajar.

Selain itu, setelah dinaik taraf, waktu pembelajaran pelajar juga dipanjangkan
iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Maka guru perlu berkhidmat
dalam tempoh hampir lapan jam setiap hari. Keadaan ini mengakibatkan tahap
kecerdasan dan stamina guru berkurangan lantaran tempoh masa yang lama. Menurut
Fariza (2013), faktor ini secara tidak langsung boleh menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku secara tidak efektif ekoran guru mahupun pelajar akan
berasa keletihan, hilang fokus dan tumpuan terhadap tanggungjawab masing-masing.
Faktor gaji yang sama juga secara tidak lagi mempengaruhi psikologi guru PTV
ketika melakukan tugasan pengajaran. Ini kerana walaupun tempoh masa pengajaran
dan pembelajaran dipanjangkan, kadar gaji guru tidak bertambah manakala beban
tugas guru semakin meningkat yang mana berkemungkinan boleh mengakibatkan
guru-guru kurang bermotivasi ketika mengajar.

Sebagaimana yang diketahui, matapelajaran vokasional memberikan


penekanan terhadap kemahiran-kemahiran teknikal atau hands on skill yang
menuntut kecerdasan fizikal pelajar. Kemahiran teknikal ini perlu dimiliki oleh setiap
guru-guru bagi memastikan mereka berupaya memberikan pengetahuan dan latihan
yang benar-benar berkualiti ke atas pelajar. Realiti yang berlaku kini, beban tugas
guru-guru di KV semakin meningkat. Terdapat juga keadaan guru-guru diminta
untuk mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan menghasilkan tesis
berhubung Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

Tambahan lagi, matapelajaran PTV memerlukan bukan sahaja guru-guru


malahan pelajar-pelajar menggunakan elemen psikomotor pada tahap yang lebih
tinggi di mana silibus matapelajaran menjurus terhadap pergerakan fizikal dan
koordinasi. Boleh dikatakan kebanyakan masa pembelajaran pelajar melibatkan
kerja-kerja amali. Ini kerana sistem pembelajaran vokasional merangkumi 30 peratus
akademik dan 70 peratus lagi adalah latihan kemahiran yang dilakukan di bengkel.
(Fariza, 2013).
8

Ahmad Affandi (2013) menyatakan, bengkel sekolah diumpamakan seperti


sebuah industri kecil yang mana fungsi operasinya mirip dengan industri sebenar.
Justeru itu, proses pengajaran amali di bengkel menuntut tahap kemahiran, ilmu dan
sikap guru yang tinggi bagi memastikan proses pembelajaran pelajar berlangsung
dengan baik. Jika guru tidak mencapai tahap tersebut, lantas mereka dianggap
sebagai tidak kompetan berhubung elemen berkaitan (Ahmad Affandi, 2013).
Seterusnya, seseorang guru itu perlu belajar mengenai pengurusan bengkel selaras
dengan pernyataan yang dikemukakan oleh Eric Hoyle (1980) dalam Ahmad Affandi
(2013) di mana ahli profesion perlu memiliki pengetahuan yang sistematik serta
pengalaman yang sesuai. Maka, guru perlu sentiasa dapat mengawal dan mengurus
tingkah laku pelajar semasa melakukan pengajaran di dalam bengkel. Ini kerana,
keseluruhan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amali adalah bersangkutan dengan
aktiviti di dalam bengkel.

Selanjutnya, jika di sekolah harian biasa, sekolah berasrama penuh mahupun


kategori sekolah yang lain, guru-guru yang melakukan pengajaran di makmal akan
dibantu oleh pembantu makmal sebagai memudahkan pengajaran guru untuk
melakukan eksperimen bersama pelajar. Namun, hal ini berlainan pula dengan guru-
guru aliran vokasional yang mengajar di bengkel di mana mereka tidak mempunyai
pembantu yang dapat meringankan bebanan kerja mereka. Ditambah pula dengan
waktu pembelajaran yang panjang serta bilangan pelajar yang semakin ramai, sudah
pastilah guru-guru tidak dapat memberikan fokus yang khusus kepada setiap pelajar
ketika proses pengajaran berlaku (Siti Syahirah, 2012). Guru-guru juga
berkemungkinan akan terlepas pandang terhadap pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran.

