Anda di halaman 1dari 249

Salam sejahtera,

Dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin berkembang dan


mula diaplikasikan dalam pelbagai sektor. Dari penggunaan komputer
bersaiz besar hingga kepada komputer bersaiz kecil, semuanya mengalami
perubahan yang agak ketara sejak kebelakangan ini.

Rakyat yang dulunya ‘fobia computer’ kini kebanyakannya sudah celik


komputer. Kawasan-kawasan pedalaman yang dahulunya tidak menerima
kemudahan internet sekarang sudah pun menikmati kemudahan yang sama
seperti mana penduduk di bandar. Perkembangan pembangunan perisian
sama ada dalam bentuk aplikasi multimedia ataupun sistem, kini semakin
menggalakkan dan telah banyak perisian-perisian tersebut dijual dipasaran.

Penguasaan perisian-perisian asas seperti Microsoft Office yang


mengandungi pakej perisian pemprosesan maklumat, hamparan elektronik,
persembahan dan pangkalan data sudah tidak diperkatakan lagi. Kebanyakan
pengguna komputer telah pun mempelajarinya semasa mengikuti kelas-kelas
literasi komputer. Tetapi sejauh manakah penguasaan mereka secara
menyeluruh? Apakah kemudahan-kemudahan tertentu yang mempunyai ciri-
ciri khas di dalam perisian tersebut diketahui fungsi dan kegunaannya ?

Pihak Microsoft Inc. sendiri mendedahkan bahawa terdapat berpuluh ribu


kemudahan tertentu yang mempunyai ciri-ciri khas tidak digunakan secara
maksima oleh pengguna komputer. Sebagai contohnya, di dalam perisian
Microsoft Excel terdapat kemudahan-kemudahan khas seperti penggunaan
macro, validation dan conditional formatting tidak digunakan secara
maksima.
Di dalam buku ini, didedahkan kepada pengguna komputer beberapa fungsi
untuk membantu mereka menguasai dan menyelesaikan beberapa masalah
yang berkaitan dengan matematik dan statistik. Di samping itu, langkah demi
langkah juga ditunjukkan tentang bagaimana untuk menghasilkan satu
aplikasi mudah dalam mengira markah peperiksaan atau ujian. Diharapkan
para pengguna juga dapat menghasilkan sesuatu yang berlainan semasa
menghasilkan aplikasi yang lain dengan menggunakan kemahiran dan
pengetahuan yang ada.

Diharap dengan adanya buku ini, para pengguna komputer akan dapat
menimba sedikit sebanyak ilmu untuk kegunaan harian mahupun dalam
pendidikan mereka.

Sekian.

Penulis:
Maizah Hura Ahmad
Ibrahim Ahmad (tajulashikin@gmail.com)
Baharuddin Aris (bbautm@gmail.com)

25 Oktober 2005
BAB 1
PENGENALAN KEPADA DATA DAN MICROSOFT
EXCEL
1.1 Pengenalan 1
1.2 Jenis-jenis Data 2
1.2.1 Data Kualitatif dan Data Kuantitatif 2
1.2.2 Skala Ukuran 3
1.3 Pengenalan Kepada Microsoft Excel 4
1.3.1 Installing Excel ke dalam Komputer 5
1.3.2 Excel Workbook dan Worksheet 7
1.3.3 Menyimpan Fail 8
1.3.4 Melakukan Pengiraan Berstatistik 8
1.3.5 Data Analysis/Analysis ToolPak 8
1.3.6 Toolbar function fx 9
1.4 Latihan Excel 9

BAB 2
PEMERIHALAN DATA SECARA GRAFIK

2.1 Pengenalan 23
2.2 Penjadualan Data Mentah Kuantitatif 23
 Taburan Frekuensi 23
2.3 Penggambaran Data 30
2.3.1 Penggambaran Data Kuantitatif 30
 Histogram 30
 Bentuk Histogram 39
 Simetri 39
 Terpencong ke kanan (terpencong positif) 41
 Terpencong ke kiri (terpencong negatif) 42
 Dwimod 43
 Poligon 44
 Ogif 52
 Graf Garis 59
2.3.2 Penggambaran Data Kualitatif 65
 Carta Palang 65
 Carta Pai 67

BAB 3
PEMERIHALAN DATA SECARA BERANGKA

3.1 Pengenalan 71
3.2 Sukatan Kecenderungan Memusat 72
 Min 72
 Median 75
 Mod 76
 Min, Median dan Mod : Sukatan Mana yang Lebih Baik? 76
3.3 Ukuran Kedudukan 78
 Persentil 78
 Kuartil 78
 Kepencongan 81
3.4 Ukuran Serakan 81
 Julat 81
 Varians dan sisihan piawai 82
BAB 4
HUBUNGAN ANTARA PEMBOLEHUBAH

4.1 Pengenalan 85
4.2 Gambarajah Serakan 86
 Hubungan Linear Positif 86
 Hubungan Linear Negatif 86
 Tiada Hubungan 87
4.3 Persamaan Bagi Garis Lurus Terbaik 92
4.4 Pekali Korelasi 95
 Pekali Korelasi Hasil Darab Momen Pearson

BAB 5
MEMBINA APLIKASI SISTEM PEMARKAHAN
MENGGUNAKAN EXCEL

5.1 Pengenalan 97
5.2 Menghasilkan sebuah aplikasi sistem pemarkahan yang mudah 98
5.3 Menghasilkan Formula Bagi Penentuan Gred Markah 108
5.4 Menghasilkan Analisa Pencapaian Keseluruhan Mata Pelajaran
Mengikut Gred 113

BAB 6
BERKENALAN DENGAN KEMUDAHAN MACRO
DALAM EXCEL

6.1 Pengenalan 119


6.2 Berkenalan Dengan Macro 120
6.3 Mengintegrasikan Macro Dengan Butang 123
6.4 Menghasilkan Macro Untuk Cetakan 130
6.5 Menukar Helaian Lain Menggunakan Macro 134
6.6 Mengubahsuai Tahap Keselamatan Macro 137

BAB 7
MENGGUNAKAN MACRO DAN KEMUDAHAN
CUSTOMIZE DALAM EXCEL

7.1 Pengenalan 139


7.2 Mengenali Kemudahan Dalam Cunstomize 140
7.3 Mengubah Nama Menu Menggunakan Kemudahan Customize 144
7.4 Menghasilkan Menu Baru Menggunakan Kemudahan Customize 147
7.5 Mengintegrasikan Macro Dengan Menu Yang Dihasilkan 152

BAB 8
MEMBANGUNKAN APLIKASI SISTEM
PEPERIKSAAN DENGAN KEMUDAHAN
CUSTOMIZE DAN MACRO

8.1 Pengenalan 161


8.2 Membina Menu Utama Bagi Aplikasi 162
8.3 Menghasilkan Capaian Ke Fail Lain 172
BAB 9
MEMBINA BORANG KEMASUKAN DATA
MARKAH DALAM HELAIAN UJIAN DAN
PEPERIKSAAN

9.1 Pengenalan 174


9.2 Membina Borang Kemasukan Markah Pelajar Bagi
Helaian Ujian 181
9.3 Membina Butang Susun, Simpan Dan Cetak 195
9.4 Menghasilkan Menu Bar Sendiri 200

BAB 10
MENGGUNAKAN KEMUDAHAN CONDITIONAL
FORMATTING DALAM EXCEL

10.1 Pengenalan 213


10.2 Mengenali Kemudahan Dalam Conditional Formatting 214
10.3 Memasukkan Formula Sebagai Syarat 224
10.4 Menggunakan Kemudahan Border dan Pattern Dalam
Pilihan Format Cell 229
10.5 Mencari Petak Sel Yang Mengandungi Conditional
Formatting 233

BAB 11
MENGGUNAKAN KEMUDAHAN LAIN DI DALAM
VALIDATION

11.1 Pengenalan 235


11.2 Mengenali Kemudahan Dalam Validation 236
11.3 Menggunakan Pilihan Whole Number 241
BAB 1

PENGENALAN KEPADA
DATA DAN MICROSOFT EXCEL

1.1 Pengenalan

Kita sering memerlukan data yang tertentu untuk menjalankan kerja


seharian. Data adalah maklumat, fakta atau perangkaan yang perlu dikumpul
mengikut kaedah-kaedah yang tertentu. Beberapa bilangan data yang telah
dikumpul akan membentuk set data. Contoh adalah set data yang terdiri
daripada nama-nama pelajar yang mengikuti sesuatu kursus, set data yang
terdiri daripada pendapatan tahunan pekerja di sesebuah kilang dan set data
yang terdiri daripada umur pelajar yang lulus ujian memandu.

Seringkali data yang dikumpulkan adalah sangat banyak. Oleh kerana itu,
sofwer komputer sangat diperlukan untuk memudahkan aktiviti
penganalisisan data. Oleh kerana penggunaan Microsoft Excel sangat meluas
dalam mana-mana organisasi, buku ini akan menunjukkan bagaimana
penganalisisan data dapat dilakukan dengan menggunakan Excel.
1.2 Jenis-jenis Data

Untuk tujuan penganalisisan, adalah sangat penting untuk memastikan jenis


data yang telah dikumpul. Sebelum itu takrif-takrif berikut adalah perlu:

Populasi adalah keseluruhan objek atau benda yang menjadi


perhatian atau tumpuan.

Sampel adalah satu kumpulan kecil atau subset kepada populasi.

Pembolehubah adalah suatu ciri populasi atau sampel yang dikaji


atau diselidiki. Sebagai contoh, markah dalam ujian matematik
adalah satu ciri peperiksaan matematik yang menjadi tumpuan
kepada seorang guru. Pelajar tidak kesemuanya mendapat markah
yang sama. Markah bagi pelajar berubah daripada seorang ke
seorang.

Data diperolehi apabila seseorang mengumpul ukuran atau sukatan bagi


setiap pembolehubah yang sedang dikaji. Ukuran atau sukatan bagi setiap
pembolehubah ini juga dipanggil pemerhatian.

1.2.1 Data Kualitatif dan Data Kuantitatif

Secara am, terdapat dua jenis data iaitu data kualitatif dan data kuantitatif.

Data kualitatif adalah data yang menyampaikan maklumat tidak berangka. Ia


menerangkan sifat data, contohnya nombor kad pengenalan pelajar, gred
yang diperolehi dalam suatu peperiksaan dan kelayakan akademik seseorang
pekerja. Kadangkala nilai berangka digunakan dalam data kualitatif, tetapi ia
bertujuan untuk menerangkan kedudukan atau sebagai perwakilan sahaja.

Data kuantitatif pula adalah data berangka yang diperolehi melalui


pengukuran. Ia boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu data kuantitatif diskrit
dan data kuantitatif selanjar. Data diskrit merupakan data berangka yang
mana nilai-nilainya adalah nombor bulat sahaja seperti bilangan murid yang
mendapat biasiswa dan bilangan guru yang mempunyai ijazah sarjana yang
mengajar di sesebuah sekolah yang tertentu. Data selanjar pula adalah data
berangka yang mana nilainya adalah dalam bentuk perpuluhan atau nisbah,

2
seperti contoh ketinggian pelajar dan keuntungan yang diperolehi oleh
sesebuah syarikat.

1.2.2 Skala Ukuran

Data diperolehi dengan menggunakan salah satu daripada skala ukuran


berikut: nominal, ordinal, selang dan nisbah.

Skala nominal dan skala ordinal adalah skala ukuran bagi data kualitatif:
 Skala ukuran adalah nominal apabila data hanya didefinasikan
mengikut kategori sahaja. Kategori ini mungkin diberikan label tak
berangka seperti warna, keturunan dan jenis perniagaan. Kategori
mungkin juga diberikan label seperti 01 untuk warna merah dan 02
untuk warna biru dan sebagainya. Tetapi nombor-nombor ini
hanyalah digunakan bagi tujuan pengenalpastian atau klasifikasi
sahaja.
 Skala ukuran adalah ordinal apabila data mempunyai ciri-ciri data
nominal tetapi boleh disusun mengikut urutan atau aturan yang
tertentu. Contohnya nama pelajar boleh disusun mengikut pencapaian
mereka dalam sesuatu ujian.

Selain daripada skala nominal dan ordinal, terdapat dua lagi jenis skala
ukuran bagi data kuantitatif iaitu skala selang dan skala nisbah.

 Skala ukuran adalah selang apabila data mempunyai ciri-ciri data


ordinal tetapi selang di antara data boleh dipastikan berdasarkan satu
ukuran unit yang tetap. Contoh adalah set data yang terdiri daripada
catatan suhu yang diukur dalam darjah,. Catatan suhu boleh disusun
daripada paling sejuk ke paling panas manakala selang di antara data
boleh dinyatakan dalam unit darjah. Dalam skala selang, nilai sifar, 0,
tidak bermakna tidak wujud atau tiada. Contohnya 0 tidak bemakna
tiada suhu.
 Skala ukuran adalah nisbah apabila data mempunyai ciri-ciri data
selang tetapi nisbah dua nilai membawa makna. Dalam kes ini, nilai 0
bermakna tidak wujud.

3
Rajah 1.1 mempamerkan klasifikasi data.

Data

Kuantitatif Kualitatif

Diskrit Selanjar

Nominal Ordinal Selang Nisbah Nominal Ordinal Selang Nisbah

Rajah 1.1 Klasifikasi Data

Satu perbezaan utama antara skala ukuran adalah operasi aritmetik seperti
tambah, tolak, darab dan bahagi boleh dilakukan ke atas data selang dan
nisbah sahaja. Bagi data kualitatif, kita hanya boleh mengira bilangan
pemerhatian atau mengira kadaran pemerhatian dalam setiap kategori.

1.3 Pengenalan Kepada Microsoft Excel

Untuk mengetahui sofwer Excel dengan lebih lanjut, dapatkan buku-buku


panduan yang terdapat dalam pasaran. Dalam bahagian ini, akan diberikan
maklumat yang ringkas tetapi mencukupi untuk membolehkan pembaca
melakukan penganalisisan data seperti yang dibincangkan dalam buku ini.

Pada akhir bahagian ini, disertakan dua latihan sebagai mengimbas kembali
penggunaan asas Excel dalam melakukan kerja seharian.

4
1.3.1 Installing Excel ke dalam Komputer

Dapatkan CD atau disket Microsoft Excel. Ikut arahan yang selalunya


mengiringi CD atau disket tersebut. Lazimnya apabila kita memasang
Microsoft Office, ini termasuklah Word, Excel dan Power Point.

Untuk mendapatkan skrin Excel, lakukan salah satu daripada yang berikut:

1. Sekiranya terdapat ikon Microsoft Excel pada desktop


anda, klik ikon tersebut dua kali.

2. Sekiranya tidak terdapat ikon tersebut pada desktop anda, klik Start
> Programs > Microsoft Excel.

Skrin Excel adalah seperti yang terpapar dalam Rajah 1.12. Skrin yang anda
perolehi mungkin berbeza sedikit, bergantung kepada versi Excel yang anda
gunakan.

Baris pertama adalah Title Bar. Di hujung kiri Title Bar terdapat nama
program iaitu, Microsoft Excel. Di hujung kanan pula terdapat tiga kota kecil
dengan fungsi berikut:

minimize –

restore –

close –

5
Rajah 1.2 Skrin Excel

Baris kedua adalah Menu Bar yang mengandungi arahan. Sekiranya klik
pada arahan tersebut, senarai arahan selainnya yang dipanggil drop-down
menus diperolehi.

Item pertama pada Menu Bar adalah File. Sekiranya anda klik File, anda
akan dapat arahan seperti New dan Open.

Baris ketiga adalah Toolbars. Toolbars mengandungi ikon bagi fungsi-fungsi


yang juga boleh diperolehi dari Menu Bar. Tujuan Toolbars adalah untuk
memudahkan pengguna mendapatkan arahan-arahan yang selalu digunakan.
Perhatikan ikon pertama pada Toolbars adalah New.

Baris kelima adalah Formula Bar. Ia akan mempamerkan kandungan yang


terdapat dalam sel yang aktif.

6
1.3.2 Excel Workbook dan Worksheet

Fail Excel dipanggil workbook. Dalam workbook terdapat worksheets.


Worksheet terdiri daripada baris dan lajur. Nombor digunakan untuk baris
manakala abjad untuk lajur. Setiap kotak kecil dinamakan sel. Sel pertama
adalah pada baris dan lajur pertama. Ia ditandakan A1. Sekiranya anda klik
pada ikon New pada Toolbars, anda akan dapat paparan seperti dalam Rajah
1.3.

Rajah 1.3 Excel Worksheet

Perhatikan sel A1 adalah aktif. Ini bermakna anda boleh menaip ke dalam sel
ini. Anda boleh aktifkan mana-mana sel dengan mengerakkan penunjuk
tetikus (berubah menjadi tanda tambah (+) yang besar) dan klik. Anda juga
boleh menggunakan butang-butang , ,  dan  yang terdapat pada papan
kekunci anda.

7
Perhatikan perkataan Ready di bawah skrin berubah menjadi Enter apabila
anda mula menaip. Ini bermakna selepas menaip, klik Enter. Di atas
perkataan ini terdapat Sheet 1, Sheet 2 dan Sheet 3. Anda boleh memilih
untuk menggunakan mana-mana worksheet dengan klikkan nama sheet
tersebut.

1.3.3 Menyimpan Fail

Untuk menyimpan fail, klik File > Save As ... Dalam Save in, pilih direktori
dan taipkan File name. Klik Save.

1.3.4 Melakukan Pengiraan Berstatistik


Terdapat beberapa cara untuk melakukan penganalisisan statistik. Dalam
buku ini kita akan menggunakan Data Analysis dan Toolbar function fx
seperti berikut:

1.3.5 Data Analysis/Analysis ToolPak


Analysis ToolPak terdiri daripada fungsi statistik. Analysis ToolPak boleh
diperolhi melalui Menu bar. Klik Tools > Data Analysis.
Sekiranya tiada Data Analysis, ia perlu dimasukkan terlebih dahulu.
Caranya, klik Add-Ins, dan pilih Analysis ToolPak. Sekiranya tiada, ia perlu
diinstall daripada Cd atau disket Excel atau Microsoft Office yang original.
Terdapat 20 item menu dalam Data Analysis.

8
1.3.6 Toolbar function fx
Function fx terdapat pada Formula Bar. Jika butang ini diklik, dua drop-
down menu akan diperolehi : Select a Category dan Select a Function. Anda
boleh memilih untuk melakukan berbagai jenis pengiraan.

1.4 Latihan Excel


Latihan 1: Mengasingkan (Sorting) Data
Katalah pada hari pertama persekolahan, seorang guru telah mencatatkan
butiran seperti dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1 Senarai Nama Pelajar

Bil. Nama Pelajar


1. Siti Zainab binti Ali
2. Alex Chong
3. Chandra Subramaniam
4. Bill Sam
5. Abu Bakar bin Said
6. Juhanis Alias
7. Arina binti Sidek
8. Mohd Nasi bin Mohd Mahmud
9. Nordin bin Abu
10. Khatijah binti Abu Samah

Untuk menyenaraikan nama dalam Excel, gunakan tetikus (mouse) atau


butang anak panah untuk memilih di mana anda mahu mula memasukkan
data. Data boleh terdiri daripada perkataan atau nombor. Setiap segiempat
tepat dinamakan sel dan secara keseluruhan ia dinamakan lembaran
(spreadsheet).

Anda boleh format data dengan terlebih dahulu memilih sel yang hendak
diformat. Klik Format pada Standard Bar dan pilih di antara yang berikut:

 Number – Menentukan kategori nombor seperti contoh $ akan


digunakan jika data adalah mengenai kewangan.

9
 Alignment – Menentukan cara data disusun dalam sel.
 Font – Menentukan penulisan teks dalam sel
 Border – Menentukan jenis sempadan yang mengelilingi sel.
 Patterns – Menentukan warna dan corak dalam sel.
 Protection – Memastikan data dalam sel tidak boleh diubah. Untuk
tujuan ini, Protection untuk lembaran perlu dibuat terlebih dahulu
dengan memilihnya pada Standard Bar.

Format

Rajah 1.4

Taipkan butiran dalam Jadual 1.2 ke dalam Excel seperti berikut:

10
Rajah 1.5

Untuk senarai bilangan, taipkan 1 dan 2, dan gunakan fill handle. Aktifkan
sel A2 dan A3. Fill handle adalah kotak hitam yang mengelilingi sel A2 dan
A3. Dapatkan penunjuk di hujung-bawah kanan fill handle dan tarik ke sel
A11.
Fill handle

Rajah 1.6

11
Hasilnya seperti dalam Jadual 1.7.

Rajah 1.7

Data adalah lebih mudah digunakan jika disusun mengikut urutan yang
tertentu. Menyusun data mengikut urutan tertentu boleh dibuat dengan
menggunakan berikut:

 Sort Ascending – Digunakan untuk menyusun nilai berangka daripada


terkecil hingga ke nilai berangka terbesar; menyusun mengikut tarik
terawal hingga ke tarikh terkini; menyusun mengikut abjad daripada
A ke Z, atau

 Sort Descending – Digunakan untuk menyusun nilai berangka


daripada terbesar hingga ke nilai berangka terkecil; menyusun
mengikut tarik terakhir hingga ke tarikh terawal; menyusun mengikut
abjad daripada Z ke A.

