Anda di halaman 1dari 3

Setelah membuat penyelidikan terhadap beberapa artikel yang berkaitan dengan

tajuk kajian, iaitu hubungan etnik di negara Rusia, didapati bahawa tidak ada langsung yang
kajian yang mengkaji tentang sebab-sebab perpaduan kaum di negara Rusia. Terdapat
beberapa factor perpaduan kaum di Rusia. Antaranya ialah budaya, ekonomi dan hubungan
antara pelbagai kaum.

Kebudayaan di Rusia

Di Rusia, terdapat 160 kelompok etnik yang berbeza. Para penduduk di negara Rusia
mengamalkan budaya Ortodoks Slavik, Tatar dan Basykir. Dengan budaya muslim Turki,
kaum nomad Buryat dan Kalmyk yang beragama Buddha dan beberapa agama lain
menyumbang kepada kepelbagaian budaya di negara Rusia yang besar ini. Kepelbagaian
budaya ini menyumbang kepada perpaduan di negara ini berikutan sikap toleransi dan
persamaan antara kaum.

Antara kebudayaan di negara Rusia yang menyumbang kepada perpaduan kaum


ialah masakan. Masakan Rusia kebanyakannya menggunakan ikan, ayam, itik, cendawan,
beri dan madu. Selain itu, masakan Rusia yang popular dan unik yang terdiri daripada sup-
sup, penkek, dan hidangan makanan yang berdaging. Namun begitu, di Rusia, mereka tidak
mengamalkan sikap pembaziran di dalam pemakanan. Hal ini kerana, sifat pembaziran akan
menyinggung perasaan orang yang menghidangkan makanan itu kerana menganggap
bahawa makanan yang dimasaki mereka tidak cukup sedap dan menetapi cita rasa orang
yang memakannya.

Selain itu, sastera dan falsafah di negara Rusia merupakan salah satu factor
perpaduan kaum di Rusia. Sejak abad ke-18, perkembangan kesusasteraan di Rusia didorong
oleh karya-karya dari Mikhail Lomonosov dan Denis Fonvizin. Pada ketika ini, kesusasteraan
di Rusia dianggap sebagai antara yang paling maju dan paling berpengaruh kerana
menyumbangkan sebilangan besar karya-karya sastera yang termasyhur di dunia. Hal ini
kerana karya-karya kesusasteraan yang dihasilkan mampu memberi ketenangan serta
mempengaruhi jiwa pembaca dan orang yang mendengarnya.
Seterusnya, memberi cuti umum kepada kaum dan agama majority di negara
tersebut. Di Rusia terdapat tujuh cuti umum. Antaranya, Tahun Baru Rusia, Easter, Ahad
Triniti, Uraza Bayram (Aidilfitri) dan Kurban Bayram (Aidil Adha), Hari Kemenangan, Hari
Pembela Tanah Air, Hari Wanita Antarabangsa dan Hari Perpaduan. Di sini kita dapat lihat
sikap toleransi antara kaum yang diamalkan di negera Rusia agar rakyat di Rusia dapat
bersatu padu dan tidak rasa kerajaan Rusia bersifat pilih kasih atau berat sebelah bagi
menjaga semangat perpaduan diantara penduduk di Rusia.

Ekonomi di Rusia

Di Rusia, terdapat banyak gas semulajadi, minyak, arang batu dan logam. Selain itu,
Rusia juga kaya dalam pertanian. Ekonomi di negara Rusia telah mengalami perubahan yang
sangat ketara sejak hancurnya Kesatuan Soviet. Berikutan ini, ekonomi Rusia menjadi
ekonomi kesepuluh terbesar di dunia mengikut nilai ukuran dasar dan merupakan yang
keenam terbesar mengikut parity kuasa beli.

Factor pertama yang mempengaruhi ekonomi di negara Rusia ialah factor


pelancongan. Di Rusia, terdapat banyak tempat-tempat menarik yang dijadikan sebagai
tempat perlancongan seperti tempat-tempat bersejarah yang bangunannya terdiri daripada
monumen-monumen cantik yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Selain itu, kereta metro yang menjadi keunikan di dalam negara Rusia yang menjadi
salah satu penyumbang besar dalam perkembangan ekonomi. Kereta metro ini menjadi
kenderaan yang paling disukai oleh masyarakat Rusia. Kajian di Rusia menunjukkan bahawa
setiap hari, lebih dari 9 juta pengguna jalan raya menggunakan kenderaan model ini.
Sifat keterbukaan terhadap kepelbagaian kaum

Di Rusia terdapat lebih dari 160 etnik yang berbeza budaya dan agama. Namun
begitu, penduduk di Rusia mengamalkan serta memahami istilah “ Jiwa Rusia yang Luas”,
yang akhirnya membawa keharmonian kepelbagaian kaum di negara mereka. Istilah itu lahir
kerana orang Rusia sangat menghargai agama lain dan sangat ramah dalam menerima
budaya atau orang asing yang mereka kenal. Mereka juga mengamalkan sikap menghindari
berjabat tangan di khalayak ramai atau di depan pintu kerana mereka menganggap
bersalaman mampu menimbulkan perselisihan faham antara mereka yang lain.

Namun begitu, pada tahun 2009, beberapa serangan bom bunuh diri yang terjadi di
Bandar Federal Rusia yang dilakukan oleh etnik Kaukasus, terutama dari wilayah Kaukasus
Utara yang merupakan puak Wahabi yang diketuai oleh Said Buryati di Dagestan. Pada 20
Januari 2011, Vladimir Dzirinovsky telah menaikkan kemarahan etnik Kaukasus di dalam talk
show yang bertemakan masalah multietnik yang mengakibatkan kes bom bunuh diri ini
semakin parah dan mula mensasarkan para pelancong. Bagi meredakan kemarahan ini,
perdana menteri Rusia mengeluarkan kenyataan bahawa serangan bom bunuh diri ini tidak
ada kaitan dengan Republic Chechnya. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Rusia tidak
menyalahkan sesebuah etnik sepenuhnya jika sesuatu masalah yang berlaku berpunca
daripada perkauman dan cuba untuk melihat dari sudut pandangan dan kelemahan dalam
pemerintahan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai