Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA ARAB KALI 1/2020

TARIKH : 9 Januari 2020 (Khamis)


MASA : 1.30 petang
TEMPAT : Bilik j-QAF

KEHADIRAN :
:

AGENDA MESYUARAT :

1. Ucapan Pengerusi
2. Cadangan Aktiviti 2020
3. DSKP, RPT & Penulisan RPH
4. Buku Rekod Mengajar
5.Pencerapan dan Semakan Buku KerjaLatihan
6. Penyelarasan PBD dan Penetapan Buku Latihan
7. Akiviti Peningkatan Kualiti PdPc Guru
8. Kewangan
9. Hal-Hal Lain

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 KetuaPanitiaselaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kerana
hadir dan memulakan mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah.
1.2 Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangan beberapa perkara sebagaimana yang
tercatat di dalam agenda demi kemajuan pendidikan.

Makluman : Semua ahli

2.0 PEMBENTANGAN CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2020

2.1 Ahli mesyuarat panitia telah bersetuju untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang akan
diadakan untuk murid sepanjang tahun 2020.
2.2 Antaraaktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut :

1. Buku Skrap / Projek


2. Ejaan Perkataan
3. i-THINK
4. Kuiz Bahasa Arab
5. Kamus Poket
6. Minggu Bahasa Arab
7. Nyanyian Bahasa Arab
8. Cari Perkataan / Gambar
9. Hiwar
10. Aktiviti melalui Persatuan Bahasa Arab

Tindakan : Semua ahli

3.0 DSKP, RPT & PENULISAN RPH

3.1 KetuaPenitia mengharapkan agar guru mata pelajaran dapat menyediakan DSKP dan RPT
dengan segera, sebelum PdPc dijalankan pada bulan Januari.
3.2 Penyediaan DSKP, RPT dan kertas soalan dibahagikan seperti berikut :

3.3 KetuaPanitia membentangkan dan menyelaraskan cara penulisan RPH berdasarkan BRM
Pulau Pinang yang baharu.

Tindakan : Semua ahli

4.0 BUKU REKOD MENGAJAR

4.1 Perlu melengkapkan maklumat peribadi, takwim, kandungan BRM, RPT dan rancangan
harian dan perlu ditandatangani pada ruang disediakan.

Tindakan : Semua ahli

5.0 PENCERAPAN DAN SEMAKAN BUKU KERJA LATIHAN

5.1 Guru hendaklah memastikan pencerapan dapat dilaksanakan ke atas guru mata pelajaran
pada tarikh yang ditetapkan.
5.2 Begitu juga buku latihan pelajar perlu ditanda atau disemak setelah menjalani latihan
setiap tajuk yang dipelajari.
5.3 Buku murid juga perlu dihantar kepada pentadbir untuk disemak mengikut jadual yang
telah disediakan dalam Buku Pengurusan Sekolah.

Tindakan : Semua ahli

6.0 PENYELARASAN PBD DAN PENETAPAN BUKU LATIHAN

6.1 PBD bebas kepada guru yang mengajar kelas dan aliran tersebut, samada berbentuk
lembaran kerja, aktiviti berulis, soalan peperiksaan, kertas saringan dan sebagainya.
6.2 Penetapan buku latihan murid adalah seperti berikut :
a) Tahap 1 – Buku Teks dan Buku Akiviti (kementerian) dan buku tulis
b) Tahap 2 – Buku Teks dan buku tulis

Tindakan : Semua ahli


7.0 AKIVITI PENINGKATAN KUALITI PDPC GURU

7.1 Cadangan akiviti peningkatan kualiti PdPc guru :

a) Kursus Dalaman (seperti In House Training)


b) Coaching and Mentoring
c) Perkongsian idea dan bahan
d) Pencerapan berpasangan
e) LDP
f) Merujuk video PdPc guru cemerlang/inovatif (sepertifbNazmiJaafar)
g) Aktiviti PAK 21 dan fun learning, dan sebagainya

Tindakan : Semua ahli

8.0 KEWANGAN

8.1 Pembelian bahan perlu merujuk kepada Pembantu Tadbir sebelum membuat pembelian dan
semua ahli perlu mengisi nota minta..

Tindakan : Semua ahli

9.0 HAL-HAL LAIN

9.1 Guru-guru sangat digalakkan menggunakan BBM setiap kali sesi P&P dan
mengaplikasikan PAK21 untuk menarik minat murid.
9.2 Tahiat atau tamhid boleh dibuat selalu sebelum memulakan kelas (selepas bacaan doa) bagi
membolehkan murid mengingat semula dan memberi peneguhan kepada murid terhadap
apa yang telah murid belajar.
9.3 Guru-guru diminta menggunakan lughotul fasl dengan kerap di dalam kelas.

Tindakan : Semua ahli

10.0 PENUTUP

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang dengan bacaan surah al Asr dan tasbih
kaffarah.
7.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua kerjasama dan kehadiran semua
guru.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………. ………………………………….

Anda mungkin juga menyukai