Sort Ascending Sort Descending

Rajah 1.8

12
Untuk menyenaraikan nama mengikut abjad daripada A ke Z untuk data
dalam Jadual 1.2, aktifkan sel B2-B11, dan klik Sort Ascending.

Rajah 1.9

Pilih Continue with the current selection supaya hanya nama-nama dalam sel
B2-B11 sahaja disusun.

Seterusnya aktifkan kesemua sel A1-B11 dan gunakan Borders untuk


mendapatkan sempadan yang dikehendaki.

Borders

Rajah 1.10

13
Katalah nombor kad pengenalan pelajar juga dicatat seperti dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2 Senarai Nama dan No. Kad Pengenalan Pelajar

Bil. Nama Pelajar No. Kad Pengenalan


1. Siti Zainab binti Ali 841201012234
2. Alex Chong 840219081221
3. Chandra Subramaniam 840505056677
4. Bill Sam 840903027172
5. Abu Bakar bin Said 841117715454
6. Juhanis Alias 841026025094
7. Arina binti Sidek 840912055939
8. Mohd Nasi bin Mohd Mahmud 840508062534
9. Nordin bin Abu 841008011234
10. Khatijah binti Abu Samah 841201012233

Taipkan kesemua data ke dalam sel seperti dalam Rajah 1.11.

Rajah 1.11

Aktifkan Sel B1 – C11. Klik Data dan pilih Sort by dan klik My list has
header row.

14
Rajah 1.12

Klik OK untuk mendapat hasil seperti dalam Rajah 1.13.

Rajah 1.13

15
Latihan 2 : Melakukan Operasi Aritmetik: Tambah, Tolak, Darab
dan Bahagi dengan Menggunakan Excel

Katalah pada awal tahun persekolahan, seorang guru telah mengambil


pesanan pembelian buku-buku pengukuhan dari pelajar kelas Arif dan
Bestari seperti dalam Jadual 1.3.

Jadual 1.3 Pesanan Buku Pengukuhan

Buku Bilangan Pesanan Harga Senaskah


Kelas Arif - 17
Bahasa Melayu RM 16.90
Kelas Bestari - 17
Kelas Arif - 20
Bahasa Inggeris RM 17.20
Kelas Bestari - 19
Kelas Arif - 22
Matematik RM 18.80
Kelas Bestari - 20
Kelas Arif - 17
Sains RM 18.50
Kelas Bestari - 17

Guru tersebut ingin


i. Mendapatkan jumlah wang yang dikumpul dari setiap kelas.
ii. Mendapatkan jumlah wang yang dikumpul untuk setiap buku.
iii. Mendapatkan pembezaan jumlah wang yang dikumpul diantara
kelas Arif dan Bestari.

Untuk tujuan ini, taipkan data seperti berikut:

Rajah 1.14

16
1. Sebelum menaip data ke dalam sel C, masukkan simbol RM dalam
sel tersebut. Caranya, aktifkan keseluruhan sel C, klik Format > Cells
> Custom dan pilih format 0.00

Rajah 1.15

2. Kemudian taipkan “RM” di hadapan format data yang dipilih.

Rajah 1.16

17
3. Klik OK dan taipkan harga (tidak perlu taip RM kerana sel ini telah
diformatkan) ke dalam sel C3-C6. Gunakan Fill Handle untuk
mengisi sel C11-C14.

Rajah 1.17

4. Dalam Excel, operasi-operasi ditandakan seperti berikut:

Tambah : +
Tolak : 
Darab : *
Bahagi : /

5. Untuk mendapatkan jumlah kutipan setiap buku bagi setiap kelas,


taipkan operasi ke dalam sel lajur D seperti dalam Rajah 1.18.
Sekiranya anda menggunakan Fill Handle, anda hanya perlu taip
formula dalam sel D3 dan D11 sahaja.

18
Rajah 1.18

6. Klik Enter akan menghasilkan paparan berikut:

Rajah 1.19

7. Aktifkan sel D7. Dengan menaip =D3+D4+D5+D6 dalam Formula


Bar dan klik Enter akan menghasilkan jumlah kutipan daripada kelas
Arif.

19
8. Jumlah ini juga boleh diperolehi dengan menggunakan ikon AutoSum
(  ) pada Standard Bar. Caranya adalah aktifkan sel D7 dan klik
ikon AutoSum (  ) sebanyak dua kali. Begitu juga dengan
mengaktifkan sel D15 dan klik ikon () sebanyak dua kali akan
menghasilkan jumlah kutipan daripada kelas Bestari. Hasilnya dapat
dilihat dalam Rajah 1.20.

Rajah 1.20

9. Untuk mendapatkan perbezaan di antara kutipan kelas Arif dan


Bestari, aktifkan sel yang dipilih untuk mengandungi nilai perbezaan
ini. Contohnya sel D18. Dalam Formula Bar, taip =D7D15 dan klik
Enter.

20
Rajah 1.21

10. Aktifkan sel C18 dan taip Perbezaan Kutipan untuk mendapatkan
paparan seperti dalam Rajah 1.22.

Rajah 1.22

21
22
BAB 2

PEMERIHALAN DATA SECARA GRAFIK

2.1 Pengenalan

Data yang dicatat secara rawak dan tidak mengikut aturan yang tertentu
dinamakan data mentah. Data mentah yang banyak perlu diringkaskan
supaya maklumat yang terkandung dalam data tersebut dapat digunakan
dengan lebih mudah dan ciri-ciri utama data dapat di terangkan.

Set data boleh diringkaskan dengan menggunakan jadual, carta dan graf.

2.2 Penjadualan Data Mentah Kuantitatif

Taburan Frekuensi

Jadual taburan frekuensi atau kekerapan adalah cara yang mudah untuk
meringkaskan data mentah. Setelah mengenalpasti nilai-nilai yang mungkin
dalam sesuatu set data, langkah yang seterusnya adalah mengira frekuensi
atau kekerapan berlakunya sesuatu nilai.

23
Contoh 1: Pertimbangkan markah kuiz yang diperolehi oleh 20 orang
pelajar seperti berikut:

4, 6, 5, 7, 8, 10, 9, 4, 7, 8, 4, 6, 5, 6, 8, 9, 9, 4, 8, 10

Perhatikan markah paling rendah adalah 4 manakala yang paling tinggi


adalah 10. Untuk membina jadual frekuensi menggunakan Microsoft Excel,
taipkan data ke dalam satu lajur dan sediakan jadual taburan frekuensi seperti
berikut:

Rajah 2.1

Untuk mengira kekerapan setiap markah, kita akan menggunakan fungsi


countif. Aktifkan sel D3 dan taip =countif($A$2:$A$21,C3). Klik Enter dan
lengkapkan sel D4-D9 dengan menggunakan Fill Handle.

24
Hasilnya adalah seperti berikut:

Rajah 2.2

Walaubagaimanapun, penjadualan dengan menyenaraikan setiap nilai yang


berbeza itu satu persatu menjadi semakin rumit dan agak membosankan
teutama sekali apabila saiz data yang dikumpul sangat besar. Oleh itu, untuk
memudahkan proses penjadualan data, data mentah ini perlu dikelaskan
terlebih dahulu untuk mendapatkan data terkumpul. Setiap kelas terdiri
daripada selang-selang nilai. Bilangan kelas dan lebar kelas yang digunakan
bergantung kepada jumlah data. Jika terlalu banyak atau sedikit kelas
digunakan maka corak taburan data sukar diperolehi. Jadual 2.1 memberi
panduan tentang bilangan kelas berdasarkan bilangan data.

Jadual 2.1

Bilangan Data Bilangan Kelas


Kurang daripada 50 5 hingga 7
50 hingga 200 7 hingga 10
200 hingga 500 10 hingga 11
500 hingga 1 000 11 hingga 12
1 000 hingga 5 000 12 hingga 13
5 000 hingga 50 000 13 hingga 17
Lebih daripada 50 000 17 hingga 20

Untuk tujuan pembinaan taburan frekuensi bagi data terkumpul, takrif-takrif


berikut diperlukan:

25
 Had kelas – Data akan dikumpulkan ke dalam selang kelas yang
tertentu. Nilai-nilai hujung bagi setiap kelas dinamakan adalah had
kelas. Had bawah kelas adalah nilai hujung yang lebih kecil manakala
had atas kelas adalah nilai hujung yang lebih besar.
Contoh: Bagi selang kelas 11–20, 11 adalah had bawah manakala 20
adalah had atas bagi kelas tersebut. Kelas ini akan mengandungi data
yang bernilai 11 hingga 20.

 Sempadan kelas – Titik tengah di antara had bawah/atas dan had


atas/bawah bagi dua kelas yang bersebelahan. Terdapat sempadan
bawah dan sempadan atas kelas.
Contoh: Katalah terdapat 3 kelas seperti berikut: 1120, 2130, dan
2130.
Kelas kedua mempunyai sempadan bawah kelas bernilai 20.5 dan
sempadan atas kelas 30.5.

 Lebar kelas – Bezantara sempadan atas dan sempadan bawah


sesuatu kelas.
Contoh: Bagi kelas 2130 dengan sempadan bawah kelas bernilai
20.5 dan sempadan atas kelas 30.5, lebar kelas adalah 30.520.5 =
10. Ini bermakna kelas ini mengandungi data yang mempunyai salah
satu daripada 10 nilai yang terdiri daripada 21 hingga 30.

 Tanda kelas – Titik tengah sesuatu kelas, iaitu, titik tengah di antara
had atas dan had bawah sesuatu kelas.
Contoh: Bagi kelas 2130, titik tengah kelas ini adalah
21  30
 25 .5 .
2

Untuk membina taburan frekuensi, tentukan bilangan kelas terlebih dahulu.


Selepas itu, bina kelas yang pertama. Seringkali nilai yang terkecil dalam set
data dipilih menjadi had bawah bagi kelas yang pertama. Lebar kelas pula
boleh ditentukan seperti berikut:

Nilai terbesar dalam set data - Nilai terkecil dalam set data
Lebar kelas =
Bilangan kelas

Catatan: Untuk memudahkan pengiraan, nilai dibundarkan.

26
Setelah mengenalpasti kelas, langkah seterusnya adalah mengira bilangan
atau frekuensi data yang termasuk ke dalam setiap kelas tersebut.

Contoh 2: Data mentah dalam Jadual 2.2 berikut adalah markah yang
diperolehi oleh 50 orang pelajar dalam satu peperiksaan.

Jadual 2.2

78 74 67 74 68 71 67 76 78 86
79 79 76 86 64 82 74 92 73 57
78 80 80 92 73 66 83 79 51 90
91 79 61 55 71 69 57 75 77 88
86 96 89 74 81 86 83 98 84 79

Untuk membentuk taburan frekuensi dengan menggunakan Excel,


(1) Anggarkan berapa selang yang hendak dibina berasaskan jumlah
data yang ada.
(2) Tentukan lebar selang, contohnya bagi data di atas:

Selang Kelas
(Markah)
50 – 54
55 – 59
60 – 64
65 – 69
70 – 74
75 – 79
80 – 84
85 – 89
90 – 94
95 – 99

Pilih satu lajur dan taip semua data mentah ke dalam Excel. Pilih satu lagi
lajur dan taip Had Atas Kelas seperti dalam Rajah 2.3.

27
Rajah 2.3

Seperti dalam Rajah 2.3, frekuensi bagi setiap kelas akan dicatatkan dalam
lajur D.

Untuk tujuan itu, aktifkan sel D2-D11 dan taipkan formula berikut :

=frequency(A2:A51,C2:C11)

28
Rajah 2.4

Seterusnya, klik Control-Shift-Enter untuk mendapat paparan berikut:

Rajah 2.5

Daripada paparan dalam Rajah 2.5, kita dapati 1 orang pelajar mendapat
markah di antara 50 hingga 54, 3 orang pelajar mendapat markah di antara
55 hingga 59, dan begitulah seterusnya.

Tujuan membina jadual frekuensi adalah adalah untuk mendapatkan corak


taburan data secara keseluruhan. Oleh itu, adalah penting bilangan kelas
tidak terlalu sedikit atau terlalu banyak. Biasanya bilangan kelas adalah di
antara 5 hingga 20, bergantung kepada julat data (bezantara nilai terbesar dan
terkecil) dan bilangan data mentah.

29
Nilai had atas bagi setiap kelas mestilah jelas supaya setiap data dapat
dipastikan kelasnya. Dalam kata lain, tiada berlaku pertindihan kelas. Oleh
kerana itu, pastikan samada data adalah diskrit, selanjar atau telah
dibundarkan. Sebagai contoh, bagi taburan frekuensi dalam Rajah 2.5, data
yang termasuk dalam kelas kedua iaitu, 55-59 adalah data yang mempunyai
nilai di antara 54.5 dan 59.5. 54.5 adalah sempadan bawah manakala 59.5
adalah sempadan atas bagi kelas 55-59.

2.3 Penggambaran Data

Taburan frekuensi adalah salah satu cara untuk meringkaskan data.


Selalunya, data juga akan dipersembahkan secara grafik. Penggambaran
secara grafik dapat mempamerkan secara sekilas pandang sifat-sifat utama
yang wujud pada data. Ia juga dapat digunakan untuk membeza atau
membandingkan beberapa taburan data.

2.3.1 Penggambaran Data Kuantitatif

Bagi data kuantitatif, persembahan data secara grafik selalunya dilakukan


dengan menggunakan graf/carta garis, histogram, poligon dan ogif. Carta
palang dan carta pai juga boleh digunakan tetapi kedua-dua carta ini akan
dihuraikan dalam bahagian penggambaran data kualitatif.

Histogram

 Data dikumpulkan ke dalam beberapa kelas dan frekuensi bagi setiap


kelas dikira. Dalam kata lain, taburan frekuensi dibina terlebih
dahulu.
 Selang dibina dan tinggi palang bagi setiap selang menunjukkan
jumlah frekuensi bagi selang tersebut. Tinggi palang boleh juga
diwakili oleh frekuensi relatif atau peratusan.
 Biasanya histogram mempunyai bentuk: simetri, terpencong ke kanan
(terpencong positif), terpencong ke kiri (terpencong negatif) dan
dwimod.

30
Contoh 3: Berikut adalah markah kuiz yang diperolehi oleh 20 orang
pelajar: 4, 6, 5, 7, 8, 10, 9, 4, 7, 8, 4, 6, 5, 6, 8, 9, 9, 4, 8, 10.

Untuk melukis histogram bagi data tersebut, taipkan data dalam lajur A
seperti dalam rajah berikut. Taipkan juga satu lajur dengan judul Bin (Lajur
C). Lajur C terdiri daripada markah-markah yang diperolehi oleh pelajar.
Perhatikan nilai markah pelajar adalah 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 10. Nilai-nilai ini
mestilah disusun mengikut urutan menaik.

Rajah 2.13

Microsoft Excel akan mengira bilangan data di antara nombor Bin tertentu
dengan nombor Bin bersebelahan yang lebih tinggi nilainya, sekiranya ada.
Sesuatu nilai diletakkan di dalam sesuatu Bin yang tertentu jika nilainya
sama atau kurang dengan nombor Bin tetapi lebih daripada nombor Bin
bersebelahan yang lebih rendah.

Setelah menaip data seperti dalam Rajah 2.13, lakukan berikut (lihat Rajah
2.14):
1. Pada Standard Bar, klik Tools > Data Analysis > Histogram.
2. Pada Input range : Highlight sel A2-A21 atau taip $A$2:$A$21.

31
3. Pada Bin range : Highlight sel C2-C8 atau taip $C$2:$C$8.
Sekiranya diabaikan tanpa menaip apa-apa dalam ruang ini, Excel
akan isi ruang ini secara otomatik.
4. Klik labels (jika ada judul dalam sel pertama), chart output (untuk
carta histogram) dan output option (menentukan di mana hendak
diletakkan histogram, samada pada lembaran yang sama dengan data
atau pada lembaran yang baru).

Rajah 2.14

5. Klik OK. Kita akan dapat paparan berikut:

32
Rajah 2.15

Frequency adalah kekerapan markah. Kita perlu edit output carta untuk
supaya ia berada dalam format yang dikehendaki.

Dalam histogram, palang-palang adalah bersebelahan, tanpa ruang di


antaranya. Untuk merapatkan palang-palang, klik tangan-kanan pada mana-
mana selang dan pilih Format Data Series. Klik Options dan dalam Gap
width, taip 0. Klik OK dan hasilnya adalah:

33
Rajah 2.16

Bagi contoh di atas, andaikan kita tidak menetapkan bin. Lakukan seperti
contoh di atas. Tetapi pada Bin range, kosongkan ruang. Paparan seperti
dalam Rajah 2.17 akan diperolehi.

Rajah 2.17

34
Microsoft Excel akan membina bin yang tertabur secara seragam di antara
nilai minima dan nilai maksima dalam data seperti dalam Rajah 2.18.

Rajah 2.18

Lakukan langkah-langkah seperti di atas untuk merapatkan palang-palang


histogram.

35
Contoh 4: Seterusnya, kita akan melukis histogram untuk jadual yang
telah dikumpulkan seperti dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3

Selang Kelas Frekuensi


(Markah)
50 – 54 1
55 – 59 3
60 – 64 2
65 – 69 5
70 – 74 8
75 – 79 12
80 – 84 7
85 – 89 6
90 – 94 4
95 – 99 2

Untuk contoh ini, kita akan menggunakan Chart Wizard.

Chart wizard

Sebagai langkah pertama, taip data ke dalam Excel seperti berikut:

36
Rajah 2.19

Highlight sel A2-B11, klik ikon Chart Wizard, pilih Column – Clustered
Column.

Rajah 2.20

Klik Next. Dalam ruang Data Range, “highlight” sel yang mengandungi
kesemua data. Data telah disusun dalam lajur. Oleh itu dalam ruang Series in,
pilih column seperti berikut:

37
Rajah 2.21

Klik Next sekiranya ingin memasukkan judul dalam carta. Jika tidak klik
Finish.

Klik Finish akan menghasilkan paparan berikut:

Rajah 2.22

38
Seterusnya, rapatkan palang-palang dengan klik tangan-kanan pada mana-
mana selang dan pilih Format Data Series. Klik Options dan dalam Gap
width, taip 0. Klik OK dan hasilnya adalah:

Rajah 2.23

Bentuk Histogram
Tujuan melukis histogram adalah untuk mendapatkan maklumat. Bentuk
histogram adalah berdasarkan ciri-ciri berikut:

Simetri
Histogram dikatakan mempunyai bentuk simetri sekiranya, apabila satu
garislurus dilukis di tengah-tengah histogram, bahagian kiri dan kanan
histogram tersebut mempunyai bentuk dan saiz yang sama. Rajah 2.24
mempamerkan tiga histogram yang berbentuk simetri.

39
12

10

0
10-14 15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49 50-54 55-59 60-64

40

35

30

25

20

15
10

0
10-14 15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49 50-54 55-59 60-64

40
45
40
35
30
25
20
15
10
5
0
10-14 15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49 50-54 55-59 60-64

Rajah 2.24

Terpencong ke kanan (terpencong positif)

Histogram yang terpencong ke kanan adalah seperti dalam Rajah 2.25. Set
data ini seolah-olah mempunyai “ekor” di sebelah kanan. Set data yang
terdiri daripada pendapatan pekerja di sebuah kilang adalah satu contoh set
data yang mempunyai bentuk sebegini. Ini adalah kerana bilangan operator
kilang selalunya lebih ramai daripada pegawai-pegawai eksekutif kilang
yang mempunyai pendapatan yang lebih tingggi.

41
120

100

80

60

40

20

0
10-14 15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49

Rajah 2.25

Terpencong ke kiri (terpencong negatif)

Histogram yang terpencong ke kiri adalah seperti dalam Rajah 2.26. Set data
ini seolah-olah mempunyai “ekor” di sebelah kiri. Set data yang terdiri
daripada masa yang diambil untuk menghantar tugasan. Pelajar lazimnya
tidak menghantar tugasan mereka awal. Andaikan mereka diberi tempoh satu
minggu. Mereka lebih cenderung menghantar pada saat akhir supaya mereka
sempat membuat pindaan terakhir sekiranya perlu.

42
120

100

80

60

40

20

0
10-14 15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49

Rajah 2.26

Dwimod

Histogram dikatakan dwimod sekiranya ia mempunyai dua “puncak”.


Dengan kata lain, ia mempunyai dua nilai yang mempunyai frekuensi
tertinggi dibandingkan dengan nilai-nilai lain seperti dalam Rajah 2.27.
Frekuensi bagi kedua-dua nilai ini adalah tidak semestinya sama.

45
40
35
30
25
20
15
10
5
0
10-14 15-19 20-24 25-29 30-34 35-39 40-44 45-49 50-54 55-59 60-64

Rajah 2.27

43
Poligon

 Poligon sering digunakan untuk menggantikan histogram, terutama


sekali apabila ingin membuat perbandingan di antara dua taburan
dalam satu gambarajah yang sama. Ini adalah kerana apabila dua
histogram diletakkan dalam satu gambarajah, pertindihan akan
berlaku. Agak sukar untuk mendapatkan maklumat jika dua
histogram dilukis dalam satu rajah yang sama.
 Poligon dilukis dengan menghubungkan titik tengah (atau tanda kelas
setiap selang kelas) pada puncak setiap palang dalam histogram
dengan menggunakan garis lurus.

Contoh 6: Untuk melukis poligon menggunakan data dalam Jadual 2.3,


taipkan tanda kelas bagi setiap selang seperti dalam Rajah 2.28. Kita juga
perlu masukkan dua lagi kelas, satu di setiap hujung dengan frekuensi sifar,
0.

1. Setelah menaipkan data, highlight sel B2-C13, klik ikon Chart


Wizard, pilih XY (Scatter )- Scatter with data points connected by
lines.

Rajah 2.28

44
2. Klik Next. Dalam ruang Data Range, “highlight” sel yang
mengandungi kesemua data (B2C13). Data telah disusun dalam
lajur. Oleh itu dalam ruang Series in, pilih column untuk mendapat
paparan seperti dalam Rajah 2.29.

Rajah 2.29

3. Pada Source Data, klik Series sekiranya ingin menamakan garis titik-
titik tersebut. Jika tidak klik Finish.

4. Klik Series akan menghasilkan paparan berikut:

45
Rajah 2.30

5. Dalam ruang Name, taipkan nama series. Sebagai contoh, Nama


Pelajar seperti dalam Rajah 2.31.

Rajah 2.31

46
6. Klik Next sekiranya ingin memasukkan judul dalam carta. Jika tidak
klik Finish.

7. Klik Next akan menghasilkan paparan berikut:

Rajah 2.32

8. Pada Chart Options, klik Titles. Dalam Chart Title, taip judul untuk
carta. Sebagai contoh, Pencapaian Pelajar.

9. Dalam Value (X) Axis, taip judul pembolehubah tak bersandar.


Sebagai contoh, Markah.

10. Dalam Value (Y) Axis, taip judul pembolehubah bersandar. Sebagai
contoh, Bilangan Pelajar.

11. Pada Chart Options, anda seterusnya boleh pilih di antara yang
berikut:
 Axes – Menentukan nilai yang akan dipamerkan pada paksi-x
dan paksi-y.
 Gridlines– Menentukan samada hendak mempamerkan garis
grid atau tidak .
 Legend– Menentukan samada hendak mempamerkan nama
garis yang menyambungkan titik-titik tersebut.

47
 Data Labels – Menentukan samada hendak mempamerkan
nama data yang diplot.

12. Klik Next dan pilih samada carta hendak diletakkan dalam lembaran
baru atau sebagai objek dalam lembaran asal. Kemudian klik Finish.

Rajah 2.33

13. Anda boleh menentukan sendiri nilai-nilai pada paksi-x dan paksi-y
dengan klik dua kali pada paksi yang berkenaan.

14. Sebagai contoh, dengan klik dua kali pada paksi-x seperti dalam
Rajah 2.34, perubahan dalam skala pakxi-x dapat dibuat seperti dalam
Rajah 2.35.

48
Rajah 2.34

Rajah 2.35

15. Seterusnya klik OK untuk mendapatkan poligon seperti berikut:

49
Rajah 2.36

Contoh 7: Katalah markah yang terkumpul dalam Jadual 2.3 adalah


markah 50 pelajar dalam peperiksaan matematik. Pada pertengahan tahun,
pelajar tersebut telah diajar menggunakan komputer untuk menyelesaikan
masalah matematik. Mereka telah mengambil peperiksaan kedua dengan
markah seperti yang tercatat dalam lajur ketiga Jadual 2.4.

Jadual 2.4
Selang Kelas Frekuensi Frekuensi
(Markah) (Tanpa Komputer) (Menggunakan
Komputer)
50 – 54 1 1
55 – 59 3 1
60 – 64 2 1
65 – 69 5 4
70 – 74 8 6
75 – 79 12 14
80 – 84 7 5
85 – 89 6 3
90 – 94 4 11
95 – 99 2 4

50
Untuk membandingkan pencapaian pelajar tersebut, kita akan melakarkan
poligon.

Mula-mula taipkan data seperti dalam Rajah 2.37.

Rajah 2.37

Lakukan kesemua langkah-langkah seperti dalam Contoh 6. Dalam ruang


Data Range, “highlight” sel yang mengandungi kesemua data (B2D13).
Kedua-dua poligon telah dilakarkan dalam Rajah 2.38.

Rajah 2.38

51
Kesimpulan yang mungkin boleh dibuat adalah: Sebelum komputer
digunakan, terdapat satu markah sahaja dengan frekuensi tertinggi. Selepas
komputer digunakan, mungkin terdapat pelajar yang lebih memahami
konsep matematik yang hendak disampaikan sehingga mewujudkan data
yang dwimod. Maklumat ini mungkin tidak dapat dilihat dengan mudah
sekiranya kita melukis histogram.

Ogif

 Ogif adalah graf kekerapan longgokan. Ia memberikan jumlah


bilangan data yang mempunyai nilai lebih daripada atau kurang
daripada sesuatu sempadan kelas.
 Untuk membina ogif kurang daripada, plotkan sempadan kelas
bermula dengan sempadan bawah kelas pertama sehingga sempadan
atas kelas terakhir pada paksi-x dan frekuensi relatif longgokan atau
peratusan longgokan pada paksi-y. Titik ditandakan di atas setiap
sempadan kelas pada ketinggian yang berpadanan dengan frekuensi
relatif longgokan atau peratusan longgokan. Ogif diperolehi dengan
menghubungkan titik-titik tersebut dengan garis lurus.

Contoh 8: Untuk membina ogif kurang daripada bagi data dalam Jadual
2.3, taipkan sempadan kelas seperti dalam Rajah 2.39. Kita juga perlu
masukkan sempadan atas kelas sebelum kelas pertama dengan frekuensi
sifar, 0. Sediakan lajur frekuensi longgokan dan masukkan nilai pertama,
iaitu, 0.

Rajah 2.39

52
Aktifkan sel D3 dan taip =C3+D2. Lemgkapkan sel D4-D12 dengan
menggunakan Fill Handle. Anda akan dapat paparan seperti berikut:

Rajah 2.40

Seterusnya, kirakan peratusan longgokan. Aktifkan sel E2 dan taip


=(D2/50)*100. Setiap nilai frekunsi longgokan dibahagikan dengan 50
kerana jumlah kekerapan adalah 50. Lengkapkan sel E3-E12 dengan
menggunakan Fill Handle. Jika perlu, ubahsuai bilangan tempat perpuluhan
bagi data dalam sel E3-E12 dengan menggunakan ikon Increase Decimal
dan Decrease Decimal.

53
Jika kita hendak peratusan dalam satu tempat perpuluhan, hasilnya adalah
seperti berikut:

Rajah 2.41

Untuk mengubah-suai format sel E2-E12, klik Format > Cells > Custom dan
pilih 0.0. Seterusnya taip “%” di sebelah format data yang dipilih.

Rajah 2.42

54
Klik OK . Hasilnya adalah seperti berikut:

Rajah 2.43

Seterusnya untuk melukis ogif kurang daripada, klik ikon Chart Wizard,
pilih XY (Scatter )- Scatter with data points connected by lines.

Highlight sel B2-C13, klik ikon Chart Wizard, pilih XY (Scatter )- Scatter
with data points connected by lines dan klik Next.

Dalam Data Range, highlight E2 hingga E12 dan klik Series in columns.

55
Rajah 2.44

Klik Series untuk memasukkan nilai x. Pada X Values, highlight sel B2


hingga B12.

Seterusnya, dengan klik Finish, paparan berikut diperolehi:

Rajah 2.45

56
Untuk mengubah nilai pada paksi-x, klik tangan kanan pada hujung paksi-x
dan pilih Format Axis.

Rajah 2.46

Klik Scale dan taip berikut:


Minimum: 44.5
Maximum: 104.5
Major Unit : 5

57
Rajah 2.47

Klik OK dan anda akan mendapat paparan seperti berikut:

Rajah 2.48

Graf Garis

58
Digunakan untuk menunjukkan pergerakan atau perubahan dalam sesuatu
masa yang tertentu.

Jadual 2.5 adalah senarai purata harga rumah teres 2-tingkat yang dibina oleh
satu pemaju di sebuah kawasan perumahan bagi tempoh 10 tahun. Kita akan
menggunakan data dalam jadual ini untuk melukis carta garis. Untuk
menghasilkan carta garis, kita akan gunakan Microsoft Excel Chart Wizard.

Jadual 2.5

Tahun Purata Harga Rumah Teres 2-Tingkat


1990 RM130 000
1991 RM132 000
1992 RM135 000
1993 RM150 000
1994 RM155 000
1995 RM160 000
1996 RM130 000
1997 RM145 000
1998 RM165 000
1999 RM170 000

Taip data ke dalam Jadual 2.5 ke dalam Excel.

Rajah 2.49

59
Highlight sel A2-B11, klik ikon Chart Wizard, pilih XY (Scatter )- Scatter
with data points connected by lines.

Rajah 2.50

Klik Next. Dalam ruang Data Range, “highlight” sel yang mengandungi
kesemua data. Data telah disusun dalam lajur. Oleh itu dalam ruang Series in,
pilih column seperti berikut:

60
Rajah 2.51

Klik Next sekiranya ingin memasukkan judul dalam carta. Jika tidak klik
Finish.

Klik Next akan menghasilkan paparan berikut:

Rajah 2.52

61
Dalam Chart Title, taip judul untuk carta. Sebagai contoh, Purata Harga
Rumah Teres 1990-1999.

Dalam Value (X) Axis, taip judul pembolehubah tak bersandar. Sebagai
contoh, Tahun.

Dalam Value (Y) Axis, taip judul pembolehubah bersandar. Sebagai contoh,
Purata Harga.

Klik Next dan pilih samada carta hendak diletakkan dalam lembaran baru
atau sebagai objek dalam lembaran asal. Kemudian klik Finish.

Rajah 2.53

Dua carta garis berdasarkan data dalam Jadual 2.5 dipamerkan dalam Rajah
2.54.

62
Dalam Rajah 2.54(a), paksi-x telah panjangkan ke kanan. Dalam Rajah
2.54(b) pula, paksi-y telah ditarik ke atas. Kesannya, purata harga rumah
teres digambarkan menaik dan menurun secara sederhana atau perlahan
dalam Rajah 2.54(a). Dalam Rajah 2.54(b) pula, purata harga rumah teres
digambarkan menaik dan menurun secara mendadak.

Purata Harga Rumah Teres 1990-1999

RM180,000.00
RM160,000.00
RM140,000.00
Purata Harga

RM120,000.00
RM100,000.00
Purata Harga
RM80,000.00
RM60,000.00
RM40,000.00
RM20,000.00
RM0.00
1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000
Tahun

(a)

63
Purata Harga Rum ah Teres 1990-1999
RM180,000.00

RM160,000.00

RM140,000.00

RM120,000.00

RM100,000.00
Purata Harga

Purata Harga

RM80,000.00

RM60,000.00

RM40,000.00

RM20,000.00

RM0.00
1988 1990 1992 1994 1996 1998 2000
Tahun

(b)
Rajah 2.54

64
Perhatikan walaupun kedua-dua graf dihasilkan dengan menggunakan data
yang sama, gambaran yang diberi tentang perubahan purata harga rumah
teres di kawasan perumahan adalah berbeza. Oleh itu, apabila kita
menyediakan graf, pastikan maklumat yang hendak disampaikan adalah tepat
dan tidak menyeleweng.

2.3.2 Penggambaran Data Kualitatif

Bagi data kualitatif, carta palang dan carta pai selalu digunakan. Data
kualitatif dalam sesuatu set data akan dibahagikan terlebih dahulu kepada
beberapa kategori. Setiap kategori ini akan diwakili oleh satu palang atau
sebahagian daripada carta pai.

Carta Palang

 Carta palang adalah seakan-akan histogram.


 Untuk membina carta palang untuk data kualitatif, kategori
ditandakan pada paksi mendatar (paksi-x). Kesemua kategori diwakili
oleh palang yang sama lebar. Tinggi palang mewakili frekuensi atau
frekuensi relatif. Kedudukan palang-palang dijarakkan kerana setiap
palang mewakili suatu kategori, di mana tiada nilai perantaraan.
 Terdapat juga carta palang di mana kategori ditandakan pada paksi
menegak (paksi-y) dan frekuensi atau frekuensi relatif pada paksi
mendatar (paksi-x).

Contoh 9: Satu soal selidik yang melibatkan 150 orang telah dijalankan.
Jadual 2.6 mempamerkan dapatan soal selidik berikut.

Jadual 2.6

Pendapat Bilangan Responden


Setuju 95
Tak Setuju 30
Tak Pasti 25

65
Taipkan data ke dalam Excel. Klik ikon Chart Wizard, pilih Column
Clustered Column. Compares values across categories.

Rajah 2.55

Kemudian klik Next. Dalam Data range, highlight sel A2 hingga B4 dan
Series in Columns. Jika klik Finish, anda akan dapat paparan berikut:

66
Rajah 2.56

Carta Pai

 Carta pai adalah graf berbentuk bulatan yang menunjukkan hubungan


sebahagian data tersebut dengan keseluruhan data dalam bentuk
peratusan, frekuensi atau frekuensi relatif.
 Carta pai menekankan kadaran kejadian bagi setiap kategori.

Kita akan menggunakan data dalam Jadual 2.6 untuk membina satu carta pai.
Taipkan data ke dalam Excel. Klik ikon Chart Wizard, pilih Pie. Klik jenis
pai yang dikehendaki.

67
Rajah 2.57

Klik Next.

Rajah 2.58

68
Dalam Data range, highlight sel A2 hingga B4 dan Series in Columns. Jika
klik Finish, anda akan dapat paparan berikut:

Rajah 2.59

Setiap bulatan mengandungi 360. Untuk membina carta pai, darabkan 360
dengan frekuensi relatif bagi setiap kategori untuk mendapatkan saiz sudut
yang berpadanan dengan kategori tersebut. Tetapi dengan menggunakan
Excel, pengiraan telah dibuat secara otomatik. Walaubagaimanapun, untuk
memasukkan judul dan peratus, aktifkan Chart Area dan klik ikon Chart
pada Standard Bar.

Rajah 2.60

69
Pilih Chart Options dan klik label yang dikehendaki.

Rajah 2.61

Sekiranya klik Category name, Percentage dan seterusnya OK akan


menghasilkan rajah di bawah.

Rajah 2.62

70
BAB 3

PEMERIHALAN DATA SECARA BERANGKA

3.1 Pengenalan

Dalam Bab 2, taburan frekuensi dan graf telah dibina untuk memerihalkan
data secara grafik. Tetapi dalam kebanyakan hal, mengetahui bentuk taburan
data sahaja tidak mencukupi. Ciri atau nilai berangka yang dapat mewakili
keseluruhan set data perlu dikira. Di antara nilai berangka yang selalu dikira
adalah ukuran kedudukan. Ukuran kedudukan pula memberikan maklumat
tentang kedudukan nilai tertentu dalam suatu set data. Min, median dan mod
adalah ukuran kedudukan yang juga dikenali sebagai sukatan kecenderungan
memusat. Sukatan kecenderungan memusat adalah nilai pertengahan suatu
set data. Ukuran kedudukan lain adalah persentil dan kuartil.

Satu lagi nilai berangka yang boleh menjelaskan corak data ialah ukuran
serakan. Ukuran kedudukan dan ukuran serakan hanya boleh dikira untuk
data kuantitatif sahaja.
3.2 Sukatan Kecenderungan Memusat

Sukatan yang biasa digunakan adalah min, median dan mod. Di antara tiga
sukatan ini, minlah sukatan yang paling penting.

Min

Min juga dikenali sebagai purata. Min bagi satu set data diperolehi dengan
menjumlahkan nilai kesemua pemerhatian dalam set data dan di bahagikan
dengan bilangan pemerhatian. Pemerhatian dalam populasi ditandakan
sebagai x1, x2, ..., xN di mana x1 adalah pemerhatian yang pertama, x2
pemerhatian yang kedua, sehinggalah ke xN di mana N adalah saiz populasi.
Bagi sampel pula, kita tandakan pemerhatian sebagai x1, x2, ..., xn di mana x1
adalah pemerhatian yang pertama, x2 pemerhatian yang kedua, sehinggalah
ke xn di mana n adalah saiz sampel. Tatatanda bagi min untuk populsi
adalah  dan tatatanda bagi min untuk sampel adalah x . Rumus pengiraan
min ialah:

min populasi :  
x min sampel : x 
x
N n

Contoh 1: Pertimbangkan satu sampel yang terdiri daripada markah kuiz


yang diperolehi oleh 20 orang pelajar seperti berikut:

4, 6, 5, 7, 8, 10, 9, 4, 7, 8, 4, 6, 5, 6, 8, 9, 9, 4, 8, 10

Kita akan mengira min secara manual. Menggunakan notasi x1 = 4, x2 = 6,...,


x20=10,

x 4  6  ...  10
x   6.85
n 20

72
Contoh 2: Berikut adalah sampel yang terdiri daripada markah yang
diperolehi oleh 50 orang pelajar dalam satu peperiksaan.

Jadual 3.1

78 74 67 74 68 71 67 76 78 86
79 79 76 86 64 82 74 92 73 57
78 80 80 92 73 66 83 79 51 90
91 79 61 55 71 69 57 75 77 88
86 96 89 74 81 86 83 98 84 79

Min markah bagi 50 orang pelajar ini adalah

x 78  79  ...  79
x   77 .04
n 50

Pengiraan yang dibuat secara manual dalam Contoh 2 sangat remeh.


Pengiraan adalah lebih mudah jika menggunakan Excel. Terdapat dua cara
iaitu dengan menggunakan Data Analysis dan Toolbar function fx .

Langkah-langkah mengira purata menggunakan Toolbar function fx adalah


seperti berikut:

1. Taip data ke dalam worksheet.

2. Aktifkan satu sel.

3. Klik fx pada Toolbars. Pada Select a Category, pilih Statistical. Pada


Select a Function, pilih AVERAGE. Klik OK.

4. Nyatakan sel yang mengandungi data yang puratanya perlu dikira


atau highlight sel yang mengandungi data tersebut. Klik OK.

Purata juga boleh dikira seperti berikut: Selepas menaip kesemua data ke
dalam Excel, aktifkan satu sel. Kemudian taip

=average( )

73
Dalam kurungan, taipkan sel yang mengandungi data. Katalah data dalam
Jadual 3.1 telah ditaip dalam A1 hingga sel A50. Maka, untuk mengira
purata, taipkan

=average(A1:A50)

Bagi Contoh 2, sel aktif akan mempaparkan 77.04.

Langkah-langkah mengira purata menggunakan Data Analysis adalah seperti


berikut:

1. Taip data dalam satu lajur ke dalam worksheet.

2. Klik Tools > Data Analysis > Descriptive Statistics.

3. Pada Input Range, nyatakan sel yang mengandungi data.

4. Pada Grouped By, klik column.

5. Klik Labels in First Row jika berkaitan.

6. Klik Summary Statistics dan Ok.

Menggunakan Data Analysis untuk menganalisis data dalam Contoh 2 akan


menghasilkan output berikut:

Column1

Mean 77.04
Standard Error 1.485428544
Median 78
Mode 79
Standard
Deviation 10.50356596
Sample Variance 110.324898
Kurtosis 0.063613037
Skewness -0.395682305
Range 47
Minimum 51
Maximum 98

74
Sum 3852
Count 50

Rajah 3.1

Median

Sukatan kecenderungan memusat yang kedua penting dan popular adalah


median. Median adalah nilai pemerhatian yang terletak di tengah-tengah
apabila kesemua nilai pemerhatian telah disusun dalam nilai menaik. Jika
bilangan data adalah genap, maka median ialah purata dua nilai yang terletak
di tengah-tengah.

Median bagi populasi dan sampel dikira dengan cara yang sama.

Contoh 3 : Untuk mengira median secara manual bagi pemerhatian dalam


Contoh 1, kita akan susun pemerhatian dalam nilai menaik. Ini akan
menghasilkan: 4, 4, 4, 4, 5, 5, 6, 6, 6, 7, 7, 8, 8, 8, 8, 9, 9, 9, 10, 10.

Nilai yang berada di tengah-tengah adalah nilai yang ke 10 dan ke 11, iaitu
x x 77
x10 = 7 dan x11 = 7. Maka median adalah 10 11  7
2 2

Ini bermakna 50% daripada nilai pemerhatian bagi set data ini adalah lebih
daripada 7 manakala 50% lagi mempunyai nilai kurang daripada 7.

Contoh 4 : Menyusun nilai-nilai pemerhatian dalam Contoh 2 dalam nilai


menaik akan menghasilkan median yang bernilai 78.

Cara lain untuk mengira median adalah sama dengan semua cara di atas yang
digunakan untuk mengira min. Hanya gantikan perkataan average dengan
median. Jika anda perhatikan Rajah 3.1, ia juga mengandungi nilai median
bagi data dalam Contoh 2.

75
Mod

Mod ialah nilai pemerhatian yang mempunyai frekuensi tertinggi dalam


suatu set data. Jika tiada data yang berulang maka data set tersebut
dikatakan tidak mempunyai mod. Adakalanya terdapat lebih daripada satu
mod dalam satu set data.

Mod bagi populasi dan sampel dikira dengan cara yang sama.

Contoh 5 : Bagi pemerhatian-pemerhatian dalam Contoh 1, nilai 4 dan 8


mempunyai kekerapan yang tertinggi, iaitu 4. Oleh itu set ini mempunyai dua
mod : 4 dan 8.

