Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA MAJLIS IFTAR RAMADHAN 2020

SRIITIZ MIRI

PENGENALAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umatnya untuk mendapat pahala
yang berlipat ganda. Justeru itu,program dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk
mendapat kan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan akan mendapat
ganjaran pahala dari Allah serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam
penghayatan ramadhan. Justeru itu,Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Miri mengambil
kesempatan untuk mengadakan Majlis Iftar Ramadhan bagi memngimarahkan/menghidupkan
Ramadhan al-mubarak. Semoga semua kita beroleh ganjaran sebagaimana yang dijanjikan Allah
dan mencapai keredhaan dan RahmatNya.InsyaAllah.
OBJEKTIF
 Merapatkan ukhuwwah antara guru dan ibu bapa.
 Memanfaatkan bulan Ramadhan dengan menghidupkan malamnya dengan berterawih
 Memberi peluang JIBG untuk bersedekah

SASARAN
 Semua warga Sriitiz Miri

JANGKAMASA / TARIKH PELAKSANAAN


 1Mei 2020M bersamaan 8 Ramadhan 1441H

TEMPAT
 PAWE

AKTIVITI PROGRAM

1. Sesi Tazkirah
2. Sesi berbuka puasa
3. Sesi solat Maghrib,Isya’ dan terawih berjemaah
4. Moreh

TENTATIF PROGRAM

MASA ACARA
4.30 pm Ketibaan para tetamu
5.30 pm Tazkirah dan bacaan tahlil
6.30 pm Berbuka puasa , Solat maghrib, Solat isyak dan Solat tarawih
9.00 pm Moreh
10.30 pm Bersurai
JAWATANKUASA

Penasihat : Ustaz Sahrul Khair bin Osman


Pengerusi : Ustaz Muhammad Khairul bin Zahari
Setiausaha : Ustaz Mohammad Azuani bin Mohd Jalani
Bendahari : Ustazah Yanny
AJK Program : Semua Guru
Kawalan Disiplin : Semua Guru
Pengacara Majlis : Cikgu Maisarah
Persiapan Tempat : Ustaz Zulkifli
Unit Makanan : Teacher Rina
Unit Hadiah/Cenderahati : Ustazah Nabilah
Unit Siaraya : Ustaz Aminullah

KEWANGAN

Bil Perkara Kuantiti Harga


1 Hadiah/Cenderahati majlis (Kad Yasin) 60 x RM2.00 RM120.00
2 Ustaz jemputan 1 RM50.00
3 Banner 1 x RM100 RM100.00
4 Makanan RM200.00
5 Sewa tempat RM300.00
Perbelanjaan Pelbagai RM30.00
JUMLAH RM800.00

PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna serta
mencapai objektif yang disasarkan seperti dinyatakan di atas.Selain daripada itu,sokongan padu
daripada semua pihak diharap dapat menjayakan program ini.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

………………………………… …………………………………
(Muhammad Khairul bin Zahari) (Ustaz Sahrul Khair bin Osman)
PK Tarbiyah Sriitiz Miri Mudir Sriitiz Miri

Anda mungkin juga menyukai