Di samping itu, jika dilihat pada jumlah enrolmen pelajar yang memasuki
SMV pada tahun-tahun sebelum ini telah mencatatkan peningkatan yang amat
memberangsangkan. Fenomena ini sudah semestinya menjadi cabaran terbesar bagi
guru-guru ketika melaksanakan tugasan pengajaran khususnya untuk tackle pelajar
agar minat belajar serta memahami kandungan pelajaran. Boleh dikatakan
kebanyakan pelajar aliran vokasional terdiri daripada mereka yang memiliki
kecerdasan intelektual (IQ) pada tahap yang sederhana. Maka, guru perlu
9

mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk merangsang minat pelajar terhadap


aktiviti pembelajaran. Perbuatan memarahi tingkah laku negatif pelajar mahupun
mendesak pelajar untuk memahami setiap input pelajaran secara paksa hendaklah
dielakkan. Bagi menyokong pembelajaran pelajar ini, penyelia pengajaran boleh
memainkan peranan dengan memberikan tunjuk ajar, nasihat, bimbingan, sokongan
serta bantuan khusus kepada guru-guru seperti menyentuh beberapa aspek misalnya
keperluan guru untuk mempelajari pendekatan pedagogi, psikologi remaja serta
pengurusan kelas.

Walaupun penekanan dan fokus utama pengajaran guru-guru PTV menjurus


terhadap peningkatan kemahiran, penyelia juga boleh meningkatkan kompetensi guru
dengan memperkenalkan modul-modul insaniah yang boleh diaplikasikan serta
menggalakkan guru-guru menerapkan aspek pembelajaran sepanjang hayat atau soft
skill di dalam kelas. Aspek ini dilihat begitu penting dalam meningkatkan
kebolehpasaran pelajar di mana mereka bukan hanya berjaya daripada sudut
kemahiran semata-mata malah turut cemerlang dalam faktor persembahan diri dan
komunikasi bagi membolehkan mereka menghadapi persaingan global (Fariza,
2012).

Justeru itu, guru-guru PTV perlu mempelbagaikan alternatif, kaedah dan


aktiviti yang sesuai untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan. Maka, mereka hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
antaranya penggunaan teknologi yang muktakhir serta pengetahuan yang luas
berhubung mata pelajaran daripada segi konsep, fakta serta menyusun atur prosedur
dan prinsip dengan baik. Lantas, penyelia yang berpengalaman boleh memberikan
bantuan, melatih serta memotivasikan guru-guru ini menghadapi setiap permasalahan
pengajaran dengan pendekatan dan cara yang dapat menjelmakan iklim sosial,
psikologikal dan fizikal yang baik dan sihat ketika mengajar di kelas mahupun
bengkel. Peranan berkesan yang dimainkan oleh penyelia secara tidak langsung
membantu dalam meningkatkan kompetensi guru PTV berkenaan tugas mereka. Hal
ini turut disokong oleh Dufour dan Eaker (1998) dalam Abdul Rahman (2011) yang
menerangkan komuniti pembelajaran profesional sebagai satu persekitaran yang
mewujudkan kerjasama, sokongan emosi dan pembangunan personal dalam
10

kerjasama bagi memperoleh pencapaian yang tidak dapat dipenuhi secara


bersendirian.

Maka, penyeliaan pengajaran yang dilakukan oleh penyelia memainkan


peranan utama untuk memastikan proses berkaitan pembelajaran pelajar berlangsung
pada tahap yang optimum bagi mencapai matlamat pendidikan negara. Ini kerana,
kolaborasi yang wujud di antara penyelia dan guru membantu guru memahami,
mempelajari serta melakukan penjelajahan fikiran berkisar bidang tugas mereka bagi
mencapai visi dan misi pendidikan. Perkara ini turut disokong oleh kenyataan
Glickman et al. yang dipetik oleh Abdul Rahman (2011) iaitu:

“The glue is the process by which some person or group of people is


responsible for providing a link between individual teacher needs and
organizational goals so that individuals within the school can work in
harmony toward their vision of what the school should be …
Unfortunately, there are more ‘glueless’ than glued schools. Research
findings on the effectiveness of schools paint a dismal picture. Most
schools simply do not make much difference in their students’ lives
…Thus; the primary function of effective supervision is to take
responsibility for putting more glue into the school”.

