Anda di halaman 1dari 5

HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DAN MOTIVASI TERHADAP KOMITMEN

KERJA GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DI ZON SIK, KEDAH.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya Rozaimi Bin Ramli, pelajar sarjana sains

(pengurusan pendidikan), Universiti Utara Malaysia yang sedang menjalankan kajian mengenai

kecerdasan emosi, motivasi dan komitmen kerja dalam kalangan guru sekolah Kebangsaan.

Dengan segala rendah hati saya memohon agar sudi kiranya tuan/puan menjawab beberapa

soalan yang akan dikemukakan. segala jawapan tuan/puan adalah rahsia dan hanya akan

digunakan untuk tujuan penyelidikan ilmiah sahaja. segala kerjasama tuan/puan dalam

meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan adalah dihargai dan

didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A

Arahan :

Tandakan dengan tanda [ X ] pada ruangan yang disediakan.

1. Jantina

1.1 Lelaki ( )

1.2 Perempuan ( )

2. Kategori Perkhidmatan

2.1 Siswazah ( )

2.2 Bukan siswazah ( )

3. Umur

3.1 bawah 30 tahun ( )

3.2 31 – 40 tahun ( )

3.3 41- 50 tahun ( )

3.4 51 tahun ke atas ( )

4. Pengalaman Mengajar

4.1 1 – 10 tahun ( )

4.2 11 - 20 tahun ( )

4.3 21 - 30 tahun ( )

4.4 lebih 31 tahun ( )


SOAL SELIDIK

BAHAGIAN B

Arahan :

Sila gunakan skala yang diberi untuk menyatakan sejauh manakah anda bersetuju mengenai
kenyataan di bawah

1 2 3 4 5 6 7

1- Sangat tidak setuju 7- Sangat setuju

soalan skala
1. saya mempunyai salah satu atau lebih sifat-sifat seperti panas baran, pemalu, cepat
sedih, cepat baik, selalu risau, mudah terkejut dan sabar.
2. Apabila orang memberitahu saya memiliki salah satu atau lebih sifat diri diatas saya
terima dengan hati terbuka.
3. Apabila marah saya dapat mengawal emosi.
4. Apabila saya sedih, saya akan buat sesuatu yang dapat menghilangkan rasa sedih seperti
menyendiri dan menangis.
5. Apabila ketua memberi tugasan yang terlalu banyak saya tidak akan merungut
6. Jika saya berselisih faham dengan seseorang saya akan menceritakan kepada rakan yang
lain.
7. Saya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi kerja saya.
tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
8. Saya sanggup menerima beban kerja yang diberi.
9. Peraturan organisasi dapat mendisiplinkan saya.
10. Jika rakan mendapat kejayaan saya akan ucapkan tahniah.
11. Saya turut sedih diatas musibah yang menimpa rakan- rakan.
12. Saya sedia memberikan pertolongan kepada rakan-rakan walaupun tidak diminta.
13. Saya mengucapkan salam atau ucapan selamat apabila bertemu dengan pihak atasan.
14. Saya menziarahi rakan atau pihak atasan ketika mereka sakit.
15. Saya bersedia berjumpa kaunselor apabila mempunyai masalah.
SOAL SELIDIK

BAHAGIAN C

Arahan :

Sila gunakan skala yang diberi untuk menyatakan sejauh manakah anda bersetuju mengenai
kenyataan di bawah

1 2 3 4 5 6 7

1- Sangat tidak setuju 7- Sangat setuju

Soalan Skala
16. Saya sangat suka pekerjaan sebagai guru.
17. Saya mendapat keseronokan melakukan kerja saya.
18. Saya mempunyai saat-saat keseronokan semasa melakukan kerja ini.
19. Saya memilih kerjaya guru kerana dengannya saya dapat mencapai matlamat hidup saya.
20. Pekerjaan sebagai guru memenuhi rancangan kerjaya saya.
21. Pekerjaan sebagai guru sesuai dengan nilai-nilai peribadi saya.
22. Menjadi guru bermaksud saya perlu menjadi yang terbaik dalam kerja yang saya lakukan
dan saya mahu jadi ‘pemenang’.
23. Pekerjaan sebagai guru adalah kehidupan saya dan saya tidak mahu gagal.
24. Reputasi saya bergantung kepada kerja yang saya lakukan.
25. Pekerjaan sebagai guru mampu memberikan saya standard kehidupan yang tertentu.
26. Pekerjaan sebagai guru membolehkan saya mendapatkan wang yang banyak.
27. Saya melakukan kerja saya kerana gaji yang saya dapat.
SOAL SELIDIK

BAHAGIAN D

Arahan :

Sila gunakan skala yang diberi untuk menyatakan sejauh manakah anda bersetuju mengenai
kenyataan di bawah

1 2 3 4 5 6 7

1- Sangat tidak setuju 7- Sangat setuju

Soalan Skala
28. Saya mendapati misi sekolah dan saya adalah sama.
29. Saya memberitahu rakan-rakan mengenai sekolah saya mengajar sebagai tempat kerja
yang baik.
30. Saya boleh bekerja di organisasi sekarang atau di tempat lain.
31. Saya gembira memilih sekolah sekarang sebagai tempat kerja saya berbanding organisasi
lain.
32. Saya berusaha sedaya upaya lebih dari jangkaan untuk membantu kejayaan pihak sekolah.
33. Banyak faedahnya untuk terus menjadi seorang guru.
34. Saya terima semua jenis tugasan untuk terus kekal di sekolah.
35. Saya sangat mengambil berat mengenai masa depan dan hala tuju sekolah.
36. Selalunya saya mendapati amat mudah untuk bersetuju dengan polisi dan dasar-dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia.
37. Bagi saya sekolah adalah tempat kerja terbaik untuk bekerja.
38. Dengan sebab dan alasan yang kecil saya akan meletak jawatan sebagai guru.
39. Organisasi sekolah ini memberikan saya inspirasi untuk menghasilkan kerja yang baik.
40. Saya berasa sangan setia terhadap sekolah ini.
41. Saya bangga memberitahu rakan-rakan saya bahawa saya adalah seorang guru.
42. Keputusan bekerja sebagai seorang guru adalah keputusan saya yang paling tepat.

Sekian. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai