Panduan Apple Teacher (Jun 2019) PDF
Panduan Apple Teacher (Jun 2019) PDF
Nota: Panduan ini diterbitkan oleh para penggerak komuniti guru pengguna produk dan perkhidmatan Apple, ATC iChampion MY untuk
edaran dalaman sebagai rujukan semata-mata. Ianya tidak melibatkan atau diterbitkan oleh operasi rasmi Apple Education atau Apple Inc.
Pengenalan
Apple memberi perhatian yang khusus untuk menyokong ekosistem pendidikan dengan menawarkan
pelbagai produk yang didedikasi untuk pendidikan. Selain itu, mereka juga mempunyai dua inisiatif
kurikulum penting iaitu Everyone Can Create untuk kreativiti dan Everyone Can Code untuk pembelajaran
teknologi digital.
Apple Teacher merupakan satu program pembelajaran yang dirangka khas bagi membekalkan
kemahiran teknikal penggunaan produk serta perkhidmatan daripada Apple serta bagaimana untuk
mengaplikasi kemahiran tersebut dalam pembelajaran. Ianya menawarkan sijil khas Apple Teacher
setelah anda menyelesaikan keperluan tertentu.
Mendapatkan sijil pengiktirafan secara percuma ADAKAH SIJIL APPLE TEACHER SAYA
menerusi ujian yang mudah, cepat serta tidak MEMPUNYAI TARIKH LUPUT?
membebankan guru.
Educator.
1
Untuk menyertai program Apple Teacher anda digalakkan memiliki iPad atau
Mac yang menjalankan perisian pengoperasian terkini. Email sedia ada anda
diperlukan untuk mendaftar Apple ID.
2
Layari aplikasi web Apple Teacher di https://appleteacher.apple.com menerusi
aplikasi Safari. Terus log masuk dengan Apple ID anda. Apple ID merupakan
email yang anda gunakan untuk mendaftar peranti anda kali pertama.
3
Pastikan ada memilih/menanda ‘Remember me’ untuk Safari menyimpan kata
laluan anda. Ini akan memudahkan untuk anda log masuk pada kemudian hari
tanpa perlu lagi menaip kata laluan. Seterusnya log masuk pada anak panah di
sebelah kata laluan.
Seterusnya halaman notis privasi akan muncul. Pilih ‘Continue’. Kemudian pada
‘pop-up’ seperti dibawah pilih ‘Save Password’. 4
Anda dikehendaki memasukan maklumat asas yang diperlukan seperti
1
Setelah melengkapkan pembelajaran, tiba masanya untuk mengambil ujian
bagi mendapatkan lencana bagi sijil pengiktirafan Apple Teacher. Selain akses
seperti langkah 9 diatas, anda juga boleh mengakses ujian pada halaman
Home dan terus memilih ‘Badges for iPad’ ataupun ‘Badges for Mac’.
2 Seterusnya pilih tajuk utama pembelajaran anda dan pilih ‘Earn your Badge’
pada bahagian bawah.
3
Jawab 5 soalan bagi setiap lencana. Terdapat pelbagai format soalan seperti
pilihan tunggal, berbilang pilihan dan menyusun semula. Setelah selesai, pilih
‘Finish’ untuk mengesahkan jawapan. Anda juga boleh melihat semula jawapan
anda pada ‘Review your answer’.
4
Anda perlu menjawab sekurang-kurangnya 4 soalan dengan betul untuk lulus
bagi setiap lencana. Jika tidak, anda perlu mengulang semula ujian. Pilih Profile
untuk melihat lencana serta melihat kad laporan anda.
5
Menu ‘Badges’ pada halaman Profile memaparkan lencana-lencana yang
telah anda perolehi. Anda boleh meninggalkan sistem dan kembali semula
untuk mendapatkan lencana anda pada bila-bila masa berdasarkan
perancangan anda.
6
Anda layak mendapat pengiktirafan Apple Teacher dengan memungut 8
lencana. Contoh dibawah peserta telah menyelesaikan 8 ujian iPad untuk Apple
Teacher dan 4 lencana untuk Apple Teacher Swift Playgrounds. Jika anda
mempunyai komputer Mac ada boleh mendapatkan lencana seterusnya.
“It’s official. You’re an Apple Teacher.”
Setelah lulus ujian, halaman Home akan memaparkan pautan ke halaman ini. Ianya menyediakan panduan
bagaimana anda boleh menggunakan pengenalan logo Apple Teacher di kad nama atau web portfolio anda.
Disana juga memaparkan sumber rujukan tambahan untuk pembalajaran di Apple Books. Jangan lupa untuk
menanda ❤ (lihat anak panah).
Melihat laporan dan memaparkan sijil untuk cetakkan
Contoh
Ini merupakan contoh sijil yang akan anda miliki. Sijil ini boleh dicetak dan dimasukan kedalam senarai
profail pembangunkan profesional anda. Pihak pentadbiran juga boleh menjadikan program pembelajaran ini
sebahagian daripada program ‘Latihan yang Perkhidmatan’ yang jam kreditnya direkodkan.
Pada menu sebelah kiri pada halaman Profile, anda boleh ke menu ‘Report and Certificate’ untuk melihat
laporan perkembangan dan juga memuat turun sijil untuk lampiran atau cetakan.
Melaporkan masalah atau membuat aduan
Jika anda mempunyai sebarang masalah atau ingin membuat aduan tertentu anda boleh lakukan pada menu
‘Get Help’. Anda boleh memuat naik tangkapan skrin untuk dilampirkan bersama aduan.
Membuat pintasan (shortcut) untuk memudahkan akses
Anda mungkin memerlukan beberapa sesi untuk pembelajaran serta menyelesaikan ujian. Rutin anda yang sibuk
mungkin memerlukan anda mengambil masa beberapa hari. Oleh itu, dengan meletakkan pintasan (shortcut)
seperti ini di Home Screen amat membantu.
1 Untuk mencipta pintasan, setelah log masuk pada menggunakan Safari, pada
halaman Home, tab pada butang ‘Share’.
2
Seterusnya, pada menu yang dipaparkan pilih ‘Add to Home Screen’.
Kemudian pilih ‘Add’ dan selesai. Lihat butang pintasan anda pada Home
Screen bersama app-app lain.
Terima kasih