(ms12)

Sehubungan itu, guru-guru PTV perlu diberikan kefahaman terutamanya


melalui bantuan khusus daripada penyelia yang berpengalaman bahawa mengajar
sebenarnya membawa maksud membimbing, menyampaikan maklumat dan ilmu
pengetahuan, memberikan dorongan, mengembangkan kemahiran, serta menanam
keyakinan dan nilai-nilai murni ke atas para pelajar. Dalam konteks ini, guru-guru
perlu sedar bahawa tugas mereka bukan hanya sekadar menyampaikan maklumat
sahaja, malah peranan mereka menjadi lebih penting lagi dalam melahirkan individu
pelajar yang bertanggungjawab dan berupaya menjana fikirannya untuk
memakmurkan diri dan negara serta memiliki jati diri dalam mendepani segala
cabaran sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Kesemua ini dapat dicapai sekiranya proses penyebaran ilmu dan pengajaran
dilakukan secara berkesan.
11

Seterusnya, guru-guru PTV perlu diperjelaskan melalui sokongan penyelia


pengajaran bahawa apabila guru dirujuk sebagai role model bermaksud segala tindak
tanduk, tingkah laku dan percakapan guru menjadi perhatian kepada pelajar-pelajar.
Secara tidak langsung, perlakuan dan percakapan guru menunjukkan sikapnya pada
proses pengajaran. Guru-guru PTV perlu diberikan kefahaman bahawa mereka yang
sering mempamerkan sikap yang positif mempengaruhi pelajar untuk menerima,
memahami dan menguasai matapelajaran dengan mudah berbanding guru yang
bersikap negatif yang akhirnya mengakibatkan pelajar tidak menyukai pelajaran yang
diajar. Di sinilah penyelia yang berpengalaman boleh membantu guru-guru
berhubung kaedah serta pendekatan yang terbaik untuk menarik minat atau tackle
pelajar agar minat untuk belajar. Penyelia juga boleh menggilap peranan guru PTV
sebagai pembimbing yang efisyen. Peranan ini merujuk guru PTV mestilah berupaya
memberikan tujnjuk ajar, latihan yang mencukupi, mengesan kekuatan dan
kelemahan pelajar, memperbetulkan kesalahan mereka dan seterusnya memberikan
penghargaan kepada hasil kerja yang baik. Lanjutan daripada itu, guru mesti tahu
apa, banyak mana, bila dan bagaimana hendak memberi petunjuk dan membetulkan
kesalahan pelajar-pelajar (Abdul Ghani, 2009).

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh penyelia menerusi penyeliaan


pengajaran untuk membantu guru PTV membangunkan tahap profesional mereka
dalam melaksanakan pengajaran. Antara aktiviti yang boleh diterapkan oleh
penyelia ialah meningkatkan kemahiran refleksi guru, membina perlakuan guru
daripada segi perancangan, memberi penekanan ke atas guru mengenai konsep
pembelajaran sepanjang hayat, membantu guru mengembangkan pengajaran
daripada aspek penggunaan bahan pengajaran, kemahiran berkomunikasi, serta
strategi dan kaedah pengajaran seperti memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar
yang cerdas sementara pelajar yang lemah dibimbing melalui aktiviti pemulihan.
Selain itu, penyelia juga boleh menerapkan beberapa kaedah lain seperti demonstrasi
pengajaran, menyokong penyeliaan kerakanan, mengaplikasikan prinsip
pertumbuhan dan pembelajaran dewasa serta mewujudkan keselesaan interpersonal,
mudah berurusan dan berjumpa bagi mencapai hasil yang terbaik diinginkan.
12