Mod juga boleh dikira dengan menggunakan Excel, iaitu dengan


mengantikan perkataan average dengan mode dalam semua langkah-langkah
di atas.

Bagi pemerhatian-pemerhatian dalam Contoh 2, nilai modnya adalah 79


seperti yang tercatat dalam Rajah 3.1. Walaubagaimanapun bagi set data
yang mempunyai lebih daripada satu nilai mod, Excel hanya akan
melaporkan satu nilai sahaja.

Min, Median dan Mod : Sukatan Mana yang Lebih Baik?

Untuk menentukan sukatan yang mana adalah lebih baik di antara ketiga-
tiga sukatan memusat ini, pertimbangkan dua contoh berikut:

Contoh 6 : Berikut adalah gaji permulaan bulanan (dalam RM) bagi 15


orang graduan :

1600 1899 1500 2500 2100 1700 1500 1600 2000 1650 1500 1500
2250 1575 1550

76
Bagi set data ini, min adalah RM1761.60 dan median adalah RM1600.
Ini bermakna dalam sampel yang terdiri daripada 15 orang graduan, 7 orang
mendapat gaji permulaan bulanan lebih daripada RM1600 manakala 7 lagi
mendapat gaji permulaan bulanan kurang daripada RM1600.

Mod bagi set data ini adalah RM1500. Ini adalah kerana terdapat 4 orang
graduan yang mendapat gaji permulaan bulanan RM1500. 4 merupakan
frekuensi atau kekerapan tertinggi bagi set data ini.

Gantikan nilai RM2500 dengan RM5000 dalam set data di atas. Katalah ini
adalah gaji permulaan graduan yang bekerja di syarikat kepunyaan keluarga.

Bagi set data baru ini (nilai pemerhatian yang lain adalah sama) min adalah
RM1928.67 tetapi nilai median ataupun mod tidak berubah. Di sini min
bukanlah nilai yang baik untuk mewakili set data ini kerana jika diperhatikan
hanya tiga pemerhatian sahaja mempunyai nilai lebih daripada RM1928.67.
Pengiraan min dipengaruhi oleh nilai lampau. Nilai lampau adalah nilai yang
terlalu kecil atau terlalu besar berbanding dengan nilai-nilai lain dalam suatu
set data. Nilai mod juga tidak begitu penting di sini kecuali suatu organisasi
ingin meninjau apakah gaji permulaan bulanan yang sesuai bagi menarik
minat graduan supaya bekerja di organisasi mereka.

Contoh 7 : Katalah markah (markah penuh adalah 50) ujian pendek bagi
20 orang pelajar adalah seperti berikut:

33 45 35 29 47 40 38 48 39 5
42 44 5 41 37 49 32 50 31 43

Frekuensi kesemua pemerhatian adalah 1, kecuali nilai 5 berlaku dua kali.


Maka, mod bagi set data ini adalah 5. Nilai ini terlalu jauh daripada
pertengahan data. Bandingkan dengan min yang bernilai 36.65 dan median
dengan nilai 39.5. Bagi set data ini, nilai min dan median lebih penting dan
bermakna.

Bolehlah disimpulkan di sini bahawa min adalah yang terpenting. Tetapi bagi
set data yang mempunyai nilai-nilai lampau, median adalah sukatan yang
lebih baik. Mod pula lebih sesuai digunakan bagi data nominal, di mana

77
frekuensi suatu kategori atau nilai pemerhatian diperlukan untuk tujuan-
tujuan tertentu seperti dalam Contoh 6.

3.3 Ukuran Kedudukan

Persentil

Persentil membahagi data kepada 100 bahagian P1, … , P100 yang sama.
Persentil ke P adalah suatu nilai di mana P% adalah kurang daripada nilai
tersebut manakala (1P)% adalah lebih besar daripada nilai tersebut.

Katalah seorang pelajar mendapat markah 79 dalam suatu ujian dan


dimaklumkan yang nilai tersebut adalah persentile yang ke 70. Ini bermakna
70% daripada markah rakan-rakannya adalah kurang daripada 79, manakala
30% adalah lebih daripada 79.

Kuartil

Kuartil membahagikan data kepada empat bahagian Q1,…,Q4 yang sama.


Hubungan diantara kuartil dan persentil adalah seperti berikut:
Q1 = P25 , Q2 = P50 , Q3 = P75

Perhatikan Q2 = P50 = Median

Data Analysis dalam Excel boleh digunakan untuk mengira persentil yang
dikehendaki. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. Taip data ke dalam worksheet.

2. Klik Tools > Data Analysis > Descriptive Statistics.

3. Pada Input Range, nyatakan sel yang mengandungi data.

4. Pada Grouped By, klik column.

78
5. Klik Labels in First Row jika berkaitan.

6. Klik Summary Statistics.

7. Pada Kth Largest, taip (bilangan data yang lebih daripada nilai P
yang dikehendaki)

8. Pada Kth Smallest, taip (bilangan data yang kurang daripada nilai P
yang dikehendaki)

9. Klik Ok.

Contoh 8 : Berikut adalah sampel yang terdiri daripada markah yang


diperolehi oleh 40 orang pelajar dalam satu peperiksaan.

Jadual 3.2
79 79 76 86 64 82 74 92 73 57
78 80 80 92 73 66 83 79 51 90
91 79 61 55 71 69 57 75 77 88
86 96 89 74 81 86 83 98 84 79

Sekiranya markah disusun mengikut nilai menaik, markah pada kedudukan


yang ke 10 adalah Q1 = P25 , manakala markah pada kedudukan yang ke 30
adalah Q3 = P75.

Oleh itu untuk mengira Q1 = P25 dan Q3 = P75, dalam Descriptive Statistics,
Pada Kth Largest, taip 10 dan pada Kth Smallest, taip 10 seperti dalam Rajah
3.2.

79
Rajah 3.2

Klik OK akan menghasilkan output seperti berikut:

Column1

Mean 77.825
Standard Error 1.783071212
Median 79
Mode 79
Standard
Deviation 11.27713252
Sample Variance 127.1737179
Kurtosis 0.013245279
Skewness -0.58245316
Range 47
Minimum 51
Maximum 98
Sum 3113
Count 40
Largest(10) 86
Smallest(10) 73

Rajah 3.3

80
Largest(10) adalah 86 bermaksud terdapat 9 nilai yang melebihi 86 dan 30
nilai yang kurang daripada 86. Smallest(10) adalah 73 bermaksud terdapat 10
nilai yang kurang daripada 73 manakala 29 nilai yang melebihi 73.

Kita boleh mendapatkan bentuk histogram melalui nilai-nilai kuartil. Jika


bezantara kuartil pertama (Q1 = P25) dengan kuartil kedua (Q2 = P50) lebih
kecil daripada bezantara kuartil kedua (Q2 = P50) dengan kuartil ketiga (Q3 =
P75), histogram adalah terpencong ke kanan. Tetapi jika disebaliknya yang
berlaku, histogram adalah terpencong ke kiri. Histrogram adalah berbentuk
simetri sekiranya bezantara kuartil pertama dengan kuartil kedua adalah lebih
kurang sama dengan bezantara kuartil kedua dengan kuartil ketiga.

Lihat Rajah 3.3. Terdapat maklumat lanjutan yang menggambarkan bentuk


suatu set data, iaitu kepencongan yang diterangkan seperti berikut:

Kepencongan

Sekiranya histogram berbetuk simetri, nilai kepencongan adalah 0 (sifar).


Nilai negatif menunjukkan kepencongan ke kiri manakala nilai positif
menunjukkan kepencongan ke kanan.

Dari Rajah 3.3, didapati nilai kepencongan (skewness) adalah negatif. Ini
bermakna set data bagi Contoh 8adalah terpencong ke kiri.

3.4 Ukuran Serakan

Satu lagi ukuran yang boleh menjelaskan corak data ialah ukuran serakan.
Ukuran serakan memberi gambaran bagaimana data tersebar atau tertabur.
Terdapat tiga ukuran yang selalu digunakan: julat, varians dan sisihan
piawai.

81
Julat

Ukuran serakan ini sangat mudah dikira kerana ia hanya menggunakan dua
pemerhatian sahaja iaitu nilai terbesar dan terkecil. Julat dikira seperti
berikut:
Julat = nilai terbesar – nilai terkecil

Contoh 9 : Pertimbangkan set data berikut yang terdiri daripada markah


pelajar yang berada dalam dua kumpulan.

Kumpulan 1 : 2, 4, 6, 10, 4, 5, 8, 9, 7, 1, 8,
Kumpulan 2 : 10, 5, 5, 6, 8, 8, 9, 7, 9, 5, 9

Bagi kumpulan 1, nilai terbesar adalah 10 dan nilai terkecil adalah 1. Maka,
julat adalah 9. Bagi kumpulan 2, nilai terbesar adalah 10 dan nilai terkecil
adalah 5. Maka, julat adalah 5.

Ini bermakna markah pelajar dalam kumpulan 1 adalah lebih tersebar


daripada markah pelajar dalam kumpulan 2. Kita mungkin boleh membuat
kesimpulan kebolehan di antara pelajar dalam kumpulan 1 lebih berbeza
daripada kebolehan di antara pelajar dalam kumpulan 2.

Kebaikan julat adalah ia sangat mudah untuk dikira. Walaubagaimanapun, ia


tidak memerihalkan tentang nilai pemerhatian yang lain. Pertimbangkan dua
set dalam contoh berikut:

Contoh 10 :

Set 1 : 2, 2, 2, 2, 62, 2
Set 2 : 5, 3, 35, 28, 63, 49

Bagi set 1, nilai terbesar adalah 62 dan nilai terkecil adalah 2. Maka, julat
adalah 60.

Bagi set 2, nilai terbesar adalah 63 dan nilai terkecil adalah 3. Maka, julat
adalah 60.

82
Kedua-dua set mempunyai julat yang sama, tetapi nilai pemerhatian dalam
set-set ini sangat berbeza. Oleh itu ukuran serakan yang lain perlu dikira
untuk memerihalkan keseluruhan set data.

Ukuran serakan yang lebih baik ialah varians dan sisihan piawai. Ukuran ini
mengambil kira kesemua nilai di dalam set data.

Varians dan sisihan piawai

Varians dikira berdasarkan bezantara setiap nilai pemerhatian (xi ) dalam


data dengan min data (samada  atau x ). Bezantara ini disebut sisihan.
Varians bagi populasi ditandakan dengan  2 dan varians bagi sampel
ditandakan dengan s 2 . Unit bagi varians adalah kuasa dua unit data. Sebagai
contoh, katalah kajian sedang dibuat tentang berat pelajar dalam kg. Dalam
hal ini, unit bagi varians adalah kg2. Mungkin unit bagi varians ini
mengelirukan. Tetapi yang pentingnya varians digunakan untuk
membandingkan serakan atau sebaran bagi dua set data atau lebih. Dalam
perbandingan ini, data yang mempunyai varians yang lebih besar adalah
lebih tersebar.

Sisihan piawai ditakrifkan sebagai punca kuasa dua bagi varians. Iaitu,
sisihan piawai = var ians . Oleh itu unit bagi sisihan piawai adalah sama
dengan data asal dan ini memudahkan hubungan dibuat dengan min dan
ukuran-ukuran lain yang dikira dalam unit yang sama dengan data asal.

Rumus untuk mengira varians adalah:


 xi   
2

var ians :  2 i

N 2
 xi  x 
var ians : s 2  i
n 1

Perhatikan kedua-dua rumus memerlukan sisihan setiap pemerhatian dari


min dikira. Setiap sisihan dikuasa duakan dan kemudian kesemuanya
dijumlahkan untuk mendapat nilai numerator. Sekiranya data adalah data
populasi, nilai numerator dibahagikan dengan N, iaitu bilangan data dalam

83
populasi. Sekiranya data adalah data sampel, nilai numerator dibahagikan
dengan n1, iaitu (bilangan data dalam sampel1).

Pengiraan varians secara manual adalah panjang dan remeh. Varians dan
sisihan piawai bagi sampel dapat dikira dengan mudah jika menggunakan
Excel. Terdapat dua cara iaitu dengan menggunakan Data Analysis dan
Toolbar function fx .

Langkah-langkah mengira varians dan sisihan piawai menggunakan Toolbar


function fx adalah seperti berikut:

1. Taip data ke dalam worksheet.

2. Aktifkan satu sel.

3. Klik fx pada Toolbars. Pada Select a Category, pilih Statistical. Pada


Select a Function, pilih VAR untuk varains atau STDEV untuk sisihan
piawai. Klik OK.

4. Nyatakan sel yang mengandungi data yang puratanya perlu dikira


atau highlight sel yang mengandungi data tersebut. Klik OK.

Varians dan sisihan piawai bagi sampel juga boleh dikira seperti berikut:
Selepas menaip kesemua data ke dalam Excel, aktifkan satu sel. Kemudian
taip
=var atau stdev( )

Dalam kurungan, taipkan sel yang mengandungi data. Katalah data dalam
Jadual 3.1 telah ditaip dalam A1 hingga sel A50. Maka, untuk mengira
varians, taipkan
=var(A1:A50)

Hasilnya, sel aktif akan mempaparkan 110.3249.

Lihat Rajah 3.1 dan 3.2. Perhatikan varians dan sisihan piawai juga
terkandung dalam output yang dihasilkan melalui penggunaan Tools, Data
Analysis, dan Descriptive Statistics.

84
BAB 4

HUBUNGAN ANTARA PEMBOLEHUBAH

4.1 Pengenalan

Seringkali hubungan di antara dua pembolehubah perlu diketahui untuk


tujuan-tujuan tertentu, seperti ramalan. Sebagai contoh, guru ingin
mengetahui hubungan di antara kebolehan bertutur dalam bahasa inggeris
dengan pencapaian dalam matapelajaran matematik. Langkah pertama adalah
melakarkan gambarajah serakan untuk mendapat gambaran secara sekilas
pandang. Kemudian persamaan matematik bolehlah dikira supaya persamaan
dapat digunakan untuk membuat ramalan.

Untuk tujuan mengkaji hubungan, kita perlukan takrif berikut:

Pembolehubah bersandar - Pembolehubah yang terhasil atau dicerap dalam


ujikaji

Pembolehubah tak bersandar - Nilai yang ditentukan oleh pengujikaji

Kita akan meramalkan nilai pembolehubah bersandar berdasarkan nilai


pembolehubah tak bersandar.

85
4.2 Gambarajah Serakan

Hubungan antara pembolehubah tak bersandar dengan pembolehubah


bersandar boleh digambarkan secara grafik dengan menggunakan
gambarajah serakan. Paksi-x mewakili pembolehubah tak bersandar,
manakala paksi-y mewakili pembolehubah bersandar.

Terdapat tiga jenis hubungan seperti berikut:

Hubungan Linear Positif

Lukis satu garis lurus untuk melalui titik-titik yang diplot. Sekiranya titik-
titik berada berdekatan dengan garis lurus tersebut, hubungan linear
dikatakan wujud. Sekiranya nilai pembolehubah bersandar bertambah
apabila nilai pembolehubah tak bersandar bertambah, maka hubungan linear
positif dikatakan wujud seperti dalam Rajah 4.1.

Hubungan Linear Positif

30

20

10

0
0 5 10 15

Rajah 4.1 Hubungan Linear Positif

Hubungan Linear Negatif

Sekiranya nilai pembolehubah bersandar berkurangan apabila nilai


pembolehubah tak bersandar bertambah, maka hubungan linear negatif
dikatakan wujud seperti dalam Rajah 4.2.

86
Hubungan Linear Negatif

30

20

10

0
0 5 10 15

Rajah 4.2 Hubungan Linear Negatif

Tiada Hubungan

Sekiranya titik-titik yang diplot tidak mempunyai arah yang tertentu, maka
tiada hubungan li9near yang wujud seperti dalam Rajah 4.3.

Tiada Hubungan Linear

50
40
30
20
10
0
0 5 10 15

Rajah 4.3 Tiada Hubungan Linear

Untuk menghasilkan gambarajah serakan, gunakan Microsoft Excel Chart


Wizard.

87
Chart wizard

Rajah 4.4

Contoh 1 : Untuk memeriksa hubungan antara jumlah masa belajar


(dalam jam) dan markah yang diperolehi dalam suatu peperiksaan, masa
belajar dan markah 10 orang pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut di
rekodkan dalam Jadual 4.1:

Jadual 4.1 : Hubungan Masa Belajar dan Markah Peperiksaan

Masa Untuk Belajar (x) Jumlah Markah Diperolehi ( y )


45 40
30 35
90 75
60 65
105 90
65 50
90 90
80 80
55 45
75 65

1. Taipkan data ke dalam lembaran Excel seperti berikut:

88
Rajah 4.5

2. Klik Chart Wizard dan pilih XY (Scatter) – Compares Pairs of


Values.

3. Klik Next.

4. Dalam ruang Data Range, “highlight” sel yang mengandungi


kesemua data pembolehubah bersandar dan tak bersandar. Data telah
disusun dalam lajur. Oleh itu dalam ruang Series in, pilih column
seperti berikut:

89
Rajah 4.6

5. Klik Next sekiranya ingin memasukkan judul dalam carta. Jika tidak
klik Finish.

6. Klik Next akan menghasilkan paparan berikut:

90
Rajah 4.7

7. Dalam Chart Title, taip judul untuk carta. Sebagai contoh, Analisis
Regresi Antara Masa Belajar dan Markah PeperiksaanDalam Value
(X) Axis, taip judul pembolehubah tak bersandar. Sebagai contoh,
Masa Untuk Belajar.
8. Dalam Value (Y) Axis, taip judul pembolehubah bersandar. Sebagai
contoh, Jumlah Markah Diperolehi.

9. Klik Next dan pilih samada carta hendak diletakkan dalam lembaran
baru atau sebagai objek dalam lembaran asal. Kemudian klik Finish.

91
Rajah 4.8

4.3 Persamaan Bagi Garis Lurus Terbaik

Pada amnya, titik-titik tidak terletak tepat di atas garis lurus. Ini adalah
kerana nilai-nilai yang diambil tertakluk kepada ralat yang tidak dapat
dicerap.

Model regresi linear mudah adalah


Yi   0  1 X i   i di mana
Yi = Pembolehubah bersandar
 0 = Pintasan pada paksi-y.
1 = Kecerunan garis
 i = Ralat rawak dalam Y untuk cerapan atau pemerhatian ke i.

Model ini mempunyai andaian bagi  i seperti berikut:

92
i.  i mempunyai min sifar, E (  i ) = 0, i = 1,2,…,n
ii.  i tidak bersandar
iii.  i mempuyai varians yang sama, Var (  i ) =  2
iv.  i tertabur secara normal,  i ~ N (0,  2 ), i = 1,2,…,n

Untuk mendapatkan suatu garis lurus terbaik, anggaran bagi  dan 


 
diperlukan. Dengan memperolehi  dan  , nilai yi yang dipadankan adalah
seperti berikut:
  
yi     xi .

Garislurus terbaik adalah yang akan meminimumkan reja (ei). Reja adalah

perbezaan antara nilai yang dicerap yi dan nilai yang dipadankan yi . Iaitu,

ei  yi  y i

Untuk meminimumkan reja, kaedah kuasa dua terkecil digunakan, iaitu


 
ei   ( yi     xi )2

Seterusnya, penganggar kusa dua terkecil dipilih untuk meminimumkan reja


seperti berikut:
d  

  2  i
( y     xi )  0
d
d  

  2 i i
x ( y     xi )  0
d

Persamaan normal kuasa dua terkecil memberikan

 
n    xi   yi dan   xi    xi2   xi yi

93
Penyelesaian di atas menjadi
 
  yx (1)
 n xi yi  ( xi )( yi )
 (2)
n xi2  ( xi ) 2

( xi ) 2
Dengan menggunakan tatanda S XX   xi2  maka persamaan ini
n
dapat diungkapkan sebagai

 Hasil tambah   Hasil tambah 


kuasa dua   kuasa dua tak   Pembetulan 
   
dibetulkan  dibetulkan 

( yi ) 2
Ungkapan untuk Syy boleh ditulis sebagai S yy   yi2 
n
( xi )( yi )
Ungkapan untuk Sxy boleh ditulis sebagai S xy   xi yi  yang
n
dapat diungkapkan sebagai

 Hasil tambah   Hasil tambah 


hasil darab silang   hasil darab silang   Pembetulan 
   
dibetulkan   tak dibetulkan 


Dengan tatanda di atas, penganggar kuasa dua terkecil  dapat diungkapkan
 S xy
dalam bentuk   .
S xx
  
Maka, garis lurus yang dipadankan adalah Y i     xi .

Persamaan garislurus boleh diperolehi dengan mudah melalui Excel seperti


berikut:

94
1. Taip data ke dalam dua lajur.

2. Klik Tools > Data Analysis > Regression.

3. Pada Input Y Range, nyatakan sel yang mengandungi data.

4. Pada Input X Range, nyatakan sel yang mengandungi data.

5. Klik Labels in First Row jika berkaitan.

6. Klik Ok.

Contoh 2 : Dengan menggunakan data dalam Jadual 4.1 (Contoh 1), dan
melakukan langkah-langkah di atas, sebahagian daripada output yang akan
diperolehi adalah seperti berikut:

Coefficients Standard Error t Stat P-value


Intercept 5.847008999 7.971730697 0.733468 0.48421
X Variable 1 0.829539439 0.109474326 7.577479 6.44E-05

Rajah 4.9


Maka, persamaan garislurus terbaik adalah Y i  5.847  0.829 xi . Persamaan
ini menyatakan
bagi setiap tambahan satu jam belajar, secara puratanya, markah yang
diperolehi akan bertambah sebanyak 0.829.

4.4 Pekali Korelasi

Pekali korelasi (r) digunakan untuk mengukur kekuatan hubungan antara dua
pembolehubah.

95
Ciri-ciri:

i. 1  r  1
ii. r menghampiri 1 menunjukkan korelasi linear positif yang kuat antara
pembolehubah.
iii. r menghampiri -1 menunjukkan korelasi linear negatif yang kuat
antara pembolehubah.
iv. r menghampiri 0 menunjukkan korelasi linear yang lemah antara
pembolehubah.

Pekali Korelasi Hasil Darab Momen Pearson


S xy
Pekali korelasi Pearson, r, ditulis sebagai r  .
S xx S yy

Contoh 4 : Sebahagian lagi daripada output yang diperolehi dengan


menggunakan data dalam Jadual 4.1 (Contoh 1), adalah seperti berikut:

SUMMARY OUTPUT

Regression Statistics
Multiple R 0.936861707
R Square 0.877709859
Adjusted R
Square 0.862423591
Standard Error 8.496434491
Observations 10

Rajah 4.10

Bagi data ini, r = 0.937. Ini menunjukkan wujud hubungan linear positif
yang sangat kuat di antara jumlah masa belajar dan markah yang diperolehi
dalam suatu peperiksaan.

96
BAB 5

MEMBINA APLIKASI SISTEM PEMARKAHAN


MENGGUNAKAN EXCEL

5.1 Pengenalan

Dalam Bab ini dan bab-bab seterusnya pula, kita akan cuba menghasilkan
sebuah sistem pemarkahan pelajar-pelajar di dalam kelas. Kita akan cuba
mengabungkan beberapa kemahiran yang telah kita pelajari di dalam bab-bab
sebelum ini.

Sebagai seorang guru kelas atau guru yang memegang jawatan sebagai
setiausaha peperiksaan sekolah, kita diminta untuk menghasilkan satu
aplikasi sistem peperiksaan yang boleh digunapakai oleh keseluruhan guru
kelas untuk merekod, menambah, memansuhkan serta mengubahusai data
dan akhirnya mencetak maklumat peperiksaan untuk dimajukan kepada
pihak pentadbiran sekolah.

Dengan kemahiran dan pengetahuan yang kita, mungkin kita telah berjaya
menghasilkan sebuah aplikasi sistem pemarkahan pelajar dengan cara yang
mudah dengan menggunakan Microsoft Excel.

Di dalam buku ini, penghasilan aplikasi sistem permarkahan pelajar akan


menggunakan kemudahan macro yang jarang digunakan oleh para pendidik
kerana tidak mengetahui fungsi dan kegunaannya secara mendalam.
5.2 Menghasilkan sebuah aplikasi sistem pemarkahan yang mudah

Untuk menghasilkan sebuah aplikasi sistem pemarkahan yang mudah, sila


ikuti langkah-langklah berikut.

1. Buka Microsoft Excel dengan memilih Start > All Programs >
Microsoft Excel.

2. Masukkan maklumat berikut ke dalam ruangan yang sesuai.

Bil Nama Pelajar BM BI MT SAINS SEJ Jumlah %

3. Anda sepatutnya mendapat hasil yang berikut di dalam Excel.

4. Tukar nama Sheet1 kepada Ujian1, Sheet2 kepada Ujian2 dan Sheet3
kepada PepSetengahTahun (setiap perkataan dirapatkan).

98
5. Copy semua yang ada di Ujian1 ke dalam Ujian2 dan
PepSetengahTahun.

6. Di dalam helaian Ujian 2 dan helaian PepSetengahTahun, bina satu


formula di ruangan Nama Pelajar berikut :

=Ujian1!B8

7. Formula ini digunakan untuk menyalin semula nama pelajar yang ada
di ruangan nama pelajar di helaian Ujian1. Tujuannya adalah agar
kita tidak perlu menaip banyak kali nama-nama pelajar tersebut.
Tetapi pastikan di mana kedudukan sel yang kita gunakan di helaian
Ujian1. Di dalam latihan ini, kita menggunakan sel B8 sebagai nama
pelajar pertama di helaian Ujian1.

8. Apabila kekunci Enter ditekan, Nilai 0 akan dipaparkan di sel B8


helaian Ujian2. Ini menandakan ada satu formula telah dibentuk di
sel berkenaan.

99
9. Dengan menggunakan kemudahan fill handle, tarik ianya ke bawah
supaya setiap petak akan dicopy mengikut formula dan petaknya
tersendiri.

100
10. Apabila semuanya selesai, taipkan nama pelajar di ruangan Nama
Pelajar di helaian Ujian1.

101
11. Lihat di dalam helaian Ujian2 dan helaian PepSetengahTahun,
adakah kesemua nama pelajar yang ditaip di dalam helaian Ujian1
sama seperti di dalam Ujian2 dan PepSetengahTahun.

12. Jika kesemua nama pelajar di dalam helaian Ujian2 dan


PepSetengah Tahun, maka anda sudah berjaya melakukannya.

13. Sekarang kita akan menghasilkan formula bagi jumlah markah dan
juga peratus.

14. Untuk menghasilkan jumlah markah, taipkan formula ini dan tekan
kekunci Enter di ruangan sel Jumlah iaitu :

=SUM(C8:G8)

15. Formula ini bermaksud kita akan menambah nilai yang terletak di
antara sel C8 hingga G8.

16. Di dalam sel Jumlah pelajar pertama akan dipaparkan nilai 0 yang
menandakan formula telah dihasilkan di sel berkenaan.

17. Untuk menghasilkan formula yang sama bagi pelajar kedua dan
pelajar-pelajar lain, gunakan kemudahan fill handle untuk menyalin
formula dari pelajar pertama.

18. Untuk menghasilkan formula peratus pula, kita hanya perlu


menaipkan formula berikut di dalam petak sel % (Di dalam latihan
ini sel % terletak di sel I8) :

=SUM(H8/500)*100

19. Rumus di atas bermaksud nilai di sel H8 iaitu jumlah markah


dibahagikan dengan 500 (jumlah sepatutnya bagi lima mata
pelajaran) dan didarabkan dengan 100.

102
20. Hasilnya, satu nilai 0 akan dipaparkan di sel berkenaan menandakan
satu formula telah dibentuk di situ.

21. Untuk membina formula peratus di rungan % bagi pelajar kedua dan
pelajar-pelajar lain, gunakan kemudahan fill handle untuk menyalin
formula tersebut.

22. Sekarang anda telah berjaya menghasilkan sebuah aplikasi sistem


pemarkahan yang mudah bagi helaian Ujian1.

23. Untuk menghasilkan formula di helaian Ujian2 dan helaian


PepSetengah Tahun, gunakan teknik dan kaedah yang sama untuk
menghasilkan formula di ruangan jumlah dan peratus di kedua-dua
helaian tersebut.

24. Sekarang tugas anda sebagai guru kelas atau setiausaha peperiksaan
sekolah ialah memudahkan kerja guru untuk mengisi markah ujian
dan peperiksaan sekolah.

25. Di sini anda boleh meminta mereka menaipkan markah tersebut di


ruangan mata pelajaran yang berkaitan. TETAPI jika anda ingin
memudahkan kerja mereka, anda hanya perlu menyiapkan senarai
markah (list) di dalam ruangan berkenaan untuk pilihan guru
berkenaan mengisinya.

26. Untuk tujuan tersebut, sila pergi ke sel C8 iaitu ruangan untuk
mengisi markah Bahasa Melayu bagi pelajar pertama. Tetapi sebelum
itu, anda di kehendaki menyiapkan satu senarai dari 0 hingga 100
sebagai rujukan di dalam senarai markah yang akan dipaparkan.

27. Pergi ke mana-mana sel yang agak jauh dari kedudukan aplikasi
sistem peperiksaan yang telah kita hasilkan agar senarai nombor-
nombor tersebut tidak kelihatan.

103
28. Taipkan nombor 0 dan 1 sahaja di dalam sel yang berlainan secara
berturutan.

29. Dengan menggunakan kemudahan fill handle, seretkan tetikus dan


bina jujukan nombor sehingga menghasilkan nombor sehingga 100.

104
30. Kembali ke Sel C8, pastikan anda di petak berkenaan. Pergi ke Menu
Bar dan pilih Data > Validation.

31. Apabila kekotak Data Validation dipaparkan, pilih List di dalam


pilihan Allow.

105
32. Apabila pilihan List dipilih, pergi ke ruangan Source dan klik di
bahagian kanan kotak tersebut untuk memilih sumber nombor yang
telah kita hasilkan tadi.

Klik di sini

33. Highlightkan kesemua nombor dari 0 hingga 100 yang telah kita
hasilkan.

34. Satu formula akan terbentuk di ruangan Source. Klik OK

35. Lihat di dalam sel C8, apa yang berlaku ialah satu kekotak aktif yang
bertand anak panah di sebelah kanan kekotak tersebut akan kelihatan.
Jika anda menekan kotak yang di dalamnya ada tanda segi tiga, satu
siri nombor 0 hingga 100 akan dipaparkan.

106
Klik di sini, senarai markah 0 hingga
100 akan dipaparkan

36. Tugas guru di sini hanya lah memilih markah yang diperolehi oleh
pelajar pertama tadi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Mudah
bukan.

37. Untuk memudahkan kerja kita, gunakan kemudahan fill handle untuk
menyalin formula tersebut bagi mata pelajaran yang lain dan juga
bagi semua pelajar yang ada dalam senarai tersebut.

107
38. Kekotak yang bertanda segi tiga tersebut tidak akan kelihatan jika
kita tidak mengaktifkan sel yang telah kita masukkan formula tadi.

39. Ulangi perkara yang sama bagi helaian Ujian2 dan helaian
PepSetengahTahun.

40. Tahniah! Anda telah berjaya menghasilkan sebuah aplikasi sistem


peperiksan yang mudah.

41. Lihat contoh di atas, kita berasa mudah untuk mengisi markah pelajar
dengan menggunakan scrolling bar yang terdapat di dalam Excel.

5.3 Menghasilkan Formula Bagi Penentuan Gred Markah

1. Adakalanya kita ingin melihat dan menentukan apakah gred yang


diperolehi oleh pelajar kita berdasarkan peratus yang diperolehi oleh
pelajar.

2. Untuk itu, hasilkan sebuah ruangan Gred di ruangan sebelah ruangan


% seperti berikut.

108
3. Di dalam latihan ini, kita menggunakan sel J8 untuk menetukan gred
bagi pelajar pertama. Aktifkan sel J8 tersebut dan taipkan formula
berikut :

=IF(I8>79,"A",IF(I8>59,"B",IF(I8>39,"C",IF(I8>19,"D","E"))))

4. Seperti dalam bahasa pengaturcaraan lain, penyataan IF sering


digunakan untuk menulis satu aturcara yang menggunakan
pernyataan pilihan.

5. Di dalam pernyataan di atas, jika I8 (nilai peratus) lebih daripada 79,


maka gred yang akan dipeolehi ialah A, jika nilai peratus ialah lebih
daripada 59 tetapi kurang daripada 80, gred pelajar tersebut ialah B,
jika peratus yang diperolehi lebih daripada 39 tetapi kurang daripada
60, gerdnya ialah C, jika pelajar memperolehi peratus lebih daripada
19 tetapi kuranf daripada 40, grednya ialah D dan selain dari itu ialah
E.

109
6. Ringkasannya adalah seperti berikut :

Peratus Gerd
80 – 100 A
60 – 79 B
40 – 59 C
20 – 39 D
0 – 19 E

7. Apabila kekunci Enter ditekan, sepatutnya hasil yang diperolehi


adalah seperti berikut :

8. Untuk penentuan gred bagi pelajar-pelajar lain, gunakan kemudahan


fill handle untuk menyalin formula yang sama seperti pelajar
pertama.

9. Berikut adalah contoh hasil yang sepatutnya anda perolehi setelah


kesemuda markah pelajar telah anda masukkan.

110
10. Seperti yang telah diterangkan dalam bab sebelum ini, anda boleh
menggunakan kemudahan sorting untuk menyaring dan menyusun
kedudukan pelajar berdasarkan peratus yang diperolehi oleh pelajar.

11. Untuk tujuan tersebut, highlight kawasan yang akan disort. Di dalam
latihan ini, pilih kawasan di antara sel B7 hingga sel J27.

12. Pada Menu Bar, pilih Data > Sort

13. Pada pilihan Sort by, pilih % dan aktifkan perkataan Descending. Ini
bermaksud saringan atau susunan semula akan dilakukan berdasarkan
pencapaian peratus pelajar dimulai dengan pelajar yang mendapat
peratus teringgi hingga peratus yang paling rendah.

111
14. Hasilnya adalah seperti berikut. Susunan pelajar telah dirombak
berdasarkan kepada pencapaian peratus markah pelajar.

112
5.4 Menghasilkan Analisa Pencapaian Keseluruhan Mata Pelajaran
Mengikut Gred

1. Adakalanya kita perlu menghasilkan analisa pencapaian keseluruhan


mata pelajaran mengikut gred agar kita dapat mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan pelajar kita.

2. Untuk menghasilkan analisa tersebut, sila hasilkan petak dan


ruangan seperti di bawah.

Pastikan kedudukan di antara mata pelajaran ini


berada dalam keadaan sebaris supaya kelihatan
mudah untuk dibuat analisa dan kemas

113
3. Sekiranya anda telah menyiapkan ruangan tersebut, aktifkan sel untuk
mata pelajaran Bahasa Melayu dan gred A seperti di bawah.

4. Taipkan formula berikut di dalamnya.

=COUNTIF(C8:C27,">79" )

114
5. Formula di atas bermaksud, kira jumlah nombor yang lebih daripada
79 di antara sel C8 hingga C27 dan masukkan di dalam petak
tersebut.

6. Hasilnya akan dipaparkan di dalam petak tersebut.

7. Untuk ruangan bagi Bahasa Melayu yang mendapat gred B, anda


hanya perlu mengubahsuai formula tadi kepada berikut :

=(COUNTIF(C8:C27,">59" ))-(COUNTIF(C8:C27,">79" ))

115
8. Bagi menentukan bilangan pelajar yang mendapat gred C bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, gunakan formula ini.

=(COUNTIF(C8:C27,">39" ))-(COUNTIF(C8:C27,">59" ))

9. Untuk gred D pula

=(COUNTIF(C8:C27,">19" ))-(COUNTIF(C8:C27,">39" ))

10. Manakala untuk gred E pula adalah

=(COUNTIF(C8:C27,"<20" ))-(COUNTIF(C8:C27,"0"))

11. Untuk mengira jumlah bilangan pelajar yang lulus, iaitu jumlah yang
mendapat gred A+B+C, masukkan formula berikut :

=SUM(C32:C34)

12. Untuk mencari peratus lulus pula gunakan formula

=C37/SUM(C32:C36)*100

13. Sel C37 bermaksud jumlah pelajar yang mendapat gred A+B+C
(lulus) dibahagikan dengan jumlah keseluruhan pelajar (pelajar yang
mendapat gred A+B+C+D+E) dan kemudian didarabkan dengan 100.

116
14. Cuba anda masukkan formula yang sesuai bagi Jumlah Gagal dan
juga % Gagal dengan menggunakan formula yang hampir serupa di
langkah 11 dan 12 di atas.

15. Berikut adalah formula yang anda boleh gunakan untuk


menghasilkan jumlah pelajar yang gagal.

=SUM(C35:C36)

16. Manakala untuk mencari pertus pelajar yang gagal, cuba gunakan
formula ini.

=C39/SUM(C32:C36)*100

17. Tahniah! Anda berjaya melakukannya.

18. Untuk mencari analisa bagi mata pelajaran yang lain, anda hanya
perlu menyalin semula formula yang telah dibuat di ruangan Bahasa
Melayu dengan menggunakan kemudahan fill handle ( tanda + yang
tebal di hujung sebelah kanan petak dan seretkannya).

19. Untuk kelihatan kemas dan cantik, masukkan tandatangan guru kelas
dan pengetua untuk pengesahan dalam hasil yang akan dicetak nanti.

117
118
BAB 6

BERKENALAN DENGAN KEMUDAHAN MACRO


DALAM EXCEL

6.1 Pengenalan

Sekiranya kita tahu menggunakan kemudahan macro yang disediakan di


dalam Excel, banyak perkara yang menarik boleh dihasilkan dalam membina
aplikasi berasaskan Microsoft Excel. Boleh dikatakan kebanyakan perisian
Microsoft Office yang dibangunkan oleh Syarikat Microsft Inc. menawarkan
kemudahan macro termasuklah Microsoft Word, Microsoft Powerpoint dan
Microsoft Access. Tetapi kegunaan dan fungsi macro bagi setiap perisian
Microsoft Office tersebut agak berbeza antara satu sama lain.

Pada asasnya, kemudahan macro di dalam Excel melibatkan penulisan


aturcara berasaskan perisian Microsoft Visual Basic. Di dalam Microsoft
Office ianya lebih dikenali sebagai VBA (Visual Basic for Application).
Seperti yang kita ketahui bahawa Visual Basic merupakan satu bahasa
pengaturcaraan berasaskan Visual yang kini cukup terkenal dan diminati oleh
para pembangunan perisian.

Di dalam buku ini, penggunaan Microsoft Visual Basic tidak akan


diceritakan tetapi akan disentuh secara tidak langsung apabila ada tempat-
tempat tertentu yang perlu ditulis aturcara bagi menggerakkan aplikasi Excel
yang dibangunkan agar ianya dapat berfungsi dengan baik.
6.2 Berkenalan Dengan Macro

1. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kemudahan macro yang


terdapat disediakan di dalam Excel mempunyai banyak kegunaan jika
kita memahami fungsinya dengan betul.

2. Untuk membuka kemudahan macro ini, sila pilih Tools > Macro >
Macro

3. Apabila kita memlih macro dari pilihan Tools tersebut, kita boleh
terus memilih pilihan Record New Macro jika kita telah
menguasainya.

4. Satu kekotak macro akan dipaparkan. Taipkan nama macro yang


akan dihasilkan dan kemudian tekab butang Create.

120
Perkataan tidak boleh diselang kerana
butang Create tidak akan aktif

5. Perlu diingatkan di sini, apabila kita menamakan macro, perkataan


tersebut tidak boleh diselang kerana jika setiap perkataan diselang,
butang Create tidak akan diaktifkan.

6. Apabila butang Create diklik, secara automatik, perisian Microsoft


Visual Basic Application akan dipaparkan.

121
7. Di sini kita perlu meletakkan sedikit aturcara berasaskan bahasa
pengaturcaraan Visual Basic. Contohnya adalah seperti di bawah;

122
8. Sebenarnya untuk menghasilkan macro tidaklah sesusah seperti
contoh di atas. Di dalam Excel, kita boleh menggunakan butang
(button) untuk mengintegrasikan macro.

6.3 Mengintegrasikan Macro Dengan Butang

1. Untuk mengintegrasikan macro dengan kemudahan butang, aktifkan


kemudahan Forms yang terdapat di dalam Excel.

2. Untuk itu klik sebelah kanan tetikus di bahagian Menu Bar.

3. Aktifkan kemudahan Forms yang terdapat di dalam pilihan tersebut.

123
4. Kemudahan di dalam Forms hampir menyerupai Tool Box seperti
yang terdapat di dalam Microsoft Visual Basic dan juga perisian
Microsoft Office yang lain.

Label Edit Box

Group Box Button

Check Box Option Button

List Box Combo Box

Combination List-Edit Combination Drop-Down Edit

Scroll Bar Spinner

Control Properties Edit Code

Toggle Grid Run Dialog

5. Setiap satu kemudahan yang disediakan di dalam kemudahan Forms


tersebut mempunyai fungsi tersendiri. Sebagai contoh jika kita
menggunakan kemudahan Check Button atau Option Button kita
boleh menghasilkan aplikasi perisian soalan aneka pilihan dengan
menggunakan Excel.

6. Pilih Button dari kekotak Forms tersebut dan hasilkan sebuah butang
di atas fail Excel.

124
7. Apabila kita menghasilkan sebarang butang dengan kemudahan
Button tersebut, secara automatik, kita dikehendaki menamakan
macro yang akan kita bina.

8. Di dalam latihan ini, namakan macro tersebut sebagai susun.

9. Pilih butang Record untuk meneruskan latihan ini.

125
10. Anda akan dipaparkan dengan satu kekotak yang menyatakan
maklumat mengenai status macro yang dihasilkan serta beberapa
perkara yang boleh kita tetapkan mengikut kesukaan kita.

126
11. Sebagai contohnya, kita boleh menetapkan kemudahan menggunakan
papan kekunci dengan menekan kekunci Ctrl diikuti dengan huruf
atau nombor yang kita sukai. Ini bermakna selain dari menekan
butang yang kita hasilkan, kita juga boleh menggunakan jalan pintas
dengan menggunakan papan kekunci.