Melalui dorongan dan bantuan daripada penyelia pengajaran, di pihak guru-


guru PTV pula mereka bolehlah mengambil inisiatif secara kendiri untuk
meningkatkan tahap profesional mereka dengan mengikuti pelbagai program
pembangunan profesional seperti menghadiri kursus, bengkel atau seminar berkaitan
pengajaran dan pembelajaran tanpa menunggu arahan mahupun program anjuran
daripada pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Selain itu, mereka juga
boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi secara separuh masa di
samping mengikuti latihan dalaman atau in-house training yang berkaitan
pemerkasaan pengajaran. Menurut Amin Senin (2008), orang dewasa lebih
bermotivasi tatkala melihat wujudnya hubungan yang terus antara keperluan mereka
dengan aktiviti pembelajaran. Bagi guru-guru PTV pula, mereka perlu diberikan
galakan dan peluang untuk menjalani latihan industri bagi mengutip sebanyak
mungkin pengetahuan, kemahiran dan pengalaman agar dapat diadaptasikan ketika
menjalankan pengajaran bersama pelajar kelak. Kolaborasi yang terjalin dengan
pihak industri membolehkan guru-guru PTV mengetahui keperluan dan kehendak
semasa industri.

Program pendidikan guru seumpama ini amat penting kerana membekalkan


mereka dengan kemahiran profesional khususnya dalam pengayaan teknik
pengajaran dan pembelajaran ke atas pelajar. Hal ini turut disokong oleh Neil (2002)
yang menyatakan, dalam menyempurnakan sesuatu tugasan yang diamanahkan
dengan baik, seseorang ahli profesional haruslah menjalani latihan yang tertentu bagi
mendapatkan kemahiran-kemahiran dalam sesuatu profesion. Pendapat beliau juga
turut dipersetujui oleh Darling-Hammond (1994) yang dipetik oleh Amin Senin
(2008) bahawa;

“…professional development as a process of enhancing teaching’s


professional status by expanding the knowledge base upon which the
profession draws and increasing teachers’ epistemological awareness.”

(ms7)
13

1.3 Pernyataan Masalah

Berpandukan latar belakang masalah, kajian ini dijalankan adalah untuk


meninjau bagaimana pembangunan profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-
guru PTV boleh dicapai menerusi penyeliaan pengajaran dan meneroka lebih lanjut
pendekatan penyeliaan pengajaran yang diamalkan oleh penyelia. Dalam pada itu,
penelitian juga akan dibuat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan
pengajaran yang membawa kepada pembangunan profesionalisme keguruan dalam
kalangan guru-guru PTV. Ini diikuti dengan konsekuennya terhadap bantuan yang
diberikan oleh penyelia untuk membangunkan tahap profesionalisme keguruan
dalam kalangan guru-guru PTV.

Tidak dapat dinafikan, salah satu usaha utama berhubung perkembangan


pembangunan profesionalisme keguruan adalah bertujuan untuk memperbaiki dan
seterusnya meningkatkan teknik pengajaran yang berkesan ke atas guru-guru. Aspek
ini adalah penting di mana dalam meningkatkan prestasi serta memberikan
perkhidmatan yang berkualiti dalam bidang profesional mereka, guru perlu berusaha
melakukan perubahan terhadap kaedah dan gaya pengajaran mereka. Namun dalam
hal ini, rata-rata guru masih belum berhasil membawa perubahan terhadap
penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran ditambah pula mereka belum
sepenuhnya dapat untuk berperanan sebagai role model, pembimbing, pemudah cara
mahupun agen perubahan yang baik ke atas pelajar (Abdul Ghani, 2009). Faktor ini
didorong ekoran kurangnya pengetahuan, pengalaman, kepakaran serta kemahiran
dalam melaksanakan proses pengajaran secara berkesan dalam kalangan guru (Mohd
Sahandri et.al, 2012).