12. Sekiranya tiada sebarang perubahan yang ingin dilakukanm, klik OK.

13. Satu kekotak Recording Macro akan dipaparkan dan secara


automatik ianya sedang aktif untuk merekodkan apa yang akan kita
lakukan.

14. Tugas kita sekarang ialah melakukan saringan atau susunan (sorting)
terhadap data yang kita ada. Contohnya kita ingin menyusun semula
kedudukan pelajar berdasarkan pencapaian peratus keseluruhan
dalam Ujian 1.

15. Untuk tujuan tersebut, aktifkan kawasan yang terlibat dalam proses
penyusuan tersebut.

16. Pergi ke Menu Bar, dan pilih Data > Sort.

17. Pada pilihan Sort By, pilih % dan aktif kan perkataan Descending.

127
18. Setelah selesai, matikan butang Stop Recording.

Klik di sini untuk menamatkan


rakaman macro

19. Kekotak Recording Macro akan hilang secara automatik.

20. Ubahsuai butang yang kita hasilkan dengan menukar namanya


kepada perkataan SUSUN.

21. Untuk tujuan tersebut, klik sebelah kanan tetikus dan pilih Edit Text.

22. Tukarkan perkataan di atas butang tersebut seperti mana yang


dikehendaki.

128
23. Selain itu, kemudahan Format Contol boleh digunakan untuk
mengubahsuai keseluruhan teks dan tetapan lain.

24. Terdapat pelbagai pilihan yang boleh kita perolehi untuk


mengubahsuai kedudukan teks, butang dan sebagainya.

129
25. Klik OK sekiraya kerja mengubahsuai telah selesai dijalankan.

26. Klik butang SUSUN yang telah dihasilkan tadi. Apa yang berlaku
data akan disusun mengikut apa yang telah ditetapkan.

27. Ubahsuai markah pelajar di dalam aplikasi sistem yang telah kita
hasilkan tadi dan kemudian klik butang SUSUN sekali lagi. Apa
yang berlaku.

28. Data pelajar yang telah diubahsuai tadi akan disusun semula
mengikut kedudukan peratus markah pelajar.

29. Begitulah antara mudahnya kerja yang dapat kita lakukan apabila
kemudahan macro yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

6.4 Menghasilkan Macro Untuk Cetakan

1. Adakalanya kita perlu melakukan cetakan terhadap data yang telah kita
hasilkan.

2. Untuk tujuan tersebut, hasilkan satu butang CETAK di bawah butang


SUSUN dengan menggunakan kemudahan button yang terdapat di
dalam kekotak Forms.

3. Namakan macro tersebut sebagai cetak di kekotak Assign Macro.

130
4. Klik butang Record untuk merakamkan macro.

5. Klik OK pada kekotak Record Macro dan bersedia untuk melakukan


tugas.

6. Apabila kekotak Recording Macro muncul lakukan tugasan untuk


mencetak.

7. Highlight kawasan yang akan dicetak.

8. Pilih File > Print pada Menu Bar.

131
9. Klik butang OK pada paparan print yang ada dipaparan. Pastikan jenis
pencetak yang digunakan adalah betul.

10. Sekiranya jenis pencetak yang dipaparkan tidak sama dengan jenis
pencetak yang dipilih, proses pencetakan mungkin tidak berlaku
apabila butang CETAK ditekan.

132
11. Proses mencetak akan dilakukan. Bagi tujuan ini, pencetak tidak perlu
diaktifkan agar tidak ada paparan yang akan dicetak kerana kita hanya
melakukan rakaman macro sahaja sebagai latihan.

12. Setelah selesai, klik dimana-mana sel (di luar kawasan yang telah
dihighlightkan).

13. Hentikan proses merakam dengan menekan butang Stop Recording.

Klik di sini untuk menamatkan


rakaman macro

133
14. Ubahsuai nama pada butang macro yang dihasilkan tadi kepada
perkataan CETAK.

15. Ubahsuai markah pelajar, cuba lakukan susunan semula dengan


menekan butang SUSUN.

16. Kemudian buat cetakan dengan menekan butang CETAK.

6.5 Menukar Helaian Lain Menggunakan Macro

1. Sekiranya kita menghasilkan helaian yang banyak di dalam satu


workbook, pastinya untuk kita mencapai helaian yang agak jauh dari
helaian yang sedang kita gunakan.

134
2. Untuk tujuan tersebut, hasilkan satu butang lain dengan
menggunakan button di dalam kekotak Forms.

3. Namakan macro tersebut sebagai PepAkhirTahun.

4. Klik butan Record dan bersediakan untuk merakamkan macro.

5. Klik butang OK pada kekotak Record Macro.

6. Sewaktu proses merakam macro sedang diaktifkan tekan ikon berikut


untuk mencari helaian PepAkhirTahun yang tersembunyi.

Klik butang ini

7. Hentikan rakaman macro tersebut dengan menekan butan Stop


Recording.
8.

135
Klik di sini untuk menamatkan
rakaman macro

9. Ubahsuai nama di butang yang baru dihasilkan dengan perkataan Pep


Akhir.

10. Cuba klik pada butang Pep Akhir yang telah dihasilkan. Adakah
ianya akan memaparkan helaian PepAkhirTahun?

11. Tahniah kerana anda berjaya melakukannya.

136
6.6 Mengubahsuai Tahap Keselamatan Macro

1. Adakalanya semasa kita membuka fail Excel yang telah kita


bangunkan, kita akan dipaparkan dengan kotak dialog berikut.

2. Macro yang telah dihasilkan di dalam fail ini tidak dapat diaktifkan
dan dipaparkan dengan sempurna kerana fail ini telah ditetapkan
dengan tahap keselamatan yang tinggi.

3. Untuk tujuan ini, klik sahaja butang OK.

4. Kemudian dengan memilih Tools > Macro > Security.

137
5. Satu kekotak Security akan dipaparkan dan pilih Low (not
recommended). You are not portected from potentially unsafe
macros. Use this setting only if you have virus scanning software
installed, or you are sure all documents you open are safe.

6. Klik butang OK.

7. Simpan fail Excel anda.

138
BAB 7

MENGGUNAKAN MACRO DAN KEMUDAHAN


CUSTOMIZE DALAM EXCEL

7.1 Pengenalan

Kita telah melihat penggunaan macro dengan menggunakan butang yang


disediakan di dalam kemudahan Forms. Selain daripada kemudahan yang
terdapat di dalam Forms, kita juga boleh menggunakan kemudahan yang
terdapat di dalam pilihan Customize dan mengintergrasikannya bersama
dengan macro.

Di dalam bab ini akan diterangkan bagaiman kemudahan yang jarang


digunakan di dalam Customize tersebut boleh digunakan bagi menggantikan
kemudahan butang yang telah kita gunakan dalam bab 6 sebelum ini.

Namun begitu, kemuduhan butang (button) masih digunakan di dalam


menghasilkan aplikasi sistem pemarkahan dengan contoh-contoh dan
penggunaan yang lain seperti menyimpan fail yang dihasilkan atau
melakukan proses keluar perisian dengan hanya menekan butang yang
dihasilkan.

Pastikan anda memahami dan mengikuti langkah-langkah yang diterangkan


dengan penuh berhati-hati.
7.2 Mengenali Kemudahan Dalam Cunstomize

1. Setiap dari kita seringkali berfikir tentang penguasaan kita dalam


bidang komputer khususnya yang melibatkan penggunaan perisian
pejabat (Microsoft Ofice) sudah begitu mendalam.

2. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Syarikat Microsoft Inc. sendiri,


ramai pengguna hanya menggunakan kurang dari 20% kemudahan
yang disediakan oleh pembekal perisian tersebut secara
keseluruhannya. Mengapa ? mungkin juga kita tidak mengetahuinya
atau mungkin juga kita tidak terfikir bagaimana hendak
menggunakannya.

3. Cuba kita aktifkan kekotak Customize dan lihat apa yang disediakan
di dalamnya. Untuk tujuan ini, klik sebelah kanan tetikus di Menu
Bar.

140
4. Satu kotak dialog Customize akan dipaparkan.

5. Terdapat tiga pilihan bar di situ iaitu Toolbars, Commands dan


Options.

6. Lihat di dalam pilihan Commands. Lihatlah apa yang ditawarkan di


dalam pilihan tersebut. Apa yang ada di Menu Bar perisian Excel
hampir sama dengan apa yang ada di dalam pilihan Commands
tersebut.

7. Adakalanya apa yang ada di dalam pilihan Categories dan


Commands tidak terdapat di dalam Menu Bar atau pun Tool Bar.

141
8. Untuk menggunakan ikon yang tidak terdapat di Tool Bar, klik dan
seret ikon tersebut di tempat Tool Bar. Katakan kita hendak
menggunakan ikon Spelling dan meletakkan di atas.

9. Pilih pada Tools pada pilihan Categories dan dapatkan ikon Spelling
pada pilihan Commands.

10. Klik pada ikon Spelling tersebut dan bawa ianya ke Tool Bar.
Letaklah di mana-mana tempat yang kita sukai.

142
11. Hasilnya, ikon Spelling telah berada di dalam Tool Bar.

Ikon Spelling telah


dipaparkan di sini

143
12. Ini adalah satu contoh kemudahan yang boleh digunakan semasa
kotak dialog Customize diaktifkan.

7.3 Mengubah Nama Menu Menggunakan Kemudahan Customize

1. Selain dari mendapatkan ikon-ikon dengan menggunakan kemudahan


Customize, kita juga boleh mengubah nama menu dengan
menggunakan kemudahan ini.

2. Untuk tujuan ini, aktifkan kotak dialog Customize. Tanpa kotak


dialog ini diaktifkan kita tidak dapat mengubah nama menu yang kita
kehehendaki.

3. Semasa kotak dailog Customize ini dipaparkan, pergi ke menu File.


Pilih menu New.

Kotak dialog Customize ini perlu


diaktifkan

144
4. Apabila menu File diklik, tidak ada menu di bawahnya yang boleh
dipilih. Pergi ke menu New dan klik sebelah kanan tetikus.

5. Pada menu New, pilih pula menu Name. Di situ ditulis perkataan
&New.... Tukar perkataan tersebut dengan perkataan &Buka Fail
Baru...

145
6. Lihatlah hasilnya.

7. Cuba tukar menu-menu lain dengan nama yang sesuai seperti di


bawah.

146
8. Menarik bukan. Ianya seperti sebuah perisian Excel dalam versi
Bahasa Melayu. Tetapi ingat, apa yang telah kita tukar tadi akan
bertukarlah perisian Excel ini untuk selamanya sehingga kita
membuat ubahsuai yang lain.

9. Oleh yang demikian, adalah dinasihatkan anda membuat fail Backup


terlebih dahulu terhadap fail asas Excel tersebut sebelum apa-apa
berlaku ke atas perisian tersebut.

10. Tetapi sekiranya anda sudah mahir dengan proses menginstalisai


perisian-perisian ke dalam komputer, perkara seperti ini mungkin
tidak menimbulkan masalah kepada anda.

7.4 Menghasilkan Menu Baru Menggunakan Kemudahan Customize

1. Selain daripada menukar dan mengubahsuai nama pada menu yang


diingini, kita juga boleh menghasilkan menu baru dengan
menggunakan kemudahan yang terdapat di dalam Customize.

147
2. Pada pilihan Categories, pilih New Menu dan pada pilihan
Commands pilih New Menu.

3. Bawa New Menu di bawah pilihan Commands ke Menu Bar.

4. Klik sebelah kanan tetikus pada New Menu tersebut dan tukarkan
namanya kepada Data Peperiksaan.

5. Anda telah berjaya menghasilkan satu menu tambahan di dalam


perisian Excel anda. Seterusnya kita masukkan sub-sub menu di
bawahnya.

6. Pada pilihan Categories pilih Macros dan pada pilihan Commands


pilih Custom Menu Item.

148
7. Klik pada pilihan Custom Menu Item dan bawa ianya ke bawa menu
Data Peperiksaan.

Isikan Custom Menu Item yang


diheret tadi ke dalam kotak ini

8. Menu Custom Menu Item sepatutnya telah dimasukkan menjadi sub


menu Data Peperiksaan.

9. Tukarkan nama sub menu Custom Menu Item kepada Susun Data.

10. Masukkan lagi beberapa Custom Menu Item di bawah sub menu Data
Peperiksaan.

11. Tukarkan nama Custom Menu Item kepada Cetak Data dan Helaian
Peperiksaan Akhir Tahun.

149
Tukar nama Custom Menu Item dengan
nama berikut

12. Untuk menghasilkan sub kepada sub menu, pilih New Menu pada
pilihan Commands dan bawa di bawah sub menu Helaian
Peperiksaan Akhir Tahun.

13. Tukarkan nama New Menu kepada Analisa Ujian Bulanan.

14. Kemudian masukkan Custom Menu Item di bawah sub menu Analisa
Ujian Bulanan.

150
Masukkan Custom Menu
Item ke dalam kotak ini

15. Namakan Custom Menu Item yang dimasukkan tadi dengan nama
Ujian 1, Ujian 2 dan Ujian 3.

16. Dengan kemudahan New Menu dan Macros kita boleh menghasilkan
aplikasi sistem pemarkahan kita sendiri berasaskan dengan
pengubahsuaian yang kita lakukan pada perisian Excel.

151
7.5 Mengintegrasikan Macro Dengan Menu Yang Dihasilkan

1. Sebenarnya untuk menghasilkan macro dengan menggunakan menu,


kaedah yang digunakan adalah sama dengan kaedah menghasilkan
macro untuk butang (button).

2. Untuk menghasilkan macro kepada menu yang telah dihasilkan tadi,


pergi ke menu Data Peperiksaan dan pilih sub menu Susun Data....

3. Klik pada sub menu Susun Data.... Satu kotak dialog Assign Macro
akan dipaparkan.

4. Namakan macro tersebut sebagai SusunData. Kemudian klik butang


Record.

5. Kotak dialog Record Macro akan dipaparkan. Klik OK.

152
6. Lakukan proses penyusunan data seperti mana yang telah kita
lakukan sebelum ini. Highlightkan kawasan yang hendak dilakukan
penyusunan data. Pergi ke Menu Bar dan pilih Data > Sort. Pilih
arahan % pada pilihan Sort By dan pilih Descending pada pilihan
Radio Button.

7. Setelah tamat proses penyusuan data, klik di mana- mana sel agar
kawasan yang telah dihighlightkan tadi tidak diaktifkan.

8. Tamatkan proses merakam macro dengan menekan butang Stop


Recording. Jika kotak Record Macro tersebut tidak kelihatan, pergi
menu Tools > Macro > Stop Recording.

153
9. Simpan hasil kerja anda. Buat ubahsuai pada data markah pelajar.
Kemudian klik pada sub menu Susun Data. Apa yang berlaku?
Seperti yang kita ketahui, data akan dibuat penyusunan semula
berdasarkan pencapaian peratus markah keseluruhan pelajar.

10. Langkah seterusnya, kita akan melakukan proses rakaman macro bagi
sub menu Cetak Data pula. Untuk tujuan tersebut, klik pada menu
Data Peperiksaan > Cetak Data.

11. Anda akan dipaparkan dengan kotak dialog Assign Macro dan nama
macro tersebut sebagai CetakData.

154
12. Klik pada butang Record untuk melakukan proses merakam macro
dan kemudian klik butang OK pada kotak dialog Rcord Macro.

13. Lakukan proses rakaman tersebut. Highlightkan kawasan yang ingin


dicetak. Pergi ke Menu Bar dan pilih File > Print.

14. Pada kotak dialog Print pula, pastikan nama pencetak yang dipilih
adalah betul dengan jenis pencetak yang akan digunakan nanti. Buat
ubahsuai pada margin, page setup, paper size dan sebagainya yang
berkaitan sebelum proses pencetakan dilakukan.

15. Sekiranya semuanya berada dalam keadaan yang dikehendaki, klik


butang OK.

16. Proses pencetakan akan dijalankan. Setelah itu tamatkan proses


merakam macro dengan menekan butang Stop Recording.

155
17. Simpan hasil kerja anda. Setelah itu cuba klik pada sub menu Cetak
Data. Anda pasti dapat menghasilkan satu cetakan yang baik dan
memuaskan terhadap hasil kerja anda.

18. Untuk langkah seterusnya, kita akan cuba pula melakukan proses
rakaman bagi sub menu Helaian Peperiksaan Akhir Tahun.

19. Pergi ke Menu Bar dan pilih Data Peperiksaan > Helaian
Peperiksaan Akhir Tahun.

20. Satu kotak dialog Assign Macro akan dipaparkan. Kali ini kita tidak
perlu menamakan macro baru kerana kita pernah melakukan proses
merakam macro semasa kita menghasilkan butang Pep Akhir Tahun
dalam bab sebelum ini.

21. Sebenarnya dalam membina macro kita tidak semestinya akan


merakamkan macro jika apa yang kita hendak rakam tersebut pernah
kita lakukan sebelum ini. Kita boleh menggunakan rakaman macro
yang sama berulang kali jika tujuannya juga adalah sama.

156
22. Untuk itu, sila pilih pada macro yang telah sedia ada iaitu PepAkhir
Tahun.

Pilih macro yang telah sedia ada di dalam


ruangan ini

23. Buat pengubahsuaian jika perlu dengan menekan butang Edit. Jika
anda menekan butang Edit ini, secara automatik paparan Microsoft
Visual Basic Application (VBA) akan dipaparkan.

24. Di sini anda boleh melihat, aturcara yang sebenarnya telah anda tulis
secara tidak langsung apabila anda melakukan proses merakam
macro.

157
Paparan Microsoft Visual Basic Application (VBA) dan aturcara yang
ditulis apabila proses rakaman macro dilakukan

158
25. Sekiranya anda tidak melakukan sebarang pengubahsuaian terhadap
macro yang telah dipilih, klik sahaja butang OK

26. Dengan itu selesailah tugas anda untuk membina macro bagi sub
menu Helaian Peperiksaan Akhir Tahun.

27. Anda boleh meneruskan kerja-kerja merakam macro yang lain untuk
sub menu Analisa Ujian Bulanan bagi Ujian 1, Ujian 2 dan Ujian
3.

28. Ikuti langkah yang serupa seperti mana yang telah dilakukan sebelum
ini.

29. Konsep merakam aturcara ini sebenarnya adalah menulis satu


aturcara mudah menggunakan perisian Microsoft Visual Basic
Application (VBA) dalaman yang dibangunkan bersama dengan

159
perisian Microsoft Office. Contoh aturcara yang ditulis adalah seperti
berikut :

ActiveWorkbook.Save

30. Aturcara di atas membawa maksud untuk menyimpan hasil kerja


yang telah dibuat dengan menekan butang atau memilih menu yang
dihasilkan sebelumnya.

31. Contoh-contoh penulisan aturcara ini akan kita lihat dalam bab-bab
yang berikutnya.

160
BAB 9

MEMBINA BORANG KEMASUKAN DATA


MARKAH DALAM HELAIAN UJIAN DAN
PEPERIKSAAN

9.1 Pengenalan

Di dalam bab sebelum ini, kita telah menghasilkan satu antara muka yang
boleh dilinkkan dengan helaian-helaian lain dengan menggunakan
kemudahan di dalam Forms dan macro.

Kini tibalah masanya untuk kita menghasilkan satu borang pemarkahan yang
boleh diisikan berdasarkan kepada markah yang diperolehi oleh pelajar.
Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, contoh latihan yang diberikan
adalah untuk sebuah kelas sahaja. Dengan menggunakan kreativiti dan
pengetahuan yang telah kita ketahui, kita boleh menghasilkan sendiri aplikasi
yang lebih besar yang sesuai digunakan bagi sebuah sekolah.

Jika kini ingin mencetak setiap pencapaian pelajar, kita hanya perlu
memasukkan angka giliran pelajar. Dengan menggunakan formula-formula
tertentu kita boleh mendapatkan pencapaian pelajar secara individu dan
kemudian mencetaknay menjadi sekeping slip peperiksaan.
9.2 Membina Borang Kemasukan Markah Pelajar Bagi Helaian
Ujian

1. Seperti yang pernah kita bangunkan aplikasi sebelum ini, bina satu
borang pemarkahan pelajar di helaian Ujian 1.

2. Dari helaian Menu, klik butang Ujian 1 untuk bergerak ke helaian


tersebut.

3. Hasilkan borang pemarkahan tersebut mengikut kreativiti kita sendiri.

178
4. Setelah itu hasilkan senarai markah 0 hingga 100 seperti yang pernah
kita lakukan sebelum ini.

5. Jika anda telah lupa untuk menghasilkannya. Pergi ke menu Data >
Validation. Pada pilihan Allow pilih List. Pada pilihan source pula
pilih nombor 0 hingga 100 yang telah kita hasilkan tadi.

6. Hasil yang anda perolehi sepatutnya seperti berikut :

7. Dengan menggunakan kemudahan fill handle, salin (copy) senarai


yang telah kita hasilkan di petak atau ruangan bagi markah Bahasa
Melayu untuk pelajar pertama ke semua bahagian ruangan yang perlu
diisikan markah pelajar.

8. Sepatutnya semua ruangan bagi markah pelajar untuk setiap mata


pelajaran telah ada senarai markah 0 hingga 100.

179
9. Sekarang kita akan menghasilkan formula bagi Jumlah Markah,
Peratus dan Gred. Untuk itu aktifkan sel bagi pelajar pertama di
ruangan Jumlah Markah.