Selain itu, guru-guru juga dilihat kurang berjaya menerapkan kemahiran


pengajaran yang generik kepada kandungan yang khusus dalam usaha meningkatkan
kefahaman pelajar (Mohd Sahandri et.al, 2012). Implikasinya, pengetahuan yang
dicerap oleh pelajar tidak akan bertahan lama serta tidak mampu untuk
dikembangkan (Mohd Sahandri et.al, 2012). Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias
(2007) pula berpendapat, proses pembelajaran yang baik berlaku apabila perubahan
14

yang terjadi adalah berkekalan serta mampu untuk bertahan dalam jangka masa yang
tertentu. Dengan kata lain, pembelajaran terjadi apabila wujudnya ransangan yang
mengakibatkan berlakunya gerak balas terhadap rangsangan tertentu seperti kaedah
pengajaran, tingkah laku guru dan penggunaan bahan bantu mengajar yang
bersesuaian. Oleh itu, kajian ini diharap dapat memberikan maklumat yang
bermanfaat berhubung proses penyeliaan pengajaran dalam membantu ke arah
pembangunan profesionalisme keguruan khususnya bagi guru-guru PTV.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk:

I. Mengenalpasti bagaimanakah pembangunan profesionalisme keguruan dalam


kalangan guru-guru PTV (GPTV) boleh dicapai menerusi penyeliaan
pengajaran.

II. Mengenalpasti pendekatan yang digunakan oleh penyelia dalam mendekati


GPTV semasa melakukan proses penyeliaan pengajaran.

III. Mengenalpasti aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan pengajaran yang membawa


kepada pembangunan profesionalisme keguruan dalam kalangan GPTV.

IV. Mengenalpasti bantuan yang diberikan oleh penyelia untuk membangunkan


tahap profesionalisme keguruan dalam kalangan GPTV.
15

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah amat penting dalam menentukan hala tuju kajian
yang dilakukan. Justeru itu, persoalan dalam kajian ini akan diselusuri menerusi satu
soalan utama (grand-tour) yang menjadi penentu kepada hala tuju kajian diikuti
dengan sepuluh soalan subsidiari sebagai rujukan bagi pengutipan, pengumpulan
serta analisis data berikutnya.

Soalan grand-tour

Bagaimanakah pembangunan profesionalisme keguruan dalam kalangan


GPTV boleh dicapai menerusi penyeliaan pengajaran dan apakah pendekatan yang
digunakan oleh penyelia untuk mendekati GPTV semasa penyeliaan pengajaran?
Seterusnya apakah aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan pengajaran yang menyumbang
ke arah pembangunan profesionalisme keguruan serta apakah bantuan yang diberikan
oleh penyelia untuk membangunkan tahap profesionalisme keguruan dalam kalangan
GPTV?

Soalan-soalan Subsidiari

I. (a) Apakah pandangan GPTV berhubung penyeliaan pengajaran dalam


membantu ke arah pembangunan profesionalisme keguruan?
(b) Apakah kefahaman GPTV berkenaan pembangunan profesionalisme
keguruan?
(c) Bagaimanakah pembangunan profesionalisme keguruan boleh dicapai
menerusi penyeliaan pengajaran?
16

II. (a) Apakah bentuk amalan penyeliaan pengajaran yang dilakukan oleh
penyelia terhadap GPTV?
(b) Apakah pendekatan yang digunakan oleh penyelia dalam mendekati
GPTV semasa melakukan proses penyeliaan pengajaran?

III. (a) Apakah aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan pengajaran yang telah


dilakukan oleh penyelia bagi membangunkan tahap profesionalisme
GPTV dalam pengajaran?
(b) Adakah aktiviti-aktiviti dalam penyeliaan pengajaran membantu GPTV
dalam proses pengajaran?

IV. (a) Apakah bantuan yang diberikan oleh penyelia bagi membantu GPTV
membangunkan tahap profesionalisme mereka dalam pengajaran?
(b) Adakah GPTV mengaplikasikan kesemua bentuk pembelajaran yang
diperolehi dalam program pembangunan profesionalisme yang diikuti
ke dalam proses pengajaran?
(c) Adakah strategi lain yang boleh dimanfaatkan oleh GPTV dalam
meningkatkan kualiti pengajaran mereka?