10. Taipkan rumus berikut di dalam petak sel tersebut.

=SUM(C11:K11)

11. Selain dari menaipkan formula terus ke dalam petak sel berkaitan,
kita juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh
Excel. Untuk tujuan itu, klik pada ikon Insert Function fx .

12. Satu kotak dialog Insert Function dipaparkan. Klik pada pilihan
SUM pada pilihan Select a function.

180
13. Klik OK. Satu kotak dialog Function Arguments akan dipaparkan.

14. Sewaktu pilihan Number1, sedang diaktifkan, highlightkan kawasan


mana yang hendak dicampurkan. Kemudian klik OK.

Kawasan yang akan ditambahkan dengan


menggunakan pernyataan SUM

181
15. Selepas kawasan tersebut dihighlightkan, secara automatik, kawasan
tersebut akan dimasukkan ke dalam ruangan Number1.

16. Lihat hasilnya di dalam petak berkenaan, satu simbol 0 yang


menandakan ada satu formula telah dimasukkan ke dalam petak sel
tersebut.

17. Copy formula tersebut dengan menggunakan kemudahan fill handle


dengan membawa dan menyeret tetikus hingga ke kawasan yang
sepatutnya.

182
Kawasan yang
dihighlightkan ini
merupakan kawasan
yang disalin formula
dengan fill handle

18. Kini, kita akan menghasilkan pula formula bagi peratus jumlah
markah yang diperolehi oleh pelajar.

19. Untuk tujuan tersebut, taipkan formula berikut di dalam petak peratus
bagi pelajar pertama.

183
=SUM(L11/900)*100

20. Ini membawa maksud jumlah markah yang diperolehi oleh pelajar di
L11 dibahagikan dengan 900 (jumlah sepatutnya bagi 9 mata
pelajaran) dan didarabkan dengan 100 untuk mendapatkan peratus.

21. Dengan menggunakan kemudahan fill handle, lakukan proses copy


bagi menyalin formula tersebut untuk kesemua pelajar.

22. Sekarang kita akan menghasilkan pula kedudukan gred pelajar


berdasarkan kepada pencapaian peratus yang diperolehi oleh pelajar.
Taipkan formula berikut di ruangan Gred untuk pelajar pertama,

=IF(M11>79,"A",IF(M11>59,"B",IF(M11>39,"C",IF(M11>19,
"D","E"))))

23. Dalam fomrula di atas, M11 merujuk kepada petak peratus markah
yang diperolehi oleh pelajar pertama.

24. Lakukan proses copy formula dengan menggunakan kemudahan fill


handle untuk menyalin formula yang telah dibuat tadi. Sepatutnya
hasil yang akan diperolehi adalah seperti berikut.

184
25. Terdapat simbol 0 pada petak Jumlah dan Peratus, manakala petak
Gred telah dimasukkan nilai gred berdasarkan pencapaian peratus
markah yang diperolehi oleh setiap pelajar.

26. Untuk menyembunyikan (hide) kesemua nilai 0 yang ditunjukkan di


petak Jumlah dan Peratus, sila klik menu Tools > Option.

27. Nyahaktifkan tanda di pilihan Zero values. Klik OK

Hilangkan tanda di petak Zero values

28. Lihat hasilnya.

185
29. Tidak ada lagi simbol 0 di dalam petak Jumlah dan Peratus kerana
kedua-duanya telah pun dihidekan.

30. Kini kita akan menghasilkan pula formula bagi analisa bagi setiap
mata pelajaran.

31. Klik pada petak pertama untuk mengira jumlah pelajar yang
mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

186
32. Masukkan formula berikut :

=COUNTIF(C11:C40,">79" )

33. Formula tersebut menjelaskan pengiraan akan dilakukan di dalam


ruang lingkup sel C11 hingga C40 yang iaitu yang meliputi pelajar
pertama hingga pelajar ke 30 dan sekiranya terdapat markah yang
lebih daripada 79, maka bilangannya akan dimasukkan di dalam
petak tersebut (menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang mendapat
A adalah demikian jumlahnya).

34. Bagi mengira bilangan pelajar yang mendapat gred B, C, D dan E,


sila masukkan formula yang berikut :

187
B =(COUNTIF(C11:C40,">59" ))-
(COUNTIF(D11:D40,">79" ))
C =(COUNTIF(C11:C40,">39" ))-
(COUNTIF(C11:C40,">59" ))
D =(COUNTIF(C11:C40,">19" ))-
(COUNTIF(C11:C40,">39" ))
E =(COUNTIF(C11:C40,"<20" ))-
(COUNTIF(C11:C40,"0"))

35. Sebagai rujukan guru, sebenarnya gred yang ditetapkan adalah


berdasarkan kepada pencapaian peratus berikut:

A 80 – 100
B 60 -79
C 40 – 59
D 20 -39
E 0 – 19

36. Bandingkan di antara kedua-dua jadual di atas, formula yang


dihasilkan dengan nilai rujukan bagi penentuan gred pelajar
berdasarkan peratus markah yang diperolehinya.

37. Seterusnya lakukan proses menyalin (copy) bagi kesemua mata


pelajaran mengikut grednya satu persatu dimulai dengan gred A.

38. Dengan menggunakan kemudahan fill handle, seret dihujung petak


sehingga tanda + yang hitam kelihatan dan bawa hingga ke petak
yang terakhir sekali sepeti yang ditunjukkan dalam rajah.

188
39. Lakukan proses yang sama terhadap kesemua gred yang lain iaitu
gerd B hingga gerd E.

40. Di sini diingatkan bahawa tidak ada simbol 0 yang kelihatan


disebabkan kita telah menyembunyikan (hide) kemudahan tersebut
semasa di langkah 27 sebelum ini melalui kemudahan Option.

41. Kita akan menghasilkan pula formula bagi bilangan pelajar yang
lulus di petak Jumlah Lulus. Taipkan formula berikut di dalam petak
berkaitan.

=SUM(C44:C46)

42. Di dalam petak tersebut, akan dimasukkan jumlah nilai di antara C44
(bilangan pelajar yang mendapat gred A) hingga C46 (jumlah pelajar
yang mendapat gred C, termasuk yang mendapat gred B).

43. Untuk mengira bilangan pelajar yang gagal di dalam petak Jumlah
Gagal pula taipkan formula berikut :

=SUM(C47:C48)

44. Ini menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang mendapat gred D


(C47) akan ditambah dengan bilangan pelajar yang mendapat gred E
(C48).

45. Untuk mengira peratus pelajar yang lulus, taipkan pula formula
berikut :

=C49/SUM(C44:C48)*100

46. Formula di atas bermaksud jumlah pelajar yang lulus (C49)


dibahagikan dengan jumlah semua pelajar (C44:C48) dan kemudian
didarabkan dengan 100. Ingatan : C44 hingga C48 adalah bilangan
pelajar yang mendapat gred A, B, C, D dan E.

47. Begitu jumlah dengan mengira peratus bagi bilangan pelajar yang
gagal, gunakan formula berikut :

=C51/SUM(C44:C48)*100

189
48. C51 adalah merupakan bilangan pelajar yang gagal.

49. Sekiraya kerja memasukkan formula telah selesaikan dilaksanakan,


lakukan proses menyalin formula dengan menggunakan kemudahan
fill handle.

50. Kini lengkaplah sudah kerja menghasilkan sebuah borang


pemarkahan bagi helaian Ujian1.

51. Kita akan melakukan satu proses menyalin kesemua apa yang telah
kita buat di dalam helaian Ujian1 ke dalam helaian-helaian yang lain.
Untuk itu highlight kesemua bahagian yang telah kita buat di helaian
Ujian1.

190
52. Pergi ke menu Edit > Copy.

53. Bergerak ke helaian Ujian2, di petak sel A1, lakukan proses


menampal (paste) dengan pergi ke menu Edit > Paste.

Ikon Paste

Helaian Ujian2

191
54. Tukarkan perkataan Ujian1 kepada Ujian2 di bahagian ini.

Tukarkan nama ujian 1 kepada


ujian 2 di sini

55. Lakukan perkara yang sama kepada helaian Ujian 3, Ujian 4, Ujian
5, Ujian 6, Peperiksaan Setengah Tahun dan Peperiksaan Akhir
Tahun.

56. Kembali semula kepada helaian Ujian2. Di bahagian nama pelajar,


kita akan meletakkan satu formula di bahagian nama pelajar dengan
menaipkan formula berikut :

=UJIAN1!B11

57. Formula ini bermaksud apa yang terkandung di dalam petak sel B11
di helaian Ujian1 akan disalin ke dalam petak yang dipilih (Di dalam
latihan ini kita memilih helaian Ujian2 dan juga petak bagi nama
pelajar pertama).

192
Pasikan anda berada di helaian dan
petak yang betul

58. Dengan menggunakan kemudahan fill handle, lakukan proses


menyalin formula bagi pelajar kedua hingga ke-30. Anda hanya perlu
mengheret tetikus hingg ke ruangan petak nama pelajar yang ke-30.

193
59. Ini bermakna tugas guru hanya menaipkan nama pelajar mereka di
ruangan nama pelajar di helaian Ujian1 sahaja. Secara automatik,
nama pelajar akan disalin di dalam ruangan nama pelajar di Ujian2
secara automatik.

Helaian Ujian2
Helaian Ujian1

194
60. Lakukan perkara yang sama bagi helaian-helaian yang lain.

6.3 Membina Butang Susun, Simpan Dan Cetak

1. Setelah semuanya selesai kita akan membina beberapa butang


(button) yang boleh digunakan semasa proses mengisi markah di
dalam borang yang telah dibina tadi.

2. Sebenarnya kita ada cara lain selain daripada membina butang di


setiap paparan helaian iaitu dengan menghasilkan menu di Menu Bar
tetapi kaedah ini tidak praktikal bagi capaian ke proses cetakan
kerana setiap helaian akan dicetak berdasarkan markah yang
diperolehi pada setiap kali ujian atau peperiksaan dijalankan.

3. Oleh itu, kita menghasilkan butang susun,simpan dan cetak pada


setiap helaian agar memudahkan kerja kita.

4. Untuk tujuan tersebut, aktifkan kekotak Forms dengan mengklik


sebelah kanan tetikus di Menu Bar.

Pilih ikon Button

195
5. Klik Button tersebut dan bawa ke tempat yang sesuai untuk
meletakkan butang tersebut.

6. Namakan macro tersebut sebagai SUSUN_DATA. Klik Record.

7. Klik OK apabila kotak dialog Record Macro dipaparkan. Rekodkan


macro anda dengan memilih kawasan yang akan dilakukan
penyaringan atau penyusunan data (sort)

8. Pergi ke menu Data > Sort.

196
9. Sort By Peratus dan pilih arahan Descending. Sebenarnya proses
tersebut bukanlah satu proses penyaringan atau penyusunan data
sahaja tetapi satu proses pengasingan data berdasarkan kedudukan
peratus di mana nilai yang paling besar akan berada di dalam ranking
yang paling atas (descending).

10. Klik butang OK dan bawa kursor di mana –mana sel dan klik sekali
untuk menghilangkan kawasan yang telah dihighlightkan tadi.

11. Tamatkan proses rakaman dengan memilih Tools > Macro > Stop
Recording.

12. Tukar nama butang anda dengan nama yang sesuai.

197
13. Kita akan menghasilkan pula butang yang kedua iaitu butang simpan.
Dengan cara yang sama, hasilkan sebuah butang di bawah butang
SUSUN DATA.

14. Berikan nama yang sesuai bagi Macro name untuk butang ini, klik
Record jika telah selesai.

15. Lakukan proses rakaman dengan memilih menu File > Save As.

16. Tamatkan proses rakaman dengan memilih menu Tools > Macro >
Stop Recording.

17. Tukarkan nama butang anda dengan nama yang sesuai.

198
18. Akhir sekali kita akan menghasilkan pula butang bagi CETAK
DATA. Seperti sebelum ini, hasilkan butang dengan menggunakan
kemudahan Forms.

19. Namakan macro yang sesuai apabila kekotak dialog Assign Macro
dipaparkan. Klik Record.

20. Klik Ok apabila kotak dialog Record Macro dipaparkan.

21. Proses merakamkan macro dimulakan. Highlight kawasan yang akan


dicetak. Pergi ke menu File > Print.

22. Pastikan nama pencetak yang anda pilih adalah betul dan lakukan
proses memilih paper saiz, margin dan tetapan lain dalam Print
Properties adalah betul. Jika sudah selesai klik OK.

23. Pergi ke menu Tools > Macro > Stop Recording untuk menamatkan
proses merakam macro.

24. Tukar nama pada butang yang dihasilkan dengan nama yang sesuai.

199
25. Kini anda telah berjaya menghasilkan satu borang pemarkahan yang
boleh digunakan bagi helaian Ujian 1.

26. Lakukan kaedah yang sama untuk menghasilkan butang di setiap


helaian.

9.4 Menghasilkan Menu Bar Sendiri

1. Di dalam latihan ini, kita akan cuba membuang semua senarai Menu
Bar yang terdapat di dalam perisian asal Microsoft Excel.

2. Tetapi diingatkan bahawa, anda harus membuat Backup terlebih


dahulu terhadap fail asal Microsoft Excel kerana apabila anda telah

200
melakukan pembuangan terhadap menu asal tersebut ianya akan
hilang untuk selamanya melainkan anda membuka semula dengan
fail backup yang telah anda buat terlebih dahulu atau pun anda
terpaksa melakukan installation semula terhadap fail Microsoft Excel
tersebut.

3. Untuk membuat fail Backup, anda diminta menyalin (Copy) fail asal
Microsoft Excel yang ada di dalam My Computer > Local Disk C: >
Program Files > Microsoft Office > Office10 > EXCEL.exe.

4. Copy fail tersebut ke dalam mana-mana removable disk seperti pen


drive atau optical drive anda. Fail tersebut mempunyai saiz fail
sekitar 8.73 MB.

5. Setelah anda berjaya melakukannya, pisahkan removable diski


tersebut dari komputer agar fail tersebut tidak terusik dengan proses
kerja yang ingin anda lakukan.

6. Ingatan : Untuk mengembalikan pada kedudukan asal Microsoft


Excel setelah pengubahsuaian dilakukan, anda hanya perlu membuka
perisian Microsoft Excel melalui removable disk dan segala menu
asal Microsoft Excel akan kembali seperti sedia kala.

7. Sebelum kita membuang semua senarai Menu Bar yang asal dari fail
Microsoft Excel, kita akan membina butang KELUAR bagi
membolehkan perisian ditamatkan apabila arahan asal Exit dan Close
tidak ada lagi.

8. Untuk itu, sila aktifkan kotak dialog Customize. Pilih Macros pada
ruangan Categories dan Custom Menu Item pada pilihan Commands.
Bawa Custom Menu Item tersebut ke Menu Bar.

201
Bawa Custom New Item
ke Menu Bar

9. Tukarkan nama Custom Menu Item tersebut kepada Keluar.

10. Untuk menghasilkan satu macro pada perkataan tersebut, tutup kotak
dialog Customize dengan menekan butang Close.

202
11. Pergi ke Menu Bar dan pilih Tools > Macro > Macro.

12. Namakan macro anda dengan KELUAR. Klik butang Create untuk
teruskan.

13. Perisian Microsoft Visual Basic Application (VBA) akan dipaparkan,


Taipkan aturcara berikut :

Apllication.Quit

203
14. Kembali semua kepada perisian Microsoft Excel dengan menutup
perisian Microsoft Visual Basic Application (VBA).

15. Pergi ke menu Keluar dan klik pada tulisan tersebut sekali. Oleh
kerana kita belum memberikan apa-apa arahan kepada perkataan
tersebut, sila pilih arahan KELUAR yang baru sahaja dihasilkan tadi
pada kotak dialog Assign Macro. Klik OK jika sudah selesai.

16. Sekarang kita tidak perlu bersusah payah mencari arahan keluar jika
semua Menu Bar asal dalam perisian Excel ini dibuang nanti.

17. Langkah seterusnya ialah kita akan menghasilkan menu bagi capaian
ke setiap helaian yang telah kita hasilkan sebelum ini.

18. Untuk itu sekali lagi aktifkan kotak dialog Customize. Pilih arahan
New Menu dalam pilihan Commands pada pilihan New Menu di
Categories. Heret dan bawa perkataan tersebut ke Menu Bar.

19. Tukar nama New Menu tersebut kepada Senarai Ujian. Bagi tujuan
tersebut klik kanan tetikus pada perkataan New Menu tersebut dan
pilih Name.

204
20. Sekali lagi bawa Custom Menu Item ke Menu Bar tetapi kali ini di
bawah menu Senarai Ujian. Masukkan ianya di dalam kotak di
sebelah kiri di bawah perkataan Senarai Ujian.

Masukkan Custom Menu Item di


dalam kotak ini

21. Sepatutnya hasilnya adalah seperti berikut :

22. Tukarkan nama Custom Menu Item tersebut kepada Ujian 1. Ulangi
langkah tersebut bagi Ujian 2, Ujian 3, Ujian 4, Ujian 5, Ujian 6,
Peperiksaan Setengah Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

205
23. Tutup kotak dialog Customize dengan menekan butang Close.

24. Klik pada menu Ujian 1 yang baru dihasilkan tadi. Satu kotak dialog
Assign Macro akan dipaparkan.

25. Namakan macro tersebut mengikut nama ujian. Klik Record apabila
telah selesai.

26. Klik Ok pada kotak dialog Record Macro. Lakukan operasi merakam
macro dengan memilih helaian UJIAN1.

27. Tamatkan proses rakaman dengan menekan butang Stop Recording.


Jika tiada ikon seperti di bawah muncul, pergi ke Tools > Macro >
Stop Recording.

Stop Recording

206
28. Lakukan proses yang sama kepada Ujian 2 hingga Peperiksaan
Akhir Tahun.

29. Sekarang kita akan membina satu lagi menu iaitu Simpan Data.
Tujuannya adalah untuk menyimpan hasil kerja keseluruhan kerja
yang telah kita lakukan semasa proses memasukkan markah
peperiksaan pelajar.

30. Ikuti langkah-langkah seperti sebelum ini.

31. Klik sebelah kanan perkataan Simpan Data dan dapatkan arahan
Assign Macro.

32. Namakan macro tersebut sebagai SIMPAN dan klik butang Record.
Klik OK pada kotak dialog Record Macro. Seterusnya lakukan proses
merakamkan macro dengan memilih File > Save.

33. Setelah itu tamatkan proses merakam macro dengan menekan butang
Stop Recording.

34. Kini, selesailah sudah proses menghasilkan kesemua menu sendiri.


Tetapi sekiranya anda ingin menghasilkan sendiri menu lain, anda
boleh menghasilkannya sendiri dengan mengikuti langkah-langkah
yang telah diterangkan sebelum ini. Sekarang kita akan membuang
semua menu asal yang disediakan oleh Microsoft Excel.

35. Sebelum itu diharapkan anda telah pun menyembunyikan ikon-ikon


di Task Bar terlebih dahulu. Klik sebelah kanan tetikus pada Menu
Bar dan nyahaktifkan beberapa pilihan yang bertanda.

207
Hilangkan tanda
yang berikut untuk
menyembunyikan
ikon-ikon di Task
Bar.

36. Selain menyembunyikan ikon-ikon di menu bar, anda juga harus


menyembunyikan helaian yang terdapat di bahagian bawah perisian
Excel ini. Sebelum ini kita telah pun mempelajari cara-cara
bagaimana menyembunyikan (hide) Sheet Tab tersebut.

37. Pergi ke menu Tools > Options. Padamkan tanda yang terdapat di
pilihan Sheet Tab dan keseluruhan yang ada di dalam pilihan Window
Option.

208
38. Padamkan juga tanda-tanda berikut di pilihan Show.

39. Hasilnya adalah seperti berikut :

209
40. Untuk itu, sekali lagi aktifkan kotak dialog Customize. Pergi ke
mana-mana menu. Klik dan heret menu tersebut keluar dari senarai
menu (ke ruang kerja Excel) untuk menghilangkan menu tersebut.

Bawa menu Help ke ruang kerja Excel


untuk menghilangkan menu tersebut

Menu Help telah dikeluarkan dari


senarai menu

41. Lakukan perkara yang sama terhadap terhapat menu-menu lain yang
tidak berkaitan dengan aplikasi yang anda bangunkan.

42. Klik butang Close untuk menutup kotak dialog Customize.

210
43. Hasilnya adalah seperti berikut :

44. Simpan hasil kerja anda dengan menekan menu Simpan Data.

45. Sekarang tugas anda untuk membangunkan satu aplikasi sistem


peperiksaan telah pun selesai.

211
46. Anda boleh mencuba dengan memasukkan markah di mana-mana
ujian atau peperiksaan agar tidak timbul sebarang masalah apabila
aplikasi sistem yang dibangunkan digunapakai oleh guru-guru di
sekolah.

212
BAB 10

MENGGUNAKAN KEMUDAHAN CONDITIONAL


FORMATTING DALAM EXCEL

10.1 Pengenalan

Semasa proses kemasukan markah ke dalam aplikasi sistem yang


dibangunkan, untuk menjadikannya lebih menarik, kemudahan di dalam
Conditional Formatting boleh digunakan. Meletakkan syarat-syarat tertentu
di dalam sesuatu kemasukan menjanjikan kelainan terhadap hasil data yang
dimasukkan.