1.6 Kepentingan Kajian

Menurut Amin Senin (2008), pembangunan profesional menjadi komponen


kritikal dalam membentuk guru-guru yang berkelayakan tinggi dan beriltizam.
Justreu itu, penyelidik berharap hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada
pihak-pihak yang terlibat terutamanya kepada guru-guru PTV, pihak pentadbir
sekolah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional serta penyelidik lain amnya.
Antara kepentingan kajian ini ialah:
17

1.6.1 Guru-guru PTV

Hasil kajian ini akan dapat dijadikan sebagai panduan kepada guru-guru PTV
untuk mengembangkan lagi tahap profesional mereka dalam melaksanakan
pengajaran. Ini kerana penyeliaan pengajaran merupakan salah satu kaedah yang
mampu membangunkan kredibiliti dan tahap profesional guru PTV berkenaan bidang
tugas mereka. Selain itu, diharapkan kajian ini dijadikan sebagai rujukan oleh guru-
guru PTV untuk memahami secara jelas objektif sebenar penyeliaan pengajaran yang
dilakukan oleh penyelia dan sekaligus menangkis tanggapan negatif guru tentang
penyeliaan pengajaran. Di sini guru-guru PTV akan lebih memahami kepentingan
penyeliaan pengajaran yang dilakukan di sekolah.

1.6.2 Pentadbir Sekolah

Segala dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan
oleh pihak pentadbir sekolah selaku pemimpin pengajaran seperti pengetua, guru
besar dan guru penolong kanan yang biasanya terlibat secara langsung dalam
menjalankan proses penyeliaan ke atas guru-guru. Sehubungan dengan itu,
diharapkan mereka ini dapat melaksanakan penyeliaan secara berkesan dalam
membantu guru-guru meningkatkan prestasi kerja mereka ke arah yang lebih baik.
Proses penyeliaan yang berjaya juga dapat membina kepuasan kerja guru dan juga
pengetua sekolah dalam menjayakan matlamat pendidikan negara seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
18

1.6.3 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)

Segala dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat baru kepada
pihak BPTV mengenai usaha ke arah pembangunan profesionalisme keguruan
menerusi penyeliaan pengajaran. Penyelidik turut berharap kajian ini dapat dijadikan
panduan dalam membuat perancangan pendidikan pada masa akan datang khususnya
dalam menampung keperluan tenaga pengajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

1.6.4 Penyelidik

Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada


penyelidik-penyelidik lain yang berminat untuk melakukan kajian berhubung
pembangunan profesionalisme keguruan menerusi penyeliaan pengajaran. Kajian ini
juga dapat dijadikan sebagai indikator kepada penyelidik untuk mendalami aspek
penting dalam penyeliaan pengajaran yang berkesan ke arah mengembangkan
kompetensi guru dalam mengendalikan pengajaran ke atas pelajar.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan mempunyai beberapa skop dan batasan bagi


membantu penyelidik dan memudahkan perjalanan kajian. Skop dan batasan dalam
kajian ini adalah seperti berikut:
19

I. Kajian ini hanya terhad kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran


teknikal dan vokasional.

II. Kajian ini bersifat kualitatif di mana penyelidik akan menemu bual ke atas
guru-guru PTV yang mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya
tiga tahun ke atas dan pernah menjalani sekurang-kurangnya enam kali proses
penyeliaan pengajaran (Hafiz dan Hafizah, 2012). Menurut Hafiz dan Hafizah
(2012) lagi, rasional pemilihan responden ini adalah disebabkan oleh mereka
memiliki pengalaman mengajar dan berinteraksi secara langsung dengan
pelajar dan juga penyelia. Sementara itu, Patton (1990) menyifatkan, kajian
kualitatif menerusi kaedah temubual mampu menghasilkan satu kerangka
kerja yang berkesan di mana responden dapat meluahkan pemahaman
mengikut pengetahuannya sendiri.

1.8 Definisi Operasional

Definisi operasional yang dikemukakan dalam bahagian ini merupakan


istilah-istilah yang berkaitan dalam konteks kajian ini.

1.8.1 Pembangunan Profesionalisme Keguruan

Pembangunan profesionalisme keguruan dalam konteks kajian ini adalah


merujuk sebagai satu aktiviti dan juga proses yang direkabentuk bagi
mengembangkan kemahiran, pengetahuan profesional dan sikap pendidik agar
mereka berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar. Guskey dan Sparks (1991)
20

menjelaskan pembangunan profesional guru sebagai satu proses multidimensi yang


mengandungi beberapa aspek latihan seperti amalan dan bimbingan, aktiviti
persediaan, sokongan dan aktiviti-aktiviti tindakan susulan. Sementara itu, Amin
Senin (2008) berpendapat, pembelajaran informal dan formal guru perlu disepadukan
dengan proses pembangunan professional guru ekoran untuk melahirkan guru-guru
yang berkarisma dalam mengendalikan pengajaran, memerlukan keterlibatan guru
dalam semua bentuk pengajian, eksperimen dan penyelidikan agar mereka berupaya
menangani sebarang permasalahan atau kompleksiti bilik darjah dan sekolah.

Berdasarkan maklumat yang dipetik oleh Amin Senin (2008) dalam Office of
Educational Research and Improvement (1994), terdapat beberapa prinsip yang perlu
dimasukkan sebagai amalan terbaik program pembangunan profesionalisme
keguruan antaranya:

I. Bagi mencapai hasil perubahan yang ketara, pembangunan profesional yang


berterusan perlu dilakukan.

II. Perubahan sekolah adalah hasil daripada pembangunan guru dan sekolah.

III. Matlamat pembangunan profesional hendaklah mendorong inkuiri dalam


pengajian pengajaran dan pembelajaran.

IV. Pembelajaran guru bukan sahaja hasil latihan, amalan dan maklum balik
tetapi juga refleksi individu dan inkuri kumpulan dalam amalan mereka.

V. Pembangunan profesional hendaklah menjadi teras pembangunan sekolah.

VI. Pembangunan profesional mestilah berfokuskan sekolah serta diaplikasikan


dalam kerja seharian guru.
21

1.8.2 Penyeliaan Pengajaran

Glickman (1990) mendefinisikan penyeliaan adalah sebagai satu cara yang


menggabungkan kesemua intipati pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan
sesebuah sekolah berupaya mencapai matlamatnya. Glickman et al. (1995) pula
menyatakan penyeliaan pengajaran sebagai satu proses bertujuan memberi
bimbingan kepada guru berhubung peningkatan kecekapan pengajaran mereka di
bilik darjah dan dengan itu dapat menjelmakan perubahan positif ke atas sikap,
tingkah laku dan pencapaian pelajar. Glanz (2006) pula menyifatkan penyeliaan
pengajaran bukanlah merupakan satu tugas yang mudah di mana ia adalah satu
proses melibatkan guru secara langsung dalam dialog pengajaran untuk
penambahbaikan pengajaran dan seterusnya menggalakkan pencapaian pelajar.

Sementara itu, Alfonso et al. (1980) mentakrifkan penyeliaan sebagai satu


proses rasmi yang dipertanggungjawabkan kepada penyelia dengan tujuan
mendatangkan perubahan positif ke atas guru-guru untuk mempertingkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran ke atas murid-murid ke arah pencapaian matlamat yang
tertentu. Menurut Al Ramaiah (1999) pula, penyeliaan adalah sebagai satu tindakan
untuk memotivasi, mengawal kemajuan dan membimbing guru berkenaan hal
pengajaran agar mereka mampu melaksanakan semua fungsi pengajaran

1.8.3 Penyelia

Penyelia dalam konteks kajian ini merujuk kepada individu yang


bertanggungjawab menjalankan proses penyeliaan pengajaran di sekolah yang terdiri
daripada pengetua, guru besar, guru penolong kanan mahupun nazir. Kebiasaannya,
penyeliaan pengajaran dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar sekolah selaku
22

pentadbir, pemimpin profesional dan pengurus di sekolah sebagaimana yang


digariskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987.