Dengan menjadikan teks bertukar warna atau membiarkan petak sel kita
dengan sendirinya berwarna mengikut warna kesukaan kita boleh dilakukan
dengan menggunakan kemudahan ini.

Kita boleh meletakkan satu nilai sebagai pemalar atau memasukkan sstu
formula tertentu sebagai syarat memudahkan kerja kita dalam menguruskan
data dalam aplikasi yang lebih besar yang kita bangunkan. Kita boleh
melihat berdasarkan warna teks atau melihat petak-petak sel yang berwarna
hanya dengan kemampuan dan kemahiran yang kita kuasai dalam
kemudahan Conditional Format.
10.2 Mengenali Kemudahan Dalam Conditional Formatting

1. Untuk menggunakan kemudahan yang terdapat dalam Conditional


Formatting, pergi ke menu Format > Conditional Formatting.

2. Satu kotak dialog akan dipaparkan.

3. Di dalam pilihan Condition terdapat dua pilihan iaitu Cell Value Is


dan Formula Is.

214
4. Manakala syarat bagi kemasukan data ke dalam petak sel pula
diberikan 8 pilihan iaitu between, not between, equal to, not equal to,
greater then, less then, greater than or equal to dan less than or
equal to.

5. Manakala bagi ruangan dua petak yang diberikan di sebelah kanan


pula merupakan nilai syarat yang akan kita masukkan.

6. Contohnya seperti

215
7. Ini membawa maksud sekiranya nilai yang dimasukkan adalah di
antara 0 dengan 39, maka sesuatu akan berlaku mengikut apa yang
telah kita tetapkan di dalam format.

Klik butang Format

8. Contohnya jika kita menetapkan warna pada teks tersebut akan


berubah menjadi warna merah. Untuk tujuan tersebut klik pada
butang Format.

216
9. Begitu juga dengan pilihan lain, anda boleh memilih Font Style yang
disediakan seperti Italic, Bold, Bold Italic dan Regular.

10. Klik butang Ok jika telah selesai. Sekarang cuba anda taipkan satu
nilai di antara 0 hingga 39 dan lihatlah hasilnya, nilai yang ditaipkan
tersebut akan menjadi warna merah.

11. Apa pula yang akan berlaku jika nilai yang lebih daripada 39
dimasukkan. Tentunya tiada apa-apa yang akan berlaku, ini bermakna
warna pada nilai yang dipaparkan di dalam petak sel tidak berubah
(tetap berwarna hitam) kerana warna tersebut adalah warna tetapan
asal (default).

12. Untuk memberikan kesan agar warna pada nilai yang dipaparkan juga
berubah apabila nilai yang lebih besar daripada 39 dimasukkan, ikut
langkah seterusnya.

13. Klik butang Add.

Klik butang Add

14. Satu tetapan syarat kedua (Condition 2) akan dipaparkan. Pada


pilihan syarat, pilih greater than (lebih besar daripada). Masukkan
nilai 39. Ini membawa maksud jika nilai yang dimasukkan dalam
petak sel lebih daripada 39.

217
15. Klik butang Format pada Condition 2. Pilih warna biru dalam pilihan
color. Klik OK jika sudah selesai.

16. Klik OK pada kotak dialog Conditional Formatting apabila


semuanya telah selesai ditetapkan. Cuma masukkan sebarang nilai di
dalam petak yang telah kita tetapkan tadi.

218
17. Apa yang berlaku? Jika nilai yang dimasukkan adalah di antara 0
hingga 39, nilai tersebut akan bertukar menjadi merah manakala jika
nilai tersebut lebih daripada 39, nilai tersebut akan menjadi warna
biru.

18. Bagaimana caranya kita hendak mengaplikasikan kaedah ini di dalam


aplikasi sistem peperiksaan yang kita bangunkan. Cuba hasilkan
sistem pemarkahan seperti di bawah.

19. Masukkan formula yang sesuai di bawah petak Jum Markah


(jumlah markah BM1 + BM2 + BI + MAT + Sains). Contohnya :

=SUM(C3:G3)

20. Masukkan juga formula yang sesuai di bawah petak % (Jum


Markah dibahagi 500 dan didarabkan dengan 100). Contohnya :

=SUM(H3/500)*100

21. Dan akhir sekali masukkan formula yang sesuai untuk mencari Gred.
Contohnya :

(=IF(I3>79,"A",IF(I3>59,"B",IF(I3>39,"C",IF(I3>19,"D","E"))))

22. Setelah petak-petak bagi Jum Markah, % dan Gred bagi pelajar
pertama dan kedua telah diisikan dengan formula yang sesuai, maka

219
kini suatu syarat tertentu harus dikenakan pada petak tersebut agar
perubahan warna nilai yang berbeza dapat dilihat jika markah pelajar
dimasukkan bagi setiap mata pelajaran.

Pastikan formula yang sesuai


telah dimasukkan ke dalam petak
sel berikut

23. Aktifkan petak sel % bagi pelajar pertama dan kedua. Klik Format >
Conditional Formatting.

220
24. Masukkan nilai di antara 0 hingga 39 pagi pilihan between. Klik
butang Format dan pilih warna yang sesuai (Biasanya jika pelajar
gagal, kita akan menggunakan warna merah sebagai simbol
kegagalan pelajar mencapai tahap minimum penguasaan pelajar)

25. Klik OK pada kotak dialog Format Cells jika telah selesai. Untuk
menambah syarat bagi kemasukan data, klik butang Add pada kota
dialog Conditional Formatting.

26. Pilih greater than or equal to sebagai syarat kedua. Masukkan nilai
40. Syarat ini bermaksud, sebarang nilai yang sama dengan 40 atau
lebih, maka perubahan akan berlaku mengikut apa yang telah
ditetapkan di dalam Format.

221
27. Klik butang Format, dan pilih warna yang sesuai (sebagai contohnya,
gunakan warna biru menandakan pelajar telah mencapai tahap lulus
iaitu markah pelajar adalah 40 atau lebih).

28. Klik OK pada Format Cells dan Conditional Formatting.

29. Masukkan markah ke dalam petak sel yang sepatutnya dalam setiap
mata pelajaran bagi pelajar pertama dan kedua. Lihatlah hasilnya.

Dua warna yang berbeza akan dipaparkan di


sini menunjukkan dua condition telah
dimasukkan antara lulus dan gagal

30. Sekarang kita akan menghasilkan pula Conditional Formatting bagi


petak Gred untuk pelajar pertama dan kedua. Untuk itu highlight
kedua-dua petak tersebut.

222
Pilih kedua-dua
petak ini

31. Pilih Conditional Formatting pada menu Format. Masukkan nilai D


dan E pada pilihan between. Klik butang Format dan pilih warna
yang sama seperti warna pada pilihan di antara 0 dan 39 yang telah
kita lakukan sebelum ini. Klik OK pada kotak dialog Format Cell.

32. Klik Add untuk menambahkan syarat kedua. Pilih juga Between
seperti tadi dan masukkan nilai di antara A dan C.

33. Klik butang Format dan pilih warna yang sesuai (jika boleh warna
yang sama dengan warna biru pada pilihan syarat bagi markah yang
mempunyai nilai 40 atau lebih).

34. Klik OK jika telah selesai.

223
35. Cuba anda lakukan pula dalam satu aplikasi sistem yang lebih besar.
Dari sini kita dapat melihat dan mencari dengan lebih mudah pelajar-
pelajar yang lulus atau gagal dalam pencapaian keseluruhan markah
mereka atau pelajar yang lulus atau gagal mengikut mata pelajaran.
Kaedah ini juga boleh anda lakukan pada setiap mata pelajaran jika
ianya berkaitan dengan apa yang anda perlukan.

10.3 Memasukkan Formula Sebagai Syarat

1. Jika sebelum ini kita hanya menggunakan pilihan Cell Value Is


sahaja, kali ini kita akan menggunakan pilihan Formula Is sebagai
syarat.

2. Untuk tujuan tersebut, aktifkan kotak dialog Condition Formatting.


Pilih Formula Is.

3. Dengan menggunakan sistem pemarkahan ringkas yang kita gunakan


sebelum ini, kita akan tukarkan Condition yang telah kita gunakan
sebelum ini di bahagian petak sel % bagi pelajar pertama dan kedua.

224
Penukaran Condition akan dilakukan
pada petak sel ini.

4. Pada pilihan Formula Is, masukkan formula berikut :

=SUM(K/500)*100>39

Jumlah Jumlah Markah


Markah sepatutnya pelajar dapat
Pelajar
bahagi

5. Ini membawa maksud jika jumlah markah pelajar dibahagikan


dengan 500 dan didarabkan dengan 100 lebih daripada 39, maka
sesuatu yang kita tetapkan akan berlaku.

225
6. Oleh yang demikian, kita tetapkan dulu apakah yang ingin kita
paparkan, klik butang Format. Pilih warna biru sebagai tetapan. Ini
adalah warna yang biasa digunakan bagi guru yang menulis markah
lulus pelajar.

7. Klik Ok jika sudah selesai. Sekarang kita akan menambah satu lagi
syarat bagi peratus yang kurang daripada 40. Untuk itu, klik butang
Add. Ambil pilihan Formula Is dan masukkan fomula yang sama
seperti tadi tetapi menukar simbol >39 (lebih besar daripada) kepada
simbol <40 (lebih kecil daripada).

226
8. Klik butang Format dan pilih warna merah menandakan peratus
pelajar terbabit adalah gagal. Klik OK jika sudah selesai.

9. Klik OK pada kotak dialog Conditional Formatting.

10. Cuba masukkan markah bagi semua mata pelajaran untuk pelajar
pertama, apa yang akan berlaku?

11. Sekiranya nilai peratus tersebut kurang daripada 40, warna bagi niali
tersebut adalah merah manakala jika nilai peratus tersebut lebih
daripada 39 maka nilai tersebut berwarna biru.

12. Dalam menetapkan nilai syarat melalui kemudahan Conditional


Formatting, anda hanya dibenarkan untuk meletakkan tiga syarat
sahaja dalam satu-satu masa.

227
Butang Add ini tidak aktif selepas Condition 3

10.4 Menggunakan Kemudahan Border dan Pattern Dalam Pilihan


Format Cell

1. Selain dari menggunakan kemudahan Font yang disediakan di dalam


Format Cell, terdapat dua lagi pilihan lain yang boleh digunakan
semasa kita menetapkan format bagi syarat-syarat dalam penetapan
Conditional Format.

2. Pertamanya kita melihat kemudahan yang ditawarkan di dalam


pilihan Border.

228
3. Di dalam pilihan Border, terdapat tiga pilihan dalam presets samada
None, Outline atau Inside.

4. Pilihan Outline adalah merupakan satu tetapan yang telah dibuat oleh
perisian Excel tetapi kita masih boleh menukar kepada pilihan None.
Jika kita memilih None, maka petak sel tersebut tidak akan ada
garisan empat segi mengikut petak sel yang sedia ada.

229
5. Untuk membuang garisan pada pilihan Outline, kita boleh membuat
pilihan tersebut pada pilihan Border.

Klik pada pilihan di sini untuk


menghilangkan garisan yang diperlukan

6. Lihat pula format yang ditawarkan pada pilihan Style dan Color. Kita
boleh menetapkan jenis garisan dan jenis warna yang sesuai mengikut
kesukaan kita.

Buat pilihan di kedua


tempat ini jika perlu

230
7. Lihat pula pilihan yang ditawarkan dalam pilihan Pattern.

8. Terdapat pilihan warna yang ditawarkan dan kita boleh memilih


warna yang bersesuaian untuk menwarnakan petak sel yang
mengandungi Conditional Format mengikut kesukaan kita.

9. Jika membuat pilihan warna, maka hasilnya adalah seperti berikut :

Bila Pattern dipilih dan Bila Font dipilih dalam


warna dimasukkan menetapkan syarat

231
Petak ini dimasukkan dengan
pilihan warna oren dalam
pilihan Pattern jika nilainya
kurang daripada 40. Pilihan
Outline digunakan dalam
pilihan Border

Petak ini dimasukkan dengan


pilihan warna biru dalam
pilihan Pattern jika nilainya
lebih daripada 39. Pilihan
Outline digunakan dalam
pilihan Border

10. Selain daripada pilihan warna dalam pilihan Pattern, kita juga boleh
memilih bentuk-bentuk pattern yang lain selain warna.

232
11. Dengan adanya pilihan yang pelbagai yang ditawarkan dalam
kemudahan Conditional Format, kita tentunya dapat menghasilkan
sesuatu yang kelihatan menarik kepada pengguna yang akan
menggunakan aplikasi yang kita bangunkan.

10.5 Mencari Petak Sel Yang Mengandungi Conditional Formatting

1. Adakalanya kita tidak tahu petak sel mana yang mengandungi


kemudahan Conditional Formatting yang telah ditetapkan apabila
banyak petak yang telah kita hasilkan dengan kemudahan tersebut.

2. Untuk mencari petak-petak sel tersebut, sila pergi ke menu Edit > Go
To. Pada kotak dialog Go To, klik butang Special.

Klik butang Special

3. Di dalam kotak dialog Go To Special, aktifkan pilihan Conditional


Formatting. Klik OK.

233
4. Selepas daripada ini, petak-petak sel yang mengandungi Conditional
Format akan dipaparkan.

234
BAB 11

MENGGUNAKAN KEMUDAHAN LAIN DI


DALAM VALIDATION

11.1 Pengenalan

Jarang sekali kita menggunakan kemudahan di dalam Validation yang


disediakan di dalam Excel. Jika kita tahu setiap fungsi yang ditawarkan di
dalam kemudahan tersebut, aplikasi yang kita bangunkan pastinya lebih
menarik.

Di dalam kemudahan Validation, terdapat pelbagai pilihan tetapkan yang


boleh kita berikan seperti nilai minimum atau maksimum sesuatu data, nilai,
aksara, tarikh, masa dan sebagainya bagi memudahkan pengguna
memasukkan data yang kita perlukan. Setiap data yang dimasukkan ke dalam
petak sel yang kita tetapkan dengan kemudahan Validation, pastinya
memberikan kesan ralat yang sedikit dalam proses memasukkan data.

Di dalam bab ini, kita akan mengikuti langkah demi langkah bagaimana
setiap fungsi yang ditawarkan di dalam Validation boleh digunakan bagi
menghasilkan satu aplikasi yang lebih menarik. Cuma dengan menggunakan
kreativiti kita sendiri, kita boleh menghasilkan sesuatu yang berbeza yang
jarang sekali pengguna menggunakan kemudahan yang ditawarkan di dalam
mana-mana perisian yang dikuasainya.
11.2 Mengenali Kemudahan Dalam Validation

1. Untuk melihat apakah kemudahan yang ada ditawarkan di dalam


Validation yang boleh digunkan semasa kita menghasilkan aplikasi
sistem berasaskan perisian Excel ini, sila ke menu Data > Validation.

2. Satu kotak dialog Data Validation akan dipaparkan.

236
3. Terdapat tiga pilihan menu iaitu Setting, Input Message dan Error
Alert.

4. Di dalam pilihan Setting, terdapat pelbagai kemudahan yang


ditawarkan iaitu

5. Dalam pilihan Input Message pula, kita boleh memasukkan sesuatu


ingatan terhadap petak sel yang akan dimasukkan data di dalamnya.
Pastikan tanda pada perkataan Show input message when cell selected
diaktifkan.

237
6. Jika kita melihat pula pada pilihan Error Alert pula, kita boleh
memasukkan respon apabila berlaku kesalahan semasa proses
kemasukan data.

7. T

238
erdapat 3 pilihan yang ditawarkan pada pilihan Style iaitu Stop,
Warning dan Information. Setiap pilihan yang dipilih akan
memaparkan respon yang berbeza apabila sesuatu niali yang
dimasukkan adalah salah.

Style : Stop

Style : Warning

Style : Information

239
8. Bagi pilihan Input Message, cuba taipkan perkataan berikut di dalam
kotak Title dan Input message.

9. Klik OK jika telah selesai melakukan tugasan tersebut. Lihatlah


hasilnya.

240
10. Apabila kita memilih petak sel yang telah dimasukkan input message
melalui kemudahan Validation, paparan seperti yang ditunjukkan
akan dapat dilihat.

11.3 Menggunakan Pilihan Whole Number

1. Sebelum anda memilih untuk menggunakan kemudahan Validation


yang ditawarkan di dalam Excel, pastikan anda telah memilih petak
sel yang betul untuk meletakkan syarat bagi kemasukan nilai atau
data di dalamnya.

2. Setelah itu pergi ke menu Data > Validation. Pada pilihan setting
dapatkan kemudahan Whole Number.

3. Pada pilihan Data, terdapat banyak pilihan lain yang ditawarkan


untuk meletakkan syarat kemasukan data atau nilai di dalam petak sel
yang dipilih.

4. Di dalam latihan ini, pilih Between dalam pilihan Data tersebut.

241
5. Di dalam ruangan minimum masukkan nilai 0 dan dalam ruangan
maximum masukkan nilai 10. Ini bermaksud nilai yang boleh
dimasukkan di dalam petak sel yang kita tetapkan ialah antara 0
hingga 10 sahaja.

242
6. Di dalam pilihan Input Setting pula cuba masukkan perkataan berikut
untuk ingatan kepada pengguna yang menggunakan aplikasi yang
kita bangunkan.

7. Manakala dalam pilihan Error Alert pula, sila masukkan perkataan


berikut.

243
8. Klik OK apabila semuanya telah selesai. Cuba lihat hasilnya,
masukkan sebarang nilai yang lebih daripada 10. Apakah yang
berlaku ?

9. Lihatlah respon yang dipaparkan apabila nilai 12 dimasukkan ke


dalam petak tersebut.

244
10. Klik Yes Jika anda ingin memasukkan nilai yang lain, klik No jika
nilai yang dimasukkan itu tidak mahu diubah atau klik Cancel jika
anda tidak mahu memasukkan sebarang nilai.

11. Cuba pula anda masukkan sebarang nilai yang kurang daripada 10,
apakah yang akan berlaku? Tidak ada apa-apa kotak dialog yang akan
dipaparkan kerana nilai yang dimasukkan adalah menepati apa yang
dikehendaki iaitu nilai di antara 0 hingga 10.

12. Cuba anda gantikan pula pilihan Data daripada Between kepada Not
Between.

13. Jika kita memasukkan nilai di antara 10 dan 20 pada ruangan


minimum dan maximum, apa yang berlaku? Kesemua nilai yang lain
dari nilai 10 hingga 20 boleh dimasukkan ke dalam petak sel yang
telah ditetapkan.

245
14. Bagi pilihan lain di dalam Data, maksud bagi setiap pilihan tersebut
adalah seperti berikut :

Data Maksudnya
between Nilai yang teletak di antara
not between Nilai yang selain dari dari
nilai yang terletak di antara
equal to Niali yang sama dengan
not equal to Nilai yang tidak sama
dengan
greater than Nilai yang lebih besar
daripada
less than Nilai yang lebih kecil
daripada
greater than or equal to Nilai yang lebih besar atau
sama dengan
less than or equal to Nilai yang lebih kecil atau
sama dengan

246
15. Jika kita menggunakan pilihan Text Length pada ruangan Data,
pilihan ini membenarkan bilangan huruf atau nombor yang boleh
dimasukkan dalam petak sel yang kita tetapkan. Untuk tujuan
tersebut, mari kita lihat kesan terhadap pilihan yang kita lakukan.

16. Pada pilihan Error Alert, masukkan perkataan berikut :

247
17. Klik OK jika semuanya telah selesai. Cuba masukkan sebarang nilai
yang mempunyai 3 aksara samada nombor atau huruf. Apa yang
berlaku ?

18. Kotak dialog memaparkan respon yang menyatakan bahawa kita


telah memasukkan nilai aksara yang melebihi 2 aksara. Ini
disebabkan kita telah meletakkan syarat iaitu nilai maksimum aksara
adalah 3 aksara.

19. Adakalanya apabila kita tidak meletakkan sebarang Input Messagei


semasa kita menggunakan kemudahan Validation, kita tidak
mengetahui petak sel mana yang telah kita letakkan syarat-syarat
tersebut.

20. Untuk mencari petak-petak sel yang telah kita letakkan kemudahan
Validation, sila pergi ke menu Edit > Go To.

248
21. Dalam pilihan Go To, klik butang Special.

249
22. Di dalam kotak dialog Go To Special, pilih Data Validation. Pastikan
pilihan All diaktifkan.

23. Klik OK. Setiap petak sel yang mengandungi Validation akan
diaktifkan dan dipaparkan.

250
24. Selain daripada pilihan yang terdapat dalam Data yang telah kita lihat
sebelum ini, kemudahan List dalam pilihan Data, boleh digunakan
untuk menggunakan kaedah dropdwon list.

25. Hasilkan satu senarai ringkas seperti di bawah.

26. Pilih satu petak sel yang lain dan kemudiah pilih Data > Validation.
Pada pilihan Data pilih kemudahan List dan pada ruangan Source
pergi kepada senarai di atas dan highlight kesemua sekali.

251
27. Hasilnya adalah seperti berikut :

28. Dengan menggunakan kreativiti kita, tentunya kita akan dapat


menghasilkan satu aplikasi yang menarik dengan menggunakan
Microsoft Excel.

252

Anda mungkin juga menyukai