1.8.4 Guru-guru PTV

Dalam konteks kajian ini, guru-guru PTV adalah merujuk kepada tenaga
pengajar yang berperanan memberikan latihan kemahiran atau hand on skill serta
pengetahuan berhubung pengajaran vokasional. Dewasa kini, peranan guru-guru
PTV bersifat multidimensi. Menurut Ahmad Esa et al. (2009), peranan guru-guru
PTV tidak terbatas dalam melahirkan individu yang memiliki kemahiran teknikal dan
vokasional sahaja, malah peranan guru-guru PTV menjadi lebih luas dengan usaha
menerapkan elemen soft skill ke atas pelajar seperti kemahiran komunikasi, kreatif,
berbahasa, bersedia mendepani cabaran global serta berpandangan jauh ke arah
mencapai Wawasan 2020.

Secara umumnya pula, guru PTV digambarkan sebagai seorang yang ahli
dalam bidangnya. Menurut Hafiz dan Hafizah (2012) kecekapan guru PTV
merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan orang lain, membawa idea-idea baru,
membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim
pembelajaran yang kondusif.

1.8.5 Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV)

Secara umumnya, objektif aliran teknikal adalah berfokus untuk melahirkan


tenaga kerja mahir, berpengetahuan tinggi dan profesional dalam bidang kejuruteraan
23

dan bukan kejuruteraan. Sementara itu, aliran vokasional berasal daripada daripada
perkataan Inggeris iaitu vocation yang bermaksud pekerjaan. Aliran vokasional
bertujuan melahirkan separa profesional seperti pembantu teknik dan juruteknik
samaada dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Maka, pendidikan
vokasional adalah latihan yang berkaitan dengan pekerjaan (Abdul Rahman Aroff
dan Zakaria Kasa, 1994).

1.9 Kerangka Konsep kajian

Merujuk kepada rajah 1.1, berikut merupakan kerangka konsep yang


menunjukkan gambaran secara menyeluruh mengenai aspek-aspek yang akan dikaji
dalam kajian ini. Penerangan mengenai kerangka konsep ini akan dihuraikan secara
terperinci dalam bab 2.
24

Aktiviti-aktiviti dalam
Aktiviti-aktiviti dalam
penyeliaan pengajaran
penyeliaan
oleh penyelia
pengajaran olehke atas
guru PTV
pengetua ke atas guru

Penyeliaan PEMBANGUNAN
Pendekatan
Pendekatan Pengajaran PROFESIONALISME
Guru penyelia dalam
penyelia dalam
mendekati guru oleh KEGURUAN GURU PTV
mendekati
PTV guru penyelia

Bantuan ke atas guru


PTV yang diselia

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian


25

1.10 Penutup

Bab ini telah menerangkan pengenalan secara menyeluruh mengenai kajian


yang akan dijalankan merangkumi latar belakang permasalahan kajian, empat
objektif dan persoalan kajian yang telah dibentuk, kepentingan kajian, skop dan
batasan kajian, definisi operasional dan kerangka konsep sebagai panduan. Secara
keseluruhan, penyeliaan pengajaran yang berkesan membantu mendiagnosis proses
pengajaran guru ke atas pelajar dan seterusnya menjadi salah satu aspek penting
terhadap peningkatan tahap profesional guru dalam profesion mereka. Dapat dilihat,
pengaruh daripada guru-guru memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan
prestasi pelajarnya lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional
yang kini mengalami revolusi dan menjadi topik perbualan utama bukan hanya
kepada pendidik, malah masyarakat awam. Peranan PTV semakin besar dalam
melahirkan generasi yang cemerlang di samping menyediakan tenaga kerja kepada
pelbagai sektor pekerjaan. Peranan PTV yang semakin besar membawa kepada
tanggungjawab dan peranan guru yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, peranan
penyelia tidak kurang pentingnya ke arah membangunkan tahap profesional guru
PTV dalam pengajaran. Sorotan kajian akan dijelaskan dalam bab 2.

Anda mungkin juga menyukai